Tuesday, December 14, 2010

Ambillah dunia secara Qana'ah


salah satu nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya..

"Hai anakku..
janganlah engkau condong kepada urusan dunia
dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja..
kerana..
engkau diciptakan Allah bukanlah untuk
dunia sahaja...
Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina
daripada orang yang terpedaya
dengan dunianya"...

Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Seringkali berasa kekurangan walaupun pelbagai nikmat dunia diperolehi. Semakin di kejar dunia, seolah-olah dunia semakin jauh. Kita berlari dan berlari untuk mengejarnya, seperti fatamorgana yang membayangi sang musafir di padang pasir. Itulah nikmat dunia yang Tuhan ciptakan untuk menguji keampuhan iman manusia. Wang ringgit, perempuan, keluarga dan anak-anak, kerjaya, kemewahan demi kemewahan yang dikecapi bukannya menjadi manusia berasa kaya, tetapi semakin miskin kerana nafsu yang tidak pernah puas. Kerana itu manusia selalu resah jiwanya kerana urusan-urusan dunia yang menyusahkan hati.

Dunia yang dekat ini sebenarnya jauh dan fantasi. Tidak ramai antara manusia yang menyedari bahawa yang paling jauh itulah sebenarnya yang paling dekat, iaitu alam akhirat. Alam kehidupan selepas mati yang seringkali manusia lupakan. Lupa mengumpul bekalan-bekalan ketika di dunia untuk menemaninya di akhirat nanti. Akhirat itulah yang realiti. walau tampak jauh namun tak ubah jaraknya hanya satu garisan di hadapan kita. 

apakah kita bersedia untuk berehat di destinasi terakhir?-kubur-
apakah kita bersedia untuk menempuh lautan manusia yang maha hebat?-padang mahsyar
apakah kita bersedia melangkah titian yang mendebarkan?-titian sirat
apakah kita bersedia untuk menjadi antara 2 penghuni akhirat?-syurga atau neraka
Nafsu jahat manusia akan mengenepikan semua itu.
kerana ia akan membawa hati manusia menjadi jauh dari nikmat dunia.
hanya akal dan hati yang sedar sahaja benar-benar akan berasa gerun memikirkannya.

ya ALLAH...
Sesungguhnya memang diri ini yang akan berhadapan dengan hari yang tiada keraguan itu.
dan sesungguhnya setiap jiwa-jiwa akan merasainya.
urusan dunia kini?..
ambillah secara qanaah..
tidak salah mengambil dunia utk bekalan akhirat.
hanya jangan sampai hati-hati kita menjadi kufur kepada Pencipta Agung..
Allah...

No comments: