Wednesday, August 24, 2011

Ucapan Raye..


Usagi dan kawan-kawan ingin mengucapkan...:

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA!!!

^__^

MAAF ZAHIR DAN BATIN
..

SEMOGA RAYA TAHUN INI DIRAI DENGAN PENUH KESYUKURAN~

AMEEN..

Monday, August 22, 2011

c.e.r.i.t.a. I.m.a.n

assalamualaikum..

sunyi di kala ini..
aku resah sendiri..
ku titip rindu di hati..
hanyalah utk-Mu, Tuhan..

opening song pertandingan nasyid kumpulan kami semasa di nilampuri dulu.. pertandingan nasyid antara majmuah (perempuan sahaja ) yang berlangsung di dewan makan aspuri. Mengimbau kenangan lama memang mengasyikkan. Kadang-kadang rasa seperti tak sangka masa yg lepas tu telah pon aku laluinya...satu tahun demi satu tahun.. sudah pasti aku bisa melaluinya kerana adanya Allah. Tanpa Dia, aku tak dapat teruskan hidup ini...segala pahit manis di sepanjang hidup ini, bukannya mudah untuk aku yg berstatus insan biasa ini . Tapi kerana ada Allah..ada keluarga, rakan-rakan..semuanya menjadi penguat untuk aku teruskan hidup ini..

dan sekarang ini.. tahun ini.. aku masih dan sedang melaluinya.. dengan pelbagai pengalaman baru setiap hari. kadang2 membuatkan aku stress juge.. selalu berperang dengan perasaan sendiri. ...tapi bila difikirkan kembali, ujian yang aku hadapi ini cumelah sedikit berbanding dengan dugaan2 insan lain. apa yang Allah bagi tu..mestilah sesuai dengan kemampuan diri kita kan..just kadang2 kita je yang rasa berat sangat, kerana kita menilai ujian itu dengan nafsu bukan dengan iman. Iman akan selalu terima setiap ujian itu sebagai sesuatu yang positif, nafsu sebaliknya. Diri kita la yang kena mengawal semuanya, antara iman atau nafsu. 

hurm..
iman vs nafsu... ibarat peperangan yang sengit,
perang dunia ke-empat barangkali..

iman perlukan penghijrahan..
dan hijrah itu perlukan kekuatan.

bak lirik lagu..

Andai rasa diri lemah.
di perjalanan hijrahmu
sendirian..tiada mampu
mohonlah pada Tuhanmu..

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah..
di hujungnya.. Hasanah..

masakan iman yang lemah mampu menghijrahkan diri kita..?
sudah tentu tidak..
kita perlukan kekuatan..kekuatan iman, (spritiual), dan kekuatan fizikal untuk melakukan perubahan.
jika spiritual sahaja kuat, tetapi fizikal lemah, hijrah itu terbantut.
jika fizikal sahaja kuat, tetapi spiritual pula lemah..hijrah itu tidak akan konsisten..

macam tula.. 
ah..senang saje aku menaip ni,.
nak pratikkan tu yang mencabar~
so.. fikir2kan dan selamat beramal~ :)

(>.<)

-anamusafir87-


Wednesday, August 10, 2011

C.e.r.i.t.a G.u.g.u.p

jadi penyanyi tak gugup kot~huhu



kisah seorang insan


2001..

minggu itu cikgu Sains kelas kami membahagi-bahagikan topik-topik kepada setiap kumpulan untuk dibentangkan. Cikgu kami tidak sempat mengajar semua silibus memandangkan peperiksaan akhir semakin dekat. setiap kumpulan sudah diberi topik tertentu dan bersedia untuk dibentangkan ketika kelas pelajaran Sains bermula. 

aku duduk bersama rakan-rakan, membaca topik yang telah kami terima. pen marker dan kertas majong sudah tersedia. kami melukis peta minda. aku merajinkan diri untuk melakar peta itu ke atas kertas majong. konon-kononnya supaya aku tidak terpilih untuk menjadi presenter kumpulan kami. malangnya semua ahli diwajibkan membentang bahagian masing2. sedikit hampa namun aku yakinkan diri juga. aku baca sungguh2, sambil berselawat menunggu giliran aku untuk present. kebetulan waktu itu, kumpulan kami membentangkan tajuk yg telah kami dapat. topik Daya dan tenaga kalau tidak silap. Subjek sains tingkatan 2 kami. tanganku terasa sejuk, ku genggam tangan rakanku. sama-sama sejuk. tenang. kini tiba giliranku pula.. 
aku berdiri di hadapan rakan-rakan sekelas. semua mata tumpu padaku. lelaki dan perempuan. sedikit gugup. pembaris panjang sebagai kayu penunjuk ada di tangan kananku. 

"assalamualaikum...hari ni saya bentang tajuk..." sambil menghala pembaris ke muka papan hitam. namun tanpa sedar, aku menghayun pembaris itu terlalu kuat sehingga patah! oh debarnya jantungku. kaget dan tidak dapat meneruskan kata2. aku cuba lagi tapi lidahku kelu. aku terduduk. Malu.. semua rakan sekelas pelik. kenapa?kenapa? aku malu untuk bangun semula. Lantas, ahli kumpulan ku yang lain tolong bentangkan bahagian aku. Oh malunya dan  bercampur sedih. maafkan aku teman. Aku berlari ke tandas bersebelahan kelas kami. 
sedih. airmata turun mencurah.. kenapa aku? kelu? nervous.. tapi orang lain nervous boleh juga.. aku? aku tidak boleh..

usai kelas sains, kawanku datang menenangkan.. sabar.. tak apa, tak apa.. tenang sedikt.. kawanku mengajak aku masuk semula ke kelas. Kelas nahu sorof sudah start. Ustaz sudah ada di kelas...

namun ada seorang antara ahli kump kami yang memandang sedikit 'serong' padaku.. mungkin menganggap aku seperti kebudak-budakan dan mengelat dari bentang tajuk itu.


2003..

ujian lisan bahasa melayu. ada dua bahagian, satu individu dan satu berkumpulan. untuk bahagian individu aku membawakan sebuah sajak 'airmata wanita' dipetik dari buku puisi othman awang. aku menhafalnya dan membentangkan ia di dalam kelas. Sukses! Alhamdulillah. Bahagian 2, berkumpulan.. ahli kump. kami ada 4 termasuk aku, mereka memilih tajuk forum, dan aku dilantik sebagai panel. panel? huh...sebelum tiba waktu ujian berikut, kami berlatih berforum. masing2 sudah menulis isi dan point2 untuk dibentangkan ketika ujian itu nanti. ujian lisan kami di dalam kelas. sewaktu kumpulan kami bentang, semuanya nampak berjalan lancar. Namun, apabila tiba giliran aku.. er.. hurm.. mula-mula ok sahaja. aku buat-buat OK.. tapi kegugupan mengatasi segalanya. huruf2 dan perkataan2 terasa beban. berat sungguh untuk melontarkan umpama emas yang tersimpan di dalam mulut. aku memandang rakanku..mereka faham. perlahan2 mereka kata, tak apa..baca saja, teruskan. aku cuba..tapi alahai tak boleh juga.. tersekat. cikgu pelik. aku pandang cikgu. "cikgu,cikgu..saya tak boleh".. aku datang dan melutut tepi cikgu..merayu, tak boleh cikgu..saya gugup.. cikgu faham dan kump. kami bersurai..

sekali lagi malu. aku meluahkan hati sedih ini di tandas..ah lagi2 di tndas..sambil mengesat airmata. aku lihat wajah di cermin.. kau boleh sebenarnya..tadi gugup sangat.. aku minta maaf kat kawan2 sekumpulan..aku tak sengaja..alhamdulillah mereka paham, dan tak ambil hati.. 

oleh sebab itu, aku mengambil ujian lisan bahagian 2 bersama cikgu bahasa melayu (face to face) di biliknya. Terima kasih cikgu! walaupun masa tu pon sedikt gugup.

2004, 2005, 2006, 2007.....2010..

dan di sepanjang tahun2 pengajianku, selalu di hantui dengan siri-siri pembentangan yang menggerunkan hati aku. ada waktu aku berjaya melaluinya, alhamdulillah, dan ada waktu aku..kantoi juge.. pernah sekali, aku kena bentang topik dalam bahasa inggeris bagi subjek neurobiology, malam tu memang prepare sungguh2, sambil aku ternangis, ya Allah mudahkanlah hari esok ya Allah..aku kena bentang esok..solat hajat dan doa banyak2... alhamdulillah esoknye ok je bentang sambil membaca slide..(nervous gak tapi buat xtahu je).

dan sehingga kini aku masih anti-presentation, haha. sebenarnya ketenangan, yakin, dan percaya pada Tuhan diri memberi kekuatan utk kita melakukan sesuatu. Ya! sememangnya boleh cuma terpaksa mengharungi kesukaran2 yang menguris jiwa...

dari zaman bangku sekolah menengah, sejak peristiwa 2001 dan 2003..aku mula menyedari, sindrom pertuturan yang aku alami adalah diwarisi. kadang-kadang memberi kesan dalam percakapan biasa. Tapi mak aku selalu kata, apapun mesti bersyukur kerana  kita tidak bisu, ya! Alhamdulillah walaupun begitu kita tetap bersyukur, kekurangan yang ada tidak setanding dengan nikmat yang Tuhan beri kepada kita. Sedih berpanjangan pun tidak berguna. 


2011..

sejak menamatkan zaman pengajian, hidup bebas dari 'era pembentangan'!

namun pernah suatu masa, hati aku terguris dengan beberapa incident yang berlaku. Mungkin mereka tidak tahu sejarah aku. Gurauan itu membuatkan aku pilu. Kenyataan itu membuatkan aku mengenang kembali zaman belajar ku. Apabila di tanya soal sensitif, yes iam. aku memang sensitif dan cepat terasa oleh sesetengah hal yang membabitkan personal diri, tetapi aku juga jenis yang cepat melupakan, cepat sejuk la orang kata. So don't worry la. Cuma aku harap, diri ini dimengertikan.. 

walau bagaimanapon, aku masih punye ibu, ayah dan keluarga yang memberi sokongan..



-anak kampung-




p/s : copy dari blogger anakampung..pergh...sama mcm kisah ku~




:) happy ramadhan~

Thursday, August 4, 2011

Updating Blog ..Ramadhan... :)

assalamualaikum wbt.. @>----

part 1:

Ramadhan oh ramadhan. 
Bulan yang mulia itu telah tiba.
membawa sejuta kerahmatan dan kebahagiaan
buat musafir-musafir kelana dunia yang mencari akhirat..
1 bulan di antara 12 bulan, 30 hari di antara 365 hari..
Allah hadiahkan buat hamba-hambaNya..
bulan yang Barakah..=) 

so, i wish all of us : 
"Happy Ramadhan Karim,
Semoga kedatangannya di nanti dan kepulangannya ditangisi
(^_^) Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat..
 bulan ramadhan turut juga dirasai oleh mereka yang beragama lain
kerana sifat rahman Allah itu seluruh alam!"

part 2:

cerita saye =)

Kali ini, saya tidak berpuasa di kampung seperti tahun lalu,
saya berpuasa di KL bersama kawan2 serumah dan ofismate~ :)
wa..puasa di KL..hehe.. suasananye meriah je..sama meriah dengan kg gak cume lain cket la.
kat cni meriah dengan bazar ramadhan dan juga meriah dengan solat terawikh di surau2 dan masjid2.
Alhamdulillah..kemudahan bnyk di sini.. hari ahad haritu (31 julai) saya dan hosmate bersolat terawikh di Masjid ar-rahman. kami ambik 8 rakaat jer..hee.. bila tiba time ceramah, kami pon balik~ :p 

then, pada puasa yang kedua, saya dikejutkan dengan berita kematian kenalan dan juga teman saya Nur Nazrina@Manja. Walaupun hanya pernah bjumpa sekali, saya senang terhadap arwah, kawan-kawan lain juga gembira berkenalan dengan arwah. Berjumpe kali pertama semasa majlis reunion Qatar di bangi, (rumah ummi)  mjlis itu menjadi medium tautan ukhwah kami. Masa tu, saya dimaklumkan sememangnya arwah Manja mengidap sakit leukimia dan sedang menjalankan rawatan. sewaktu beliau di MCSJ tahun ini, saya tidak berkesempatan menziarahi manja... cume sempat kirim SMS utknye.. sehinggalah 3 ogos 2011 saya menziarahi arwah (arwah meninggal pada 2 ogos, waktu maghrib)..pertemuan akhir itu menjadi pertemuan yang betul-betul terakhir buat kami dan seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan arwah.. pertemuan yang tidak mungkin dapat bertemu kembali di dunia melainkan bertemu lagi di akhirat Insyaallah.. tagline manja..(di dalam blog nye ) BSS (Bersahabat sampai Syurga) menyentuh hati saya.. ketika urusan jenazah manja, saya masih dapat menahan sedih yang amat, tetapi ketika selesai urusan dan pulang ke rumah selepas berbuka puasa di tmpat kerja, ketika saya lihat kembali gmbar2 kami di majlis reunion itu, baru saya menangis betul2 hingga mengalir air mata dan teresak2.. :'.. saya sedar yg saya takkan melihat senyuman arwah manja seperti yg saya lihat dalam gmbar beliau, saya sedar saya tidak lagi akan mendengar suaranya seperti yang pernah saya dengar ketika majlis reunion itu..sungguh sedih mengenangkannya.. tetapi  sedih dan tangisan tidak membantu apa-apa kepada arwah. Bagi yang telah pergi, hanya doa dan sedekah jariah menjadi penyumbang kepada arwah.. semoga arwah Manja ditempatkan di kalangan yang soleh..amin..
kagum dengan semangat ibu kepada manja, selepas solat jenazah arwah, wajah ibunya tenang dengan senyuman yg terukir dibibirnya .. saya menjangkakan mungkin waktu tu dia sudah betul2 redha dengan pemergian anak kesayangan.. 

Kita semua akan pergi jua menyusuri mereka yang telah pergi ...=)

last but not least, until we meet again insyaallah.. =)

 manja... :')

 reunion.. 

...end..