Wednesday, August 10, 2011

C.e.r.i.t.a G.u.g.u.p

jadi penyanyi tak gugup kot~huhu



kisah seorang insan


2001..

minggu itu cikgu Sains kelas kami membahagi-bahagikan topik-topik kepada setiap kumpulan untuk dibentangkan. Cikgu kami tidak sempat mengajar semua silibus memandangkan peperiksaan akhir semakin dekat. setiap kumpulan sudah diberi topik tertentu dan bersedia untuk dibentangkan ketika kelas pelajaran Sains bermula. 

aku duduk bersama rakan-rakan, membaca topik yang telah kami terima. pen marker dan kertas majong sudah tersedia. kami melukis peta minda. aku merajinkan diri untuk melakar peta itu ke atas kertas majong. konon-kononnya supaya aku tidak terpilih untuk menjadi presenter kumpulan kami. malangnya semua ahli diwajibkan membentang bahagian masing2. sedikit hampa namun aku yakinkan diri juga. aku baca sungguh2, sambil berselawat menunggu giliran aku untuk present. kebetulan waktu itu, kumpulan kami membentangkan tajuk yg telah kami dapat. topik Daya dan tenaga kalau tidak silap. Subjek sains tingkatan 2 kami. tanganku terasa sejuk, ku genggam tangan rakanku. sama-sama sejuk. tenang. kini tiba giliranku pula.. 
aku berdiri di hadapan rakan-rakan sekelas. semua mata tumpu padaku. lelaki dan perempuan. sedikit gugup. pembaris panjang sebagai kayu penunjuk ada di tangan kananku. 

"assalamualaikum...hari ni saya bentang tajuk..." sambil menghala pembaris ke muka papan hitam. namun tanpa sedar, aku menghayun pembaris itu terlalu kuat sehingga patah! oh debarnya jantungku. kaget dan tidak dapat meneruskan kata2. aku cuba lagi tapi lidahku kelu. aku terduduk. Malu.. semua rakan sekelas pelik. kenapa?kenapa? aku malu untuk bangun semula. Lantas, ahli kumpulan ku yang lain tolong bentangkan bahagian aku. Oh malunya dan  bercampur sedih. maafkan aku teman. Aku berlari ke tandas bersebelahan kelas kami. 
sedih. airmata turun mencurah.. kenapa aku? kelu? nervous.. tapi orang lain nervous boleh juga.. aku? aku tidak boleh..

usai kelas sains, kawanku datang menenangkan.. sabar.. tak apa, tak apa.. tenang sedikt.. kawanku mengajak aku masuk semula ke kelas. Kelas nahu sorof sudah start. Ustaz sudah ada di kelas...

namun ada seorang antara ahli kump kami yang memandang sedikit 'serong' padaku.. mungkin menganggap aku seperti kebudak-budakan dan mengelat dari bentang tajuk itu.


2003..

ujian lisan bahasa melayu. ada dua bahagian, satu individu dan satu berkumpulan. untuk bahagian individu aku membawakan sebuah sajak 'airmata wanita' dipetik dari buku puisi othman awang. aku menhafalnya dan membentangkan ia di dalam kelas. Sukses! Alhamdulillah. Bahagian 2, berkumpulan.. ahli kump. kami ada 4 termasuk aku, mereka memilih tajuk forum, dan aku dilantik sebagai panel. panel? huh...sebelum tiba waktu ujian berikut, kami berlatih berforum. masing2 sudah menulis isi dan point2 untuk dibentangkan ketika ujian itu nanti. ujian lisan kami di dalam kelas. sewaktu kumpulan kami bentang, semuanya nampak berjalan lancar. Namun, apabila tiba giliran aku.. er.. hurm.. mula-mula ok sahaja. aku buat-buat OK.. tapi kegugupan mengatasi segalanya. huruf2 dan perkataan2 terasa beban. berat sungguh untuk melontarkan umpama emas yang tersimpan di dalam mulut. aku memandang rakanku..mereka faham. perlahan2 mereka kata, tak apa..baca saja, teruskan. aku cuba..tapi alahai tak boleh juga.. tersekat. cikgu pelik. aku pandang cikgu. "cikgu,cikgu..saya tak boleh".. aku datang dan melutut tepi cikgu..merayu, tak boleh cikgu..saya gugup.. cikgu faham dan kump. kami bersurai..

sekali lagi malu. aku meluahkan hati sedih ini di tandas..ah lagi2 di tndas..sambil mengesat airmata. aku lihat wajah di cermin.. kau boleh sebenarnya..tadi gugup sangat.. aku minta maaf kat kawan2 sekumpulan..aku tak sengaja..alhamdulillah mereka paham, dan tak ambil hati.. 

oleh sebab itu, aku mengambil ujian lisan bahagian 2 bersama cikgu bahasa melayu (face to face) di biliknya. Terima kasih cikgu! walaupun masa tu pon sedikt gugup.

2004, 2005, 2006, 2007.....2010..

dan di sepanjang tahun2 pengajianku, selalu di hantui dengan siri-siri pembentangan yang menggerunkan hati aku. ada waktu aku berjaya melaluinya, alhamdulillah, dan ada waktu aku..kantoi juge.. pernah sekali, aku kena bentang topik dalam bahasa inggeris bagi subjek neurobiology, malam tu memang prepare sungguh2, sambil aku ternangis, ya Allah mudahkanlah hari esok ya Allah..aku kena bentang esok..solat hajat dan doa banyak2... alhamdulillah esoknye ok je bentang sambil membaca slide..(nervous gak tapi buat xtahu je).

dan sehingga kini aku masih anti-presentation, haha. sebenarnya ketenangan, yakin, dan percaya pada Tuhan diri memberi kekuatan utk kita melakukan sesuatu. Ya! sememangnya boleh cuma terpaksa mengharungi kesukaran2 yang menguris jiwa...

dari zaman bangku sekolah menengah, sejak peristiwa 2001 dan 2003..aku mula menyedari, sindrom pertuturan yang aku alami adalah diwarisi. kadang-kadang memberi kesan dalam percakapan biasa. Tapi mak aku selalu kata, apapun mesti bersyukur kerana  kita tidak bisu, ya! Alhamdulillah walaupun begitu kita tetap bersyukur, kekurangan yang ada tidak setanding dengan nikmat yang Tuhan beri kepada kita. Sedih berpanjangan pun tidak berguna. 


2011..

sejak menamatkan zaman pengajian, hidup bebas dari 'era pembentangan'!

namun pernah suatu masa, hati aku terguris dengan beberapa incident yang berlaku. Mungkin mereka tidak tahu sejarah aku. Gurauan itu membuatkan aku pilu. Kenyataan itu membuatkan aku mengenang kembali zaman belajar ku. Apabila di tanya soal sensitif, yes iam. aku memang sensitif dan cepat terasa oleh sesetengah hal yang membabitkan personal diri, tetapi aku juga jenis yang cepat melupakan, cepat sejuk la orang kata. So don't worry la. Cuma aku harap, diri ini dimengertikan.. 

walau bagaimanapon, aku masih punye ibu, ayah dan keluarga yang memberi sokongan..



-anak kampung-




p/s : copy dari blogger anakampung..pergh...sama mcm kisah ku~




:) happy ramadhan~

2 comments:

ف.ر. said...

salam ukhti.
tengah baca tu, fa dah gambarkan syairah la yg patahkan pembaris masa pembentangan :P
sekali 'anak kampung' pulak hehe.
comelah awk syairah.
boleh ke fa nak kongsi satu tips?
untuk elak gugup, kita kene FOKUS pada 'main point' atau 'isi penting' yg kita nak sampaikan. jgn sediakan skript sebelum tu nanti kita jadi terkokong dgn skript. buat skript yg ada point yg penting aja digalakkan. Lepas tu , kene ada perasaan moga2 ilmu ini sampai dan manfaat pada pendgr, ilmu ini benar. Nanti kita jadi tenang inshaAllah dlm masa yg sama, kita jadi org yg berhati2 dalam bercakap/menyampaikan. Maksudnya, pertuturan kita tu penuh dgn rasa takwa. InshaAllah.

Teringat la Nabi Musa 'alaihisalam. Nabi Musa tak pandai berbicara, tk seperti Nabi Harun 'alaihi salam. Tapi bila Allah dah campurtangan, Nabi Musa 'alaihi salam diberikan kekuatan untuk bercakap, dpn Fir'aun lagi yg bukan calang2 org.

Apapun, mcm anak kampung kata, apa2 pun kene mohon dan bergntg pada Allah.

:)

Moga bermanfaat ya ukhti.
hehe.

fa

:))

+AnamuSafir+ said...

WAAlaikmsalam fa:)
fadhilah yg dirahmati Allah:)
terima kasih d atas tips tu,oh, mcm tu, kene tulis point2 penting di samping niat utk sampaikan ilmu kerana Allah.. thanks fadhilah.. :)
nabi musa.. aah. betul tu..ada doa nya kan.. rabbi syrohli sodri.ila akhir ayat..:)

terima kasih fa, kite memang gugup kalau kat dpn org ramai2 huu..blurr.. persis cerita anak kampung, 100% ..:)