Sunday, January 17, 2010

..::Satu Mimpi::..



sebuah kisah mimpi,
yang terindah mendamai hati,
warna warni cinta mengharum,
di lubuk naluri seorg insan..

senyum dan tawa menghiasi,
lorong-lorong sepi,
sepanjang mengisi titian hari,
demi satu janji yang terpatri..

namun, setelah tersedar,
dari buaian sang mimpi,
itu semua hanyalah khayalan fantasi,
cinta itu tiada abadi,
seakan pasir yang ditiup pergi..

tangisan sebuah hati, remuknya pedih berduri,
dunia memang medan menguji sanubari,
merempuhi ranjau nan sukar
cinta hakiki milik Allah yang Suci

seringkali mendengar sebuah bicara,
mungkin Tuhan menemukan kita dengan orang yang salah,
sebelum dipertemukan dengan insan pilihanNya..
insyaallah..

sampai bila, di mana dan bagaimana..
janji Tuhan pasti kan ada..
pasti kan ada yang terbaik,
buat siapapun insan yang mengharapkan
kasih sayangNya..

wallahualam..

p/s: JOM BANTAH E-VOTING!! undi tiada lagi rahsia??
melainkan org yg jaga sistem e-undi tu amanah.. boleh la kita nak thiqah kan.

-aik. apa kene mengena e-voting dgn sajak ni? xde kene mengena.. saja nak kene mengena kan..~

2 comments:

Khaizarien said...

mimpi itu indah...xsalah mengjar mimpi dan tak salah mengimpikan sesuatu...
tetapi lebih indah realiti walaupun ia menyakiti kerna pelangi dan matahari sentiasa ada selepas hujan turun membasah bumi

Khaizarien Blog @ atie

+AnamuSafir+ said...

syukran atas kata2 indah tu :-) sweet,,-syairah