li shoran: oh sakura, aku cinta sama kamu, dah! ini bintang hati aku padamu
sakura: hah!~ bior betui.. makaseh ya.. cntik bintang ini..
(eh? he2.. xde kene mengena dgn saya..saje je)
Pernah jatuh cinta? Masakan tidak pernah kan? Cinta pada ibu, cinta pada bapa, cinta pada sahabat-sahabat, cinta pada ummah, pada Islam dan lain-lain lagi. Cinta-cinta sedemikian sememangnya tidak dinafikan kebenarannya. Walaubagaimanapun, entri kali ini, diri terpanggil untuk membicarakan soal cinta antara 2 hati, iaitu di antara priya dan dara. Cumanya, di sini, sekadar memperkatakan apa yang difahami sahaja. Tiada dalil atau hujjah disertakan di sini. Terpulanglah pada kalian untuk mengambilnya sebagai manfaat ataupun tidak. Entri ini adalah hasil perbincangan bersama seorang sahabat di kampus. Oleh itu, apa yang ingin dikaitkan mengenai cinta di sini mungkin berkait rapat dengan realiti yang di alami oleh kita semua..
Terdapat 3 situasi apabila kita telah jatuh suka/hati/cinta pada seseorang..
Apabila kita jatuh cinta dan...
Situasi 1:
pada waktu yang sama, kita mengenali dia, berkawan dengan dia, lalu kita meluahkan padanya mengenai perasaan kita. Justeru di sini terdapat 2 kemungkinan:
pertama: mendapat feedback yang positif, iaitu, kedua-dua saling menyukai. Adapun dalam hal ini terbahagi lagi kepada 2 sub-keadaan:-
- masing-masing akan berusaha menjaga hubungan agar tidak melampaui batas, beristikharah dan berserah pada ALLAH serta tidak menjadikan alasan ’suka-sama-suka’ itu sebagai tiket untuk saling berhubung antara satu sama lain.
- Masing-masing bisa saja hanyut ditenggelami perasaan cinta nafsu yang membara akibat hasutan syaitan. Melakukan perkara yang menyalahi hukum syarak, berdating, berbual, bersms lama-lama dan sebagainya.
Kedua: mendapat feedback yang negatif, iaitu, salah seorang (lelaki atau p’puan) menolak dan tidak mempersetujui. Ini mungkin akan medatangkan kesedihan bagi pihak yang ditolak. Walaubagaimanapun, terdapat juga 2 keadaan, sama ada redha dan tidak putus asa dari rahmat ALLAH, atau terus bersedih dan merasakan diri tidak dihargai. Apa-apapun dalam hal ini, pendekatan pertama iaitu redha haruslah di usahakan, kerana Allah sememangnya Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. ( la tahzan, innallah ya’lamu what is the best for u!)
Situasi 2:
pada waktu yang sama, kita tidak berapa mengenali dia, hanya sekadar mengenalinya dari orang-orang lain, atau sekadar memerhatikannya dari jauh ataupun mengenalinya tetapi dia tidak mengenali kita.. disini mungkin terdapat 2 tindakan kita :
- Pertama: berdoa dan hanya berserah kepada Allah akan perasaan yang timbul itu. Istikharah dan sebagainya yang mengikut syarak.
- Kedua: atau kita berusaha mengenali dia melalui jalan yang bukan syarak. ( keadaan ini seboleh-bolehnya di hindari).
Situasi 3:
pada waktu yang sama, kita memang bersahabat dan mengenali nya, namun kita bimbang seandainya diluahkan perasaan itu, persahabatan tersebut terus hilang. Oleh itu, kita terpaksa korbankan perasaan itu, asalkan persahabatan yang terbina itu tidak runtuh begitu saja. Dalam kes yang ketiga ni, tak pastilah sejauh mana kebenarannya. Tetapi apa yang saya lihat kini, memang ramai antara muda mudi sekarang, berkawan antara lelaki dan perempuan, secara alam maya (YM, FACEBOOK,FRIENDSTER, YAHOO GROUP, KOMUNITI, BLOG dan segala jenis apa kejadah ni) atau di alam nyata ( mungkin sahaja kerana satu organisasi, satu team, satu kuliah, satu tempat kerja, jiran dan lain2)..Benda ini memang tidak kita sedari, kadang-kadang terdetik juga perasaan menyukai seseorang itu, tetapi lebih baik pendam saja, daripada kita akan terluka apabila perasaan tersebut diluahkan.
Walaubagaimanapun, keadaan ini berbalik pada keterangan di atas tadi iaitu hanya ALLAH sahaja tempat mengadu dan bermohon agar dijagai perasaan tersebut. (istikharah dan sebagainya yang dibolehkan syarak)
* maksud mengikut syarak/syariat dan dibolehkan syarak disini ialah:
-seperti berkenalan dengan cara yang dibolehkan (melalui org tengah, keluarga serta org yang thiqah), merisik, berkhitbah dan meminang. Melibatkan wali kedua-dua pihak, serta tidak wujud istilah COUPLE sebelum bernikah.
Sekian itu ajer. Segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang lemah itu dari diri saya sendiri. Ambil yang baik, campak yang Buruk. Terima kasih atas perhatian anda, (he3).
2 comments:
salam seraaa!! wahaha..cinta pade RUMAH!! hahak. yerp yerp. tp en sera, yg istilah suke-same-suke tuh, dose ke klo dilakukan? kalau dalam islam boleh ke cmtuh, suke-sama-suke, tp bukan COUPLE?
ke, die sme je ngan couple?
wslm.. nADiah., hehe..
gni suka tu mmg fitrah. suka kat org .couple ni bila masing2 dab declare.. n sbnrnye xleh la bcinnta/couple sebelum kawin..
kalo stakat suka tu, kwan2, sera rasa xpe.. ape2pon batas tu kene jaga..
Post a Comment