Sunday, June 17, 2012
G.e.l.a.p
G.E.L.A.P.K.U.
Di dalam ruangan gelap ini
keseorangan,
bersama tiupan bayu pensonic,
menekan papan kekunci dell,
satu persatu huruf dilakar,
meluah ekspresi jiwa
sesekali terdengar deruman motokar
jerit riang kanak-kanak bermain
juga.. lembut suara sang ibu yang memanggil
kerana langit jingga bakal tiba
seminit dua
gelap tanpa cahaya
menjadi teraba-teraba
sang kalimantang tiada lagi berguna
punah ditelan zaman
hanya satu cahaya bakal menemani
malam-malam yang sepi
alangkah aneh hidup ini
apa yang di impi, apa yang dihajati
bukan semua akan terjadi
walau sekuat mana tekad usaha
takkan mampu kau gapai
kerna itu dinamakan taqdir
hanya itu yang terlintas
saat malam yang akan melabuhkan tirai
persoalan kehidupan seringkali melewati
benak dan sanubari.. tanpa henti
dan bukan hanya itu,
kerana kehidupan dunia bukanlah
infiniti,
sebaiknya lontarkan fikiran itu lebih jauh
mengenai 'kehidupan' yang satu lagi
yang takkan pernah kau imaginasi
akan saat dan ketikanya suasana itu
bahkan jadikan lapangan hidup di dunia ini
sebagai tuaian bekalan di akhirat nanti...
oh.. jari jemari masih menekan papan kekunci
oh.. telinga masih lagi menangkap deruman motokar, suara kanak-kanak dan sang ibu,
oh.. langit senja seakan sudah berlabuh,
malam sepi kembali
dan, fikiranku seperti tadi
mengenangkan nasib dua kehidupan
di ruangan gelap ini
walau apapun terjadi
tetapkan doa untuk sentiasa berada
di landasan-Nya
amin.
Tuesday, June 5, 2012
Habuk Habuk Rindu
assalamualaikum.
fuh.. berhabuk.. berhabuk..
banyak sawang labah-labah..
kiri dan kanan..
dah berapa lama tak jenguk blog nie..
tak baik betul pemilik blog nie..
hehe..
sungguh tipu! mana ada blog berhabuk dan bersawang..
khayalan semata-mata..
"di sepanjang lembaran maya ini".. i miss u so much!!
.. itulah cerita nya..
seindah biasa,
menjalani hidup ini,
seperti hari-hari berlalu,
meniti titian semangat,
bersama rakan taulan,
di dataran hampar,
kembara kehidupan..
fuh.. berhabuk.. berhabuk..
banyak sawang labah-labah..
kiri dan kanan..
dah berapa lama tak jenguk blog nie..
tak baik betul pemilik blog nie..
hehe..
sungguh tipu! mana ada blog berhabuk dan bersawang..
khayalan semata-mata..
"di sepanjang lembaran maya ini".. i miss u so much!!
sejak
bergelar guru pelatih ni, sangat2 xde masa nak update blog nie.. hmm..
al maklumla takde internet kat rumah sewa... kalau dulu lain la.. 24 jam
internet. but now..everything has change.. haa..betul ke BI aku nie..
22
hingga 25 mei yang lalu, kitorg pelajar2 j-QAF ambilan januari 2012
telah ber'camping' 4 hari 3 malam di camp site, sitiawan perak. Lama
sangat tak join aktiviti lasak mcm ni..so camping ni memang cool
dan menarik sangat bagi org yang dah lama tak camping mcm aku nie..
tetapi yang menjadi dugaan buat diri ini ialah kesihatan yang tak berapa
baik masa tu. i got fever a day before the camping. high fever. headache. and what so ever la. rasa macam tak nak pergi je.. tapi disebabkan kursus ni wajib.. B.I.G (Bina Insan Guru), maka saya pun pergi la jugak..
di
pendekkan cerita, hari terakhir camping, demam lagi.. badan tak
bermaya. 26 mei buat medical check up kat hospital dan disahkan suspek
denggi. platelet menurun sehingga 69 dan 54 pada hari seterusnya. Masuk
Wad. keperitan yang melanda waktu itu terus mengingatkan kembali kepada
nikmat sihat yang tak terhingga. betapa nikmatnya SIHAT. alhamdulillah
cuma 2 hari saja kat wad sambil di jaga oleh ibu dan ayah yang tak
berputus asa dari pagi hingga malam. juga doktor2 yang baik. hmm..
dan
dapatlah cuti 4 hari serta tambahan 2 hari.. bermakna seminggu di
rumah.. sepatutnya masuk maktab, sebab ada kuliah interaksi mei-jun.
Bila dah sihat, 3 jun 2012 barulah pergi ke maktab, untuk menghadiri
kuliah yang berbaki 4 hari je. hehe.. banyak betul tinggal kelas.
.. itulah cerita nya..
seindah biasa,
menjalani hidup ini,
seperti hari-hari berlalu,
meniti titian semangat,
bersama rakan taulan,
di dataran hampar,
kembara kehidupan..
alhamdulillah..
hari ini, ibu selamat menjalani pembedahan membuang limpa (atas faktor
kesihatan, terpaksa di buang). Tak dapat nak jaga ibu kat wad seperti
mana ibu jaga masa aku kat wad haritu... hanya doa ku pohon agar ibu
tetap dijaga dan dilindungi. ayah dan pakcik makcik ada kat hospital.. Kuliah habis hari khamis, so lepas tu boleh la tgk ibu. hmm...
sape2 yang terbaca ni, doakanlah kat mak kite sekali yer.. :)
Ok. nothing to update for this moment.
i've few assignment to do..
sayonara blog. take care
bye.
Subscribe to:
Posts (Atom)