humaira terkedu. bagaikan halilintar menggoyah sanubarinya. bukan dia tidak berlapang dada, tetapi itu kali pertama dia mendengar luahan daripada seorang insan bernama ar-rijal.
"salam ustzh humaira, ana sudah lama memerhatikan ustzah, hati ini tidak dapat menipu yang sebenarnya sudah lama ana jatuh hati pada ustzah, ana ingin mengambil ustzah sebagai zaujah..."
tersirap darah humaira ketika membaca kiriman sms itu, tidak dia baca habis. dia menutup telefon bimbitnya. kiriman dari insan yang sememangnya dia kenali itu membuatkan jiwanya sesak.
mengapa?mengapa ada ar-rijal yang jatuh hati padanya. dia bingung.. sepanjang dia bergerak kerja dalam medan dakwah itu, dia sedaya upaya berusaha mengawal pergaulannya, menegaskan tutur bicara, pendek kata sentiasa menjaga dirinya agar tidak menjadi fitnah bagi orang lain. Humaira teringatkan ungkapan yang di ucap oleh isteri kesayangan Nabi, saidatina Aisyah r.a, wanita yang baik, adalah wanita yang tidak memandang pada lelaki, dan lelaki tidak memandang padanya.. oleh itu, dia berupaya menjaga dirinya agar lelaki tidak tergoda olehnya dan dia tidak dengan sengaja menggoda lelaki lain.
"ya Allah.. ujian apakah ini..kuatkan jiwaku.."
ketika itu, humaira baru sahaja habis perjumpaan posmoterm bersama unit-unit Ajk, 2 hari berpenat lelah menguruskan hari 'Jom Dakwah intelek 09' bersama pelajar-pelajar sejabatan dengannya. Humaira yang menyandang sebagai Timbalan pengarah bagi program tersebut, merasa sangat mencabar, kerana ini kali pertama dia menerima jawatan MT itu. walaubagaimanapun, Humaira berusaha sebaik mungkin untuk menjayakan program tersebut.
penat dan letih, humaira pulang ke kolej kediamannya, kolej Darul syifa. motor yang dinaikinya ditunggang laju, kerana waktu itu sudah lewat petang. Mujurlah dia telah menunaikan solat asar terlebih dahulu, jika tidak tentu tidak sempat. fikirannya masih lagi teringatkan kiriman sms tadi, perlukah aku menerimanya? layakkah aku?, hatinya agak bercelaru.. astaghfirullah al-azim.. tidak baik aku berfikir begitu! dia tersentak seketika, lantas dia berzikir-zikir agar Allah menenangkan hatinya..
motornya dipandu semakin laju, tiba-tiba hujan lebat turun ke bumi.. buat seminit dua, humaira hilang kawalan, motornya terlanggar lubang di jalan raya yang agak kusam itu.
Sreeeeeeeeeeettttt..........pranggg!!~.. bussshhh..
humaira terjatuh dr motor dan terseret sejauh 5 meter ke sisi jalan yang menghampiri semak-semak di pesisir jalab, ! parah.. motor hadapan terlanggar tiang jalan.. kereta dan motor-motor 10 meter dari belakang terberhenti..
"..ya Allah..!! apa dah jadi" dalam cemas.. suara hingar bingar orang sekeliling mengelilingi humaira yang terkulai parah di sisi jalan..darahnya mengalir dari kedua kakinya yang cedera akibat terseret jalan.. cepat-cepat salah seorg dr mereka menelefon ambulan...
~~~~~~~~~.....
humaira pengsan dalam kesakitan..hujan membasahi tempat kemalangan..
"syukur alhamdulillah humaira dah sedar..." luah aisyah, roomate humaira,.. aisyah menggenggam jari jemari humaira.. airmatanya mengalir melihat kecederaan yang menimpa sahabat setianya itu..
" aisyah..." humaira besuara lemah..
"alhamdulilah, Allah masih berikan ana kesempatan untuk bernyawa.."
"humaira... tabahnya enti.... "..aisyah masih tidak dapat menahan sebaknya.. mana tidaknya.. kedua kaki humaira berbalut.. kecederaannya parah.. Dr. Muslihah yang merawat humaira memberitahunya, kecederaan humaira agak teruk, mengambil masa 1-2 bulan untuk sembuh sepenuhnya, tulang tibia, femur di kaki kanannya patah akibat terseret kuat. walauapapun Dr. Muslihah berpesan agar sentiasa memberi sokongan kepada Humaira, Allah la yang menyembuh sakit..
humaira mendengar dengan tenang kata-kata aisyah mengenai kecederaan yang di alaminya.. dia pasrah dan berdoa agar dikuatkan hati.. untuk sebulan dua ini, humaira terpaksa menggunakan kerusi roda untuk ke kuliah dan ke mana-mana sahaja..
'humaira.. sahabat2 kita diluar sedang menunggu, boleh kah ana panggil mereka masuk, kerana tadi jururawat hanya benarkan ana sorang je, sbb masa tu enti belum sedar.."
" erm..siapa yang datang aisyah"
"kak nazilah, huda, kak ain, akh ruzman, akh aqil..n ustazah salwa.."
hatinya berdebar2.. seketika dia teringatkan kiriman sms tersebut beberapa jam sebelum Allah takdirkan kemalangan buatnya.. " ana ingin mengambil ustzah sebagai zaujah...."
..ya Allah...........
bersambung..
part 2~
seketika itu, sahabat-sahabat Humaira masuk ke bilik wad, satu pertemuan yang cukup dramatik, masing-masing memberikan semangat kepada humaira agar tabah menghadapi ujian Allah.. 30 minit berlalu, mereka kembali pulang untuk meneruskan kerja masing-masing,
"syukran kepada semua sudi melawat ana,. doakan ana sembuh".. ujar humaira
"humaira, kami sentiasa mendoakan enti, semoga dengan ujian ini juga akan merapatkan lagi ukhwah antara kita.." ustzah salwa tersenyum pada humaira, di bebola kaca matanya agak berair.. ustzah salwa merupakan mentor humaira di pengajian...
"em, enti, ana harap enti jangan putus2 berdoa.. " tiba-tiba akh aqil yang dari tadi senyap, bersuara sebelum berjalan keluar dari bilik wad..
" insyaallah.." humaira membalasnya pendek,. pandangan mereka tidak bertembung..
ya Allah.. hambamu pasrah dengan ketentuanMu..
dalam hening malam, humaira memuhasabah dirinya.. sungguh perit ujian ini, selama sebulan dua, dia tidak mampu menggunakan nikmat kaki itu.. apapon, humaira harus tabah~
p/s: em, dah xde idea ni.. cerita di atas adalah rekaan semata2.. kini terbuka kepada rakan-rakan kalo nak sambung :-P
No comments:
Post a Comment