Tuesday, July 24, 2012

Adakah Korang Beradab ketika...



assalamualaikum wbt, 

sempena bulan yang mulia ini, nak kongsi sedikit infromasi tentang..

"ADAKAH KORANG BERADAB KETIKA BULAN PUASA NI.." :-)

kata orang, setiap benda mesti ada peraturan dan setiap peraturan yang dilaksanakan lebih molek semoleknya di susuli dengan adab dan etikanye..

Begitu jugak pada bulan ramadhan yang mulie ini.. bukanlah sekadar posa gitu-gitu jer. mesti ada adab2 berpuasa kan.. so. jom tengok ape sebenonyer adab2 berpuasa ni.. Pakcik nak bgitau anak-anak semua nie yer.. huhu..


Tajuk : Adab-Adab Ketika Kita Semua Berpuasa Di Bulan ini..


setengah daripada adab-adab yang baik bagi menambahkan kesempurnaan dan pahala puasa adalah seperti berikut:


1) Jangan banyak berludah..
agak-agak kalau dah tak tahan sangat nak keluarkan ludah tu, sediakanlah satu baldi walau dimana korang berada, senang nak ludah. Sebenarnya tak elok la puasa2 ni ludah merata, tmbh2 mengeringkan mulut tu..kan lebih baik telan air liur kan.. =)

2) Jangan membuang masa dengan berbual-bual kosong, main terup, main dam dan sebagainya..
Pendek kata, buatlah perkara-perkara yang boleh menambahkan pahala puasa seperti perbanyakkan membaca al-quran, bersedekah, tolong orang susah. kalau kat kedai2 kopi tu, tak yahla main2 terup ke, bazir masa jer.

3) Menghindarkan diri daripada melihat perkara yang haram..
jangan dok mengintai makcik sebelah rumah mandi.. haram tuuu.. baik tgk pokok2, langit, kucing, tengok betapa indahnya alam ni sambil berzikirr...

4) Menjauhkan diri daripada mendengar sesuatu yang haram..
contoh terfemes ialah apabila join dengar sekali orang lain buat ketupa2 daun palas atau pun ketupat daun kelapa..(mengumpat)- kesian kat ketupat dijadikan bahan menggantikan "mengumpat"..huhu..

5) Sentiasa berkata yang baik dan bermanfaat. Hindarkan perkataan yang mencarut dan kotor..
Kalau orang tu tak habis2 cakap kotor, tuangkan klorox atau daia..cuci mulut sehingga bersihhh..  tak pun plaster atau stepler mulut tu. Kan elok cakap benda baik dan menyenangkan hati org yang mendengarnyer...

6) Menjaga tangan dari melakukan perbuatan yang haram dan kaki dari berjalan ke tempat-tempat maksiat..
yang ni semua orang dah almaklumlah.. takkan malam2 nak terawih tapi kaki dok berjalan pergi tengok wayang kan?..(tak masuk akal)

6) Berpada-pada dan bersederhana makan dan minum ketika berbuka..
Jangan berlebih-lebihan makan dan minum, melainkan kalau perut kite sebesar kolah mandi.. oh tidak!

7) Jangan boros dalam perbelanjaan makan dan minum dan sebagainya..
almaklumlah, kalau bulan puasa jer, banyak sgt rancangan2 masakan, dan godaan shopping nye tu, bile pergi bazar ramadhan jer, nafsu terliur..rasa mcam dah beli satu bazar bawak balik rumah makan setahun.. jgn jgn...

8) Kurangkan tidur terutamanya waktu siang hari..
kalau yang masih lagi apply kerja, dn tengah tunggu tawaran kerja or belajar..yang ada masa free kat rumah..elakkan kan la.. tido lepas subuh... bangun2 dah azan maghrib, terus berbukaa.. huh..ade ke org buat?

Ok..so, ada 8 adab-adab ketika berpuasa yang dinyatakan di sini..sama-sama la kite perbaiki nilai puasa kita sepanjang bulan ramadhan ini yer, smoga kesan dan implikasinyer akan kekal dan di amalkan pada bulan-bulan yang lain..insyaallah...


Apa yang Penting.. Puasa...huhu...


sekian...


Rujukan: Panduan Ihya Ramadhan, terbitan bahagian dakwah, JAIS

0 comments: