sumber gambar: Google (Musang King)
Aku nak cerita sikit pasal durian. Aku bukan penggemar tegar durian, tapi kalau ada tu, boleh la jamah sikit. Tahun ni pula musim durian agak luarbiasa.. lambakan buah durian menyebabkan harga durian murah gila, lebih-lebih lagi durian jenis mahal seperti musang king, black thorn, udang merah dan lain-lain. Seronok pula tengok gelagat rakyat Malaysia yang memborong durian penuh dalam satu guni, bakul, plastik dan lain2 seperti yg kita tengok dalam internet.. hehe.. macam-macam pesen..
Isi durian disusun dalam tray. sumber gambar: Cikgu A
sumber gambar: Cikgu A
Masa tu, lepas habis koko, cikgu-cikgu pon pergilah makan durian kat kantin. Selain durian, turut disediakan menu sampingan iaitu pulut, santan dan gula merah@kabung (kalau x silap)..Aku hanya ambik seulas durian, saiz sederhana..Aku makan le seulas MK tu.. memang sedap, manis dan ada pahit-pahit gitu.
ni la Cikgu A, π½~ photo by: Cikgu MZ
cecikgu makan durian, nyam-nyam~ photo by: Cikgu MZ
Aku makan dengan perut kosong tengah hari tu. Pagi tadi, aku sarapan tauhu goreng bawak dari rumah. Balik rumah petang tu.. perut aku terasa sakit sangat..sampai ke malam rasa sakitnye.. ekceli bukan exactly bahagian perut..tapi rasa sakit di sebelah kiri, area usus/buah pinggang kot.. mcm memulas2.. macam orang sakit senggugut.. pahtu bila makan sikit utk isi perut, aku membuang pulak.. haih.. apakah ini..? Angin seulas MK tu menari-nari dalam abdomen aku ke?π«.. malam tu aku wasap GB, bagitau yang aku nak MC esok..tak sihat.. GB reply..haa sebab makan durian bnyk sangat la niπ.. kemon GB, kite makan seulas je tau..bukan sebiji..hehe
Esok pagi, aku MC..tak gi sekolah... sebab masih sakit lagi.. pegi klinik, beli ubat, dan dapat surat MC..
Esoknya pula.. (berapa banyak esok daa..π), aku pergi sekolah macam biasa.. Allahu akbar.. sakit tu datang lagi wei.. tak tahan.. lepas habis kelas pagi tu, ..aku pergi ke surau dan duduk dalam tu sorang-sorang sambil menahan sakit..Sejam lebih juga aku menahan kesakitan.. pahtu aku pergi tandas.. tak de pula membuangnyer.
Balik dari sekolah, aku makan ubat yang ibu aku belikan. Ubat yang aku beli masa MC haritu aku tak makan pula..haa..apo laπ
Macam tula kisah kerana seulas durian.. entahla.. aku tak tahu adakah betul-betul sebab makan durian tu..atau ade sakit lain.. Ni dah hari yang ke-4.. Alhamdulillah ade kurang sikit, tapi masih rasa tak selesa di bahagian yang sakit tu..angin ke atau ape entah.. minggu depan nak kena pergi klinik lagi la nampaknye kalau masih sakit lagi..
Terima kasih Cikgu A, buat program santai-santai makan durian sambil mensyukuri nikmat Tuhan.. Masyaallahπ hehe.. yang takde sakit2 tu, seronok boleh makan berulas-ulas, tapi yang ada makan ubat2 tu..makan durian sikit2 je, buat rasa-rasa boleh la kan.. π Semoga semuanya baik-baik sahaja..
Esok dah Isnin~
sekolah... ok bye! Sekian..
minyak sapu~π..π






No comments:
Post a Comment