Friday, January 16, 2009

the season of PRK in my CAmpuS..UM..

hidup hidup!,
hidup hidup!,
mahasiswa!,
mahasiswa!,
tumbang, tumbang!,
kezaliman!kezaliman!..

student... power!!
student...power!!

inilah antara laungan semangat ketika bermulanya fasa PRK (pilihanraya kampus) di tanah UM ni.. ada banyak lagi la laungannye, tapi ni yang agak famous la.. bila tiba je musim PRK ni, masing-masing dalam mode BUSY. Macam biasalah kene buat itu dan ini untuk merancakkan lagi gelombang PRK ini. Namun, bagi penulis, apa yang penting ialah kesedaran mahasiswa/i di tahap yang tinggi untuk menilai kembali kepimpinan-kepimpinan MPMUM bagi sesi-sesi lepas, berfikir dan memilih untuk merubah demi kepimpinan yang efektif pada masa akan datang, insyaAllah.. Mahasiswa/i sePATUTnya diberi hak dan pilihan untuk memilih calon-calon yang mereka 'thiqah' dengannya. Mereka tidak perlu diugut mahupun dimomok-momokkan dengan gertakan- gertakan (spt dibuang kolej dsb) sekiranya mereka memilih pihak2 yang mereka rasa layak untuk memimpin UM.. erm.. skema pula ayat penulis ni.. pikir-pikir la sendiri mana yang terbaik.. semoga Allah memberi jalan agar dipermudahkan urusan dan disuluhi jalan kebenaran..amin..

Rabu, 14 hb januari lalu...
penamaan calon di UM.. sangat menarik dan rancak, tapi time ni penulis ade kelas.. so, tak pi la.. walaupun ade kawan2 yang memilih untuk tidak ke kelas kerana bersama-sama terlibat dalam penamaan calon ini, (hehe, semangat diorg ni), tp penulis waktu tu tgh tak berapa OK sikit mood dan keseimbangan emosi.. apa-apapun, bile dengar cerita rakan-rakan, memang best la masa tu.
Berarak-berkonvoi-perkenalkan calon- n Good Luck utk calon2 yang akan bertanding nanti, insyaAllah.. [ undila calon PRO-M anda.. ] hope n cHange!~


p/s:- pada malam tu, penulis berkesempatan menekap dan mengecat banner kempen calon bersama rakan-rakan lain di suatu tempat yang rahsia la.. best juga, pengalaman.. =)


jUmaat-16 januari ..
kes 1 : ting ting.. nokia 2626 berbunyi.. (aisey, nokia=yahudi, tp dah beli..) tertera nama seseorang.. dan birthday nye.. birthday sape la pula hr 16 jan ni.. hehe.. rupenye birthday abang penulis la.. penulis ade seorang abang je yang kini bekerja di shah alam.. saje je buat reminder (penulis mmg suka buat reminder..) -hepi beday emi-

kes 2 : yang ni amat mengejutkan penulis dan rakan-rakan. pada waktu subuh tadi, penulis dikejutkan dengan berita kepala khinzir (terbelah) diletakkan di surau akademi pengajian Islam (API).. berderau darah, dan rasa geram pon ade.. tidak tahu angkara siapa, tapi yang pasti.. memang ade orang yang menaruh dengki, dendam, kesumat sehingga sanggup melakukan perkara sedemikian. Penulis sempat melihat sendiri kepala khinzir tu melalui gambar di handphone rakan, (org hntar gambar tu kat hp dia)erm.. rasa mual juga tgk.. hanya Allah je yang mampu membalas setimpal perbuatan tersebut kepada si pembuat.. kepada sesiapa yang ade dengki tu, janganlah buat macam ni, nampak sangat ketidakcerdikan si pembuat.. jangan main-main dengan soal agama ni.. nauzubillahi min zalik..

p/s:-Walaupun begitu, ia tidak sedikit pun melemahkan semangat2 pejuang untuk berjuang. setiap yang berlaku ade hikmahnya..

"orang yang kafir dan menghalangi manusia dari jalan Allah, Kami tambahkan kepada mereka siksaan demi sikasaan disebabkan mereka selalu berbuat kerosakan" (surah An-Nahl : 88)


2 comments:

خديجة خليلة said...

Syairah! ingt kite lg tak? (khadijah khalilah)

+AnamuSafir+ said...

aa.. ingat2:)