Bakat itu bukan milik perseorangan..
Bakat melukis, bermain alat muzik, mencipta rentak dan lagu..ia yang di kongsi oleh orang lain yang memiliki bakat yang sama..
bakat yang menggambarkan seseorang itu berjiwa seni dan halus, tajam pemerhatiannya, tinggi imaginasi dan daya kreativiti. Apa yang berbeza hanyalah tahap-tahap atau skill dalam membangunkan dan mengoptimakan bakat itu.
Bakat.. dan ia perlu di gilap agar mendapat pencerahan ke arah pemantapan sesuatu kemahiran yang tersembunyi. Seseorang boleh berjaya jika menggunakan dan mempertingkatkan nilai kualiti bakatnya ke arah yang positif.
namun bukan semua manusia menggunakan bakat yang ada sebagai profesyen teragung mereka, kerana ada juga manusia yang berjaya dalam bidang yang bukan dari bakat lahiriah mereka, kerana bakat yang ade tidak di gilap sebaliknya mencari sumber kekuatan yang lain. Mungkin dengan kekuatan akal dan sistem pendidikan yang mencorak mereka ke arah itu.
Ape-apapun.. manusia adalah makhluk unik yang di cipta Tuhan untuk mengabdikan diri kepadaNya..
gunakan segala potensi dan bakat yang ade untuk mensyukuri nikmat Nya..
No comments:
Post a Comment