Sunday, December 6, 2015

"Semuanya Naik.. Naik..Naik.. "

dulu kangkung ade gak Naik, skrang dah turun.. tapi kangkung tu apalah sangat.. kah kah..sinis.

Allahumma solli 'ala Muhammad..

aku ni.. bukannye pandai sangat bab-bab ekonomi semasa dan luar negara,
cume tahu la sikit-sikit sebab aku masih lagi pengguna tegar dalam negara..
semua barang aku beli, aku gune..

tahun demi tahun
harga barangan keperluan di pasaran selalu meningkat..
kalau turun pon... sikit la kot.. 

sebagai rakyat Tanah Tumpah Darahku,
aku melahirkan rasa dukacita terhadap segala yang berlaku dan bakal berlaku di negara ini,
nilai matawang yang jatuh serta faktor-faktor lain menyumbang kepada peningkatan harga yang semakin membimbangkan ramai pihak 

malah bukan itu sahaja, ura-ura pengurangan subsidi bagi sesetengah barang keperluan asas juga meresahkan pengguna terutama bagi yang berpendapatan rendah

aku pun tak tahu..
nak salahkan negara.. kenapa berlaku sebegini.. macam mana menteri bijak pandai ni uruskan kewangan rakyat..amanah tu..

atau.. 
sebagai rakyat yang bijak pandai mesti memikirkan solusi terbaik untuk mengatasi masalah ini..
perlu lebih merancang kewangan bulanan dengan cemerlang
perlu buat kerja sampingan untuk menampung beban
perlu berjimat-cermat dalam semua hal

tapi..
tak adil kalau kita je rakyat buat macam itu
sedangkan menteri2..atau orang atasan tidak mempraktikkan perkara yang sama
....
gaji kau berapa.. kau memang sedap duduk la..
...
kau tak tengok orang bawahan..

alangkah memalukan pemimpin zaman sekarang...

tengok saja Umar Khattab
tengok saja Umar Abdul Aziz...
google la sendiri corak pimpinan mereka..
pimpinan terpuji dan disanjungi...

tepuk dada
tanya iman di hati

wallahu'alam.


bersedialah menghadapi Tahun 2016....

ALLAH..bantulah kami....

0 comments: