Assalamualaikum wbt.
Akhir Disember 2020, aku dapat surat dari CIMB Bank. Penyata bank. Penyata Kad Kredit bank!
Adoi.. Sebenarnya, memang aku ditawarkan kad kredit ni masa beli kereta tahun 2016 dulu, ( kad kredit dipos ke rumah), tapi aku tak ingat, aku ada tandatangan ke tak kat borang masa tu..
Sebelum2 ni pun, banyak kali dapat notifikasi sms tentang pembayaran kad kredit. Masalahnya, aku tak pernah guna langsung kad kredit tu. Tak pernah. Bukan satu, tapi 2 kad kredit. Aku pun tak tahu mana kad tu skrg. Maybe aku dah buang? atau tersimpan kat mana2..
So, bila aku cek penyata tu, aku kene bayar caj yang dikenakan ke atas kad kredit. Mujurlah tak banyak. Tapi untuk elak ia bertambah2 ( dikhuatiri). Aku pun berniat untuk batalkan kad kredit tersebut.
yang bertuahnya, aku jenis yang pemalu dan malas nak call cimb, huhu.. jadi aku buat cara mcm org bercinta la. Berbalas email .. hee..
1- aku email kat cimb bank tu.. cru@cimb.com
- nyatakan masalah dan niat di hati. Aku attach sekali penyata kad kredit.
2 - selepas 2 hari, Staff cimb reply email aku.
- staff bank bagi borang untuk diisi .. nyatakan pembatalan kad kredit, nombor kad kredit dan tandatangan.
- then, aku settle bayaran caj tersebut.
3 - aku print borang tu, isi, scan, dan reply email tu semula dan attach borang yang telah siap diisi.
4- staff bank sudah terima borang tersebut dan akan buat tindakan lanjut.
p/s= sebelum aku hantar 2nd email (borang yg dah siap), aku buat link kad kredit via cimb click dan aku jelaskan bayaran penyata kad kredit kat cimb click.
tapi, kalau kita rasa kurang yakin, boleh call pihak bank atau terus berurusan di bank, tiada masalah :)
sekian~
No comments:
Post a Comment