Saturday, January 14, 2012

Si cantik yang... m a l a s...



ini hanya satu pandangan. Pandangan yang membawa satu persepsi terhadap makhluk bernama..PEREMPUAN.. Persepsi atau pendapat tidak semestinya 100% betul atau 100% salah kerana ia lahir dari apa yang selalu kite terima, dan digest terhadap sesuatu itu.

okey,,tentang perempuan...

perempuan ni cantik sifatnye.. bukan perempondan Ok! hehe..
cantik dari erti kata dari segi fizikalnya dan psikologinya... Bentuk yang menawan, di tambah lagi dengan sifat2 perempuan yang lemah lembut, pemalu dan rendah diri... taat.. dan lain-lain lagi.

tapi..pada zaman sekarang yang canggih begini.. mesti susah nak jumpe perempuan yg seperti ciri-ciri di atas..

Apa yang saya nak sampaikan ialah beberapa sikap perempuan yg telah memeningkan kepala saya..

ada yang rajin, ada yang cerewet, ada yang pemalas, dan macam2 lagi.

ada perempuan ni, dia sangat2 la menjaga penampilan diri, berhias2, bercantik2 dengan pakaian yang trendy, up  to date, tetapi.. sayang... sebenarnya seorang yang pemalas. sebagai contoh keadaan tumah yg berselerek, bilik bersepah,... tetapi bila keluar rumah, wanginya 100km pun orang boleh hidu, tampil cantik sentiasa. Jadi.. adakah perempuan sebegini layak di jadikan isteri?... jawapan Ya, sekiranya pasangan dia hanya memandang kecantikan luarannya sahaja tanpa mempedulikan kecantikan dalaman...

selain itu, ada juga perempuan yg sungguh sopan dan ayu dalam pemakaian.. tidak mahu pakaian yang dedah-dedah ni.. Bab agama juga boleh tahan dan mantap.. tetapi sayang juga.. keadaan di rumah juga seperti perempuan di atas. apakah layak menjadi seorang isteri?,,, jawapan juga Ya.. kerana yang beragama itu adalah yg paling di tuntut..tetapi bab kebersihan persekitaran juge di dalam lapangan agama bukan? jadi,  janganlah penampilan saja baik dan solehah tetapi pemalas juge... tidak molek le mcm tu.

bagi pandangan saya, perempuan atau wanita yang sebenar di ukur melalui rumahnye atau biliknya. Sebab dari situ kita tahu bagaimana sikap dan perangai wanita itu. Tetapi ianye bukanlah 100% tepat kerana terdapat juga faktor lain yang membentuk sikap seseorang.  Cume,.. for me la, it is OK dan Better if a women can manage their home better. Kerana peranan wanita yang sebenarnya kan bermula di RUMAH.. (bukannye 100% di tempat kerja ).. rumah ibarat syurga. Syurga sifatnya tenang..So, kemas ler rumah anda.. jangan sepah2 macam sarang tikus Ok..(or mybe sarang tikus pon lagi kemas?)

perempuan zaman kini sudah mula hilang sikit demi sikit sifat kelembutan dan kesopanan mereka. Wanita zaman kini sudah pandai meninggi2kan suara, bercakap kasar, perlakuan yang kasar,..segalanya serba tidak kena.. kenapa agaknyer? adakah kerana terlalu merasakan diri advance dan perlu setanding dengan lelaki? layakkah menjadi seorang ibu yang baik demi mendidik anak2nya? apakah corak didikan yang bakal di terima anak2... entahla.. semestinya bukan semua wanita zaman kini sebegitu.. tetapi sememangnya tidak ramai wanita yang memiliki perwatakan yang baik dan disenangi orang.. (mybe)

so.. itulah pandangan saya terhadap wanita... dan sedih rasanya jika cantik  tetapi... 'tak pandai' jaga kebersihan dan kekemasan persekitaran.........sungguhpun saya tahu saya juga punya kekurangan yg sangat banyak.. tetapi saya tak boleh nak accept 100% kalau seseorang wanita tu tak pandai jaga rumah. bersepah... entah la.... belum terlambat hendak menjadi sedikit rajin..

p/s: ayat berterabur..point plak berselerak.. maaf la coz mybe iam one of 'them'

No comments: