date: 23 sept 2010
time: 6.37 pm
salam..
sudah lama tidak menjejaki kaki ke akademi kesayangan. mungkin tak lama sangat, hanya hampir 5 bulan. Alhamdulillah pada petang ini kaki dan jasad ini berpeluang ke sana.. tidak banyak yang berbeza.. tetapi keadaan waktu ini agak sunyi.. dahulu, apabila petang2, ramai mahasiswa2 akademi ini yang akan memenuhi ruangan kegiatan siswa.. ada yang study, ada yang sedang mesyuarat atau mungkin ada kelas...
that's it.. akademi pengajian islamku..
di sudut2 ruangan, kelihatan sekelomppok mereka2 yang berbincang untuk menebarluaskan dakwah di bumi ilmu ini...
alhamdulillah, masih ada lagi golongan2 yang meneruskan perjuangan dakwah di sini... yer, itu pasti, kerana kita adalah mata2 rantai perjuangan.. bukan kite yang mendahulukan tetapi kita yang meneruskan perjuangan itu...
erm.. dah lama juga saya tidak bercakap soal perjuangan.. diri ini sebenarnya pernah ditarbiah di medan itu....mungkin sahaja kerana selepas menamatkan pengajian, sangat kurang menginfakkan diri.....
namun..
"di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung"
di mana kita berada, di situ Islam di juangkan.. dalam apa cara sekalipun..
dunia realiti luar kampus ini berbeza.. baru sahaja menjejakkan kaki ke dunia realiti.. hati sgt takut..
apakah diri ini mampu mengharungi semua itu. sebagai manusia kita kene terus-menerus berdoa dan memohon kepada Allah.. hanya Dia saja yang dapat memberi rahmat dan pertolongan,...
apa yang pasti dunia luar yang kita anggap REALITI ini adalah ILLUSI sahaja..
kerana yang ABADI sudah pasti hari yang telah dijanjikan olehNya.. AKHIRAT kekal selamanya..
-yang masih belajar-..
No comments:
Post a Comment