Monday, May 14, 2018

..::Coretan PRU-14: Kali Kedua Mengundi..::..


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, 9 Mei yang lalu, aku sudah pun menunaikan tanggungjawab terhadap negara.. a.k.a Mengundi. Ini kali ke-2 aku mengundi.. suasananya memang luarbiasa.. aku balik ke selangor pagi selasa 8 mei.. rasa berdebar-debar menantikan hari esok, macam tunggu kucing nak bersalinn~

Wah..Kampung aku ni memang meriah dengan bendera dan logo parti2 di jalanan. Saingan nampaknya sengit yang melibatkan 4 penjuru di kawasan dun dan parlimen tempat aku ni. 

9 mei, rabu.. aku pergi bersama ibu dan kawan ibu (jiran) pada jam 8.30 pagi. Waktu ni dah ramai orang berpusu2 di pusat mengundi. Kereta dan motor di kiri dan kanan jalan. aku di saluran 4, manakala ibu dan rakan ibu di saluran 2. Pergh.. barisan orang beratur tu..memang panjang lah. Penat dan berpeluh2 berdiri menunggu giliran. Sempat jugaklah aku ternampak dan terjumpa dengan kawan2 sekolah rendah dulu.. antaranya Aidil Ariffin bin Sajari.. (yg ni dia tegur aku dulu, tanya mana saluran 5..sambil terkejut tengok aku.."ehhhhhh.." tapi aku macam x sempat nak beramah mesra, dia dah pegi ke saluran 5). kemudian, aku nampak kawan lagi sorang, tersenyum2 baru lepas mengundi, Rezduan, anak ustazah Salmi.. tapi dia x perasan aku..aku sorokkan muka..hee. pahtu aku nampak Ruzaimi amzar, tengah berjalan nak beratur. dan last sekaliiiii...

aku dah kat depan bilik mengundi a.k.a kelas.. rasa berdebar2 .. petugas pilihanraya panggil aku masuk. cek nama. beliau sebut nama aku dan ic.. aku celop jari telunjuk kiri.. dapat 2 kertas.. pergi ke meja,,,aku bukak kertas tu.. fuh.. bismillahirrahmanirrahim.. aku pangkah X pada 2 kertas undi tu..(guna ic okay..biar lurus ).. dan masukkan dalam kotak lutsinar.. 1 Dun, 1 Parlimen.. sempat juga aku tegur cikgu aku dulu.. "eh cikgu.." ibu Hawa atau cikgu hawa turut ada bertugas dalam bilik mengundi... lepas tu, aku pun keluar dari bilik tu dengan lega.. dan..tiba2

Nama aku dipanggil oleh seseorang! Ya Rabbi.. kawan baik aku tegur..dia petugas juga..tak sangka boleh jumpe..tadi dah tengok, tapi tak berapa nak cam. . Hairatul Husna bt Hairoman.. haihhh..dia ni.. dari dulu sampai sekarang kurus. hehe... rindu betul.. :D sempat borak sekejap..xleh lama, sebab kat luar bilik mengundi..(bising plak nanti).. aku pon chow la dulu, see u again my friend! :) hairatol! :)<3 p="">

siap mengundi!..
tapi ibu dan kawan ibu (cik liah) tak siap lagi.. saluran 2..panjangggg.. aku pon pi beli air dan makanan  yang dijual di luar pusat mengundi.

dalam pukul 10.30 gitu, barulah siap semuanya..

Alhamdulillah...

malam tu, gigihlah aku dan family menunggu keputusan pilihanraya.. lambatnya ya ampun... dah tak larat sangat menunggu..jam 3 lebih aku tidoo.. tapi sebelum tu, memang dah agak Pakatan Harapan menang, sebab jumlah kerusi Parlimen dah melebihi jumlah kerusi Barisan Nasional.

pagi 10 Mei, Sabtu. Thumma Alhamdulillah.. Lahirlah Malaysia Baharu yang menggantikan 60 Tahun tampuk pemerintahan BN. hehe. Bercutilah kita selama 2 hari. Parti Pas pulak dah berkuasa kembali di Terengganu dan Kelantan. Satu kejayaan besar buat rakyat Malaysia dalam membina negara yang lebih baik menuju wawasan 2020.

dan dengan julung2 kalinya.. Perdana Menteri ke-4 pada suatu ketika dahulu,  kini dilantik sekali lagi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tahniah :) perdana menteri pertama yang berusia 93 tahun dalam sejarah politik dunia..



berita di saluran Awani 501 memang terbaik!

Menteri besar Selangor masih mengekalkan orang yang sama :)

ehem2.. intai2 juga orang baru dalam parlimen.. Syed Saddiq tu.. napelah cute sangat. (^o^)

"saya cute ke? tapi ramai kata saya hensem hehe" 





ALL THE BEST FOR THE NEW OF MALAYSIA!

APA YANG PENTING ISLAM TETAP DITEGAKKAN!