Assalamualaikum semua,
Hari ni aku terpanggil nak share 1 pengalaman mengenai UNCHR.
Satu hari di tahun 2021, aku dan kawan (kak dayah) pergi berjalan/makan kat wetex. Masatu kitorg nak masuk ke Kenny rogers. Sedang elok, depan tu ada booth kecik. kitorg di datangi oleh seorang gadis, dan dia menerangkan tentang orang-orang pelarian. Rupe2nya tentang UNCHR. Ada sorang lagi, lelaki..dia pon terangkan dengan lebih detail (donation/website) pada kitorang. So, setelah mendengar penerangan tersebut, kitorg pon join, jadi penderma bulanan bagi pelarian UNCHR.
Bulan berganti bulan.. kecoh pula satu negara pasal S*j*t lari ke Thailand. Dia mohon kad UNCHR, dan berhijrah ke Australia.
Disebabkan itu, kawan aku ni, contact la aku..dia kata, dia nak berhenti derma UNCHR tu, sbb dah melibatkan S***t .. Tak pasal2 kita turut menyumbang duit pada dia. hurm.. so, aku pon ok jela. betul gak. Lagipun sejak 1-2 bulan pemotongan ni, unchr ni autodeduct selepas dapat gaji..bukan lagi setiap 4hb..(aku pon mcm..haih.. awal benar potongnyee..amboi..haha)
Bulan Disember lepas, baru aku stop.. Alhamdulillah berjaya. ( via email dan call). Bulan Januari 2022, dah xde pemotongan dr UNCHR.. Aku tak kata x bagus tolong orang pelarian.. just sbb ada isu tersebut, kitorg back off.. Kalau ada yang tak setuju, itu hak dan pendapat individu..
Ala kulli hal, insyaallah, ada bnyk lagi ruang dan tempat2 lain yg boleh kita salurkan derma dan sumbangan.. ^__^ Yang penting, ikhlas menyumbang dan diberikan kepada yang memerlukan :)
"Erti Hidup Pada Memberi"- Ust Hasrizal
No comments:
Post a Comment