Tuesday, April 28, 2009

MEMBENCI DUNIA YANG SONGSANG..

saat dunia yang kini menghampiri zaman akhirnya, pelbagai nista-nista dosa yang berlaku setiap hari. benci! benci! benci!... umat islam kini yang terleka dan dibuat ayunan dunia caturan kafirin, seolah-olah berada pada zon selesa.. tidak memikirkan keadaan ummat yang semakin hari semakin tenat!!..

umat islam masa kini terperangkap dengan jaring-jaring pukat yang dipasang yahudi laknatullah. hiburan melampau, pergaulan bebas, seks, berpacaran, berlambak sana sini bagaikan pasar lambak!! bersepah!! orang-orang yang belajaq agama pun hampeh!! 2 kali 10 dengan yang tidak belajar agama... hancusss.. apabila melihatkan anak muda mudi yang sangat sangat jauh terpesong dari landasan islam yang murni..

mereka bagaikan disuntik dos dadah yang membuatkan khayal dan lupa diri, lupa keluarga, lupa saudara, malah lebih teruk lagi, lupa Tuhan!! sanggup membuat apa sahaja menurut hawa nafsu persetan mereka..!! golongan-golongan remajawan agama pulak sangat takut untuk bergaul dan memberi tunjuk ajar serta nasihat pada golongan rosak seperti itu. kononnnya takut diri tercemar dan menunjuk wara' agar tidak terpengaruh.. tapi sama-sama hampeh apabila ada juga di kalangan golongan yang tunjuk thiqah itu turut terlibat dalam perkara-perkara maksiat harian yang mungkin disedari ataupun tidak..

hendak salahkan siapa?? yahudi?? israel?? yang memang selalu merancang dan merancang hendak memusnahkan dan menjauhkan ummat islam dari ajaran islam??? atau hendak salahkan pimpinan yang bangang kerana tidak pandai menjaga rakyatnya agar sentiasa berada dalam jalan islam? atau hendak salahkan diri yang bodoh kerana mudah terikut-ikut dengan jalan-jalan dosa yang terbentang luas? atau hendak salahkan iman yang nipis, tipis, dan yang mudah bergoyah dengan alasan "iman kan turun naik...standard la" ?? hendak salahkan siapa??!!! hendak salahkan siapa semua unsur-unsur negatif yang laknat tersebut meresap dalam jiwa ummat islam???

tunding menuding jari pada saat ummat islam kini tidak berguna lagi.. lihatlah kerosakan demi kerosakan.. hatta orang-orang yang belajar agama sekalipun duduk berdua-duaan, berpacaran, berdatingan, tidak melihatkan imej agama..malu!! buat malu sahaja!!! dengan bidang pekerjaan dan pembelajaran di universiti yang bercampur gaul lelaki dan perempuan, dengan pendedahan aurat wanita dari segenap usia, apa lagi yang tinggal unsur kebaikan dalam diri ummat islam?? setiap hari di akhbar2, di media2.. sering menjamu kita dengan hidangan kemaksiatan!! apatah lagi teknologi di hujung jari, dengan mudah melayari sarang-sarang noda.. apalagi kadar iman yang tinggal dalam jiwa-jiwa ummat islam...

sedarkah?? bukan masanya menyalahkan sesama sendiri, tetapi berbincang menangani masalah yang ada.. masalah ummat, masalah keluarga, masalah diri, masalah hati, masalah akidah, masalah , masalah dan masalah.. pendidikan agama yang berterusan mengikat hati-hati agar sentiasa mengingatiNya, lambakan kuliah-kuliah ilmu memberi suntikan renew iman dalam hati, bersabar dalam menghadapi maksiat, kadang jiwa itu sadar imannya lemah, namun berusaha untuk menguatkannya. rasanya berlambak sangat program-program yang membantu membinding semula keterikatan hati pada Tuhan sekalian alam..

tetapi berapa ramai yang mahu ikut?? berapa kerat?? golongan-golongan bodoh sombong di sana tidak memandang langsung!! peduli apa mereka dengan program-program ketuhanan lantaran terlalu asyik dengan lautan kemaksiatan.. cabaran! cabaran bagi golongan-golongan pendakwah untuk menyusun startegi mendekati dan menarik mereka-meraka yang jahil ini ke jalan kebenaran.. Sesungguhnya hanya Allah memberi hidayah...

menangisi zaman akhir ini.. menangisi ummat yang dahulunya izzah dengan tamadun yang tinggi, akhlak terpuji kini menjadi buih-buih lautan yang mudah pecah..
menangisi pemergian ulamak-ulamak yang syahid di medan juang.. menangisi mereka yang banyak berkorban untuk agama tetapi ummat islam kebanyakkan tidak menghargai.. malah berlabel sebagai terrorist, alat israel, jumud, ahli sesat...
menangisi dan geram pada pihak-pihak yang bodoh dan anti-Islam, pihak-pihak yang sentiasa sahaja menyekat dan membantutkan dakwah islam, tidak sedar yang mereka juga beragama islam, memang golongan yang tidak cerdik..
bila sahaja istilah bodoh dan bangang itu mereka tidak mahu terima kerana menganggap diri bijak pandai belaka.. kalau sudah nasihat lembut dan penuh berhikmah pun tidak mahu terima, terpaksalah guna pendekatan yang kasar untuk menghantuk kepala agar mereka sedar!

hanya titipan warkah melampiaskan keserabutan akal, di mana lagi keizzahan ummat masa kini..
tidak terlihat akibat banyaknya awan hitam yang menyelaputi..
wahai golongan yahudi zionis freemansonry laknatullahi abadan!!! ketawalah!! bergembiralah!! berpestalah kerana kau berjaya menyesatkan ummat Islam, berjaya memimpin sosok tubuh dan jiwa saudara-saudaraku ke dalam ideologi sesatmu dan berjaya menjatuhkan keizzahan islam 1924..dan berjaya menghentam palestin habis-habisan..berjaya..dan berjaya mcm2.. tapi ingat.. saat tibanya hari perhitungan, tunggulah di saat penyesalan yang amat sangat!!

walaubagaimana teruk pon keadaan ummat hari ini.. benih-benih Islam sejati tetap akan tumbuh dalam diri orang-orang suci.. doa-doa murni tulus sentiasa terucap di bibir-bibir hamba sejati.. air-air keinsafan akan tetap mengalir dalam jiwa yang dikotori.. dakwah-dakwah islam akan tetap bergerak di celah-celah biah jahiliah.. dan Allah itu akan tetap bersama.. kerana .. memang dunia ini di jadikan SYURGA bagi golongan KAFIR.. tetapi penjara dan medan cubaan bagi jiwa-jiwa muslim...

"ya ALLAH.. diri ini memohon ya Allah.. sesungguhnya aku juga termasuk dikalangan yang zalim..zalim terhadap diri... maafkanlah aku, ampunilah aku, bimbinglah aku, ahli keluargaku, rakan-rakanku, jiran-jiranku, serta orang-orang yang bersama dengan ku.."

sumber daripada : " al aqlu wa nazr min qalb wa fuad fi hazihi zaman, fikrah kesedaran, april 2009"

Monday, April 27, 2009

Setiap detik..

~Detik ini~...

Setiap detik engkau diberi oksigen oleh Allah

Hingga dari detik ke detik engkau dapat menyambung hidup

Tapi malangnya dicelah-celah itulah engkau derhaka kepada Allah taala
Tuhan yang mencipta engkau

Dengan engkau membuat dosa dan meningalkan perintahNya
Selagi engkau hidup di waktu perlu makan,

Tuhan masih lagi memberi engkau makan
Adakalanya makanan engkau begitu lazat dan berzat

Tapi di waktu-waktu itulah engkau melupakan
Tuhan yang yang engkau makan

Di waktu engkau sakit kemudian Allah sembuhkan
Maka badan engkau sihat semula dan segar bugar

Engkau boleh aktif berusaha dan bekerja seperti biasa
Dari usaha dan kerja itu engkau maju dan membangun

Di dalam maju dan membangun itulah engkau menderhakai Allah
Di waktu engkau hendak berhibur
diberi engkau isteri dan anak-anak sebagai cahaya mata

Di waktu engkau keletihan Tuhan tidurkan engkau
untuk engkau boleh berehat dan memulihkan kekuatan badan

Selepas tidur badan engkau segar dan bertenaga semula
Tapi setelah engkau dapat tenaga engkau membuat dosa dan noda

Engkau lalai dan alpa kepada Tuhan
Begitulah sepanjang hidup harian engkau

Allah taala memberi berbagai-bagai nikmat kepada engkau
Tapi dengan nikmat Tuhan itulah engkau derhaka kepadaNya

Apakah engkau tidak malu kepada Allah?
Mengapa engkau tidak berfikir satu masa nanti engkau akan menemuiNya

Segala nikmat akan ditanya sekalipun sebesar habuk
Bagaimana nanti engkau hendak menjawabnya?

Apakah engkau tidak berfikir ini semuanya
Mengapa akal engkau yang cerdik itu tidak boleh berfikir tentang nasib engkau?

Apalah ertinya cerdik tapi tidak dapat menyelamatkan diri engkau...

sumber- emailku~

Thursday, April 23, 2009

Hanya Kenangan Kini~ saat di niLampuri

tiba2 rasa teringat kat tempat ni.. :-) ade la cikit gamba kenangan ketika belajo kat sana~buat kawan2 yang sama2 dulu belajar..


satu ketika, aku pernah berada di sini.. 2005-2007..



masjid kg laut ni yang selalu aku nampak tiap kali pegi kuliah.. he3


di seberang jalan.. nampak KIAS.. kami berjiran..


tinggal kenangan: makan malam terakhir kat dewan johor untuk pelajar2 sem akhir nilampuri.. ngan kawan aku sebelah tu..


rehlah pantai melawi kat bachok kelantan?..


gembiranye ek antum semua..


kawan-kawanku yang solehah.. bestnye waktu ni :-)


ngan classmate, majmuah 2, dgn ustaz yg ajar nahu.. he3.. em, gmba saya xsenyum la, xpandai nak senyum bila bergambar..


bersama cikgu samhani yang ajar kami subjek sans kat nilampuri :-) erm, warna hitam dulu warna kegemaran aku..;-P


p/s: slmt menempuh exam~

Tuesday, April 21, 2009

mY final Examination..



salam.. em, minggu exam dah tiba.. kepada kawan-kawan atau pengunjung blog ni, doakan la saya ye..syukran~..
maaf atas salah silap,. kasar bahasa atau sebagainya..

exam mode~

ingat konsep tawakkal.. tawakkal bukan pada apa yang kita baca..tetapi tawakkal pada Allah.. amin..

Friday, April 10, 2009

~inFo SYIAH (2)

sumber: www.hafizfirdaus.com..
Judul Asal : Lillahi Tsumma Li at-Tharikh (Untuk Allah Kemudian Untuk Sejarah)
Judul Buku : Mengapa Saya Keluar Dari Syiah?
Penulis : Sayid Husain al-Musawi
Penerbit : CV. Pustaka al-Kautsar, Jakarta Timur,August 2002
Pengedar : Pustaka Indonesia, Wisma Yakin, Kuala Lumpur


Peristiwa di mana Ulama'-Ulama' besar Syi'ah keluar dari aliran sesat ini memang sudah tidak asing lagi malah ada di antara mereka yang disembelih dan dicincang mayat mereka setelah mereka secara terbuka bertaubat dari fahaman sesat lagi merbahaya ini. Antara tokoh-tokoh Syi'ah yang bertaubat adalah Ayatullah Uzhma Imam Sayid Abul Hassan al-Asfahani, Sayid Ahmad al-Kasrawi, al-Allamah Sayid Musa al-Musawi, Sayid Ahmad al-Katib, Abu al-Fadhl al-Burqui dan lain-lain lagi.
Buku yang sedang diulas ini adalah berkenaan dengan Sayid Hussain al-Musawi seorang
mujtahid dari alirang Syiah yang kemudiannya mengumumkan secara terbuka bahawa beliau bertaubat dari aliran sesat ar-Rafidhah ini dan beliau mendetailkan bukti-bukti kesesatan Syi'ah yang diambil dari kitab-kitab muktabar mereka sendiri.

Sayid Hussain al-Musawi dilahirkan di Karbala dan mendapat pendidikan di kota ilmu (hauzah) di Najaf. Beliau telah lulus dengan cemerlang di situ dan dianugerahkan derajat Ijtihad oleh tokoh besar Ulama' Syi'ah iaitu Sayid Muhammad Hussain Ali Kasyif al-Ghita.

Selama masa beliau mendalami kitab-kitab Syi'ah ketika pengajian beliau selalu menjadi bingung dengan percanggahan yang begitu banyak terdapat dalam kitab-kitab muktabar ajaran Syi'ah. Tapi beliau cuba menyedapkan hati beliau dengan menyatakan kepada diri beliau sendiri sebagai seorang yang buruk pemahaman dan sedikit ilmu. Pernah beliau melontarkan keraguan beliau kepada salah seorang tokoh di Hauzah dan tokoh itu hanya menjawab "jauhkanlah keraguan itu dari dirimu, kamu adalah pengikut Ahlul Bait AS, sedangkan ahlul bait menerimanya (agama syiah) dari Muhammad SAW, dan Muhammad SAW menerimanya dari Allah SWT." Beliau merasa tenang sebentar namun perasaan berkecamuk antara kebenaran dan kebathilan syiah sentiasa bermaindi jiwa beliau. Semakin mendalam pengajian beliau semakin banyak permasalahan timbul dan semakin bergelora perang batin dalam jiwa beliau. Setelah tamat pengajian di Hauzah perang batin dalam jiwa beliau berterusan. Setelah lama merenung keadaan ini maka beliau mengambil keputusan untuk melakukan kajian yang komprehensif dan mengkaji ulang seluruh materi pelajaran yang pernah beliau dapatkan.
Beliau membaca sebanyak mungkin referensi pegangan serta kitab-kitab Syi'ah. Segala kebingungan atau percanggahan beliau tuliskan dalam lembaran-lembaran kertas dan beliau simpan semoga pada suatu hari Allah menetapkan satu keputusan. Peristiwa al-Allamah Sayid Musa al-Musawi dan Sayid Ahmad al-Katib dua tokoh besar Syi'ah yang bertaubat dan kembali kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah seolah-olah menjadi petunjuk bagi beliau bahawa masanya juga sudah tiba untuk beliau mengistihar keluar dari fahaman yang sesat ini. Beliau berpendapat kini giliran beliau sudah tiba untuk menyatakan kebenaran untuk menyelamatkan rakan-rakan beliau yang telah tertipu. Bagi beliau sebagai seorang ulama adalah tanggungjawab beliau untuk menjelaskan kebenaran walaupun ianya sungguh pahit untuk ditelan. Maka Sayid Hussain al-Musawi pun mengarang sebuah buku yang membongkar kesesatan-kesesatan Syi'ah. Yang menariknya tentang buku ini adalah beliau menggunakan sumber Syi'ah sendiri untuk membongkarkan konspirasi musuh musih Islaam untuk melemahkan Islaam dari dalam seperti musuh dalam selimut. Antara topik menarik yang beliau kupaskan adalah seperti berikut :

a)Abdullah Ibnu Saba' satu individu fiktif/rekaan yang dicipta oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah dalam rangka untuk memburukkan Syi'ah. benarkah begitu? Apa kata sumber Syi'ah sendiri mengenai Abdullah Ibnu Saba.

b) Kata-kata kecaman dari kalangan Ahlul Bait sendiri terhadap Syi'ah. Beliau telah menurunkan kata-kata kecaman dari Saidina Ali RA, Saidatina Fathimah RA, Al-Hassan RA, al-Hussain RA dan Imam-Imam dari kalangan Ahlul Bait terhadap Syi'ah. Benarkah Syi'ah ini pembela Ahlul Bayt atau mereka sebenarnya pemusnah/penghina Ahlul Bait? Kita lihat sendiri Riwayat-riwayat syi'ah yang menghina Rasulullah SAW dan Ahlul Baitnya. Apakah kaitan Syi'ah di Kufah dengan tragedi pembunuhan Saidina Hussain RA? Kesemuanya riwayat-riwayat tentang hal ini di ambil dari sumber syi'ah sendiri!

c)Sayid Hussain al-Musawi juga membongkarkan bagaimana Syi'ah menghalalkan perzinaan dengan menggunakan Nikah Mut'ah, bagaimana perempuan diperlakukan sebagai objek memuaskan hawa nafsu atas nama Mut'ah. Sungguh menjijikan sekali.

Yang paling menggemparkan kisah Nikah Mut'ah Ayatollah Khomeini al-Musawi dengan kanak-kanak bawah umur dan apakah pandangan Ulama' syi'ah akan hal ini? Bagaimana pula melakukan adengan Homoseks dengan kanak-kanak lelaki yang masih belum tumbuh janggutnya dan kumisnya. Beliau juga membawa Riwayat dari Amirul Mukminin Saidina Ali RA yang menyatakan bahawa Mut'ah telah diharamkan pada hari Khaibar. Semua pendedahan ini diambil dari sumber Syi'ah sendiri!

d) Bagaimana Harta Khumus (1/5 bahagian untuk Ahlul Bayt) telah dipergunakan untuk kemewahan ulamak-ulamk Syiah.

e)Apakah pandangan mereka tentang al-Quraan? Adakah al-Quraan yang ada pada kita hari ini lengkap? Wujudkah al-Quraan yg lain selain dari apa yang kita baca hari ini?

f)Apakah pandangan Syi'ah terhadap Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Siapakah yang berkata kalimah ini, "Mereka (ASWJ) adalah orang-orang kafir yang najis berdasarkan Ijma' ulama' Syi'ah Imamiyah. Mereka lebih jahat dari Yahudi dan Nasrani."?

g)Pengaruh Yahudi, Majusi dan lain-lain dalam Syi'ah h) al-Qaim (Imam Mahdi) menurut Riwayat Syi'ah yang menyerupai watak Dajjal dan banyak lagi perkara-perkara yang menggemparkan. Kesemuanya diambil dari sumber rujukan Syi'ah sendiri.

Insya-Allah buku ini amat berguna sekali untuk mereka yang telah terpengaruh dengan Mazhab Ahlul Bait / Syi'ah di Malaysia ini dan juga untuk kita yang mungkin akan didatangi oleh da'i-da'i Syi'ah. Syaikh Mamduh Farhan al-Buhairi seoarang pakar tentang Aliran syi'ah juga berkata sebagai kata Pengantar untuk buku ini, "Ini (buku Lillahi Tsumma Li at-Tharikh) saya kirimkan kepada orang-orang yang masih berbaik sangka kepada Syi'ah dan yang menuntut agar menggauli mereka dengan baik dan lemah lembut, akibat kebodohan mereka terhadap al-Quraan dan sunnah Nabi SAW. Semoga mereka diberi petunjuk oleh Allah dan mempelajari Islam lebih dalam.





Sedikit Info mengenai SYIAH (1)

sumber : www.al-fikrah.net

Oleh:
Yussamir Yusof
23 Januari 2009 - 12.47 malam, Negeri Sembilan

Saya sudah lama bercadang untuk membeli diari sebagai alat bantu ‘pengingat’ atau alat bantu ‘pencatat’ semua aktiviti saya, selain PDA yang saya ada sekarang ini. Pada mulanya saya mencari diari yang sesuai di MPH Alamanda. Tetapi disebabkan harga diari-diari di situ agak mahal, saya melupakan hasrat itu sementara mencari di tempat lain.

Alhamdulilah, semasa pulang ke Seremban, saya sempat singgah di kedai buku Popular untuk membeli sebuah diari dan sebuah buku. Diari Islam memikat hati saya untuk membelinya, dan sebuah buku kewangan dari Ustaz Zaharuddin saya miliki. Berbaloi membeli sesuatu yang dapat mendatangkan manfaat kepada diri kita, lebih-lebih lagi ilmu yang diperolehi boleh dikongsi bersama.

Di rumah, semasa saya sedang menulis dan membelek-belek diari yang baru dibeli, saya agak terkejut apabila membaca di halaman yang menceritakan tentang Al-Fatihah sebagai Umul Kitab. Bukan terkejut tentang al-fatihah sebagai umul kitab, tetapi terkejut dalam penerangan-penerangan disitu terdapat unsur Syiah yang cuba diserapkan. Sangat jelas, penyebaran Akidah Syiah Imam Dua Belas ditulis dan dicoretkan di dalam diari itu secara senyap dan licik.

DUA BELAS IMAM

Sesiapa yang memiliki diari Islam tersebut, cuba lihat di bahagian nama-nama Imam sebanyak 12 yang ditulis di situ. Bermula dengan Imam Ali bin Abi Thalib sehingga Imam Abu Qasim Muhammad bin al-Hassan yang dikenali sebagai Imam Mahdi di kalangan Syiah.

1 ‘Ali bin Abi Talib r.a. (23 sebelum Hijrah-40H). Mereka memangilnya sebagai ‘al-Murtada.
2 Al-Hasan bin ‘Ali r.ahuma. (2H-50H). Mereka menggelarnya al-Mujtaba.
3 Al-Husain bin ‘Ali r.ahuma (3H-61H). Mereka menggelarnya al-Syahid atau juga Sayyid al-Syuhada (penghulu para syuhada.
4 ‘Ali Zain al-‘Abidin bin al-Husain (38H-95H). Dipanggil al-Sajjad.
5 Muhammad bin ‘Ali (57H-114H). Dipanggil al-Baqir.
6 Ja’far bin Muhammad (83H-148H). Dipanggil al-Sadiq..
7 Musa bin Ja’far (128H-183H). Dipanggil al-Kazim.
8 ‘Ali bin Musa (148H-203H). Dipanggil al-Rida.
9 Muhammad bin ‘Ali (195H-220H). Dipanggil al-Jawwad.
10 ‘Ali bin Muhammad (212H-254H). Dipanggil al-Hadi. .
11 Al-Hasan bin ‘Ali, (332H-360H). Dipanggil al-‘Askari..
12 Muhammad ibn al-Hasan48 (256H- ) Mereka menganggapnya sebagai alMahdi atau mereka mereka memanggil juga al-Mahdi al-Qaim bi al-Hujjah. Dia sebenarnya meninggal semasa kecil ketika berumur 5 tahun pada tahun 261H, namun mereka menganggap hilang bersembunyi dan akan muncul semula sebagai al-Mahdi yang dijanjikan.

Pasti ada menyoal saya kembali, apa guna dan apa faedahnya saya membongkar misi dakwah syiah yang terdapat dalam diari tersebut. Lagi-lagi, saya sendiri sudah menyatakan bahawa saya tidak lagi berminat sangat dalam hal-hal hukum untuk ditulis dalam blog ini. Tetapi atas kesedaran dan tanggungjawab saya untuk menjelaskan apa yang saya dapat lihat dan perasan dalam diari tersebut. Saya merasakan perkara ini harus diceritakan dan diberitahu
.
Apa yang dapat saya katakan kepada anda semua, bahawa dakwah Syiah adalah sesuatu yang serius, BERBAHAYA dan perlu dipandang berat oleh semua pihak. “Tapi bukan semua Syiah sesat.” Ya Memang benar, bukan semua Syiah sesat dan artikel ini juga bukan bermotifkan untuk menyesatkan sesiapa. Tetapi sebagai satu alat untuk memberi kesedaran dan memberi peringatan tetang betapa liciknya dakwah syiah dalam kehidupan seharian kita.

Sebelum saya bercerita panjang mengapa kita menolak Syiah Rafidah atau Imam Dua Belas, dan bagaimana kita mahu membendung perkara ini dari menyelinap dalam bahan bacaan kita. Saya mahu memberikan sedikit penjelasan ringkas, siapa itu Syiah dan Syiah kategori mana yang kita tolak.

Gelaran Syiah lazimnya ditujukan kepada setiap orang yang setia (wala’) kepada ‘Ali bin Abi Thalib dan Ahl al-Baitnya radhiallahu ‘anhum, sehingga ia menjadi nama gelaran yang khusus bagi mereka. (al-Fairuzabadi – al-Qamus al-Muhith, ms. 735, seperti yang dikemukakan oleh Hafiz Firdaus dalam bukunya ‘Jawapan Ahlu Sunnah kepada Syiah Rafidhah dalam persoalan Khalifah’)

Namun begitu, Syiah yang benar-benar kita (Ahlu Sunnah Wal Jamaah) tolak ialah Syiah Rafidah. Iaitu golongan yang menolak kekhalifahan dan keutamaan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman. Mereka juga menolak para imam daripada keturunan Ahl al-Bait Rasulullah kerana mereka (para imam daripada keturunan Ahlu Bait) juga mengiktiraf kekhalifahan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman serta mengutamakan mereka bertiga di atas ‘Ali bin Abi Thalib.


MENGAPA KITA MENOLAK SYIAH RAFIDHAH DAN IMAM DUA BELAS

Mengapa kita menolak Syiaf Rafidhah? Jawapannya, kerana Saidina Ali sendiri menolak mereka dan Nabi Muhammad juga telah mengingatkan kita tentang golongan ini. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Ahmad dari Saidina Ali bin Abi Thalib, “Akan muncul di umatku di akhir zaman nanti satu kaum yang bernama Rafidhah, mereka menolak Islam.”

Bukan itu sahaja, mereka sendiri telah mengaku bahawa mereka menolak untuk beriman kepada Allah dan Rasul. Sepertimana yang dikatakan sendiri oleh ulama mereka iaitu, Nikmatullahi al-Jazairi dalam bukunya al-Anwar Nukmaniyah, “Sesungguhnya kami tidak akan pernah sepakat dengan mereka (Ahlu Sunnah Wal Jamaah) tentang Allah, Nabi dan Imam. Disebabkan mereka mengatakan: “Tuhan kami adalah yang Nabinya Muhammad dan khalifah setelahnya Abu Bakar, dan kami Rafidhah tidak beriman pada tuhan itu dan Nabi yang tadi, kerana Rabb yang Nabinya Muhammad dan Khalifah setelahnya adalah Abu Bakar bukanlah tuhan kami.” (Dr Abdul Rahim Ballouchiy)

Jadi apa kaitan Syiah Rafidhah dengan Syiah Imam Dua Belas yang didakwahkan dalam diari Islam ini? Kaitannya ialah, kedua-dua jenis Syiah ini adalah sama, namun yang membezakannya hanyalah manhaj(jalan/metod) mereka. Syiah Rafidhah ialah nama yang berkaitan dengan manhaj terhadap para sahabat r.a, manakala Syiah Imam Dua Belas berkaitan dengan manhaj Politik (Hafiz Firdaus sepertimana yang beliau petik dari kajian Maulana Asri Muhammad Yusuf)

Berbalik kepada 12 nama yang disenaraikan dalam diari tersebut sebagai imam, dan juga membawakan hadith staqalain bagi menguatkan hujah mereka dalam diari ini. Hadith ini dapat dilihat didalam diari tersebut di bahagian atas tajuk ‘Penguasa yang menguasai hari Pembalasan’. Saya tidak menafikan bahawa hadith tersebut sahih dan benar. Tetapi penjelasan yang dibuat oleh penyunting diari ini, sangat jelas mempunyai agenda Syiah. Hadith yang dinyatakan itu ialah,

"Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya aku hanyalah manusia. Aku merasakan bahawa utusan Tuhan-Ku (Malaikat Maut) akan datang dan aku akan memenuhinya. Aku tinggalkan kepada kalian al-Tsaqalain (dua perkara yang penting): Yang pertama adalah Kitab Allah (al-Qur’an), di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Maka berpegang teguhlah dengan Kitab Allah. (Perawi – Zaid bin Arqam – menjelaskan bahawa Rasulullah menekankan kepada berpegang dengan Kitab Allah. Kemudian Rasulullah menyambung): (Yang kedua ialah) Dan Ahl al-Baitku, aku peringatkan kalian kepada Allah tentang Ahl al-Baitku. Aku peringatkan kalian kepada Allah tentang Ahl al-Baitku. Aku peringatkan kalian kepada Allah tentang Ahl al-Baitku." --- Sila rujuk penjelasan yang telah dibuat oleh saudara Hafiz Firdaus berkenaan dengan hadith ini di http://abuhaekal.wordpress.com/2007/08/15/hadits-hadits-rasulullah-yang-dijadikan-hujjah-oleh-syiah-hadits-al-tsaqalain/

Ahlu Sunnah Wal Jamaah tidak pernah menafikan kewujudan dua belas insan mulia tersebut. Tetapi yang membuatkan Ahlu Sunnah berhati-hati ialah, apabila mereka memaksumkan 12 (sepatutnya 11, saya akan terangkan kemudian) imam tersebut, dan membuat Dua Belas insan tersebut sebagai teori Ahlu Bait mereka. Ali bin Husain bin Ali iaitu cucu Saidina Ali serta keturunannya dengan tegas menolak pengiktirafan Imam oleh golongan Syiah. Ali bin Husain dan keturunannya beritikad bahawa sistem Khalifah bercirikan warisan, maksum, dan penentu syariat agama tidak pernah ditetapkan oleh Allah dan Rasul. Disamping itu, mereka menjelaskan bahawa Saidina Umar, Abu Bakar dan Uthman adalah Khalifah yang sah, dan mereka bertiga memiliki keutamaan dan kemuliaan melebihi semua orang manakala mereka, (Ali bin Husain dan keturunannya) hanyalah manusia biasa. (Hafiz Firdaus Jawapan Ahlu Sunnah kepada Syiah Rafidhah dalam persoalan Khalifah)


TEORI IMAM DUA BELAS

Benar-benar wujudkaH Imam Dua Belas ini? Jawapannya tidak wujud. Kerana teori Imam Dua Belas ini hanyalah dicipta oleh kelompok Syiah sendiri. Insan-insan yang yang diletak oleh golongan Syiah ini wujud dan mereka adalah insan yang mulia. Tetapi teori Imamiyah yang mereka cipta itu hanyalah imaginasi mereka sendiri. Perkara ini dinyatakan sendirI oleh mereka dalam satu ‘hadith’ (hadith ini tidak pernah ada dalam kitab-kitab hadith Ahlu Sunnah Wal Jamaah) yang diriwayatkan dari Al-Kulaini dalam Al-Kaafi (2/18) dari Zurarah dari Abu Ja’far, dia berkata: “Islam dibangun di atas lima perkara:… shalat, zakat, haji, shaum dan wilayah (imamah)…” Zurarah berkata: “Aku katakan, mana yang paling utama?” Dia berkata: “Yang paling utama adalah wilayah.” (Rujuk Badzlul Majhud, 1/174).

Mereka memasukkan Saidina Ali, Hassan dan Husin sebagai penguat kepada teori mereka. Sedangkan selepas kewafatan Hassan bin Ali menurut sumber mereka sendiri bahawa syiah itu sendiri telah berpecah kepada 14 hingga 20 kumpulan (Rujuk Kajian Moojan Momen dalam bukunya ‘An Introduction to Shi’i Islam: Sumber sekunder Hafiz Firdaus). Kalau benar sekalipun, keturunan Ali bin Husain telah terhenti sehingga kepada Hassan bin Ali bin Muhammad bin Ja’afar al-Askari. Ini disebabkan Al-askari tidak mempunyai anak.

Kerana terdesak untuk melengkapkan teori Imam Dua Belas. Golongan Syiah ini telah membuat satu teori tambahan dengan mewujudkan seorang lagi imam yang dikenali sebagai Imam Mahdi dengan meminjam iktikad Ahlu Sunnah Wal Jamaah terhadap Imam Mahdi untuk melengkap Dua Belas Imam. Selain itu, untuk menambahkan lagi keunikan teori ini, mereka mengatakan bahawa Imam Mahdi ini ghaib dan akan muncul satu hari nanti.

Teori Imam Dua Belas ini diperkuatkan lagi dengan memaksumkan kesemua mereka dari sebarang dosa dan mengetahui perkara-perkara ghaib, persis seperti Nabi Muhammad s.a.w. Hal ini dapat dilihat melalui ungkapan Al-Khumaini (Khomeini), “Kami bangga bahawa para imam kami adalah para imam yang maksum, mulai Ali bin Abu Thalib hingga Penyelamat Umat manusia Al-Imam Al-Mahdi, sang penguasa zaman -baginya dan bagi nenek moyangnya beribu-ribu penghormatan dan salam- yang dengan kehendak Allah Yang Maha Kuasa, dia hidup (pada saat ini) seraya mengawasi perkara-perkara yang ada.” (Rujuk Al-Washiyyah Al-Ilahiyyah, hal. 5, dinukil dari Firaq Mu’ashirah, 1/192)

Dakwaan para Dua Belas Imam sama taraf dengan Nabi juga boleh dilihat dari ungkapan Muhammad Ridha al-Mudzaffar, “Kami (Syi‘ah) percaya bahawa al-Imamah, seperti kenabian, tidak dapat wujud kecuali dengan nas Allah Subhanahu wa Ta'ala melalui lisan Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wasallam atau lisan Imam rahimahullah yang diangkat dengan nas apabila dia akan menyampaikan dengan nas imam yang bertugas sesudahnya. Hukum (sifatnya) ketika itu sama dengan kenabian tanpa perbezaan. Oleh kerana itu manusia tidak memiliki wewenang menyangkut siapa yang ditetapkan Allah sebagai pemberi petunjuk dan pembimbing bagi seluruh manusia, sebagaimana mereka (manusia) tidak mempunyai hak untuk menetapkan, mencalonkan atau memilihnya. (Rujuk Al-Aqaid Imamiyah yang dikemukakan oleh Hafiz Firdaus dalam kertas kerjanya ‘Bahaya Syiah kepada Umat Islam’)


APA TINDAKAN KITA SELEPAS MENGETAHUI?

Kita sudah mengenali tentang teori Imam Dua Belas ini. Dan seharusnya kita jelas bahawa senarai Imam yang terdapat dalam diari tersebut dan penggunaan hadith staqalain dalam diari tersebut, adalah dakwah Syiah yang sangat halus dan licik menyelinap dalam kehidupan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. “Jadi, adakah kita perlu membuang diari tersebut?” Tidak! Tidak perlu kita membuangnya, kerana diari tersebut jika tidak ada senarai imam tersebut dan beberapa penjelasan syiah yang tidak berasas, diari tersebut sangat berguna untuk kita gunakan.

Cukuplah kita memahami perkara ini, dan sebar-sebarkan kepada rakan-rakan kita yang telah membelinya agar tidak terpengaruh dengan dakyah Syiah ini. “Jangan kerana nyamuk, kelambu dibakarnya” saya rasa pepatah itu sesuai untuk diari ini. Kita abaikan penjelasan syiah tersebut, dan gunakan diari tersebut seperti biasa. Moga kita sentiasa berhati-hati dalam setiap bahan bacaan yang kita baca dan beli. Ingatlah bahawa Syiah adalah sesuatu yang bahaya bagi Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Bagi pihak berwajib pula, haruslah menggunakan kuasa yang ada untuk membenteras aktiviti ini. Seharusnya Fatwa yang dikeluarkan oleh Jakim bahawa Syiah ini sesat, dijadikan panduan dan ‘lampu hijau’ untuk melakukan tindakan terhadap penerbit diari ini. Moga Allah memberi jalan dan petunjuk kepada pihak yang bertanggungjawab.


PENAFIAN ULAMA TERHADAP SYIAH RAFIDHAH

Asy-Syaikh Dr. Ibrahim Ar-Ruhaili di dalam kitabnya Al-Intishar Lish Shahbi Wal Aal (hal. 100-153) menukilkan banyak perkataan para ulama tentang mereka. Antaranya ialah:
1. Al-Imam ‘Amir Asy-Sya’bi berkata: “Aku tidak pernah melihat kaum yang lebih dungu dari Syi’ah.” (As-Sunnah, 2/549, karya Abdullah bin Al-Imam Ahmad)

2. Al-Imam Sufyan Ats-Tsauri ketika ditanya tentang seorang yang mencela Abu Bakar dan Umar, beliau berkata: “Ia telah kafir kepada Allah.” Kemudian ditanya: “Apakah kita menyembahyangkan mereka (bila meninggal dunia)?” Beliau berkata: “Tidak, tiada kehormatan (baginya)….” (Siyar A’lamin Nubala, 7/253)

3. Al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku tidak melihat dia (orang yang mencela Abu Bakar, Umar, dan Aisyah) itu orang Islam.” (As-Sunnah, 1/493, karya Al-Khallal)

4. Al-Imam Al-Bukhari berkata: “Bagiku sama saja apakah aku solat di belakang Jahmi, dan Rafidhi atau di belakang Yahudi dan Nashara (yakni sama-sama tidak boleh). Mereka tidak boleh diberi salam, tidak dikunjungi ketika sakit, tidak dinikahkan, tidak dijadikan saksi, dan tidak dimakan sembelihan mereka.” (Khalqu Af’alil ‘Ibad, hal. 125)

5. Al-Imam Abu Zur’ah Ar-Razi berkata: “Jika engkau melihat orang yang mencela salah satu dari shahabat , maka ketahuilah bahwa dia seorang zindiq. Yang demikian itu karena Rasul bagi kita haq, dan Al Qur’an haq, dan sesungguhnya yang menyampaikan Al Qur’an dan As Sunnah adalah para sahabat . Sungguh mereka mencela para saksi kita (para shahabat) Rasulullah dengan tujuan untuk meniadakan Al Qur’an dan As Sunnah. Mereka (Rafidhah) lebih pantas untuk dicela dan mereka adalah zanadiqah.” (Al-Kifayah, hal. 49, karya Al-Khathib Al-Baghdadi)

P/S: Jika ada salah fakta dalam menulis perihal syiah sila betulkan. Harap maklum.

~Ajaran Syi'ah yang MerBAhaya~


assalamualaikum..

Apa yang anda tahu tentang Syiah? anda harus tahu, harus tahu.. takut-takut kita terjebak atau terikut dengan ajaran Syi'ah ini.. Syi'ah ni semuanya sesat ke? itu saya tidak tahu, tetapi saya ade mencari-cari artikel mengenai syiah di internet..

1) satu hari, saya pergi berjumpa dengan mentor saya, ustazah Dr Che Zarrina, ( he3, nk minta tandatangan untuk amik slip masuk peperiksaan), dikesempatan itu, sempat la saya bertanya tentang syi'ah ni, dan ustazah kata, sebenonya Syi'ah ini haram di bawa masuk ke Malaysia.. namun kalo haram mcm mana pon, masih juga ade, di bawa secara sulit. Syiah yang sesatnya apabila mereka ini ( golongan fanatik syi'ah ) menghina sahabat-sahabat Nabi seperti Umar al-Khattab, Abu Hurairah dan lain-lain.. ok habis cerita ni sini.. Tq ustazah :-)

2) satu waktu, ketika men'searching' internet tentang sahabat-sahabat nabi, saya jumpa satu web komuniti ni , tentang Umar al-Khattab.. daripada seorang yang mengirimkan komen tu, terkejut saya membacanya, jelas-jelas org itu menghina Umar al-Khattab.. masyaallah.. dikatakan Umar al-khattab biadap dengan nabi, dan Hadith yang kata Umar al-khattab dijamin masuk syurga adalah palsu.. subhanaallah.. terkejut la juga..

3) lalu, saya pun cube mensearch tentang ajaran Syiah ni.. sedikit info yang hendak kongsi bersama..

~wassalam~

Sunday, April 5, 2009

Al-Quran itu..~



Al-Quran.. sumber segala ilmu, di dalamnya terdapat pelbagai ilmu-ilmu yang merangkumi ilmu sains, matematik, geografi, astronomi dan pelbagai lagi. Selain darpada memuatkan konsep ketawhidan, akhlak dan syariah, al-quran turut juga mengandungi pelbagai kisah-kisah teladan, perkara-perkara qhayyibat yang menjadi teladan umat manusia. tidak cukup dengan itu, gaya bahasa yang dinukilkan di dalam al-Quran adalah gaya bahasa yang mengalahkan sastera arab agung. Sangat menakjubkan, bahkan Allah swt sendiri telah berfirman bahawa al-Quran ini merupakan as-syifa', iaitu penyembuh kepada penyakit-penyakit batin, kerohanian, khususnya.
Inilah kitab Huda, petunjuk yang Allah kurniakan kepada umat manusia, yang diturunkan kepada Nabi dan Rasul akhir zaman, Muhammad saw melalui malaikat Jibril..

lalu, berapa kali kah kita mentadabbur al-Quran dalam seharian hidup kita?
kita sibuk dengan kerja-kerja pejabat, kerja-kerja assigment di pusat pengajian, kerja-kerja berpesatuan, malahan kerja-kerja dakwah sekalipun.. namun mentadabbur jarang sekali disebabkan kesibukan-kesibukan itu.. walauapapun yang berlaku, beleklah al-Quran, bacalah dan renungilah ayat-ayat Allah.. disitulah kita temui khazanah dan mutiara-mutiara muhasabah..

usahla terbiar al-Quran itu berhabuk tanpa di baca
dibiar sepi di hujung rak buku atau hujung almari
atau di dalam laci yang berkunci..
di baca di hayati hanya apabila musibah menimpa diri
waktu senang, ia dilupakan, dan dipandang sepi
dek leka dengan kehidupan duniawi yang menggembirakan hati

diri ini terlalu berdosa.. kadang-kadang walau kita kerap kali membaca al-Quran pun, masih lagi terjebak dengan dosa yang dilakukan sehari-hari.. lemahnya iman, lemahnya keinsafan.. dan apatah lagi yang tidak pernah menyentuh dan mencium mashaf suci itu.. iaitu al-Quran, apakah mereka kuat menghadapi fitnah dunia.. wallahualam..

" bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah, bacalah dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya" ( terjemahan surah al-alaq: ayat 1-5)

oleh itu, bacalah al-quran.. al-Quran sumber hidayah, al-Quran sumber ilmu, al-Quran sumber motivasi.. ;-I muhasabah diriku juge.......

Thursday, April 2, 2009

Cinta seorang Humaira..



humaira terkedu. bagaikan halilintar menggoyah sanubarinya. bukan dia tidak berlapang dada, tetapi itu kali pertama dia mendengar luahan daripada seorang insan bernama ar-rijal.

"salam ustzh humaira, ana sudah lama memerhatikan ustzah, hati ini tidak dapat menipu yang sebenarnya sudah lama ana jatuh hati pada ustzah, ana ingin mengambil ustzah sebagai zaujah..."

tersirap darah humaira ketika membaca kiriman sms itu, tidak dia baca habis. dia menutup telefon bimbitnya. kiriman dari insan yang sememangnya dia kenali itu membuatkan jiwanya sesak.

mengapa?mengapa ada ar-rijal yang jatuh hati padanya. dia bingung.. sepanjang dia bergerak kerja dalam medan dakwah itu, dia sedaya upaya berusaha mengawal pergaulannya, menegaskan tutur bicara, pendek kata sentiasa menjaga dirinya agar tidak menjadi fitnah bagi orang lain. Humaira teringatkan ungkapan yang di ucap oleh isteri kesayangan Nabi, saidatina Aisyah r.a, wanita yang baik, adalah wanita yang tidak memandang pada lelaki, dan lelaki tidak memandang padanya.. oleh itu, dia berupaya menjaga dirinya agar lelaki tidak tergoda olehnya dan dia tidak dengan sengaja menggoda lelaki lain.

"ya Allah.. ujian apakah ini..kuatkan jiwaku.."

ketika itu, humaira baru sahaja habis perjumpaan posmoterm bersama unit-unit Ajk, 2 hari berpenat lelah menguruskan hari 'Jom Dakwah intelek 09' bersama pelajar-pelajar sejabatan dengannya. Humaira yang menyandang sebagai Timbalan pengarah bagi program tersebut, merasa sangat mencabar, kerana ini kali pertama dia menerima jawatan MT itu. walaubagaimanapun, Humaira berusaha sebaik mungkin untuk menjayakan program tersebut.

penat dan letih, humaira pulang ke kolej kediamannya, kolej Darul syifa. motor yang dinaikinya ditunggang laju, kerana waktu itu sudah lewat petang. Mujurlah dia telah menunaikan solat asar terlebih dahulu, jika tidak tentu tidak sempat. fikirannya masih lagi teringatkan kiriman sms tadi, perlukah aku menerimanya? layakkah aku?, hatinya agak bercelaru.. astaghfirullah al-azim.. tidak baik aku berfikir begitu! dia tersentak seketika, lantas dia berzikir-zikir agar Allah menenangkan hatinya..

motornya dipandu semakin laju, tiba-tiba hujan lebat turun ke bumi.. buat seminit dua, humaira hilang kawalan, motornya terlanggar lubang di jalan raya yang agak kusam itu.

Sreeeeeeeeeeettttt..........pranggg!!~.. bussshhh..

humaira terjatuh dr motor dan terseret sejauh 5 meter ke sisi jalan yang menghampiri semak-semak di pesisir jalab, ! parah.. motor hadapan terlanggar tiang jalan.. kereta dan motor-motor 10 meter dari belakang terberhenti..

"..ya Allah..!! apa dah jadi" dalam cemas.. suara hingar bingar orang sekeliling mengelilingi humaira yang terkulai parah di sisi jalan..darahnya mengalir dari kedua kakinya yang cedera akibat terseret jalan.. cepat-cepat salah seorg dr mereka menelefon ambulan...

~~~~~~~~~.....




humaira pengsan dalam kesakitan..hujan membasahi tempat kemalangan..

"syukur alhamdulillah humaira dah sedar..." luah aisyah, roomate humaira,.. aisyah menggenggam jari jemari humaira.. airmatanya mengalir melihat kecederaan yang menimpa sahabat setianya itu..

" aisyah..." humaira besuara lemah..
"alhamdulilah, Allah masih berikan ana kesempatan untuk bernyawa.."
"humaira... tabahnya enti.... "..aisyah masih tidak dapat menahan sebaknya.. mana tidaknya.. kedua kaki humaira berbalut.. kecederaannya parah.. Dr. Muslihah yang merawat humaira memberitahunya, kecederaan humaira agak teruk, mengambil masa 1-2 bulan untuk sembuh sepenuhnya, tulang tibia, femur di kaki kanannya patah akibat terseret kuat. walauapapun Dr. Muslihah berpesan agar sentiasa memberi sokongan kepada Humaira, Allah la yang menyembuh sakit..

humaira mendengar dengan tenang kata-kata aisyah mengenai kecederaan yang di alaminya.. dia pasrah dan berdoa agar dikuatkan hati.. untuk sebulan dua ini, humaira terpaksa menggunakan kerusi roda untuk ke kuliah dan ke mana-mana sahaja..

'humaira.. sahabat2 kita diluar sedang menunggu, boleh kah ana panggil mereka masuk, kerana tadi jururawat hanya benarkan ana sorang je, sbb masa tu enti belum sedar.."

" erm..siapa yang datang aisyah"

"kak nazilah, huda, kak ain, akh ruzman, akh aqil..n ustazah salwa.."

hatinya berdebar2.. seketika dia teringatkan kiriman sms tersebut beberapa jam sebelum Allah takdirkan kemalangan buatnya.. " ana ingin mengambil ustzah sebagai zaujah...."

..ya Allah...........


bersambung..


part 2~

seketika itu, sahabat-sahabat Humaira masuk ke bilik wad, satu pertemuan yang cukup dramatik, masing-masing memberikan semangat kepada humaira agar tabah menghadapi ujian Allah.. 30 minit berlalu, mereka kembali pulang untuk meneruskan kerja masing-masing,

"syukran kepada semua sudi melawat ana,. doakan ana sembuh".. ujar humaira
"humaira, kami sentiasa mendoakan enti, semoga dengan ujian ini juga akan merapatkan lagi ukhwah antara kita.." ustzah salwa tersenyum pada humaira, di bebola kaca matanya agak berair.. ustzah salwa merupakan mentor humaira di pengajian...
"em, enti, ana harap enti jangan putus2 berdoa.. " tiba-tiba akh aqil yang dari tadi senyap, bersuara sebelum berjalan keluar dari bilik wad..
" insyaallah.." humaira membalasnya pendek,. pandangan mereka tidak bertembung..

ya Allah.. hambamu pasrah dengan ketentuanMu..

dalam hening malam, humaira memuhasabah dirinya.. sungguh perit ujian ini, selama sebulan dua, dia tidak mampu menggunakan nikmat kaki itu.. apapon, humaira harus tabah~

p/s: em, dah xde idea ni.. cerita di atas adalah rekaan semata2.. kini terbuka kepada rakan-rakan kalo nak sambung :-P