Sunday, January 31, 2010

huRuf2~

SAYA SUKA PEMANDANGAN PANTAI YANG INDAAH.....
:-) 

Bumi dan dUnia..

sering saja ahli pujangga berbicara
mengenai kehidupan dunia ini..
hidup di bumi yang meluas ini..
di bumi yang sfera, serta condong pada paksinya..
bumi yang berputar mengelilingi si matahari..
bintang dan lampu sistem suria...

dunia bukanlah sama dgn bumi..
dunia adalah kehidupan sementara..
yang di dalamnya terdapat bnyk perhiasan yang meggoda..
jalan-jalan yang menyimpang..
bukit-bukit cabaran dan laut yang beracun..
dunia ibarat fatamorganaa..
dapat dilihat..dapat pegang..makin dikejar makin tidak puas..
sampai satu saat.. manusia berlumba2 mengejar dunia..
hingga segala prinsip n pegangan agama terobek,,
kerana mencari keseronokan dunia yang fantasi..
dunia kan meninggalkan manusia dalam kealpaan dan kekeliruan..
dunia yang tak pernah adil.
dunia yang zalim..
dunia yang sesat..
dunia yang membisik..
dunia yang mempengaruhi..
di setiap lorong-lorong menuju kebaikan..
perhiasan dan godaan dunia akan sentiasa di tepian..
memanggil, mengajak, dan menarik perhatian..
yang terleka dan mudah terpesona.. bakal menuruti saja..

bagaikan sebuah pasar malam..
saat senja maghrib berlabuh..
yang sepatutnya manusia menghadap Illahi..
orang ramai masih bersiar2 di pasar..
terpukau dengan barangan yg dijual
emas.. cincin.. beg.. baju.. seluar..makanan..
dengan hrga murah.
dengan peniaga yang memancing pelanggannya..
saat langkahan kaki sesegera ingin menyambut panggilan azan..
kiri kanan.. penuh dengan perhiasan..
leka..
bahagia sementara..

bumi.. hanya satu objek
objek..
objek..
yg bakal jua tiada...
jika sampai masanya..
jika musnah bumi,..
musnah jugalah fatamorgana dunia
yang akhirnya manusia bakal
memasuki fasa terpenting..
alam yang berlainan
alam yang menggerunkan..
alam yang mendebarkan,,
alam yang jua membahagiakan,,
saat jutaan malahan tidak terhitung
jumlahan manusia dr generasi pertama hingga terakhir
berkumpul..menghadap Tuhannya..
demi sebuah perhitungan..
perhitungan yg sangat adil..
tiada seadil di mahkamah Illahi..

saat itu..
akan tiba..

wallahualam..
Tuhan.. ku mohon, thabatkan kakiku di jalanMU........

Friday, January 22, 2010

Menyorot Kenangan..sealine 2009




salam, today we are going to travel in the desert at doha, qatar. we called it  sanddew/sealine.. our travel was very-very far.. it may takes hours ( i cant exactly remember the rite time, he2) for us to travel  in the desert to reach at beach in sealine.. it was an adventure experience i ever had in my life! :-)
rombongan kami terdiri daripada 9-10 buah kereta, all are malaysian, kecuali satu family ni singaporian:-)


jemaah muslimin sedang bkumpul..

 jameelll~

 
bukit pasir yg tinggi~

 kereta pacuan 4 roda ummi tersekat dlm pasirr..hu2~

 
 last2..kete yg aku & iza naik pon tersekat.. hee~kelihatan cik efendi n azfar sedang b'usaha membetulkan kete ni.


 
 at last, we made it!..pantai di pdg pasir..


 
 solat jumaat kt cni..:-)

 
 makan2... :-)

 
 :-D~

 
 cubaan berani menuruni bukit pasir yg tinggi ~

 #kenangan terindahku....#

Wednesday, January 20, 2010

Studeeeeeeeeeeeent poWer!!

SALAM..

MUSIM PILIHAN RAYA KAMPUS BAKAL MENJELANG KEMBALI, BERMULA PADA 25 JANUARI..

SELAMAT MENGUNDI CALON2 ANDA!!

PRO-M vS PENGGERAK..

SEE, THINK AND DECIDE!!~

-iklan pendek PRK UM buat semua-

Sunday, January 17, 2010

Asal Usul Wahabi??


 salam, sejenak info tntg wahabi.. sekadar berkongsi.. di ambil dr blog ust azhar.. ( xde plagiat ek, sbb dah mention sumber huhu)


Asal-usul Mazhab Wahhabi

Mazhab Wahhabi sering menimbulkan kontroversi berhubung dengan asal-usul dan kemunculannya dalam dunia Islam. Umat Islam umumnya keliru dengan mereka kerena mereka mendakwa mazhab mereka menuruti pemikiran Ahmad ibn Hanbal dan alirannya, al-Hanbaliyyah atau al-Hanabilah yang merupakan salah sebuah mazhab dalam Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah.

Nama Wahhabi atau al-Wahhabiyyah kelihatan dihubungkan dengan nama `Abd al-Wahhab yaitu bapak dan pengasasnya, al-Syaikh Muhammad bin `Abd al-Wahhab al-Najdi. Ia tidak dinamakan al-Muhammadiyyah yang mungkin boleh dikaitkan dengan nama Muhammad bin `Abd al-Wahhab bertujuan untuk menggalakkan persamaan di antara para pengikut Nabi Muhammad (s.`a.w) dengan mereka, dan juga bertujuan untuk menghalang berbagai bentuk eksploitasi (istighlal).[1][2] Bagaimanapun, nama Wahhabi dikatakan ditolak oleh para penganut Wahhabi sendiri dan mereka menggelarkan diri mereka sebagai golongan al-Muwahhidun[2][3] (unitarians) kerana mereka mendakwa ingin mengembalikan ajaran-ajaran tawhid ke dalam Islam dan kehidupan murni menurut sunnah Rasulullah.

Mazhab Wahhabi pada zaman moden ini tidak lain dan tidak bukan, adalah golongan al-Hasyawiyyah kerana kepercayaan-kepercayaan dan pendapat-pendapat mereka seratus persen sama dengan golongan yang dikenali sebagai al-Hasyawiyyah pada abad pertama.

Istilah al-Hasyawiyyah adalah berasal dari kata dasar al-Hasyw iaitu penyisipan, pemasangan dan pemasukan. Nama ini diberikan kepada orang-orang yang menerima dan mempercayai semua hadits yang dibawa masuk ke dalam Islam oleh orang-orang munafiq. Mereka mempercayai semua hadits yang dikaitkan kepada Nabi (s.`a.w) dan para sahabat berdasarkan pengertian dari segi bahasa semata tanpa penilaian semula. Bahkan sekiranya suatu “ hadits “ itu dipalsukan (tetapi orang yang memalsukannya memasukkan suatu rangkaian perawi yang baik kepadanya), mereka tetap menerimanya tanpa mempedulikan sama sekali apakah ada teks hadits itu sejalan dan selaras dengan al-Qur’an, ataupun hadits yang diakui sahih atau sebaliknya.

Ahmad bin Yahya al-Yamani (m.840H/1437M) mencatatkan bahawa: “ Nama al-Hasyawiyyah digunakan terhadap orang-orang yang meriwayatkan hadits-hadits sisipan yang sengaja dimasukkan oleh golongan al-Zanadiqah sebagai sabda Nabi dan mereka menerimanya tanpa adanya interpretasi terdahulu, dan mereka juga menggelarkan diri mereka Ashab al-Hadits dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah… Mereka bersepakat mempercayai konsep pemaksaan (Allah berhubung dengan perbuatan manusia) dan tasybih (bahawa Allah seperti makhluk-Nya) dan mempercayai bahawa Allah mempunyai jasad dan bentuk serta mengatakan bahawa Allah mempunyai anggota tubuh … “[3][4]

Al-Syahrastani (467-548H/1074-1153M) menuliskan bahawa: “ Terdapat sebuah kumpulan Ashab al-Hadith, iaitu al-Hasyawiyyah dengan jelas mengisytiharkan kepercayaan mereka tentang tasybih (iaitu Allah seumpama makhluk-Nya) … sehinggakan mereka sanggup mengatakan bahawa pada suatu ketika, kedua-dua mata Allah kesedihan, lalu para malaikat datang menemui-Nya dan Dia (Allah) menangisi (kesedihan) dengan banjir Nabi Nuh (`a.s) sehingga mata-Nya menjadi merah, dan `Arasy meratap iba seperti suara pelana baru dan Dia melampaui `Arasy dalam keadaan melebihi empat jari di setiap penjuru.”[4][5]

Definisi dan gambaran ini secara langsung menepati golongan Wahhabi yang menamakan diri mereka sebagai Ashab al-Hadits atau Ahl al-Hadits dan kerapkali juga sebagai Sunni, dan pada masa kini mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Ansar al-Sunnah ataupun Ittiba` al-Sunnah.

Latar belakang Pengasas Mazhab Wahhabi

Muhammad bin `Abd al-Wahhab dilahirkan di perkampungan `Uyainah, salah satu kampung di Najd di bagian selatan pada tahun 1115H/1703M. Bapaknya, `Abd al-Wahhab merupakan seorang Qadhi. Muhammad dikatakan pernah mempelajari bidang fiqh al-Hanbali dengan bapaknya, yang juga adalah salah seorang tokoh ulama al-Hanabilah. Semenjak kecil, dia mempunyai hubungan yang erat dengan pengkajian dan pembelajaran kitab-kitab tafsir, hadits dan akidah.

Pada masa remajanya, Muhammad selalu merendahkan dan mengabaikan syiar agama yang biasanya dipegang oleh penduduk Najd, bukan saja di Najd bahkan hingga ke Madinah selepas dia kembali dari menunaikan haji. Dia sering mengadakan perubahan dalam pendapat dan pemikiran di dalam majlis-majlis agama, dan dia tidak suka kepada orang yang bertawassul kepada Nabi (s.`a.w) di tempat kelahiran (marqad) baginda yang suci itu.

Kehidupannya selama beberapa tahun dihabiskan dengan mengembara dan berdagang di kota-kota Basrah, Baghdad, Iran, India dan Damaskus. Di Damaskus, dia telah menemui kitab-kitab karangan Ibn Taimiyyah al-Harrani (m.728H/1328M) yang mengandungi ajaran-ajaran yang berunsur kontroversi berbanding dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah.

Dia kembali ke Najd dan kemudian pindah ke Basrah. Dalam perjalanannya ke Syam, di Basrah dia mampu memenuhi matlamatnya mencegah banyak orang dari melakukan syiar agama mereka dan menghalang mereka dari perbuatan tersebut. Justeru itu penduduk Basrah bangkit menentangnya, dan menyingkirkannya dari perkampungan mereka. Akhirnya dia melarikan diri ke kota al-Zabir.

Dalam perjalanan di antara Basrah dan al-Zabir, akibat terlalu letih berjalan kerena kepanasan sehingga hampir-hampir menemui ajalnya, seorang lelaki (dari kota al-Zabir) telah menemuinya lalu membantunya ketika melihatnya berpakaian seperti seorang alim. Dia diberikan minuman dan dibawa balik ke kota tersebut. Muhammad bin `Abd al-Wahhab berniat untuk ke Syam tetapi dia tidak mempunyai harta dan bekalan yang mencukupi, lalu bermusafir ke al-Ahsa’ dan dari situ, terus ke Huraymilah (dalam kawasan Najd) juga.

Pada tahun 1139H/1726M, bapaknya pindah dari `Uyainah ke Huraymilah dan dia ikut serta dengan bapaknya dan belajar dengannya tetapi masih meneruskan tentangannya yang kuat terhadap amalan-amalan agama di Najd, yang menyebabkan terjadinya pertentangan dan perselisihan yang berkecamuk di antaranya dan bapaknya di satu pihak dan, di antaranya dengan penduduk-penduduk Najd di pihak yang lain. Keadaan tersebut terus berlanjut hingga tahun 1153H/1740M apabila bapaknya meninggal dunia.[5][6] Sejak dari itu, Muhammad tidak lagi terikat. Dia telah mengemukakan akidah-akidahnya yang sesat, menolak dan menepikan amalan-amalan agama yang dilakukan serta menyeru mereka menyertai kumpulannya.
Sebagian tertipu dan sebagian lagi meninggalkannya hingga dia mengisytiharkan kekuasaannya di Madinah.

Muhammad kembali ke `Uyainah yang pada saat itu diperintah oleh `Utsman bin Hamad kemudian menerima dan memuliakannya hingga berlakulah ketetapan di antara mereka berdua bahawa setiap orang hendaklah mempertahankan yang lain dengan orang memegang kekuasaan dalam perundangan Islam (al-tasyri`) dan seorang lagi dalam pemerintahan. Pemerintah `Uyainah mendukung Muhammad dengan kekuatannya dan Muhammad bin `Abd al-Wahhab pula menyeru manusia mentaati pemerintah dan para pengikutnya.

Berita telah sampai kepada pemerintah al-Ahsa’ bahawa Muhammad bin `Abd al-Wahhab mendakwahkan pendapat dan bid`ahnya, manakala pemerintah `Uyainah pula mendukungnya. Beliau telah memerintahkan supaya suatu risalah peringatan dan ancaman diantar kepada pemerintah `Uyainah. Pemerintah `Uyainah telah memanggil Muhammad dan memberitahunya bahawa dia enggan membantunya. Ibn `Abd al-Wahhab berkata kepadanya: “ Sekiranya engkau membantuku dalam dakwah ini, engkau akan menguasai seluruh Najd.” Pemerintah tersebut menyingkirkannya dan memerintahkannya meninggalkan `Uyainah dengan cara mengusirnya pada tahun 1160H/1747M.

Pada tahun itu, Muhammad keluar dari `Uyainah ke Dar`iyyah di Najd yang diperintah oleh Muhammad bin Sa`ud (m.1179H/1765M) yang kemudian menziarahi, memuliakan dan menjanjikan kebaikan kepadanya. Sebagai balasannya, Ibn `Abd al-Wahhab memberikan kabar gembira kepadanya dengan jaminan penguasaan Najd keseluruhannya. Dengan cara itu, suatu ketetapan dimateraikan.[6][7] Penduduk Dar`iyyah mendukungnya hingga akhirnya Muhammad ibn `Abd al-Wahhab dan Muhammad bin Sa`ud memeterai perjanjian atau memorandum kesepakatan antar keduanya (`aqd al-Ittifaqiyyah).

Ibn Basyr al-Najdi yang dipetik oleh al-Alusi mengatakan: “ Penduduk Dar`iyyah pada masa itu dalam keadaan sangat menderita dan kesusahan, mereka lalu berusaha untuk memenuhi kehidupan mereka … Aku lihat kesempitan hidup mereka pada saat pertama tetapi kemudian aku lihat al-Dar`iyyah setelah itu - pada zaman Sa`ud, penduduknya memiliki harta yang banyak dan senjata dibaluti emas, perak, kuda yang baik, para bangsawan, pakaian mewah dan lain-lain apalagi sumber-sumber kekayaan sehingga lidah kelu untuk berkata-kata dan gambaran secara terperinci tidak mampu diuraikan.”

“ Aku lihat tempat orang ramai pada hari itu, di tempat dikenali al-Batin - aku lihat kumpulan lelaki di satu pihak dan wanita di pihak lain, aku lihat emas, perak, senjata, unta, kuda, pakaian mewah dan semua makanan tidak mungkin dapat digambarkan dan tempat itu pula sejauh mata memandang, aku dengar hiruk-pikuk suara-suara penjual dan pembeli … “[7][8]

Harta yang banyak itu tidak diketahui dari mana datangnya, dan Ibn Basyr al-Najdi sendiri tidak memberikan sumber harta kekayaan yang banyak itu tetapi berdasarkan fakta-fakta sejarah, Ibn `Abd al-Wahhab memperolehinya dari serangan dan serbuan yang dilakukannya bersama-sama para pengikutnya terhadap kabilah-kabilah dan kota-kota yang kemudian meninggalkannya untuknya. Ibn `Abd al-Wahhab merampas harta kekayaan itu dan membagi-bagikannya kepada penduduk Dar`iyyah.

Ibn `Abd al-Wahhab mengikuti kaedah khusus dalam pembahagian harta rampasan dari umat Islam yang meninggalkannya. Ada kalanya, dia membagikannya kepada 2 atau 3 orang pengikutnya. Amir Najd menerima bagiannya dari ghanimah itu dengan persetujuan Muhammad bin `Abd al-Wahhab sendiri. Ibn `Abd al-Wahhab melakukan mu`amalah yang buruk dengan umat Islam yang tidak tunduk kepada hawa nafsu dan pendapatnya seperti mu`amalah terhadap kafir harbi dan dia menghalalkan harta mereka.

Ringkasnya, Muhammad ibn `Abd al-Wahhab kelihatan menyeru kepada agama Tawhid tetapi tawhid sesat ciptaannya sendiri, dan bukannya tawhid menurut perintah al-Qur’an dan al-Hadits. barangiapa yang tunduk (kepada tawhidnya) akan terpelihara diri dan hartanya dan barangsiapa yang enggan maka dianggap kafir harbi (yang perlu diperangi) sama darah dan hartanya.

Di atas alasan inilah, golongan Wahhabi menguasai medan peperangan di Najd dan kawasan-kawasan di luarnya seperti Yaman, Hijaz, sekitar Syria dan `Iraq. Mereka merenggut keuntungan yang berlimpah dari kota-kota yang mereka kuasai mengikut kemauan dan kehendak mereka, dan jika mereka boleh menghimpunkan kawasan-kawasan itu ke dalam kekuasaan dan kehendak mereka, mereka akan lakukan semua itu, tetapi jika sebaliknya mereka hanya memadai dengan merampas harta kekayaan saja.[8][9]

Muhammad memerintahkan orang-orang yang cenderung mengikuti dakwahnya supaya memberikan bai`ah dan orang-orang yang enggan wajib dibunuh dan dibagi-bagikan hartanya. Oleh kerana itu, dalam proses membuang dan mengasingkan penduduk kampung di sekitar al-Ahsa’ untuk mendapatkan bai`ah itu, mereka telah menyerang dan membunuh 300 orang dan merampas harta -harta mereka.[9][10]

Akhirnya Muhammad meninggal dunia pada tahun 1206H/1791M tetapi para pengikutnya telah meneruskan mazhabnya dan menghidupkan bid`ah dan kesesatannya kembali. Pada tahun 1216H/1801M, al-Amir Sa`ud al-Wahhabi mempersiapkan tentara yang besar terdiri dari 20 000 orang dan melakukan serangan ganas ke kota suci Karbala’ di `Iraq. Karbala merupakan sebuah kota suci dihiasi dengan kemasyhuran dan ketenangan di hati umat Islam. Pelbagai bangsa berhasrat untuk ke sana diantara mereka ada berbangsa Iran, Turki, Arab dan sebagainya. Tentara Wahhabi mengepung dan memasuki kota itu dengan melakukan pembunuhan, rampasan, runtuhan dan kebinasaan. Puak Wahhabi telah melakukan keganasan dan kekejaman di kota Karbala’ dengan jinayah yang tidak mengenal batas perikemanusiaan dan tidak mungkin dapat dibayangkan. Mereka telah membunuh 5000 orang Islam atau bahkan lebih, sehingga disebutkan sebanyak 20 000 orang.

Apabila al-Amir Sa`ud menyudahi perbuatan keji dan kejamnya di sana, dia merampas khazanah harem al-Imam al-Husayn bin `Ali (`a.s) yang banyak dengan harta, perhiasan dan hadiah yang dikurniakan oleh raja, pemerintah dan lain-lain kepada maqam suci ini. Selepas melakukan keganasan yang cukup menjijikkan ini, dia kemudian menakluki Karbala’ untuk dirinya sehingga para penyair menyusun qasidah-qasidah penuh dengan rintihan, keluhan dan dukacita mereka.[10][11]

Puak Wahhabi mengambil masa selama 12 tahun membuat serangan ke atas kota Karbala’ dan kawasan sekitarnya, termasuk Najaf.
Mereka kembali sebagai perampas, penyamun dan pencuri dengan memulainya pada tahun 1216H/1801M. Para penulis Syi`ah bersepakat bahawa serangan dan serbuan itu berlaku pada hari `Ied al-Ghadir dalam memperingati ketetapan Nabi (s.`a.w) mengenai pelantikan al-Imam `Ali bin Abi Talib sebagai khalifah selepas baginda.[11][12]

Al-`Allamah al-Marhum al-Sayyid Muhammad Jawwad al-`Amili mengatakan:[12][13]

“ Allah telah menentukan dan menetapkan dengan kebesaran dan keihsanan-Nya dan juga dengan berkat Muhammad dan baginda (s.`a.w), untuk melengkapkan juzuk ini daripada kitab Miftah al-Karamah, selepas tengah malam yang ke-9, bulan Ramadan al-mubarak tahun 1225H/1810M - menurut catatan penyusunnya …” dengan kekacauan fikiran dan kegaluan keadaan, orang-orang `Arab dikelilingi oleh orang-orang dari `Unaizah yang mengucapkan kata-kata puak al-Wahhabi al-Khariji di al-Najaf al-Asyraf dan masyhad al-Imam al-Husayn (`a.s) - mereka telah memintas jalan dan merampas hak milik para penziarah al-Husayn (`a.s) setelah mereka kembali dari ziarah itu pada pertengahan bulan Sya`ban.
Mereka membunuh sebagian besar daripadanya, terdiri dari orang-orang `Ajam, diperkirakan 150 orang ataupun kurang …”

Jelaslah, bahawa tawhid yang diserukan oleh Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan jamaahnya adalah dengan mengharuskan darah dan harta orang yang mengingkari dakwah mereka, juga menerima kata-kata atau akidah-akidah mereka bahawa Allah berjisim, mempunyai anggota tubuh badan dan sebagainya.

Al-Alusi dalam penjelasannya tentang Wahhabi mengatakan: “ Mereka menerima hadits-hadits yang datang dari Rasulullah (s.`a.w) bahawa Allah turun ke langit dunia dan berkata: Adakah orang-orang yang ingin memohon keampunan?”[13][14] Sehingga dia mengatakan: “ Mereka mengakui bahawa Allah ta`ala datang pada hari Qiyamat sebagaimana kata-Nya: “ dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam, dan pada hari itu ingatlah manusia akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya “ (al-Fajr (89): 23) dan sesungguhnya Allah menghampiri makhluk-Nya menurut kehendak-Nya seperti yang disebutkan: “ dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya “ (Qaf (50): 16).

Dapat dilihat dalam kitab al-Radd `ala al-Akhna’i oleh Ibn Taimiyyah bahawa dia menganggap hadits-hadits yang diriwayatkan tentang kelebihan ziarah Rasulullah (s.`a.w) sebagai hadits mawdu` (palsu). Dia juga turut menjelaskan “ orang yang berpegang kepada akidah bahawa Nabi masih hidup walaupun sesudah mati seperti kehidupannya semasa baginda masih hidup,” dia telah melakukan dosa yang besar. Ini juga yang diiktiqadkan oleh Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan para pengikutnya, bahkan mereka menambahkan pemalsuan dan kebatilan Ibn Taimiyyah tersebut.

Para pengikut akidah Wahhabi yang batil memberikan tanggapan kepada para pengkaji yang melakukan penyelidikan mengenai Islam - menerusi perhatian dan penelitian kepada kitab-kitab mereka dan mengenali Islam menelusuri bahan-bahan cetakan mereka sendiri - hingga menyebabkan mereka beranggapan bahawa Islam adalah agama yang kaku, beku, terbatas dan tidak dapat berlaku dan sesuai pada setiap masa dan zaman.

Lothrop Stodard berbangsa Amerika mengatakan: “ Kesan dari itu, kritikan-kritikan telah timbul karena puak Wahhabi berpegang kepada dalil tersebut dalam perkataan mereka hingga dikatakan bahawa Islam dari segi jawhar dan tabiatnya tidak mampu lagi berhadapan dengan perubahan menurut kehendak dan tuntutan zaman, tidak dapat berjalan seiringan dengan keadaan kemajuan dan proses perubahan serta tidak lagi mempunyai kesatuan dalam perkembangan kemajuan zaman dan perubahan masa …”[14][15]

Penentangan Terhadap Mazhab Wahhabi

Para ulama al-Hanbali memberontak terhadap Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan mengeluarkan hukum bahawa akidahnya adalah sesat, menyeleweng dan batil awalnya. Tokoh pertama yang mengisytiharkan penentangan terhadapnya adalah bapaknya sendiri, al-Syaikh `Abd al-Wahhab, diikuti oleh saudaranya, al-Syaikh Sulayman. Kedua-duanya adalah dari mazhab al-Hanabilah. Al-Syaikh Sulayman menulis kitab yang berjudul al-Sawa`iq al-Ilahiyyah fi al-Radd `ala al-Wahhabiyyah untuk menentang dan menghantamnya. Di samping itu tentangan juga datang kepadanya dari sepupunya, `Abdullah bin Husayn.

Mufti Makkah, Zaini Dahlan mengatakan: “ `Abd al-Wahhab, bapak dari al-Syaikh Muhammad adalah seorang yang saleh dan seorang tokoh ahli ilmu, begitu juga dengan al-Syaikh Sulayman. Al-Syaikh `Abd al-Wahhab dan al-Syaikh Sulayman, kedua-duanya dari awalnya yaitu ketika Muhammad mengikuti pengajarannya di Madinah al-Munawwarah telah mengetahui pendapat dan pemikiran Muhammad yang meragukan. Keduanya telah mengkritik dan mencela pendapatnya dan mereka berdua turut memperingatkan orang-orang mengenai bahayanya pemikiran Muhammad…”[15][16]

Dalam keterangan Zaini Dahlan yang lain dikatakan bahawa “ bapaknya `Abd al-Wahhab, saudaranya Sulayman dan guru-gurunya telah dapat mengesani tanda-tanda penyelewengan agama (ilhad) dalam dirinya yang didasarkan kepada perkataan, perbuatan dan tentangan Muhammad terhadap banyak persoalan agama.”[16][17]

`Abbas Mahmud al-`Aqqad al-Masri mengatakan: “ Orang yang paling kuat menentang al-Syaikh dalam persoalan ini adalah saudaranya, al-Syaikh Sulayman, penulis kitab al-Sawa`iq al-Ilahiyyah. Beliau tidak mengakui saudaranya itu mencapai kedudukan berijtihad dan berkemampuan memahami al-Kitab dan al-Sunnah. Al-Syaikh Sulayman berpendapat bahawa para Imam yang lalu, generasi demi generasi tidak pernah mengkafirkan ashab bid`ah, dalam hal ini tidak pernah timbul persoalan kufur sehingga timbulnya ketetapan mewajibkan mereka memisahkan diri daripadanya dan sehingga diharuskan pula memeranginya kerana alasan tersebut.”

Al-Syaikh Sulayman berkata lagi bahawa: “ Sesungguhnya perkara-perkara itu berlaku sebelum zaman al-Imam Ahmad bin Hanbal iaitu pada zaman para Imam Islam, dia mengingkarinya manakala ada di antara mereka pula mengingkarinya, keadaan itu berlanjut hingga dunia Islam meluas. Semua perbuatan itu dilakukan orang-orang yang kamu kafirkan mereka kerananya, dan tiada seorang pun dari para Imam Islam yang menceritakan bahawa mereka mengkafirkan (seseorang) dengan sebab-sebab tersebut. Mereka tidak pernah mengatakan seseorang itu murtad, dan mereka juga tidak pernah menyuruh berjihad menentangnya. Mereka tidak menamakan negara-negara orang Islam sebagai negara syirik dan perang sebagaimana yang kamu katakan, bahkan kamu sanggup mengkafirkan orang yang tidak kafir kerana alasan-alasan ini meskipun kamu sendiri tidak melakukannya…”[17][18]


..::Satu Mimpi::..



sebuah kisah mimpi,
yang terindah mendamai hati,
warna warni cinta mengharum,
di lubuk naluri seorg insan..

senyum dan tawa menghiasi,
lorong-lorong sepi,
sepanjang mengisi titian hari,
demi satu janji yang terpatri..

namun, setelah tersedar,
dari buaian sang mimpi,
itu semua hanyalah khayalan fantasi,
cinta itu tiada abadi,
seakan pasir yang ditiup pergi..

tangisan sebuah hati, remuknya pedih berduri,
dunia memang medan menguji sanubari,
merempuhi ranjau nan sukar
cinta hakiki milik Allah yang Suci

seringkali mendengar sebuah bicara,
mungkin Tuhan menemukan kita dengan orang yang salah,
sebelum dipertemukan dengan insan pilihanNya..
insyaallah..

sampai bila, di mana dan bagaimana..
janji Tuhan pasti kan ada..
pasti kan ada yang terbaik,
buat siapapun insan yang mengharapkan
kasih sayangNya..

wallahualam..

p/s: JOM BANTAH E-VOTING!! undi tiada lagi rahsia??
melainkan org yg jaga sistem e-undi tu amanah.. boleh la kita nak thiqah kan.

-aik. apa kene mengena e-voting dgn sajak ni? xde kene mengena.. saja nak kene mengena kan..~

Saturday, January 16, 2010

BILA CINTA BERTASBIH...


Filem ketika cinta bertasbih 2..
komen saya:

Best jiddan!! mumti'ah jiddan.. uhibbuhu.. filem yang hebat dan penuh dengan keinsafan dan ketabahan serta ke apa lagi la..

kirenye, saya suka sangatla cite ni.. sedih pon ada, hepi pon ade... sedikit sebanyak terubat cket "benci" saya kat entri bawah ni. hehehhe. haha...

kla.. bagi sapa2 yang belum tgk. sila la tgk.. download atau pinjam ke kat kawan atau .. kalo rajin, boleh beli yg original kt pasaran.. (kalo ade. hehe)..

k. wslm...~

Friday, January 8, 2010

Tahniah!! dapat Baby!!


tahniah kepada comel.. kerana selamat melahirkan 4 ekor anak pada 4 jan 20210 yang lalu.. he3. alhamdulillah

lucunya. al kisah.. pada hari isnin lalu, aku telah dimaklumkan oleh ibu, yang comel selamat lahirkan anaknya,. hehe. yg 'seronoknya', comel beranak kat bawah katil aku! waaa.. hbsla.. konfirm kotor punyer. huhu.. tapi ibu kata dah bersihkan dah. hehe..

ape2pon. congrate to comel. :-)

Penggunaan Kalimah ALLAH oleh bukan ISLAM.

salam. secara jujurnya saya bukanlah seorg yang mengikuti perkembangan semasa secara konsisten. ade la cikit2 rajin tgk2 surat khabar, majalah atau whatever.
But thanks a lot to Jabatan sejarah kat Akademi Pengajian Islam yang ku cinta, kerana semalam, 7 januari, telah mengadakan wacana ilmiah, mengenai Kalimah Allah yang ingin di gunakan oleh orang Kristian. Isu ini sungguh hangat, dan sebagai orang Islam, kita kena juga amik tahu kan. kalo tak nak amik tahu, bukan orang Islam la tu namanya.. nauzubillah..

semalam, memang ramai sangat orang yang datang mengerumuni Balai Ilmu kat AI ni.. sampai tak cukup tempat, melimpah2 manusia2 ke luar pintu, betul! kesian yang kene berdiri kat belakang mahupun kat luar bilik balai ilmu tu, sungguh tabah mereka semua nak dengar wacana ilmiah ni..

ada 3 orang panel yang dijemput, hmm,, maaf la saya tak ingat nama diorg melainkan sorg je, sebab ustaz ni yg ajar saya.. prof dr ahmad zaki @ ust zaki . walaubagaimanapon, saya masuk agak lewat n ketika itu panel kedua sedang membentangkan ucapannya..

antara point2 yang saya ingat. ( daripada panel2 + ulasan personal)

point 1) #Penggunaan Kalimah Allah untuk orang bukan islam ini, tidak disokong oleh masyarakat kita di malaysia. Tetapi kalo di Arab, kita biasa dengar, walaupun mereka bukan islam ( means, arab tetapi non-muslim) mereka dah biasa guna nama Allah dalam percakapan mereka.. ( contoh yang di bawa adalah pada zaman Nabi saw, di mana kaum musyrikin mmg biasa je guna kalimah Allah ni, malah mereka sebenarnya tahu Allah itu Tuhan sekalian alam, tetapi mereka tidak beriman.. contoh lain, nama ayah Nabi, iaitu Abdullah.. 'abd+ ALLAH yang bermaksud Hamba Allah.. sedangkan kita tahu, ayah Nabi bukan seorang Islam, kerana Islam turun ketika kenabian Nabi Muhammad saw. ini bermakna kalimah ALLAH itu mmg sudah biasa dipakai oleh kaum musyrikin sebelum kedatangan Islam di Mekah.

 - walaubagaimana pon, saya ada pandangan sendiri tentang nama ayah Nabi itu, sebab kita tahu, Nabi Muhammad adalah keturunan daripada Nabi Ibrahim dan Ismail, jadi mereka adalah agama hanif yang mengakui dan beriman dengan ALLAH swt.. Agama Nabi Ibrahim seperti mana yang kita tahu adalah agama hanif. beerti keturunan Nabi Muhammad adalah baik2 dan beriman kepada ALLAH. maksudnya, mereka faham penggunaan kalimah ALLAH dan beriman. berbeza dgn bangsa musyrik pada waktu itu, di mana mereka cume tahu guna kalimah Allah, tetapi tak beriman.- wallahualam

point2) # Kalimah ALLAH telah digunakan oleh orang bukan islam, seperti yahudi dan nasrani pada kitab2 agama mereka yang terdahulu.. tetapi bagi orang nasrani, mereka telah lama tidak menggunakan kalimah ALLAH, baru hari ni, mereka tiba2 nak guna kalimah ALLAH dan ianya menjadi isu hangat. walaubagaimanapon, menurut salah seorg yang bagi soalan kat ahli panel ( dr jabatan akidah) , kalimah ALLAH itu hendak digunakan pada Tuhan Bapa . seperti yang kita  maklum, bagi agama kristian, mereka menggunakan konsep triniti - iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Mariam, mereka sebenarnya tidak menyembah Tuhan Bapa, sebaliknya memuja dan menyembah Tuhan Anak, iaitu Jesus.. jadi persoalan ini timbul, mengapa mereka gunakan kalimah ALLAH pada tuhan bapa, tetapi mereka menyembah tuhan anak? dan ini akan menyebabkan mereka ( org kristian ) akan keliru, dan akan murtad dr kristian , dgn kata lain, ini peluang kita berdakwah kepada non-muslim. (hmm.. betul ke ayat ni,).
Ahli Panel ada juga kata, kalu Kalimah ALLAH itu digunakan pada penggunaan yang betul, maka tidak jadi masalah. iaitu dengan beriman dan menyembahNYA, bukan mensyirikkan-Nya. tetapi dalam isu ini, ialah permohonan sebuah gereja untuk gunakan kalimah ALLAH, maka sangatlah dibimbangi ini akan menimbulkan kekeliruan bagi masyarakat Islam yang lemah imannya, dan juga menimbulkan keraguan akan penggunaan kalimah ALLAH itu digunakan pada tempat yang tidak sewajarnya.

point 3) # Penggunaan Kalimah ALLAH di tentang terutama sekali dalam sektor pendidikan, ini akan menimbulkan keraguan kepada anak-anak orang islam sendiri, kalu mereka membaca bahan bacaan ilmiah, atau di ajar di sekolah/institut pengajian mengenai kalimah Allah yang sama2 diguna pakai oleh org islam n org bukan islam.. boleh korang imagine tak? tak tahu cmne nak explain dgn betul ni..
contoh kalaulah kalimah ALLAH itu digunakan dalam pendidikan, dan cikgu pulak mengajar subjek pendidikan islam ke. atau pendidikan moral, nanti kalimah 'ALLAH' tu mendapat definisi lain bagi org islam n bukan islam.. sebab dalam islam kite sembah Allah yg esa. tapi dlm agama bukan islam ( merujuk kepada kristian), diorg definisi ALLAH dalam konsep triniti, tak ke celaru, hmm.. pointnye kat sini, tak leh la nak guna kalimah ALLAH untuk yg bukan Islam..
dan yang paling penting sekali., Pendidikan dan pembelajaran tentang Islam haruslah dan wajiblah di amik berat oleh masyarakat Islam. kita pon tahu orang Islam sekarang ni ramai yang jauh dr Islam.. dan oleh sebab itu, penerapan nilai2 Islam sangat perlu diterap dalam jiwa anak2 Islam sekarang agar tidak mudah sesat dan tergelincir

point 4)# Hubungan keagamaan antara Islam dan Kristian memang tidak baik sejak dulu, kini dan ..slmanya kot. sebab kita tahu, orang bukan islam senatiasa mencari2 jalan untuk menghancurkan islam dan mengelirukan orang islam dalam apa jua aspek. Kemungkinan besar, permohonan untuk gunakan kalimah ALLAH bagi org bukan islam ini mempunyai 'hidden agenda'.. ada agenda yang tersembunyi untuk menyesatkan orang Islam.. ya, sapa tau.. memang mereka ini sentiasa mencari2 peluang untuk menghancurkan org Islam. penggunaan kalimah ALLAH, kalimah yang dianggap paling suci dan bermutu dalam Islam, ingin dicopy oleh pihak gereja itu.. untuk apa? mungkin untuk menarik perhatian org islam lain. fikir2kanla sendiri ..

selain itu, ada juga persoalan-persoalan yang timbul dari pihak audiens..

1)antaranya, sekiranya pihak mahkamah membenarkan kalimah ALLAH digunapakai oleh org bukan islam, adakah orang islam menanggung dosa?
- walaubagaimanapon, ada yang timbulkan perbezaan kalimah "membenarkan' dan "mengiktiraf".
2) apakah dalil2 yang mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh org bukan islam?
3)dalam isu sekarang, apakah punca sebenar berlaku perkara ini.
dan lain2..

daripada wacana ilmiah ini, sebagai umat islam mesti memandang serius soal2 yang melibatkan agama. dan bagi pendapat peribadi saya, kekalkan sahaja penggunaan kalimah ALLAH utk orang ISLAM saja. wallahualam.

Sunday, January 3, 2010

wahai diri.. 2010



salam tahun baru 2010...
juga salam tahun baru 1431 Hijrah..
seMoga Kedatangan tahun baru akan menjadi titik permulaan yang positif dalam hidup kita...
dan semoga segala peristiwa yang berlalu akan menjadi pengajaran dan pedoman buat diri kita..
Kaki mesti melangkah kehadapan bersama matlamat yang perlu dicapai..
muga kejayaan sentiasa disisi.. InsyAALLAH..
Wallahu'alam.