Thursday, January 1, 2026

2026.

 31 Disember 2025.. seawal jam 10.00 malam dah dengar bunyi bunga api.. dekat2 jam 11.00 malam pon ada bunyi bunga api lagi.. kat luar lagi la.. langit gelap bercahaya2 dengan warna warni bunga api.. cantik ;).. dah nak 2026 dah jap lagi... 

walaupun dah tahun baru, keadaan rasa masih sama. seadanya.

Sedikit kenangan sebelum 2026 ni..

Minggu terakhir 2025 ni, aku tutup dengan Percutian singkat mengejut di Beseri, Perlis.

2 hari 1 malam.. Makcik & Pakcik sedara aku ajak ibu dan aku pergi ke sana sebab mereka nak hantar barang kat anak mereka(sepupu aku). 

Kitorang bertolak pada 25 Dis (Khamis) pergh,, jem gila.. RnR penuh dengan orang. Perjalanan dari Selangor ke Perlis mengambil masa kira-kira 8 jam. 

26 Dis (Jumaat), bertolak balik ke Selangor pon jem jugak.. hujan pula tu..memang mencabar..

Apa-apapun, kat Perlis best...lapang je.. sawah padi, makan best, rehat kat hotel pon best, pergi rumah sepupu, mak mertua sepupu.. semua best. Dalam susah ada ketenangan kat situ.

Tq Makcik n Pakcik sbb ajak berjalan..hehe.. dapat la tengok negeri orang waktu cuti ni. Ini kali ke-3 aku jejak kaki kat Perlis.

Pertama kali, masa aku belajar kat Nilampuri.. masa tu cuti apa entah..x ingat.. aku x balik kg. Kawan ajak ikut balik rumah dia kat Kangar, Perlis.

Kali ke-2, masa sepupu aku kawin. Sepupu yg tadi tu la.. dia dapat org Perlis. Jadi masa majlis kawin kat Perlis, kitorg (ibu, ayah, dan sedara mara sebelah selangor) bertandang ke sana.

Kali ke-3.. ha.. yg ini lah.. Kenangan yang takkan dilupekan..

Terima kasih untuk kenangan ini ^_^


No comments: