Sunday, December 31, 2017

2018; Selangkah Lagi


Assalamualaikum

dalam sedar tak sedar, hari ini.. petang terakhir bagi 2017
menantikan selangkah lagi menjelang tahun 2018

penutup tahun ini
terasa nyaman di petang hari
mendung langit
bagai menanti hujan

:)

sejujurnya 
penutup disember ini
terasa sedih
satu impian yang tak tertunai
kerana takdirNya
tidak mengizinkan

hmm..
namun jika dibanding dengan nikmatNya
tidak terhitung banyak
berbanding itu.

ok..teruskan saja
perjalanan ini
^-^

selangkah lagi
bertemu hari yang baharu
mesti tabah menghadapinya
orang yang kuat
tidak lari dari masalah..
tetapi berani mengatasinya..


sambil dengar lagu Younha-Sunflower.. :D
no more cry
love yourself
appreciate it


Sunday, September 3, 2017

Cuti-Cuti di Rumah

Merdeka dan Aidiladha 2017

seminggu aku bercuti. Seronok dapat balik rumah. Dapat lupakan masalah di tempat keje, memang satu perasaan yang menenangkan. tapi.... keje yang perlu disiapkan belum pun aku sentuh. hehe. Bila cuti ni, memang rasa nak cuti betul2 je..x nak buat keje2 yang berkaitan di tempat keje tu...hmm. Banyak juga la keje2 rumah yang perlu disettlekan hari-hari. tapi xde la banyak sangat, er..tapi kira banyak la juge. (^o^'')..

sehari sebelum balik rumah, aku sempat beli sangkar kucing online untuk kucing kat rumah aku tu. anak-anak kucing ada 4 ekor, dan emak kucingnya sekali. aku beli sangkar 3 tingkat, besar..kira selesa la kucing2 tu. kalau dihitung-hitung, sebenarnya ada banyak kucing kat rumah ni. 4 ekor kucing yang memang dah lama hidup dengan kitorang sekeluarga, Dayang, Buncit, Putih, Mak Cing.. dulu ada Jerry..anak kepada Buncit, tapi dah genap setahun mati, sakit.. ( 2 hari sebelum hari raya 2016), sedih tu jangan cakapla..dia lah kucing yang paling cool, baik, protective.. sedih gile masa jerry mati masa tu.. T_T.. 

sekarang ni, kitorg jaga kucing yang datang ke sini, tak taula nape, dia x nak balik rumah dia..dah menetap kat sini..sampai 3 generasi dah..sebab tu beli sangkar besar.hmm.. anak2 dia semua comel, tapi dah ada yang mati la. Sekarang, total semua..ada 11 ekor semuanya! huhu... tambah lagi kucing jiran yang datang malam2 minta makan.. ada la dalam 3 ekor.. keluarga  aku, dari tahun 2002, tak putus2 bela kucing.. rezeki hee.. kalau nak tahu, Dayang (kucing betina), ialah kucing yang kitorang bela dari tahun 2002 (masa tu aku form 3).. bayangkan la..sekarang ni dah 2017.. panjang umur Dayang..alhamdulillah. 

sooooo... keje aku kat rumah ni, antaranya ialah beli makanan kucing, bagi kucing makan, buang taik kucing, cuci sangkar kucing, mop muntah kucing, main dengan kucing, kene cakar kucing. hee.. 

lain-lain keje tu macam biasa la, tolong masak, basuh baju, angkatt baju, sapu rumah, ...etc2. haha..bajet macam banyak gile keje kann..

dah lama aku tak menaip ni, rasa macam teruk pula penulisan aku kali ni. huhu 

..about the seagame 2017, aku ingat aku dapatla pergi closing event kat bukit jalil tu, makcik aku ada tiket lebih.. tapi aku tak dapat pegi.. keadaan tak mengizinkan, so, tengok kat tv je, Tahniah Malaysia sebab juara keseluruhan! bangga juge.

MERDEKA DAN AIDILADHA

salam merdeka 31 ogos 2017

dan salam aidiladha 1438

salam cuti seminggu...~ esok aku dah kene balik Johor~~...waa..

Saturday, August 5, 2017

Kisah Aku, H****** dan Anjing.

sekadar hiasan

terkenang..

pada waktu itu..

2008 ( kalau tak silap). Masa tu, aku baru tahun 2 di Universiti. Waktu tu, petang.. baru habis kuliah. Aku berjalan keluar dari bangunan fakulti, berhampiran surau, aku lihat ada 1 kenderaan pacuan 4 roda parkir di situ. Ada seorang makcik sedang masukkan barang2 dalam kenderaan dia. Entah kenapa, aku saja pi jenguk.. Oh, macam kenal je barang tu. Produk kesihatan yang tengah hot waktu tu. H*******e. Lalu berlakulah sesi sapa-menyapa. Makcik tu kata dia hantar barang tu kat Lecturer sini. Kirenya,, Customer dia la. Lepastu, entah macam mana, makcik tu promote pulak kat aku. Aku pun setuju la nak cuba produk tu.

Makcik tu ajak datang rumah dia. Senang dia nak ceritakan tentang produk itu. Dia boleh buat measurement sekali tinggi dan berat aku waktu itu. Aku pun setuju. Makcik tu kata dia duduk area PJ je.. tak jauh. Aku pun ikut makcik tu naik kenderaan dia. fuh.. kalau difikirkan semula, berani pulak aku keluar dengan orang yang baru sangat kenal. Tak tahu mana datang keberanian dan kepercayaan aku pada waktu tu. 

Sesekali kami bersembang juga dalam perjalanan tu. ( Eh..lupa dah sembang apa ). Ok..akhirnya sampai la aku di rumah dia.. ( perumahan, 2 tingkat). Oh..besar rumah ni.. Aku pun bukak pintu kereta tu, dan nak turun la.. 

tiba-tiba...



Apakah??!! aku terkejut . terdiam. terkaku. mata aku terpaku pada susuk hitam yang menghampiri aku waktu itu. berkaki empat.. berkolar.. datang ke arah aku. Oh Tidak. Ia seekor Anjing hitam yang besar! huhu.. aku takut nanti anjing tu gigit aku, mcm mana?! aduhh..nak lari mana ni..

tiba-tiba.. makcik tu halau-halau manja..supaya anjing tu tak datang kat aku. 

Seriously?? Anjing makcik tu? haiwan peliharaan.. Oh my... aku memang rasa blank waktu tu. aii..menyesal plak ikut makcik ni pegi rumah dia. Aku rasa was-was..tapi since aku rasa aku dalam keadaan kering, dan anjing tadi pon kering..aku rasa aku xde kene najis mughollazoh. Anjing tadi masuk rumah. aku pon ikut makcik tu masuk rumah gak...hmm..

Hati aku macam berbelah bagi. Aku abaikan dulu. Makcik tu dok teranglah produk tu..bla bla bla.. timbang berat, kolestrol, macam-macam la. So, aku pun amik la product tu. Jadi aku pon beli la produk tersebut.. harga dia..boleh tahan mahal. Tapi waktu tu aku tak kisah, sebab nak cuba. Kot-kot boleh kurus. haha. Tiba-tiba perhatian aku teralih pada seorang gadis yang baru lepas solat kot. dia pakai telekung. Mungkin anak makcik tu. Makcik tu suruh gadis tu bagi anjing tadi tu makan.. Oh..aku macam tak boleh nak 'brain' apa yang aku tengok. gadis tadi berjalan ke arah anjing (rasanye..) dan nak bagi anjing tadi makan..

aku rasa nak cepat-cepat balik. Makcik oh Makcik.. hmmm.. 

Last sekali, dia offer cookies kat aku.. makcik tu pon ada jual cookies. Tapi aku cakap tak pela. Aku tak nak. lain kali je. then, pada lewat petang, makcik tu pon hantar aku balik semula ke Universiti..

dalam perjalanan balik tu, makcik tu cerita perihal anjing tadi. maybe dia tengok muka aku macam terkejut. dia kata dalam bab anjing tu dia mazhab maliki. anak dia belajar oversea ( tahu semua pasal hukum anjing ni) katanye bekas yang anjing makan tu, kita boleh basuh gitu je. tak payah samak.
(cuci 6x air mutlak, 1x air tanah).. 

sebenarnya waktu tu aku memang tak terkata apa. yelah, aku ni belajar pon tak habis. Tapi aku tahu, kita kat malaysia ni kan ikut mazhab syafie.. mengikut mazhab syafie anjing boleh dipelihara dengan tujuan keselamatan, seperti menjaga rumah atau kebun-kebun. Itu pun anjing tersebut perlu ada tempat dia di luar dan diikat... bukan sebagai haiwan peliharaan ( tidak diikat dan bebas keluar masuk rumah). 

Malangnye aku tak dapat nak luahkan pada makcik tu apa yang aku rasa.  hmm.. aku harap 1 hari nanti makcik tu dan keluarganya diberi petunjuk yang sebenar-benarnya.

Last but not least, pasal produk yang aku ambik tu..memang berkesan, ada la perubahan yang aku nampak. Berkurang sikit la kilogram aku. hehe.. tapi aku tak teruskan consume, sebab harga pon mahal dan tak terbeli dah.. bukan sebab anjing tu, tapi sebab kewangan..


.....


Eh. cerita produk H ni sikit pula, yang banyak nya pasal anjing da.. huhu..

Apa-apaun, itulah salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika itu. Dan yang lebih specialnya..peristiwa tersebut terjadi pada hari lahir aku. :-p .. 

Aku tak benci anjing tu ok. ia pon binatang juge. Cume dalam islam ada garis panduan terhadap apa yang halal dan haram. itu saja.

No Animal Abuse. Sekian.


Friday, August 4, 2017

Kisah GURU PRAKTIKAL


2012

Aku telah selamat dipostingkan sebagai guru praktikal di sebuah  pekan yang agak padat di daerah Klang. Kapasiti murid yang agak ramai mencecah 1000 orang sedikit menggugah keimanan aku sebagai guru praktikal. Fuhh.. ramai tuh.. Sesi pagi dan petang yang silih berganti, jalan agak sesak di waktu pagi dan tengah hari. Sepanjang 18 bulan aku berkhidmat, sudah semestinya pelbagai memori pahit dan manis yang aku lalui.

Memang sudah dijangkakan, guru praktikal yang masih mentah dan zero dunia mendidik anak orang ini seringkali menghadapi cabaran yang menggetirkan jiwa. Tapi aku tahu ada saja yang dapat lalui dengan baik, tahniah aku ucapkan :D.

Sebagai guru praktikal yang mengambil kos KPLI di IPG, kami bukan sepenuh masa dalam bidang perguruan. Kami hanya belajar di IPG pada cuti sekolah sahaja, selebihnya kami menjalani latihan praktikal di sekolah. Tambahan pula latar belakang pendidikan aku adalah bidang lain, bukan perguruan..so ini memang kali pertama aku menghadap kerenah murid-murid.

Baiklah, secara ringkasnye, aku nak bercerita tentang pengalaman dengan murid-murid ni yang sememangnya memecahkan batas kesabaran aku yang tipis waktu itu. :P


1. Tak Sabar

Dua kali aku keluar dari kelas yang sedang aku mengajar tu dan pergi ke tandas. Bukan sebab nak qodo hajat, tapi aku menangis dalam tandas. uihh.. tak tahan la dengan perangai budak-budak masa tu. Aku marah, aku yang keluar..hehe.. Seriously, memang aku tak boleh kawal emosi dan tak pandai kawal situasi kelas. Bising. Main. Bergaduh. Macam aku ni takde kat depan kelas. Sakitnya itu di sini tau (hati).

Minta maaf cakap, 2 kali aku nangis tu sebab dalam kelas budak-budak belakang..  nakalnya lain macam la. Haii.. hati tisu betul aku masa tu. Tapi ketisuan hati aku tu terubat juga..sebab budak-budak tu rasa bersalah.. Diorang pakat-pakat tulis surat kat aku.."Maafkan kamii..".. dan ada yang pergi jumpa aku, salam dan cium tangan aku.. (Ouch..memang terharu).



2. Turn into Monster

Aku pun tak tahu apasal aku ganas sangat bila marah. Masa tu aku rasa macam aku ni tak sesuai la jadi cikgu. Cepat Emo.. Murid bising je, aku hentak meja, tolak meja, hentak kerusi, rotan...ganas betul. Tapi budak-budak ni kebal. Sekejap je diorang terkejut dan takut lepastu bising balik. kah kah.. aku gagal. Paling aku tak boleh lupa, aku marah diorang sambil menjerit2, nangis2 dan denda diorang.. aku luahkan..aku ni cikgu macam cikgu lain juga. kenapa dengan aku mereka ni tak leh nak hormat? bising dan pandai menjawab? dengan cikgu lain boleh pula baik!

Maybe aku rasa terhina kot sebab diorang tak hormat aku sebagai cikgu.. sebab aku cikgu praktikal. dan cikgu baru. Aku rasa seperti hilang arah sekejap. Jadi aku luahkan masalah aku ni kat sorang cikgu ni. Beliau pon nasihatkan aku supaya banyak bersabar dan kawal emosi.




3. Jadi bahan lawak

Ada sorang murid tu, pernah cakap aku depan-depan tentang fizikal aku. dia kata aku besar. ye la memang aku jenis badan besar. Sentap aku dengar! depan2 kelas dia cakap mcm tu. Walaupun agak slow suara dia, tapi aku rasa kawan2 dia pun dengar..

"Cikgu Comel la..macam penguin".. haha.. yang ini aku tak pasti melawak ke atau memuji. Ada 2 orang murid perempuan cakap kat aku.. aku senyum je la..


hmm..

Aku bukan nak memalukan murid-murid ini. Tapi inilah realitinya. Sikap murid terhadap kita, dan tidakbalas kita terhadap mereka. Zaman sekolah kini bukan seperti zaman kita kecik-kecik dahulu.. Dan aku juga tahu bukanlah semua murid nakal dan bad manners, masih ramai lagi yang baik, sopan, mendengar kata dan menghormati guru.

Cuma, sebagai orang yang pernah jadi guru praktikal, sikap aku yang cepat marah, emosi, tak sabar, patah hati itulah yang menjadi pengalaman aku sehingga kini. Dan setelah melalui tahun-tahun mendatang, lama-lama aku mula belajar untuk menjadi lebih rasional, lebih memupuk sabar.. kena pandai ambik hati, bagi pujian dan dorongan..hmm.. nak marah pon mestilah bersebab, elakkan pukulan fizikal yang terlalu kuat.. 


2017

hmm..kini aku sedang melalui proses belajar untuk itu.. panjang lagi masa aku dalam bidang ini.. bidang pendidikan ini mencabar kerana kita membentuk dan mendidik manusia.. sedang kita tahu kita juga bukanlah sempurna dan sering juga ada silap.. untuk menjadi sebenar-benar guru dan menjiwai sifat guru bukanlah semudah yang disangka.. it flows with time.. and experiences every single day. :)

itulah guru..
itulah cikgu..
kami juga manusia..
kami juga ada perasaan..
terkurang dan terlebihnya kami dalam mendidik generasi kini..
sering sahaja menjadi perhatian..

dengan zaman yang mencabar,
generasi yang tanpa sempadan,
sememangnya perlu kecekalan..
kami perlukan sokongan,
bukan tomahan..
untuk sama-sama membina..generasi akan datang.


thank you :)

Saturday, July 8, 2017

Hari Raya's Wish. Too Late.. ehh


hi,
it's hari raya celebration!
happy hari raya..
sorry, maybe it is too late for me to make this wish..
hehe.
wishing you.. all the happiness, now and forever..

it is suppose to be hari raya' picture right?
not that three adorable penguins..

just put it in..
:P

ok.

adios.

hashtag: acah2 speaking LOL.. :'D

Sunday, March 19, 2017

Makan-Makan Membaham di Pagoh, Muar




Assalamualaikum..

Kalau anda datang ke Pagoh,Muar tidak lengkap rasanye kalau tidak cuba makan makanan yang dijual di sini. Lain negeri,lain citarasanye, jadi kat sini saya nak kongsikan 5 tempat daripada banyak2 tempat makan yang pernah saya kunjungi :)

antara tempat makan yang enak dan lazat di area pagoh, muar

1) Restoren Nasuha, Pagoh

- makanan berasaskan herba/ ulam-ulaman
- nasi beriyani ayam/kambing/daging yang enak
dan banyak lagi!
- mee bandng muar pon ada, kuah mee ni memang pekat dan sedap.


2) Kedai Makan Ikan Bakar Rahim, Panchor
-ikan bakar yang sedap gila bersama dengan nasi putih atau nasi lemak hijau
-ada kedai satey bersebelahan dengan kedai ikan bakar ni pon sedap gak. Daging ayam/ sate lembut dan berjus.


3) Kedai makan De Cuba Rasa, Paya Redan
-yang ini macam2 makanan ada, masakan panas, ikan bakar, sate, otak-otak
..selalunya saya akan order Nasi Ayam Penyet, pergh yang ni terbaik..sebab ayamnye lain dari yang lain..ayam yang bewarna merah (diperap) lembut dan enak.


4) Murtabak Singapore, JD, Tg. Agas, Muar
-first time try makan kat sini..ok..sedap gak murtabaknye, besar dan banyak daging & telur.
-orang pon ramai datang! boleh cuba hehe


5) Gerai Sham Sate, Pagoh Jaya
-ini memang gerai feveret saya, sebab dekat je ngn rumah.
-selalunya saya suke makan nasi ayam penyet, sbb sambal belacannya sedap! wuhuu, ayam pula goreng berempah dan memang lazat la!
-sate pula boleh tahan, sedap gak,


** bila saya google2 tempat makanan di atas, ada antaranye yang memang dah femes dan dikenali ramai..hehe, anggapla post saya kali ini sebagai nilai tambah kepada review2 yang ada. memang terbaik :)

** yang penting.. sebelum makan, baca doa okay!

:D arigato..bye2

Thursday, January 12, 2017

Berjalanlah...~ (^o^)

step by step..

Assalamualaikum,
masa terus berjalan, detik terus berlalu.. sedar tak sedar dah 66 hari aku dalam proses penyembuhan.. hari terakhir buat x-ray  (5 januari), alhamdulillah tulang yang patah tu dah sambung.. baru je bersambung. Masih baru. Doktor pesan kat aku agar sentiasa berhati-hati. Jangan sampai jatuh lagi, kalau tak boleh patah semula. Mungkin juga kaki aku akan mengalami trauma dan sengal2..sebab masih dalam proses lagi..

alhamdulillah, aku dah mula jalan sikit tanpa kasut air cast tu, tapi still rasa sengal dan kebas2 sikit.. aku jalan sikit2 dalam jarak yang pendek. Setakat ni masih lagi lebih konfiden berjalan menggunakan kasut air cast tu sebab kurang pressure kat kaki. walaupun begitu, aku tetap gak kene jalan tanpa kasut tu.. practice make perfect kan.. 

setelah 2 bulan 6 hari, baru hari ni aku cube untuk drive kereta. Lama kaki ni tak tekan brek dan pedal minyak. Petang tadi, aku try la naik kereta.. tak tekan minyak pon.. cume kawal break je..kereta auto jalan sendiri. Tapi aku guna kaki kiri... (kaki kanan yang sakit tu).. lepas tu aku try pulak kaki kanan, tapi belum cukup kuat.. aku bawak kereta kat halaman rumah je..pusing-pusing situ.. pahtu tanpa sedar, tengah reverse kereta.. aku terlanggar POKOK!. huhuu... adoii. mujurla pokok kemboja je..xde la besar sgt pokok tu.. aku dah rasa macam budak yang baru2 belajar kereta je.. hehe....

tak lama lagi.. aku dah nak mula keje... hmm.. macam mana la nanti.. lagi seminggu plak tu kene masuk kerja balik. aku doa harapnye Allah mudahkan kerja aku ulang-alik tempat keje. amin.. keje plak merantau kat johor nun.... huh. mesti aku jadi homesick nanti.. dah 2 bulan lebih dok kat rumah.. 

Bila ingat semula kisah aku jatuh tahun lepas... rasa macam kejap je... macam baru je berlaku.. 2 bulan tu..kire baru la kan. huhu... aku teringat, susah payah nye waktu tu.. kaki bersimen, kaki bernanah sikit sebab bersimen.. kulit aku sensitif sikit. ada eczema.. Masa tu aku rasa down sangat..  pernah aku menangis sorang2.. sekelip mata je Allah tarik nikmat berjalan.. dah nama pun suratan takdir. setiap musibah kan adalah penghapusan dosa.. :")... (tapi..hari2 mesti ada je dosa yg dibuatnye..huu...)  

Bila kite ditimpa musibah/sakit/ujian .. kita kene ingat, Allah akan bagi semua tu ikut kemampuan hambaNya.. jadi sebenarnya kita memang kuat. Jangan putus harapan. Kene sangka baik.. Dan fikirlah ada orang lain yang berkali-kali ganda hebat ujian dan musibahnya.. bila fikir macam tu, insyaallah kita akan rasa lebih tenang.


walk slowly der...


akhir kata,
terima kasih Allah..
terima kasih kawan2,
terima kasih mak ayah,
terima kasih ahli keluarga,
dan sesiapa sahaja
yang sentiasa mendoakan
kesihatan dan kesejahteraan aku..

cewah..macam tulis surat pulak dah :P

adiOs...~



Monday, January 2, 2017