secara ringkasnya, seperti berikut:
1) Rumman (Punica granatum )
Allah S.W.T berfirman dalam Al Quraan tentang “rumman” :
“Kami jadikan kebun-kebun dari anggur,zaitun serta buah rumman (delima) yang bersamaan (rupa dan rasa) dan yang tidak bersamaan..” - surah Al An-am ayat 99
“Sesiapa yang makan “rumman” (delima) Allah akan cahayakan hatinya,” - surah Al An-am ayat 141
2. ‘Adas (Organik lentils)
Allah berfirman dalam Quran tentang ‘adas (sejenis bijirin) dalam Al-Quraan:
“Wahai Musa! Kami tak sabar dengan makanan yang semacam saja, maka pohonlah kepada tuhanmu untuk kami supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi, dari sayurannya, mentimun, bawang putihnya dan kacang ‘adasnya serta bawang merah..’ surah Al Baqarah: 61
Adas ialah makanan bijirin yang terkenal di kalangan orang Arab serta disokong oleh ulamak perubatan Islam untuk kesihatan badan. Antara khasiatnya ialah dapat menguatkan ingatan dan kesihatan otak yang terdapat dalam kitab Islam, Tib-al-Aimmah, muka surat 389 maksudnya :
“Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang mewarisi ingatan ialah makan daging dikawasan tengkok binatang (yang halal), makan yang manis- manis serta ‘adas’, makan roti sejuk dan membaca ayat Qursi.”
3. Za’faran (Crocos sativus)
Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif ‘Asyur, menyebut tentang za’faran iaitu sejenis tumbuhan ubat terkenal dan diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina. Saidina Ali k.w. pernah menyatakan tentangnya iaitu :
“Sesiapa yang mengambil sebahagian za’faran tulen dan su’di satu bahagian, dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir".
4. Zabib (Raisin)
Di dalam kitab Tib al-Nabawi oleh Ibnu Qayyim al-Juzi karangan Dr. Asayyid al-jamili, muka surat 241, Imam Al Zuhri ada berkata:
“Sesiapa yang ingin menghafal hadis,maka dia hendaklah memakan zabib."
Ia merupakan tumbuhan kesihatan yang tahan lama jika dikeringkan. Terkenal di dalam perubatan Islam, ia berkhasiat untuk kesihatan badan terutamanya untuk kekuatan ingatan dan kepintaran sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab perubatan Islam, Tib al-Aimmah oleh Assayyid Abdullah Syubbir muka surat 389 yang menjelaskan tentang kenyataan Imam Jaafar Al-Sodiq rahimahullah. Imam Jaafar adalah ulama terkenal di Madinah, mempunyai ramai penuntut di antaranya termasuklah Imam Abu Hanifah rahimahullah. Imam Jaafar lahir pada tahun 80 hijrah dan meninggal pada tahun 148 hijrah. Beliau adalah guru kimia kepada ulama kimia yang terkenal iaitu Jabir bin Hayyan dan Ar-Razi rahimahullah. Imam Jaafar pernah menerangkan masalah kekuatan ingatan dan cara menguasai ilmu kepada pertanyaan anak muridnya Abi Basir, sebagaimana dalam satu riwayat di bawah:
“Berkata Abi Basir : Aku bertanya kepada Al-Sodiq iaitu Imam Jaafar Al-Sodiq bagaimanakah kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami, lalu imam Jaafar Al-Sodiq berkata “Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) qaranful, begitu juga kundar serta ditumbuk halus kedua-duanya, lalu diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari.”
Dari kitab Tib al-Aimmah oleh Asyayyid Abdullah Syubbir, muka surat 388 dan 393, ada dinyatakan bahawa nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, maksudnya:
“Makanlah olehmu karaps kerana ianya mewarisi ingatan. Ia adalah dari tumbuhan hijau.”
“Hendaklah kamu mengambil karaps, jika sekiranya sesuatu dapat menambahkan akal ianya adalah (karaps)
7. Zanjabil (Zingerber officinal)
Allah S.W.T berfirman dalam Quran, maksudnya,
"Mereka dalam Syurga itu,diberi minum sejenis minuman campurannya dari zanjabil.”
Di dalam kitab Mukhtasar Tib al-Nabawi, Imam jalaludin al-Sayuti (849 - 911 Hijrah) karangan Ibrahim Muhammad al-Jamal dan kitab Tib al-Aimmah oleh Assayyid Abdullah Syubbir, muka suratr 388 - 389 menyebut riwayat dari ulama terkenal iaitu Ali al-Ridha rahimahullah (141 - 203 Hijrah) menyatakan bahawa :
“Sesiapa yang ingin mengatasi masalah lupa dan menguatkan ingatan, maka hendaklah dia makan 3 potong zanjabil yang dicampur dengan “ Asal dan juga Khardal(sejenis bijirin) bersama dengan makanannya pada setiap hari.”
Khardal juga merupakan salah satu daripada khazanah perubatan orang Arab termasuk Ibnu Sina. Ini kerana khasiatnya banyak untuk tubuh badan sebagaimana yang tercatat di dalam kitab karangan Dr. Amin Ruwain bertajuk Al-Tadawa bi al-A'syab wa al-Nabatat, muka surat 79.
'Asal (madu) merupakan makanan pengubatan yang paling terkenal kepada semua penduduk di dunia di mana Allah berfirman dalam surah An Nahl ayat 68-69, maksudnya:
“ ……. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan (penyakit) bagi manusia.”
Dari riwayat Imam Al-Juzi ia menyatakan bahawa:
“Hendaklah kamu mengambil ‘asal (madu) kerana ianya baik untuk ingatan.”
Faqeh diperbuat daripada madu Iran kerana khasiatnya yang banyak disebabkan lebah di sana menghisap madu dari pohon-pohon kurma, tin, zaitun, delima dan sebagainya di mana kesemua buah-buahan ini disebut dalam Al-Quraan dan kitab-kitab perubatan Islam tentang khasiatnya yang banyak.
10. Laban (pure goat's milk) * bukan tumbuhan, ni susu..termasuk gak-
Allah berfirman dalam Al Quran tentang laban (maksudnya) :
"Sesungguhnya pada binatang-binatang ternakan itu kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar, kami beri minuman kepada kamu dari apa yang terbit dari dalam perut, yang lahir di antara hampas makanan dengan darah, iaitu susu yang bersih, mudah diminum lagi sedap rasanya." - surah an-Nahl ayat 66
Susu kambing dicampur di dalam formula ini kerana khasiatnya yang banyak seperti mana yang disebut dalam kitab perubatan Islam dan perubatan moden.
Ia merupakan tumbuhan yang sentiasa dimasukkan dalam minuman orang-orang Arab. Dalam kitab Al Tadawa muka surat 205, Abdul Latif Asyur menyebut bahawa na’na’ boleh melancarkan perjalanan darah ke otak manusia serta merangsang kecerdasan pemikiran. Dr. Riyad Muhamad dalam kitabnya yang bertajuk “Kepintaran Minda Dan Kepantasan Ingatan" berkata :
“Digoreng (dikeringkan) na’na’ serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu, selepas itu dimasukkan tujuh titik minyak habbatus sauda, diminum suam-suam serta dibaca ayat Al Ruqayyah sebanyak 7 kali, ayat syifa serta surah Yassin."
12. Habbatus Sauda (Nigelia sativa)
Faedahnya sudah terkenal sebagai bijirin yang dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit seperti dalam hadis Rasulullah S.A.W maksudnya:
“Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda ini kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit melainkan mati.”
sumber artikel: feqah.tripod
No comments:
Post a Comment