ingat 5 perkara, sebelum lima perkara:
sihat sebelum sakit,
muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sempit..
hidup sebelum mati...
Hari ini, aku masih sihat..
hari ini, aku masih muda..
hari ini aku masih punya wang...
hari ini masa ku terluang..
hari ini aku masih bernafas..
segala-galanya adalah hari ini.
nikmat Tuhan yang manakah kita sering dusta kan?
nikmat sihat?
waktu sihat kita tidak ingat Allah?tidak sekalipun melaksanakan suruhanNya?
bila dah sakit baru bertatih2 menyebut namaNya..
nikmat muda?
waktu muda kita enjoy bagai nak gila,
beriktiqad bahawa muda hanya sekali, nanti dah tua baru nak beramal?
bila dah tua, sakit pon bertambah, amalan pon tak terbuat..
nikmat kaya?
waktu kaya kita boros, berlebihan serta membazir,
sedekah pula jarang sekali malah sombong dengan apa yg ade?
bila dah miskin baru meminta-minta, hutang keliling pinggang..
nikmat lapang?
kita duduk saja-saja, lepak-lepak tak kira masa,
gelak-gelak bersukaria, solat pun entah ke mana..happy go lucky katanya,
bila waktu terdesak, hidup pula tak tentu hala, masalah datang bertimpa,
baru menyesal tak kira masa..
terasa nak ulangi kembali zaman belia..
nikmat hidup?
rasa macam hidup selamanya, bila mati konfirm syurga,
sama mcm tadi, beriktiqad hidup hanya sekali..
bila dah mati.... penyesalan konfirm tak berguna lagi,
bila tempat yang dijanjikan dah diperlihatkan depan mata..
meronta2 nak pulang kedunia..
tapi apa kan daya..
..
we just have to Open our eyes, our heart and our mind..
..
oh..anamusafir bercoret lagi..coret-coret dalam blog sepanjang lembaran maya ini,
supaya blog dia ni sentiasa di update selagi dia masih sihat, masih muda, masih kuat, masih lapang, dan selagi dia masih hidup.. Kalau dia dah mati, tak mungkin la dia boleh update kan kan?? :), so.. kalau dia dah takde pon semua ni jadi kenangan sampai la dunia ni musnah dan hancurr.. selagi coret2 die ni ada yg baik, amik la , kalo ade yg ntah ape-apa tu, jangan amik okayy?
sebenarnye tgh boring nie..hari pula disirami hujan, mendung, kelam, sejuk.. tiba2 pula sistem tubuh macam down sikit..imun turun sikit kot..suhu naik 1 darjah celcius agaknyer.. Sekarang dah masuk disember.. penghujung tahun...
anda tahu apa yg ada di penghujung tahun???
tahu?
penghujung tahun menandakan kita dah nak habis tahun 2010 la.. hehe
dan insyaallah bakal masuk tahun baru 2011..masihi
kalau awal muharam pula jatuh pada 7 disember ni, dah dekat dah.. tahun baru juger..
so.. angka umur pon dah bertambah.. makin veteran la nampaknyerrr...
ha2...
okla.. Selamat Menghabiskan Penghujung Tahun anda dengan jayanya..
kalo ada azam tahun 2010 yang belum terlunas lagi..sila2 lah lunaskan, ada masa lagi 30 hari..
hee..
all the best~
Salam Musim Sejuk 2010 bagi negara2 yg ada salji..
-anamusafir87-