Salam.. artikal ni, ana amik dari emel ana.. jom la baca sesama..baca xsampai 2 minit pon..
Renungan Kita Bersama ...Sembahyang Akhir Waktu
Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika
berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang ada
posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya.... -.
Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita
pada Ilahi.. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol disetiap
lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika
sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem".
Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan. Tapi jika
sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya ...
MasyaAllah.. -.
Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan
amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi
penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang
tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen
kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit
ke-dua.
Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar
amalan.. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu
dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi,
dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan
kita pada Tuhan.
Dilangit ketiga, La.. kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat
hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita.
Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan
dirayu lagi.
Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah..Seolah- olah
kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya.
Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian
bertimpa-timpa. Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak
sampai. Dahlahtu takde nilai, kena azab lagi nanti.
Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu.
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di dunia
agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak. Amin.
Kepada yg selalu solat zohor hampir dengan waktu asar tu, dan waktu solat
asar hampir dengan azan maghrib ...ataupun yang sengaja meninggalkan
solat...ataupun dan biasa tinggal solat... emel nie sesuai utk direnungi
5 comments:
sama2 berusaha bersolat di awal waktu insyaAllah
melewat2kan solat memang tak bagus. tapi ana nak tanya, darimana enti tau berkenaan kejadian malaikat2 tu?sebab alam ghaib kan...minta penjelasan :)
salam anonymous..
syukran bg komen, begitu gak bg khairummah
tntg artikel itu,ana dah mention awal2 , ana amik artikel ini dr emel ana, ade sahabat forward2.. tentang kebenarannya itu, ana sendiri tak tahu.. ape2pon, tq sebab tanye..
main point artikel yang ana cuba siarkan adalah, kita jgn lewat2kan solat dengan sengaja.. :)wallahualm..
dari mana datangnya artikel..sy rasa x penting. Yg penting artikel tu boleh menyedarkan diriku..heheh tq.
jika anda mempunyai masalah mata, resdung dll? Jgn takut mencuba produk permatahijrah.
permatahijrah.net
permata hijrah.. owh.. mak ana pakai tu,.syukran
Post a Comment