Friday, April 30, 2010

+Ada Satu Pepatah! +

 lukisan cinta molekul
Ada Satu Pepatah:

Usah mengharap kasih dan Cinta pada yang belUm terPatri janji di depan ILLAHI........

ingat baik2 pepatah ini......

nescaya KAU Takkan Jatuh CINTA sebelum saatnya berNIKAH.........!!!!!!!!!

+....salam Mujahadah Hati...+

+Khatimah Cintaku +

Salamualaikum..
hari ini cabaran buat saya apabila 2 paper exam sekaligus terpaksa diharungi.. 
agak tertekan sedikit, tetapi alhamdulillah bisa jua ku tempuh...
terima kasih kepada pensyarah2 yang telah ikhlas mencurahkan ilmu...
semoga menjadi manfaat dan dipraktikkan..insyaallah...

+....+

cerita lain:
sejak 2-3  hari ini, sering saja ku dengarkan lagu 'khatimah cinta'..
entah mengapa.. seolah2 punya sense.. hehe.. (six sense).
lagu yang pernah disukai dan dihayati oleh seorang sahabatku ini (cik permai), rupanya kini menjadi kegemaran ku pula.. 
harapnya musim minat lagu tu berakhir.. nthla.. bila dengar je.. mudah sensitif~ susah jugakla org cm saya ni berjiwa sentimental...he 100x

Khatimah Cinta

Kidung malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi
Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku..

....
relakan saja aku pergi..........

Tuesday, April 27, 2010

++ WarNa di...Sebalik SOLAT ++


 Salam.. solat mempunyai banyak kelebihan dari pelbagai aspek. Solat merupakan tiang agama. Kita telah dididik untuk menunaikan solat sejak kecil lagi. Solat mempengaruhi kehidupan kita sebagai seorang muslim. Jika sempurna solat kita, maka tenteramlah hidup kita. Mari kita kongsikan bersama satu artikel menarik di bawah.. :)

warna di sebalik Solat

Subuh;
                Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
 
 
Zuhur;
                Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
 
Asar;
                Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
 
Maghrib;
                Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
 
Isyak;
                Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
 
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
 

Friday, April 23, 2010

++ kisah toDay ++


Alhamdulillah..
bagaikan segala beban telah terlepas setelah dua kertas exam berlalu..
rasanya seperti sudah tamat peperiksaan..
hehe..benarkah kah??
tidak.. masih ada lagi..masih adaaaa lagi...
how many papers more?
5 more papers! many.. so many..
2 papers pada hari yg sama.. 29 hb.. kemudian 1 paper pada 3 mei.. dan 2 papers pada hr yang sama 5 mei.
menarik bukan?
hee...
so .. what should i do? what should i do?
u should do what should u do.. fahamti? aiwah.. ana afham! ;)
haa.. ha.. entri kali ini adalah jenis monolog diri.. maap la yer..

Last but not least.. man jadda wa jada.. siapa yang berusaha akan berjaya, insyaallah..
keputusan terletak di tgnNya..

end of my entry.

Wednesday, April 21, 2010

Monday, April 19, 2010

+ Exam Final 2010 +

jadual exam..

salam..
setelah seminggu saya bercuti di rumah, kampung halaman..
akhirnya pada hari ini saya pulang jua.. ke teratak umah sewa kami..
mcm biasa.. mcm xnak balik jer.. tapi nak wat cm ner kan..
exam pun dah dekat.. hari khamis ni..
seriously, kat rumah sana, x banyak study pun. habiskan masa dgn family jer.. 
tgk tv la.. main kucing, huhu.. 
gembira, rumah toklang dah pon siap. toklang dah tinggal kat rumah baru..
tapi sayangnya, kamera hp CSL saya dah rosak.. jadi tak boleh la nak amik gamba..
em.. anak kucing saya, si hitam pulak dah besar cket.. dia selsema.. tapi alhamdulillah dah makin baik selepas diberi ubat.. 
oh ya.. anak kucing saya yg hitam putih tu pulak dah mati.. :( dia selesema. masa balik hrtu mmg x sempat jumpe la..dah dikebumikan pon.. hmm..
hari sabtu kelmarin.. meriah sangat kat rumah..
achik, maknyah dtg! ika, esah, apiz amsyar pon dtg, pi kat umah toklang.. tdo sini..
pahtu esoknya, ahad, ramai lagi yg dtg, ayalong, maklong, ina, yana dan epi, n mamakaklong, farah dan afiq pon ade.. meriah2.. toklang dpt langsir baru.
ayade pon ade, tp ijat n mirul n mak uda n ayie pi umah makcik siti sabtu tu.. tgh hari ahad br balik.
seronok kat umah.. haha.. xde gaya nak exam langsung.. huhu. aduhai..
skrg ni dah balik umah sewa dah. kene la study yer.. hehe..
nice vacation and holiday at home..
i will come back soon after 2 weeks exam.. insyaallah..

Monday, April 12, 2010

++ Buat Kamu..sahabatku~ ++


Sahabat, rakan dan teman..

Ku bersyukur ya Allah..
di sepanjang jalan-jalan ku ini..
Kau kirim buatku teman2 dan sahabat2..
yang selalu menceriakan ku..
mengingatkan ku di kala lupa..
menguatkanku di kala lara..
yang tidak putus memberikanku senyuman..
manusia berbeza..
perbezaan itu menuntut agar berlapang hati..
manusia juga punya persamaan
persamaan itu penguat lagi ukhwah islami..

kau sahabat, teman dan juga rakan..
pertemuan ini, dan juga perpisahan yang bakal dihadapi..
semuanya dibawah rancangan Tuhan..
smoga jalinan kemesraan terus mengalir dalam hati kita..
amin..

++ Buat semua rakan2.. biohealth's friends, housemate, api's friend, sebatch real, dan semua kawan2! ++

tahun akhir biohealth student with lecturers..uhibbukum/love u all~

api's biohealth! our members~ (^^,)

sewaktu poster presentation kawan2..

sewaktu jaulah ukhwah di mid valley b'sama housemate.^^,

++...~ he2...++

senyuman sahabatku.. :)

Wednesday, April 7, 2010

AL-ZAHRAWI : Tokoh Bedah Islam

 ++BIODATA RINGKAS++

Al-Zahrawi adalah pakar bedah moden terulung hingga abad ke 21. Nama sebenar beliau ialah Abu al-Qasim Khalaf ibn al-Abbas al-Zahrawi. Beliau dilahirkan pada 936 M di kota diraja Al-Zahra’, terletak kira-kira 9.6 kilometer dari Cordova, Andalus/Sepanyol dan meninggal dunia di tempat yang sama pada tahun 1013 M. Al-Zahrawi berketurunan Arab Ansar tetapi ahli keluarganya berpindah dan menetap di Sepanyol. Beliau menuntut ilmu di Cordova ,mengajar ilmu perubatan dan mengubati masyarakat. Penglibatan Al-Zahrawi dalam bidang perubatan lebih tertumpu kepada bidang pembedahan. Beliau dikenali sebagai pakar bedah yang terbaik pada zaman pertengahan dan digelar sebagai "Bapa Bedah Moden". Al-Zahrawi juga pernah berkhidmat sebagai doktor peribadi Raja Andalusia, iaitu Khalifah Al-Hakam II.  Riwayat hidup Al-Zahrawi banyak dihabiskan di tanah airnya sendiri.  

++Karya & Sumbangan ++ 

Kitab At-Tasrif 

Sehingga ke hari ini, dunia perubatan dan pembedahan begitu menyanjungi karya-karya sarjana Islam seperti Qanun fi-Tib yang di karang oleh Ibn Sina, Kitab Al-Hawi oleh Al-Razi, Sandaqol Hikmah oleh Jabbir al-Hayyan dan pelbagai lagi karya sarjana ilmuan Islam. Oleh itu, tidak kurang hebatnya tokoh perubatan dan pembedahan Al-Zahrawi yang sangat mashyur dengan karya beliau, At-Tasrif (Al-Tasrif liman ‘Ajaza an al Ta’lif) dan Kitab Al Maqalah fi Amali ‘ala Fanni al Jarahah yang menjadi rujukan hingga ke abad 21. Walaubagaimanapun, berdasarkan kajian lepas, hanya Kitab At-Tasrif sahaja yang lebih terkenal dan masyhur.  Kitab Tasrif Al-Zahrawi sangat menyumbang kepada bidang perubatan dan pembedahan dunia Barat. Karya beliau menjadi tereknal pada zaman pertengahan, kira-kira menjelang abad ke-12 dan ke-13. Pakar bedah Perancis yang terkenal, Gus de Ghauliac (1368 M) menjadikan tulisan Al-Zahrawi sebagai bahan tambahan dalam buku bedahnya. Kitab At-Tasrif juga menjadi bahan rujukan selama 5 abad di Universiti Salerno di Rom, Itali , Motpellier di France dan beberapa universiti lain di Eropah. Sejarah penterjamahan kitab At-Tasrif dilakukan kali pertama oleh Gerard Cremona, seorang sarjana Itali pada zaman pertengahan dan zaman Renaissanc. Gerard menterjamah kitab At-Tasrif ke dalam bahasa latin. At-Tasrif juga dicetak dalam bahasa Latin dan Hebrew dengan nama 'Medical Vademecum' pada 1497M. Bahagian mengenai tumbuhan dicetak di Venice pada 1471M, mengenai pembedahan juga dicetak di Venice pada tahun 1497M. Bahagian klinikal pula dicetak pada tahun 1519M di Osnabruck, German dan pada tahun 1566M, bahagian penyakit puan dicetak di Basel, Swiss. Kitab At-Tasrif telah menjadi sangat terkenal di kalangan sarjana Barat dan menjadi rujukan sehingga ke abad ini. Sekaligus ketokohan Al-Zahrawi telah membuka jalan kepada para sarjana sains baik Islam mahupun Barat untuk mengembangkan teknologi perubatan dan pembedahan selari dengan era moden masa kini.

Kitab At-Tasrif juga disebut sebagai ensiklopedia Al-Zahrawi yang mengandungi 30 jilid yang meliputi pelbagai bidang perubatan, kedoktoran dan pembedahan. Jumlah helaian pula tidak kurang daripada 1500 muka surat. Dalam bab pembedahan, Al-Zahrawi mencatatkan pelbagai ilustrasi teknik-teknik pembedahan, alat-alat bedah, serta panduan melakukan pembedahan dengan tertib. Antara teknik pembedahan dan pemeriksaan yang diperkenalkan oleh Al-Zahrawi ialah:

1.      Teknik pembedahan mata untuk katarak.
2.      Teknik pembedahan hidung dan telinga.
3.      Teknik pembidanan untuk ibu-ibu bersalin.
4.      Teknik rawatan pergigian.
5.      Teknik pembedahan perut dan pundi kencing.
6.      Teknik pembedahan bagi kanser (contohnya kanser payudara).
7.      Teknik merawat tulang patah

Al-Zahrawi juga memaparkan alat-alat bedah ciptaan beliau dan juga cara penggunaannya. Setiap alat bedah yang dicipta itu mempunyai fungsi tersendiri untuk merawat, memeriksa dan membedah pada bahagian-bahagian tertentu. Alat-alatan bedah beliau tidak kurang dari 150 alatan. Al-Zahrawi juga mencatatkan alat-alat bedah yang dibuat daripada besi adalah lebih baik daripada bahan lain seperti emas. Ini kerana emas tidak cukup panas apabila dipanaskan ataupun terlebih menyerap kepanasan yang akan menyebabkan emas mencair. Antara alat-alat ciptaan Al-Zahrawi ialah:

1.      Alat bedah dan pemeriksaan bagi mata, hidung, lidah dan telinga
2.      Alat untuk mengeluarkan batu karang dalam pundi kencing
3.      Alat untuk mengeluarkan sel kanser tahap 1. (kanser peringkat awal).
4.      Alat untuk mengeluarkan janin mati daripada perut ibu.
5.      Alat untuk pergigian

Dalam Kitab At-Tasrif juga, Al-Zahrawi memuatkan info-info penting berkenaan dengan tips kesihatan dan diet seimbang bagi pesakit. Sebagai tambahan, Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan seperti ubatan herba. Ubat-ubatan beliau dihasilkan dari teknik penyulingan dan pemejalwapan. Beliau juga menjadi orang pertama memperihalkan  secara terperinci mengenai hemofilia

Hemofilia merupakan penyakit keturunan yang berpunca akibat kekurangan faktor pembekuan darah. Pesakit akan mengalami pendarahan yang serius apabila terluka.  Al-Zahrawi juga memperkenalkan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat, Selain itu, Al-Zahrawi juga memperkenalkan teknik pengikat di lengan untuk menghentikan aliran darah ketika berlaku pendarahan yang teruk. Sumbangan Al-Zahwari ini ternyata amat besar dan mencapah. Beliau bukan sahaja mahir dalam bidang perubatan dan pembedahan malahan ada yang mendakwa Al-Zahrawi juga turut mahir dalam bidang kosmetik dan kecantikan. Beliau telah memperkenalkan minyak gosok serta kepentingannya. Cara-cara penyediaan minyak gosok daripada bahan-bahan asas juga pernah dicatat oleh beliau dalam karyanya At-Tasrif. Al-Zahrawi juga menggunakan zat minyak yang disebut sebagai Adhan untuk rawatan dan kecantikan. Bukan hanya itu, malahan Al-Zahrawi juga memperkenalkan jenis-jenis wangian yang pelbagai dan penuh beraroma. Teknik-teknik menguatkan gusi serta memutihkan gigi juga telah diperkenalkan oleh tokoh hebat ini. Oleh itu, masyarakat Islam Andalus pada abad ke-12 telah mengetahui dan menggunakan produk-produk kecantikan antaranya krim tangan, pembersih mulut dan pembersih hidung. 

Pada zaman keemasan Islam itu juga, masyarakat telah menggunakan sejenis detergen yang bernama Lenor untuk wangian dan pencuci pakaian agar sentiasa harum dan segar.Kaedah berbekam juga turut dicatatkan oleh Al-Zahrawi dalam kitabnya. Beliau mengatakan penggunaan cawan atau alat berbekam boleh diperbuat daripada tanduk, kayu, tembaga, atau kaca. Kaedah rawatan berbekam mempunyai dua cara, berbekam kering, (dengan api atau tanpa api) dan bekam basah. Al-Zahrawi menggunakan minyak beraroma dan air sebelum dan selepas berbekam untuk mempercepatkan penyembuhan. Beliau hanya menyarankan penggunaan lintah untuk berbekam pada anggota badan yang tidak boleh berbekam secara biasa seperti hidung dan jari. Jelas di sini ianya tidak selari dengan pandangan umum yang boleh menggunakan lintah untuk bekam secara meluas.

+ sebahagian drpd hasli assigmnent KSI saya.. n ifti :-) +

Tuesday, April 6, 2010

++SeLamaT Hari Lahir HaJar!! ++

tvxq ingin mengucapkan 'hepi beday' to u. hu3

6 April 1988...
12 pm... 
uwek.. 
seorang baby girl telah lahir di bumi..
alhamdulillah...
ibunya dan keluarganya gembira menyambut ketibaan anak ke-2 dalam family mereka..
uweek.. (^^,) hehe
kini..
6 April 2010..
baby girl sudah remaja menjadi seorang muslimah..
muslimah yang berwibawa..

Sanah Helwah adik Housemate ku.. Hajar Ghazali!!
selamat hari Jadi & Hepi beday yang ke..
sudah berusia 22 tahun... =))
Semoga Berjaya di dunia dan akhirat Hajar!! 
amin.. ;)) he3..
Kek xde la plak dlm blog ni.. sori yer ;) 
Hepi alwiz my friend~

May Allah always be with u.. amin..
muge ukhwah kite berpanjangan~