Monday, December 7, 2015

Allah Cucuri Rahmat Allahyarham Pak Yus & Tunku Abdul Jalil.. amin..

Oh Allah...matikan kami dalam pengakhiran yang baik....

AL- FATIHAH


TAKZIAH KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA ALLAHYARHAM..

PAK YUS... KUMP. JAMBU

DAN..

TUNKU ABDUL JALIL, TUN LAKSAMANA JOHOR..

SESUNGGUHNYA..
DARI ALLAH KITA DATANG..
DAN..
KEPADA ALLAH JUA KITA KEMBALI..

SEMOGA KEDUA-DUA ALLAHYARHAM DICUCURI RAHMAT..

Sesungguhnya..
kami juga.. akan menyusul kelak.. 


Sunday, December 6, 2015

"Semuanya Naik.. Naik..Naik.. "

dulu kangkung ade gak Naik, skrang dah turun.. tapi kangkung tu apalah sangat.. kah kah..sinis.

Allahumma solli 'ala Muhammad..

aku ni.. bukannye pandai sangat bab-bab ekonomi semasa dan luar negara,
cume tahu la sikit-sikit sebab aku masih lagi pengguna tegar dalam negara..
semua barang aku beli, aku gune..

tahun demi tahun
harga barangan keperluan di pasaran selalu meningkat..
kalau turun pon... sikit la kot.. 

sebagai rakyat Tanah Tumpah Darahku,
aku melahirkan rasa dukacita terhadap segala yang berlaku dan bakal berlaku di negara ini,
nilai matawang yang jatuh serta faktor-faktor lain menyumbang kepada peningkatan harga yang semakin membimbangkan ramai pihak 

malah bukan itu sahaja, ura-ura pengurangan subsidi bagi sesetengah barang keperluan asas juga meresahkan pengguna terutama bagi yang berpendapatan rendah

aku pun tak tahu..
nak salahkan negara.. kenapa berlaku sebegini.. macam mana menteri bijak pandai ni uruskan kewangan rakyat..amanah tu..

atau.. 
sebagai rakyat yang bijak pandai mesti memikirkan solusi terbaik untuk mengatasi masalah ini..
perlu lebih merancang kewangan bulanan dengan cemerlang
perlu buat kerja sampingan untuk menampung beban
perlu berjimat-cermat dalam semua hal

tapi..
tak adil kalau kita je rakyat buat macam itu
sedangkan menteri2..atau orang atasan tidak mempraktikkan perkara yang sama
....
gaji kau berapa.. kau memang sedap duduk la..
...
kau tak tengok orang bawahan..

alangkah memalukan pemimpin zaman sekarang...

tengok saja Umar Khattab
tengok saja Umar Abdul Aziz...
google la sendiri corak pimpinan mereka..
pimpinan terpuji dan disanjungi...

tepuk dada
tanya iman di hati

wallahu'alam.


bersedialah menghadapi Tahun 2016....

ALLAH..bantulah kami....

Saturday, November 28, 2015

Di Penghujung November



dipenghujung November,
berteman sendiri,
menapak dalam sepi,
di ruangan emosi..

dipenghujung November,
setiap detik,
seperti sang labi merangkak lemah,
lama sungguh kurasakan..

dipenghujung November,
mengheret pilu di lubuk hati,
menahan rindu tak bisa diluahkan,
bersama airmata..

dan..

dipenghujung November,
kakiku akan menjejak halaman,
yang paling kudamba,
mendamai rasa..

selamat tinggal November
selamat tinggal kamu..


7.27 am- 28 November 2015




Sunday, September 13, 2015

my summertime sadness.


u feel nothing.. u feel empty.. u are my soul.. u are heart of steel.. keep walking.. don't look back...ever!


Summertime Sadness

in my heart..

i dont know why..

iam feeling that way right now..

iam tired of those feeling..


dear heart..

you will be free now.. and forever,


.. 


ingatlah Allah akan berikan yang terbaik,
satu hari nanti.

peace :)

Tuesday, September 8, 2015

Kenapa Cikgu perlu Garang?

Kenapa cikgu kena garang?

-kerana cikgu sayang
-kerana cikgu nak mengajar
-kerana cikgu nak mendidik
-kerana cikgu nak murid rasa hormat
-kerana cikgu tak nak murid pijak kepala
-kerana cikgu nak disiplinkan murid
-kerana cikgu tu memang garang


garang bukan beerti baran,
garang bukan beerti berang,
garang bukan beerti sepak terajang,


garang bertempat..
bukan garang 24 jam
ada masa berlembut,
ada masa mesra dengan murid
:)

adakala perlu garang untuk ketegasan,
namun ada juga cikgu yang penuh kelembutan,

ok.. ??


bagi cikgu2 baru mcm saya...
awal2 masuk skolah jgn baik sgt..heee.. nnti murid mengada2 T_T..
tapi.. depend juga kepada kita untuk memanipulasi keadaan agar cikgu tidak dipandang remeh oleh murid..

peace.

# sekadar luahan..acece

UPSR 2015! ALL THE BEST =)

Alhamdulillah, masa yang mendebarkan bagi semua murid-murid tahun 6 telah pun tiba ! ^_^

Ujian Penilaian Sekolah Rendah a.k.a UPSR telah pun menjelma

8 sept - 10 sept 2015

Selamat Maju jaya kepada semua calon-calon UPSR 2015 terutama sekali kepada ..

murid-murid tahun 6 sekolah saya, SK Paya Redan, Muar,

dan juga murid-murid tahun 6 SK Telok Gadong, Klang ( sekolah praktikal dulu )

semoga anda semua dapat menjawab dengan tenang serta dipermudahkan urusan..

amin.. :)

yakin lah pada Allah dan sentiasa mengharapkan pertolongan-Nya walau dimana kita berada..

-anamusafir-

p/s: harap2 tahun ni xde soalan bocor yang kene repeat paper lagi mcm tahun lepas.. hihihi~

Monday, September 7, 2015

Demi sebuah Redha..


"Mengalah bukan beerti kalah.. Menangis bukan beerti lemah.. Pasrah bukan beerti putus asa.."

biarkan masa menyembuh segala luka

demi sebuah

keredhaan...ALLAH..

Memori Luka Semalam

satu purnama yang lalu
kau muncul dalam hidupku
membuatku tersenyum, membuatku ceria
berkongsi kita seribu cerita
kisah kau dan aku

masa silammu
kisah silamku
menjadi sebuah sejarah
yang menyentuh jiwa

sepenuh hati aku menunggumu
dihujung waktu
untuk bersamamu
setia menanti

sayangnya kini
kau menjauh
menjadikan ku tak menentu
kesilapanku.. masa silammu
menjarakkan kita
biarpun kini aku masih menunggu
sesuatu yang tak pasti..

silapku kerana mencintaimu
disaat kau terluka akan sejarah mu yang lalu
pedih hatiku
luluh jiwaku
sedikit pun kau tidak peduli
ya..sedikit pun kau tak peduli...

dan kini..
sejauh ufuk timur
aku pergi menjauh
agar kau tidak terbeban
oleh perasaan..

hanya dari kejauhan
ku sampaikan salam rindu
duhai angin bawakan salamku..
padanya..

satu purnama itu
menjadi memori
kau dan aku
walau ku tahu..
mungkin diri ku kau lupa
sepenuhnya..

-anamusafir-

Saturday, July 18, 2015

Salam Aidil Fitri 2015

alhamdulillah...
setelah sebulan berpuasa di ramadhan yang mulia
1 syawal menjelang menjengah tiba
sungguhpun keriangan aidilfitri dirai
pemergian ramadhan tetap terkesan di hati..


selamat hari raya aidil fitri..
maaf zahir dan batin..