Friday, March 27, 2009

Monday, March 23, 2009

::Strategi Musuh Menentang Islam- skop Pendidikan -::


musuh Islam..


ana agak tertarik melihat sebuah buku yang dipinjam oleh roomate ana, bertajuk.. Strategi Musuh menentang Islam. tajuknya sahaja membuatkan hati tertanya2 apakah strategi musuh Islam ini? Sesungguhnya musuh-musuh Islam ini memang tak pernah senang hati dengan Islam.. ade je keje jahat yang depa dok buat untuk menghancurkan Islam .. betul tak? tepuk toraks, tanyela iman..



kat sini, ana nak kongsi dengan sahabat2 semua.. tentang buku Strategi Musuh menentang ISLAM ( DR. SA'ADDUDIN SAYYID SALIH), dalam skop Pendidikan.. ( bab 8/muka surat 229).. --> Campurtangan Dalam Sistem Pendidikan di Dunia ISLAM <--- [Mesti Baca]..



- Musuh-musuh Islam tidak memadai dengan hanya memberikan bimbingan dan tunjuk ajar secara terancang kepada pemuda Islam melalui sekolah-sekolah dan universiti2 asing, malah mereka juga turut campurtangan dalam sistem pendidikan di sekolah, dan universiti tempatan. ini dilakukan dengan merangka satu metod pendidikan yang dapat merealisasikan objektif2 yang ingin mereka capai iaitu:

1) mengHAPUSkan matapelajaran AL-QURAN dan AL-SUNNAH dari program pendidikan.

2) menJAHILkan anak2 orang Islam tentang kepentingan pembelajaran BAHASA ARAB dan warisan mereka yang lampau.

- Pihak Kristian telah mengambil peluang dari penjajahan mereka ke atas dunia Islam untuk campurtangan dalam menyediakan sukatan pelajaran sehingga mereka berjaya meletakkan satu metod pembelajaran untuk sekolah2 tempatan dengan memberikan tumpuan terhadap hal-hal berikut.. ( hal ape ek.. teruskan bacaan anda... ) :

1) menjadikan matapelajaran AGAMA ISLAM sebagai matapelajaran kedua ( sekunder ), yang tidak dapat membantu dalam mempengaruhi kejayaan atau kegagalan seseorang pelajar, manakala markah-markahnya tidak pula dicampur ke dalam keseluruhan peperiksaan.

2) menjadikan BAHASA INGGERIS dan BAHASA PERANCIS sebagai bahasa pengantar untuk seluruh matapelajaran bermula dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke universiti

3) menumpukan usaha menghidupkan sentimen tanah air dan perkauman yang mengoyak-rabakkan sentimen Islam.

4) mengambil berat secara lebih serius terhadap program-program SUKAN, KEUSAHAWANAN, dan SENI LUKIS berbanding aspek-aspek yang berhubung dengan pengajaran Dinul Islam.

5) mengelolakan matapelajaran sejarah Islam dalam bentuk yang kabur untuk dipelajari oleh para pelajar di samping mengharamkan pengajaran matapelajaran sejarah Islam dalam bentuk yang sebenarnya. sebaliknya, dalam masa yang sama usaha dilakukan untuk meluaskan dalam mendetail lagi bidang pengajaran sejarah Kristian.

6) menyerapkan teori-teori palsu yang tabiatnya bertentangan dengan tuntutan Islam ke dalam ilmu-ilmu biologi, psikologi dan ekonomi.

Inilah rangka kasar method pengajaran oleh pihak Kristian barat ke atas dunia Islam secara umumnya.

.. sebenarnya ade banyak lagi yang terdapat dalam buku ni.. yang jelasnya buku ini menceritakan bagaimana musuh menyelinap masuk ke dalam sistem pendidikan negara Islam terkenal, iaitu Mesir.. pelbagai langkah2 yang musuh2 Allah ini atur dan recana untuk memesongkan umat Islam daripada Islam sendiri..



lord cromer 1895



apa yang menarik, secara ringkasnya, di mesir ini, pada ketika itu, Lord Cromer gabenor inggeris di mesir dan Dunlop, penasihatkementerian di negara itu telah bekerjasama memikirkan startegi untuk menjadikan sistem pendidikan mesir jauh dr sistem Islam.


Dunlop, telah berjaya menggubal sistem pendidikan utk diterapkan di sekolah-sekolah rendah, peralihan dan menengah. di sebalik sistem ini. dunlop laknatullah ini bercita-cita mencabut keyakinan para pemuda Islam terhadap al-Quran. Ungkapan dia yang termahsyur ialah:

" apabila al-quran dan bandar makkah lenyap dari negara2 arab, di kala itu kita akan melihat orang2 arab akan beransur2 menuju ketamadunan"

Dunlop atau nama sebenarnya
Douglas Dunlop ( utk maklumat lanjut tntg manusia ni, open http://en.wikipwdia.org/wiki/Douglas_Dunlop), ni sebenarnya adalah bekas PADERI keluaran kuliah al-Lahut. Dunlop memfokuskan langkah-langkah berikut khusus untuk negara Islam Mesir pada ketika itu. iaitu...

1) menjadikan BAHASA INGGERIS sebagai bahasa pengantar bagi SELURUH cabang Ilmu seperti pendidikan jasmani, sejarah, geografi, dan seni. melalui cara ini beliau berjaya menyempitkan lagi kedudukan bahasa Arab dan berusaha untuk melenyapkannya.

2) mewujudkan matapelajaran agama sebagai mata pelajaran sekunder yang mana kepentingannya, tidak sepenting mempelajari seni lukisan, keusahawanan malah seni tari tempatan juga diajar di kolej2 al-Baliah.

3) mengasingkan isi kandungan buku2 mutola'ah dan bahasa arab dari aspek keagamaan. di mana pihak kementerian pendidikan dan pelajaran mesir berusaha membuang ayat-ayat al-quran dan hadith2 nabi dari buku-buku bacaan berbahasa arab pada tahun 1987...


4) mengambil berat tentang pembelajaran sejarah barat dan mengkajinya secara lebih mendalam. dalam masa yang sama sejarah Islam dicuaikan dan pengajian tentang sejarah Islam dilakukan secara putus-putus..( tidak mendalam sgt, n tidak istiqamah), ringkas dan banyak kesilapan serta kecacatan.. Pengajian tentang sejarah Napoleon, Wilson, Frizer, Nober dan lain-lain pemimpin Kristian Barat di sebar luaskan..




suasan senja di cairo


# sebenarnya, banyak lagi la nak tulis.. tapi, mungkin cukup setakat ini dulu. harapnya sahabat2 dapat membuka minda dan mata terhadap strategi MUSUH menentang ISLAM dalam skop pendidikan ini..

#rasa-rasanya, kalo sahabat2 perasan.. memang ada yang berlaku di negara kita ini tanpa kita sedari, ..tentang isu PPSMI, isu itu ini dan sebagainya..

#semoga sama2 dapat amik iktibar dan pengajaran bersama.. wallahualam..

Thursday, March 19, 2009

Kesedihan Ini.. duhai Wanita... mengapa tidak di hayati erti Aurat itu.....



2 malam yang lepas, sebaik sahaja aku melangkah keluar dari ballroom, crowne plaza mutiara hotel, (aku bersama seorang sahabatku),cepat-cepat menaiki teksi. Destinasi kami ialah kolej kediaman kami yang terletak di kampus kami.. sepanjang jalan pulang ke kediaman, aku termenung sejenak.. aku bagaikan terkejut buat seketika.. tiba-tiba airmata mengalir..sedikit.. dan lama-lama agak deras.. sendu sedan cuba aku tahan.. nasib baik pemandu teksi dan sahabatku tak menyedari.. hati aku tertusuk pilu.. sedihnya.. pemikiran aku menerawang.. sebaik sahaja teringatkan peristiwa itu, aku menangis.. mengapa?..
setelah sampai di bilik kediaman.. aku diam sejuta bahasa.. seperti biasa, aku membuka komputer riba, dan menyambung kerja-kerja assignmet yang belum siap.. semester ini, aku sengaja mengikuti dinner yang dianjurkan kolej.. ( masa first year, xpi.. ) sengaja mahu melihat apa dan bagaimana suasana dinner.. mana tahu boleh amik pengajaran.. dan sememangnya memang dah ada pengajaran.. di samping makan makanan yang agak tidak kamcing dengan perutku..( ala-ala chinese food,..fuh rm 95 terbang dengan makan 1 malam di hotel.. cm rugi..tp xpela..dah memang kene tolak pon duit tuh)..
erm.. pengajaran.. n pengalaman gak..
yang penting niat tu..~ niat makan?.. hehe.. ade la gak..
.......malam itu berlalu dengan sepi.. n sebelum tido, airmata itu tak mengalir dah..

pagi isnin..

seperti biasa.. kuliah yang aku paling gemari.. fiqh halal dan haram,di sampaikan oleh pensyarah, ustzah anisah. Wanita intelektual yang berketurunan kelantan itu sangat menarik hatiku ketika menyampaikan kuliahnya.. adakala lawaknye mencuit kalbu..
pagi itu, tajuk yang aku pelajari adalah berkenaan dengan Syarat-syarat berpakaian ( bab menutup aurat, lelaki n perempuan).. buku dan pena dikeluarkan, dan aku menyalin kalam-kalam serta slide yang ustazah bentangkan..
erm.. bab pakaian.. rata2 kalo yang belajar agama ni, semestinya dah tahu tntg hukum hakam nye kan.. ustzah menghuraikan etika berpakaian menurut pelbagai pandangan ulamak, yang terdiri daripada 4 mazhab yang mahsyur, serta dalil2 yang berkaitan..
sebaik sahaja ustazah sebut dalil ( hadith) mengenai 2 golongan yang akan di masukkan ke neraka.. aku jadi sebak..dan menangis tiba2.. (huh.. sensitif betul la aku ni... ) tapi aku cover2 la cket..

hadith tersebut:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah saw bersabda :”Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya.” (Hadith riwayat Muslim)


Keterangan :

Kebenaran sabdaan Rasulullah saw ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba ( atau lebih difahami dengan maksud, pemimpin atau penguasa yang zalim terhadap rakyat/orang bawahannya).. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh kerana walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar seperti bonggal unta.. I( mcm model2 jalan kat atas pentas--> cara jalan yang dibuat-buat untuk menarik perhatian).

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.


...insafnye bile dengar hadith itu..aku menangis lagi, kerana terkenangkan peristiwa malam td ( dinner) dan juga terkenangkan ramainya wanita-wanita diluar sana yang seperti disebutkan dalam hadith itu... nauzubillah.. sungguh.. aku tak terdaya untuk mengislahkan.. keluarga aku.. dan rakan-rakan aku sendiri yang sememangnya aku tahu mereka tahu tentang hadith ini, tetapi tidak follow....
kalau rakan-rakan yang memang dari fakulti lain itu, mungkin aku tidak terasa sedih sangat, tetapi rakan-rakan yang sememangnya dulu memang aku tahu sekolah agama sama-sama.. sama-sama matrikulasi.. sama-sama pernah merasai dalam biah solehah.. tetapi..tetapi.. kini.. wallahualam.. bukannya hendak kata diri ini lebih baik ..tidak!! kerana aku juga punya banyak kelemahan.. dan lebih-lebih lagi.. minggu depan , tajuk pembentangan kumpulan aku ialah tajuk AURAT...(debar la gak).

bagi diriku.. perkara2 baik yang kita dapat ketika di sekolah, ketika di matrikulasi ataupun di mana-mana, haruslah di istiqamahkan.. erm.. sama-samala berusaha ke arah itu..

#sahabatku.... pandanglah kembali ke dalam hatimu.. apakah ini jalan yang engkau pilih.. mengapa kau berubah sedemikian rupa..?? walaupun aku sememangnya jarang menegurmu.. bukankah kita pernah sama-sama merasai nikmatnya menutup aurat itu.. rambut itu mahkota wanita, walaupun mahkota..tetapi bukanlah ia untuk di tonton sewenangnya2.. tutupila ia... leher dan bahagian hadapan badan yang Allah jadikan itu aurat... bukanlah untuk di tayang sesuka hati.. tutupila ia.. sebagaimana engkau yang aku pernah kenal dulu..

aku tahu aku bukanlah insan terbaik untuk menilai semua ini.. aku hanya menyampaikan berdasarkan pemerhatian mata hati ini.. semoga Allah sahaja yang layak menilainya!!.. wallahualam...

----------------> i really miss biah di nilampuri..sekolah......... sejuknya mata memandang muslimah-muslimah yang lengkap menutup auratnya.. begitu juga dengan muslimin2 yang memakai pakaian sunnah.. kini di bumi yang aku pijak... erm, walaupun aku sedar.. di sinilah medan sebenar, inilah realiti masyarakat ISLAM masa kini...


..wallahualam.. - aku insan lemah- aku tahu- :(


Thursday, March 12, 2009

Melewat2kan SOLAT..?



Salam.. artikal ni, ana amik dari emel ana.. jom la baca sesama..baca xsampai 2 minit pon..


Renungan Kita Bersama ...Sembahyang Akhir Waktu


Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika
berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang ada
posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya


Kisahnya.... -.
Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita
pada Ilahi.. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol disetiap
lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika
sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem".
Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan. Tapi jika
sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya ...
MasyaAllah.. -.


Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan
amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi
penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang
tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen
kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit
ke-dua.


Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar
amalan.. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu
dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi,
dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan
kita pada Tuhan.


Dilangit ketiga, La.. kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat
hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita.
Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan
dirayu lagi.


Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah..Seolah- olah
kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya.
Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian
bertimpa-timpa. Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak
sampai. Dahlahtu takde nilai, kena azab lagi nanti.


Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu.
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di dunia
agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak. Amin.


Kepada yg selalu solat zohor hampir dengan waktu asar tu, dan waktu solat
asar hampir dengan azan maghrib ...ataupun yang sengaja meninggalkan
solat...ataupun dan biasa tinggal solat... emel nie sesuai utk direnungi

Monday, March 9, 2009

salam Maulidur Rasul~



Rasulullah saw...
dirimu tetap menjadi contoh dan ikutan sekalian ummah..
qudwah hasanah, rahmatallil'alamin..
insan agung dan mulia di sisi Allah, yang menjadi kekasihNYA...
kami ummat mu ya Rasulullah...
biarpun Rasul sudah pergi meninggalkan kami..
kau mewariskan Kalamullah dan Sunnahmu..
agar kami ummatmu tidak sesat...
ya Rasulullah kekasih Allah..



Sunday, March 8, 2009

mensyukuri nikmatNYA..









kucing.. comelnye.. bila terkenang kembali.. bersyukurnya aku, kerana Allah menciptakan haiwan bernama kucing@cat@qittun ni.. comel, manja, pandai bermain dan lain-lain lagi..alhamdulillah, haiwan ini sekarang menjadi haiwan peliharaan aku dan keluarga di rumah..

tetapi, kadang2 rasa geram gak kat kucing ni,( pernah pecahkan mangkuk kecik kat dapur rumah, sepahkan bakul sampah..huh) tetapi kucing ni kadang-kadang menjadi pengObat kesunyian aku di rumah.. gelagat mereka menghiburkan.. itulah antara nikmat Tuhan kepada manusia, penciptaan haiwan ini bukanlah sesuatu yang sia-sia, sedangkan Rasul kita pun suka pada kucing.. kadang-kadang rasa kasihan juga apabila melihat haiwan secomel ini di biar kelaparan di kedai makan, di kantin-kantin, di tepi jalan, di kawasan perumahan tanpa belas kasihan.. mereka 'mengeow2" meminta makanan..mereka lapar n tak terdaya.. tetapi ada segelintir manusia yang bongkak dan tidak mengendehkan rintihan mereka.. tidak cukup dengan itu, mereka menghalau dan memandang jijik terhadap makluk Allah ini.. nauzubillah.. apa lah salahnya kita menghulurkan secebis makanan buat mereka.. mungkin pahala kita memberi makanan walau sedikit itu la yang Allah pandang dariapda menderma kerana riak.. nauzubillah.. jadi, di bawah ini, saya bawakan satu artikel yang dipetik dr internet.. buat kite semua..

hadith tentang kucing

Al-imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar ra dari Nabi Sallahu’ ’Alaihi Wassalam bersabda, "Seorang wanita memasuki neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi."

Dalam riwayat di dalam sahih al-Bukhari, "Seorang wanita diseksa kerana seekor kucing yang dia kurung sehingga mati. Dia masuk neraka kerananya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi."

Rasulullah telah melihat wanita yang mengikat kucing ini berada di neraka manakala beliau melihat syurga dan neraka ketika shalat gerhana. Di dalam Shahih al-Bukhari dari Asma binti Abu Bakar ra bahwa Rasulullah Sallahu’ ’Alaihi Wassalam bersabda, "Lalu neraka mendekat kepadaku sehingga aku berkata, 'Ya Rabbi, aku bersama mereka?' Aku melihat seorang wanita. Aku menyangka wanita itu diserang oleh seekor kucing. Aku bertanya, 'Bagaimana ceritanya?' Mereka berkata, 'Dia menahannya sehingga mati kelaparan. Dia tidak memberinya makan dan tidak pula membiarkannya mencari makan." Nafi' berkata, "Menurutku dia berkata, 'Mencari makan dari serangga bumi."

Muslim meriwayatkan dari Jabir hadits Rasulullah yang melihat seorang wanita yang mengikat kucing berada di Neraka. Di dalamnya terdapat keterangan bahawa wanita itu berasal dari Bani Israil. Di dalam riwayat lain disebutkan bahawa wanita itu berasal dari Himyar.

Takhrij hadith

Hadits tentang kucing dalam Shahih al-Bukhari dalam Kitab Bad’il Khalqi, bab”Jika lalat jatuh ke dalam bekas salah seorang daripada kalian” (VI/356), no. 3318, di dalam Kitab Ahaditsil Anbiya’, no. 3482, dan di dalam Kitabul Musaqah, bab keutamaan memberi minum, 5/41, no. 2365.

Hadits ini diriwayatkan oleh Muslim di dalam Shahih-nya dari Abu Hurairah dan Abdullah bin Umar ra di dalam Kitabus Salam, bab ”Diharamkannya membunuh kucing” (4/1760, no. 2242-2243).

Hadits tentang Rasulullah melihat seorang wanita yang mengikat kucing diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam Shahih-nya di dalam Kitabul Adzan dan Asma' binti Abu Bakar (2/231, no. 745) dan Kitabul Musaqah Abdullah, keutamaan memberi minum air (5/41) no. 2364.

Adapun riwayat Muslim tentang Rasulullah melihat wanita yang menyeksa kucing terdapat di dalam Kitabul Khusuf, bab apa yang diperlihatkan kepada Rasulullah dalam shalat Kusuf, 2/622, no. 904.

Penjelasan

Ini adalah kisah wanita Himyariyah Israiliyah yang mengurung seekor kucing, tetapi dia tidak memberinya makan dan minum sehingga kucing itu mati kerana kelaparan dan kehausan. Ini menunjukkan kasarnya sifat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, serta tiadanya belas kasih di dalam hatinya. Dia sengaja menyakiti. Jika di dalam hatinya terdapat belas kasihan, nescaya dia melepaskan kucing itu. Dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Kucing berasa haus dan lapar dan meminta dengan suara yang meminta bantuan dan pertolongan. Suara dengan ciri tersendiri yang dikenali oleh orang-orang yang mengenal suara. Akan tetapi, hati wanita ini telah membatu dan tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Dia tidak menghiraukan harapan dan impiannya. Suara kucing itu semakin lemah, lalu seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezhaliman manusia yang hatinya keras dan membatu.

Jika wanita ini ingin agar kucing ini tinggal di rumahnya, dia mungkin sahaja memberinya makan dan minum. Rasulullah Sallahu’ ’Alaihi Wassalam telah menyampaikan kepada kita bahwa kita meraih pahala dengan berbuat baik kepada binatang. Jika dia enggan memberinya makan, maka dia harus melepaskannya dan membiarkannya bebas di bumi Allah yang luas. Ia pasti mendapatkan makanan. Lebih-lebih lagi, Allah telah menyediakan rezeki bagi kucing tersebut daripada sisa-sisa makanan orang, begitu pula serangga-serangga yang ditangkapnya.

Perbuatan ini telah memberi kecelakaan kepada wanita tersebut, sehingga dia masuk ke dalam neraka. Rasulullah Sallahu’ ’Alaihi Wassalam melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di neraka. Kesan-kesan cakaran tergores di wajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu ketika syurga dan neraka diperlihatkan kepadanya pada saat shalat gerhana.

pengajaran hadith

1. Besarnya dosa orang-orang yang menyeksa binatang dan menyakitinya dengan memukul dan membunuh. Wanita itu masuk neraka kerana dia menjadi sebab kematian seekor kucing.

2. Boleh mengurung binatang seperti kucing, burung, dan sebagainya, jika diberi makan dan minum. Jika tidak mampu atau tidak mahu, maka hendakah melepaskannya dan membiarkannya pergi di bumi Allah yang luas untuk mencari rezekinya sendiri.

3. Di Akhirat, manusia diadzab sesuai dengan perbuatannya di dunia. Wanita ini diserang oleh seekor kucing di Neraka dengan mencakari tubuhnya.


Hari-Hari dalam Hidupku


8 mac 2009..

komputer riba di buka. mata melilau di sudut desktop. folder dokumen di buka. ahh.. assignment itu masih belum siap lagi.. assignment yang lain juga belum disiapkan. maklumat sudah ada, namun masih belum diterjemahkan dalam bentuk format yang diperlukan. agak berterabur tetapi tersusun sedikit. minggu ini agak penuh dengan jadual dan tugasan.. 2 test sedang menanti pada hari selasa dan khamis.. sementara itu, ade beberapa assignment berkumpulan dan perseorangan yang perlu disiapkan minggu ini. erm.. begitulah antara rutin apabila bergelar mahasiswa di universiti.. hidupnya hanya dikelilingi tugasan-tugasan pelajaran..
namun... disebalik title 'mahasiswa' itu, terdapat juga satu tugasan yang lain.. yang.. lebih berat daripada assignment.. erm.. yang memerlukan ketabahan dan penuh ketanggungjawaban, tetapi sering kali tidak tertunai.. namun, masih bersyukur kerana masih ade insan yang selalu peringatkan.. tidak semua orang memahami tugasan ini, bagi mereka yang biasa-biasa..masuk universiti hanya untuk belajar tanpa melibatkan diri dalam sebarang aktiviti. ah!~ tentu sahaja bisa mendapat 4.0 flat..mungkin..


otak masih ligat mengingati peristiwa2 yang berlaku minggu lepas.. antara yang menarik perbualan dengan seorang rakan..( em, lupakan jap soal assignment).. mungkin tidak semua yang berpendapat sama, tetapi katanye.. belajar di universiti ni, seolah-olah melihat siapa yang lebih cepat 'absorb' knowledge, takde maknanye kalo bgitu..( lebih kurang mcm, semata-mata belajar coz nak pointer tinggi, tapi xdpt manfaat).


mungkin juga..


cuba la bayangkan.. 4 bulan bagi satu semester, kita kena belajar 4-6 subjek.. lepastu exam! termengah2 nak counter subjek2 yang banyak untuk 4 bulan~ lalu kita memaksa otak untuk cepat-cepat 'khatam' ilmu.. lalu..akibatnye.. lepas keluar dari dewan peperiksaan.. 'ilmu-ilmu' itu bersepah-sepah di tepi longkang.. di tepi paip bomba.. di tangga-tangga.. dan di tempat-tempat lain lagi.. tapi bukan semua buat begitu, ada la sebahagiannye.. kita boleh lihat sendiri situasi tersebut setelah tamat exam..


begitu juga.. kalu ade adik2 junior yang tanye.. apa yang kite belajar sesi lepas/ nak minta tunjuk ajar ke.. rata-rata kita xtahu.. dan lupe.. begitulah hakikatnye.. ( termasukla aku sendiri.. :-( ).. seolah-olah ilmu itu tidak berada di dada/hati, tetapi berada di buku sahaja..


ah.. sepertinya aku memuhasabah diri sendiri..
dahla keje pon tak siap lagi..


pointer tinggi memang idaman kalbu setiap mahasiswa.. tetapi apa guna pointer tinggi tetapi kita tak dapat amik manfaat dari ilmu itu.. sebenarnye, ada dua situasi berbeza,, cemerlang di atas kertas peperiksaan, dengan cemerlang dengan ilmu yang difahami dan dipraktikkan.. kadang-kadang kita dapat jawab soalan exam itu dengan baik kerana kita telah "menghafal" ilmu berkenaan tanpa pemahaman yang benar-benar jitu dan padu.. ( pendek kata ikut skema jawapan).. ini mungkin berlaku pada sesetengah mahasiswa..


namun, hasil penyerapan ilmu yang aku dapat dalam program SIDANA 09 tempoh hari, salah seorang panel ada berkata,.. ketika beliau menanda kertas jawapan exam student, seolah-olah beliau menanda jawapan beliau sendiri.. ( makna kata, sebijik-sebijik student tulis apa yang beliau ajar) n beliau kata.. boring..baca jawapan sendiri.. seolah-olah mahasiswa tidak mampu mengolah jwapan berdasarkan idealisme dan pendapat sendiri.. ( huhu,.. ni juga mungkin berlaku pada diriku..)


wallahualam.. semoga kita semua terutamanya golongan cerdik pandai mahasiswa/i ini, akan lebih mengerti apa matlamat sebenar mereka masuk ke Universiti ini..


sekadar luahan minda.. silap salah harap ajarkan.

Wednesday, March 4, 2009

kabus Hati..



samar-samar hati ini,
seakan-akan diliputi kabus malam,
sesekali dingin membalut jiwa..
seram sejuk menyelubung...
sepertinya aku jauh terasing di suatu sudut..
sepi sekali...
sepi..
lalu, tercoret sebuah puisi..
sebuah puisi yang seakan-akan retorik..
tetapi aku tidak pasti..
apakah coretan itu satu harapan atau penyesalan..

"aku yang ketandusan kasihnya..
mencari-cari sinar ceria..
di sebalik rimba yang menular ..
semak.. rimas... penuh ranting-ranting duka..

aku yang keletihan..
mengejaR belaian cintanya..
shingga aku terasa kelemasan dalam menanti rindunya...
titisan keringat tumpah di bajuku..
aku tak bisa menagih cinta manusia yang sementara...

aku yang tersedar..
dari igauan mimpi..
cinta itu, rindu itu dan kasih itu tiada ertinya...
andai di jalarkan nafsu diri...

aku yang merindukan ketenangan dalam setiap langkahku meniti jalan berapi...
aku yang merindukan belaian Pencipta yang mencipta roh ku..
aku yang merindukan kasih sayangNya.. semoga Dia meletakkan aku bersama orang-orang yang menyintaiNYA........"

hanya Allah, Tuhan yang Maha Mengerti,
rahsia rintihan hati yang tersisip,
semoga Dia mendengar bisikan nurani,
dan membetuli apa yang terpahat di hati...

-n-