salam. secara jujurnya saya bukanlah seorg yang mengikuti perkembangan semasa secara konsisten. ade la cikit2 rajin tgk2 surat khabar, majalah atau whatever.
But thanks a lot to Jabatan sejarah kat Akademi Pengajian Islam yang ku cinta, kerana semalam, 7 januari, telah mengadakan wacana ilmiah, mengenai Kalimah Allah yang ingin di gunakan oleh orang Kristian. Isu ini sungguh hangat, dan sebagai orang Islam, kita kena juga amik tahu kan. kalo tak nak amik tahu, bukan orang Islam la tu namanya.. nauzubillah..
semalam, memang ramai sangat orang yang datang mengerumuni Balai Ilmu kat AI ni.. sampai tak cukup tempat, melimpah2 manusia2 ke luar pintu, betul! kesian yang kene berdiri kat belakang mahupun kat luar bilik balai ilmu tu, sungguh tabah mereka semua nak dengar wacana ilmiah ni..
ada 3 orang panel yang dijemput, hmm,, maaf la saya tak ingat nama diorg melainkan sorg je, sebab ustaz ni yg ajar saya.. prof dr ahmad zaki @ ust zaki . walaubagaimanapon, saya masuk agak lewat n ketika itu panel kedua sedang membentangkan ucapannya..
antara point2 yang saya ingat. ( daripada panel2 + ulasan personal)
point 1) #Penggunaan Kalimah Allah untuk orang bukan islam ini, tidak disokong oleh masyarakat kita di malaysia. Tetapi kalo di Arab, kita biasa dengar, walaupun mereka bukan islam ( means, arab tetapi non-muslim) mereka dah biasa guna nama Allah dalam percakapan mereka.. ( contoh yang di bawa adalah pada zaman Nabi saw, di mana kaum musyrikin mmg biasa je guna kalimah Allah ni, malah mereka sebenarnya tahu Allah itu Tuhan sekalian alam, tetapi mereka tidak beriman.. contoh lain, nama ayah Nabi, iaitu Abdullah.. 'abd+ ALLAH yang bermaksud Hamba Allah.. sedangkan kita tahu, ayah Nabi bukan seorang Islam, kerana Islam turun ketika kenabian Nabi Muhammad saw. ini bermakna kalimah ALLAH itu mmg sudah biasa dipakai oleh kaum musyrikin sebelum kedatangan Islam di Mekah.
- walaubagaimana pon, saya ada pandangan sendiri tentang nama ayah Nabi itu, sebab kita tahu, Nabi Muhammad adalah keturunan daripada Nabi Ibrahim dan Ismail, jadi mereka adalah agama hanif yang mengakui dan beriman dengan ALLAH swt.. Agama Nabi Ibrahim seperti mana yang kita tahu adalah agama hanif. beerti keturunan Nabi Muhammad adalah baik2 dan beriman kepada ALLAH. maksudnya, mereka faham penggunaan kalimah ALLAH dan beriman. berbeza dgn bangsa musyrik pada waktu itu, di mana mereka cume tahu guna kalimah Allah, tetapi tak beriman.- wallahualam
point2) # Kalimah ALLAH telah digunakan oleh orang bukan islam, seperti yahudi dan nasrani pada kitab2 agama mereka yang terdahulu.. tetapi bagi orang nasrani, mereka telah lama tidak menggunakan kalimah ALLAH, baru hari ni, mereka tiba2 nak guna kalimah ALLAH dan ianya menjadi isu hangat. walaubagaimanapon, menurut salah seorg yang bagi soalan kat ahli panel ( dr jabatan akidah) , kalimah ALLAH itu hendak digunakan pada Tuhan Bapa . seperti yang kita maklum, bagi agama kristian, mereka menggunakan konsep triniti - iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Mariam, mereka sebenarnya tidak menyembah Tuhan Bapa, sebaliknya memuja dan menyembah Tuhan Anak, iaitu Jesus.. jadi persoalan ini timbul, mengapa mereka gunakan kalimah ALLAH pada tuhan bapa, tetapi mereka menyembah tuhan anak? dan ini akan menyebabkan mereka ( org kristian ) akan keliru, dan akan murtad dr kristian , dgn kata lain, ini peluang kita berdakwah kepada non-muslim. (hmm.. betul ke ayat ni,).
Ahli Panel ada juga kata, kalu Kalimah ALLAH itu digunakan pada penggunaan yang betul, maka tidak jadi masalah. iaitu dengan beriman dan menyembahNYA, bukan mensyirikkan-Nya. tetapi dalam isu ini, ialah permohonan sebuah gereja untuk gunakan kalimah ALLAH, maka sangatlah dibimbangi ini akan menimbulkan kekeliruan bagi masyarakat Islam yang lemah imannya, dan juga menimbulkan keraguan akan penggunaan kalimah ALLAH itu digunakan pada tempat yang tidak sewajarnya.
point 3) # Penggunaan Kalimah ALLAH di tentang terutama sekali dalam sektor pendidikan, ini akan menimbulkan keraguan kepada anak-anak orang islam sendiri, kalu mereka membaca bahan bacaan ilmiah, atau di ajar di sekolah/institut pengajian mengenai kalimah Allah yang sama2 diguna pakai oleh org islam n org bukan islam.. boleh korang imagine tak? tak tahu cmne nak explain dgn betul ni..
contoh kalaulah kalimah ALLAH itu digunakan dalam pendidikan, dan cikgu pulak mengajar subjek pendidikan islam ke. atau pendidikan moral, nanti kalimah 'ALLAH' tu mendapat definisi lain bagi org islam n bukan islam.. sebab dalam islam kite sembah Allah yg esa. tapi dlm agama bukan islam ( merujuk kepada kristian), diorg definisi ALLAH dalam konsep triniti, tak ke celaru, hmm.. pointnye kat sini, tak leh la nak guna kalimah ALLAH untuk yg bukan Islam..
dan yang paling penting sekali., Pendidikan dan pembelajaran tentang Islam haruslah dan wajiblah di amik berat oleh masyarakat Islam. kita pon tahu orang Islam sekarang ni ramai yang jauh dr Islam.. dan oleh sebab itu, penerapan nilai2 Islam sangat perlu diterap dalam jiwa anak2 Islam sekarang agar tidak mudah sesat dan tergelincir
point 4)# Hubungan keagamaan antara Islam dan Kristian memang tidak baik sejak dulu, kini dan ..slmanya kot. sebab kita tahu, orang bukan islam senatiasa mencari2 jalan untuk menghancurkan islam dan mengelirukan orang islam dalam apa jua aspek. Kemungkinan besar, permohonan untuk gunakan kalimah ALLAH bagi org bukan islam ini mempunyai 'hidden agenda'.. ada agenda yang tersembunyi untuk menyesatkan orang Islam.. ya, sapa tau.. memang mereka ini sentiasa mencari2 peluang untuk menghancurkan org Islam. penggunaan kalimah ALLAH, kalimah yang dianggap paling suci dan bermutu dalam Islam, ingin dicopy oleh pihak gereja itu.. untuk apa? mungkin untuk menarik perhatian org islam lain. fikir2kanla sendiri ..
selain itu, ada juga persoalan-persoalan yang timbul dari pihak audiens..
1)antaranya, sekiranya pihak mahkamah membenarkan kalimah ALLAH digunapakai oleh org bukan islam, adakah orang islam menanggung dosa?
- walaubagaimanapon, ada yang timbulkan perbezaan kalimah "membenarkan' dan "mengiktiraf".
2) apakah dalil2 yang mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh org bukan islam?
3)dalam isu sekarang, apakah punca sebenar berlaku perkara ini.
dan lain2..
daripada wacana ilmiah ini, sebagai umat islam mesti memandang serius soal2 yang melibatkan agama. dan bagi pendapat peribadi saya, kekalkan sahaja penggunaan kalimah ALLAH utk orang ISLAM saja. wallahualam.
No comments:
Post a Comment