Renungan buat diri..
Ingatlah, kenali dirimu dengan selalu melihat ‘cermin’. Cermin pertama ada pada hatimu, sementara cermin kedua wujud di sekelilingmu.
Sentiasalah berkaca pada hatimu. Persoalkan, dari mana asal usulmu, di mana kini dirimu berada dan ke mana dirimu akan kembali kelak. Dengan izin dan petunjuk-NYA, kau akan memahami, bahawa manusia ini adalah mahluk ALLAH yang diciptakan hanya untuk mengabdikan diri kepada-NYA.
Teruslah bercermin pada sekitarmu. Pada keluarga, pada teman-teman dan pada sesiapa saja. Sikap yang mereka tunjukkan kepadamu adalah ‘refleksi’ sikapmu terhadap mereka. Justeru, andai kau ingin mereka menghormatimu, dahulukan penghormatanmu buat mereka. Andai kau mahu mereka menyayangimu, dahulukan kasih sayangmu terhadap mereka.
Berlandas panduan-NYA, dirimu akan selamat dari kerugian di dunia, juga kerugian di akhirat sana , ameen.
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.
(^_^)V
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.
(^_^)V
No comments:
Post a Comment