Program Korban Perdana 2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hampir 2 tahun rasanya blog ni tak terupdate.. Sekali-sekala kita update la sikit aktiviti terkini kan..😉
hari ini, sekolah ada buat program korban perdana sempena Hari Raya Aidiladha. Alhamdulillah, tahun ni, sekolah buat korban 2 ekor lembu. Insyaallah, dapatla warga sekolah merasa daging korban tahun ni.
Sejak semalam, guru-guru sibuk menguruskan daging korban; memotong, membungkus untuk murid asnaf, merebus dan lain-lain. Kerja-kerja merewang telah bermula sejak petang semalam. Semua guru dah ada tugas masing-masing. Tugas aku pula menyiapkan buku program digital dan membuat penanda buku untuk barisan pentadbir. Selalunya, aku akan print buku program, tapi kali ni macam tak sempat.. jadi penanda buku tu aku letak QR kod saja, dan kita boleh scan buku program digital. Rasanya lebih mudah untuk saat-saat kecemasan..😁
p/s: sambil2 update blog, tengah pulun menyiapkan kursus SIPP AI ni..dari semalam gigih nak siapkan..banyak pula video nak kene dengar ni.. k bye~