Thursday, December 16, 2010

Kisah Kenangan..


Lewat malam itu, aku cube memikirkan sesuatu yang membuatku tersenyum, namun mungkin kerana perkara tersebut tidaklah mendatangkan faedah kepada ku pada masa terdekat ini, lantas aku jadi mengingat hal-hal yang memilukan hati. Sungguh bacaan hati memang tidak tertafsir, kadang-kadang aku juga jadi sedikit keliru. Emosi barangkali. 

Selalunya ada dua perkara yang bisa membuatkan hati aku sedih bila memikirnya; arwah atokku yang ku panggil tokki dan juga kucing-kucing ku yang dah hilang entah ke mana. hehe.. macam lucu je. Tapi mungkin kerana minggu ini sudah lama tidak mencuci mata dengan air mata, hati mungkin sedikit beku, dan kalau teringatkan perkara tersebut, mudahlah untuk menyebakkan hati dan perasaan. 

Terkenangkan kucing, kerana selama aku berada di rumah, aku selalu bermain dengan mereka, memanjakan mereka dan kadang-kadang marah cikit2 pada mereka..iyelah kucing, kadang2 nakal gak. Kalau bosan-bosan aku suka ajak kucing main dalam bilikku dan sering juga jadi peneman ku kala tidur waktu malam. Kadang-kadang rasa juge dia seolah2 mencium kite..hehe..suruh bangun la tu agaknyer.

herm... sedihnya bila kini aku tiada lagi kucing untuk bermain.. lumrah kucing meninggalkan rumah, mungkin pergi mengembara kot, atau mungkin sudah tiada lagi. Orang kata kucing kalau nak mati dia akan pergi dari rumah sebab tak nak tuannya sedih.. itulah yang berlaku kepada aku dan keluarga. Banyak kucing-kucing yang x de. hilang tanpa kesan. Misteri la juga. Lalu timbullah pelbagai spekulasi...Mungkin kucing ni dah jumpe tuan baru, mungkin sesat, mungkin di makan ular ke? (sebab belakang rumah aku kebun), mungkin juge..hehe.tak tahu la kemana.. Tapi memang sweet la bila ibu kata..tak pela, nanti kat syurga kita jumpe semula la dengan kucing2 kita.. memang sedih time tu. my mum also sedih bila ingat kat kucing2 ni.. Kucing yang terakhir hilang ialah si tatam (hitam), sedih..tapi apakan daya..dia dah pergi.. cume aku boleh berharap dia tak apa-apa dan akan balik ke rumah... 
lalu.. berderai-derailah air-air dari mataku.. 'saya rindu kucing saya'.. (Emo tahap tinggi. hehe)

kedua arwah atok..Tokki. apa yang istimewanya atok saya ni? hehe.. sebab dia atok saya la.. sebab itu saya anggap atok saya special ^^,. kalau atok orang lain, orang lain la anggap atok mereka special kan..he2..boleh ke jawab macam tu. ;) ( tadi gune 'aku' , sekarang 'saya' pulak..). Tokki, saya sayang tokki saya tapi saya tak pernah mengungkapkannya.. tetapi saya tahu saya sayang sebab saya rasa kehilangannya. Saya rindu nak salam dengan tokki. Dulu masa tokki sakit, tokki suruh urut2 sikit kaki dan tangan tokki..tokki kata, nanti kalau tokki tak ade, tak boleh urut dah.. sedih..saya menahan sebak. Masa tokki sihat, malam-malam tokki suka tidur kat anjung rumah, menikmati angin malam barangkali. Lepastu, kami (anak beranak) kata, tokki tak takut ke nanti ada puntianak.. huhu.. seram ler juger. Tokki kata dah biasa, tak takut tdo luar. hehe..

Tokki pekebun tegar. Tokki tanam nanas, kelapa sawit, rambutan dan lain-lain. Kalau nanas dah masak, tokki ambil dan jual kat pekan. Saya dan sepupu pernah tolong tokki jual nanas kat pekan. Kelapa sawit pula tokki upah orang petik dan jual kan, jadi hasilnya dapat la kat tokki dan keluarga. (jual secara kecil-kecilan saje).  Kalau dulu masa saya ada kat rumah, tiap-tiap pagi tokki datang kebun dan berkebun. Sebelum tokki meninggal, tokki tanam jagung. Hasilnya kami makan.. tapi sekarang dah xde orang nak tanam..
Tokki rajin pergi surau, waktu maghrib mesti pergi surau. Subuh pon ya juga. Tokki suka dengar ceramah agama. Tokki suka tengok bola juge. hehe.. 
aik.. rasa macam menulis karangan pendek bertajuk 'Atok saya' pulak..;). 

ibu pesan, selalulah sedekah al fatihah untuk tokki kat sana.. semoga Allah ampunkan dosa-dosa tokki.. amin.
erm.... tokki tak sempat tengok saya balik dari Qatar, saya beli bnyk barang2... kalau tokki ade, saya nak tunjuk..tokki ni gambar2 kite pi qatar..seronokkk.... hurm.. tokki tak sempat tengok kita grad.. tokki kita dah grad...dah dpt ijazah alhamdulillah.. tokki, kite dah keje sekarang.. kan best dapat belanja tokki sempena gaji pertama kita.. (emo kali kedua)

.... sebak memenuhi dada.. Sebenarnya bukan itu yang tokki harapkan. Bukanlah wang dan kemewahan yang tokki harapkan kini.. Tokki mengharapkan sedekah doa untuk menerangi 'rumah' nya sekarang... Itulah doa dari anak-anak yang soleh.. secara tak langsung, apabila teringat tokki..akan teringat juga mati. ya Mati itulah yang sepatutnya diingat... tokki dah rasa mati.. kita??..giliran kite...belum tiba.. tapi akan tibe bila-bila masa...
aku berharap dapat jumpe tokki di sana.. 

Semuanya dalam Kenangan..
yang berlalu telah berlalu..
yang mendatang hadapi dengan tenang...

akhir sekali.. walau macam mana pon Ingat Tuhan la yang paling utama. Ingat dosa-dosa. Airmata yang mengalir kerana takut pd NYA akan menyelamatkan manusia dari api neraka... mungkin ini lah main point yang paling penting kat sini.. 

end..-anamusafir87-

No comments: