sedihnya nak tinggalkan tahun 2013..
Assalamualaikm..
#coret2 petang#
Menjelang akhir tahun 2013 ni, terdapat banyak isu-isu hangat yang menjadi bahan umpatan serta bualan di medium internet dan persekitaran.
antara yang terlaris sekali ialah isu berkenaan dengan:
1) Kenaikan harga petrol
.. yang sememangnya memberi impak yang super maksimum kepada kenaikan harga barang runcit dan harian, harga tiket pengangkutan awam dll.
2) Kenaikan harga gula juga mendorong kepada naiknya harga makanan/minuman di gerai-gerai runcit
3) Kenaikan taarif elektrik
4) Kenaikan tol lebuh raya
5) Pengenalan GST (Government service tax) pada barangan runcit..
6) Kenaikan darah? - stress.. haha..
7) kenaikan berat badan? oh.. tidak, Ini jarang sebab sekarang banyak produk pelansingan
tidak kurang hebatnya isu gosip hangat seperti:
1) Perkahwinan ibu tunggal termahal (kot) Rozita che wan dan Zain.. ceh.dah la zain sama besday ngn aku ni...patut die kawin ngn org yg sama besday ni..huhu..(kidding)
2)isu banjir di beberapa buah negeri yang paling teruk terjejas seperti Pahang dan Terengganu.
3) Isu 'bersyukur' prof muhaya - respon kepada kenaikan harga barang
4) Isu syiah Mat Sabu?Pas? yang sengaja digembar-gemburkan untuk mengalihkan perhatian rakyat thadap isu banjir?
5) Isu ikan naik beramai2 di lahad datu
6) Isu Penempatan guru2 setelah lulus SPP..hmm..
dan banyak lagi isu2 lain yang tidak diungkapkan di sini....
walau macam mana tensionnya kita dengan keadaan2 dan situasi2 yang menghimpit ini.. kita perlu banyak-banyakkan bersabar... kita cuba yang terbaik untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah-masalah yang ada sekarang ini.
Positif. Realistik. Rasional. Sedar diri. Pilihlah pilihan yang Paling Baik pada masa akan datang. Kita ada Hak. Sekarang kita telah lihat kecelaruan, kekusutan dan bebanan yang dihadapai oleh kebanyakan manusia masa kini. Dan..kita mampu mengubahnya dengan Usaha, Doa dan Tawakkal.
Kita sayangkan mereka. Kita tidak mahu lagi mereka sentiasa membuat kezaliman dalaman dan penganiyaan bawah sedar kepada kita. Kita mahu mereka kembali kepada Fitrah. Kita mahukan mereka berundur dan berehat supaya mereka dapat memuhasabah dan memunasabahkan kembali diri mereka.
Kita mahukan mereka-mereka yang mempunyai kesedaran diri dan penghayatan dalaman yang tinggi untuk menerajui barisan hadapan saf kepimpinan kita. Berilah mereka yang kini berada di puncak negara akan peluang untuk berehat dan bertafakur. Bukannya lama. Hanya 5 tahun saja untuk mereka berehat..
......... eh?..
apa yang dicoletehkan ni..
hmmm..
apa-apa jela..
anyway... goodbye 2013... now we will make our new steps for 2014..
fi amanillah..abadan abada..
2014! I'm coming!! dorayaki, dorayaki, doremoonnn~