Friday, April 29, 2011

Kartun Zaman Kecik2 ^___^

Salam.. just want to share those cute pictures! (^^,)

Tsukino Usagi~
 Chibi Usagi~
 Mamoru Chiba~Tuxedo Mask..

 Mamoru Chiba..~

^___^

 usagi san! :)

 sailor venus & tuxedo mask:)

 sailors~ :)

chibi usagi a.k.a Small Lady ^^,

 cute nyee!

 haruka tenoh dan michiru~

 comelnya!!

 makoto Kino ^^,~

 ^____^

 peace! ^__^

 ^^, lalala....~

 cantik sgt! 

 Serenity! :)

sailor moon and friends! ^^, 



Sailor Moon!
saya mula meminati komik sailormoon pada seawal usia 9 tahun.. masa tu, Komik sailormoon edisi cetakan pertama Bahasa malaysia di jual dengan harga rm 3.50 senaskah.
saya membelinya setiap bulan..(actually ayah yg beli-duit ayah..huhu)..
sehingga lah komik keluaran ke-6.. ibu saya bising, kerana saya selalu beli komik ini..
lepas tu..haha..ibu saya bakar semua komik2 saya.. (vol 1-6).. wa.. sedih sangat..
saya hanya memandang sayu ketika ibu membakar komik2 saya tu.. (T_T)~ sampai hati ibu.. (hehe...utk kebaikan~)
tetapi... saya terus membeli lagi utk keluaran yang ke seterusnya.. vol 7.. hingga lah vol 18 (Tamat). Harga senaskhah komik volume yang seterusnya naik 40sen--> rm 3.90~
^^, 
degil tak? tak..tak.. saya budak yang baik hehehe..
saya cume beli sailor moon je..komik lain x minat..kecuali doremon dan dragon ball~
saya dapat buktikan kat ibu saya.. walaupun saya suka beli sailormoon, saya berjaya je dgn cemerlang n gemilang  dalam pelajaran saya.. haha..sekolah rendah je.:->
kini komik sailormoon saya tersimpan sebagai khazanah hiburan di rumah .. kadang2 bila boring, saya baca la semula~ huhu.. sekaligus terkenangkan zaman budak-budak dulu ^_^..

bye-bye sailormoon~

Sunday, April 24, 2011

P.a.t.a.h H.a.t.i........

Patah Hatiku...
Patah hati...
patah hati... 
jangan terdampar sepi
...bagaikan lagu nasyid kumpulan saujana..
patah hati.. hati patah.. kepatahan hati.. hati yang patah.. 
argh! ...

apasal pulak saya hari ni...
Patah hati ker?.. em.. tapi alhamdulillah dah bersambung semula...
saya doakan orang2 yang saya sayang sentiasa di jaga oleh ALLAH....
I love them...
dearest cousins.. what ever you do... it is temporary of joy..
Think wisely... find the good friends that can hold your hand to goodness...
Allah never let you down..
we love you...

Wednesday, April 20, 2011

Setianya Seekor..HachiKo..

Assalamualaikum. 20 April 2011. Hurm.. nak cerita, hari ni memang tak de keje sangat kat opis.sangat2! huhu.. member2 ofis pulak ramai yang tak de, sebab diorg pergi seminar kat Uitm, Puncak Alam..so, tinggal lah saya dgn 2 member lagi. Then, saya berkesempatan la menonton cerita2 yang sangat menyentuh hati.. (3 cerita yang best).. 2 cerita pasal haiwan, 1 cerita pasal kisah perang dunia kat jepon.
1) Filem Hachiko, A Dog's Story. (disebabkan saya suka haiwan, jadi filem ni membuatkan air mata saya meleleh hehe)..
Berdasarkan kisah benar yang berlaku di negara matahari terbit, di adaptasi dalam filem orang putih, mengisahkan seekor anjing yang sangat setia. Al kisah, anak anjing (jenis Akita) dari jepun telah di pos ke negara org putih, tetapi hilang alamat kirimannye, dan kemudian di jumpai serta dipelihara oleh seorg lelaki (prof di salah sebuah kolej negara itu). Anjing itu  diberi nama Hachi (hachiko). Ia sangat bahagia tinggal bersama lelaki itu, (parker).. setiap hari hachi menghantar Parker ke station keretapi (utk pi kerja), dan menunggu Parker pulang dr keje. Tapi satu hari, Parker ni mati mengejut semasa mengajar di kuliah...sakit jantung kot.. so...apa yg berlaku??...Hachi menunggu di station tersebut, tetapi Parker tidak pulang2. Orang2/peniaga di situ sedia maklum Hachi selalu tunggu tuannye pulang... sehinggalah akhirnya Hachi mati dalam tempoh penantiannye.. 

erm.. rasanye boleh tengok sendiri la ye cerita tu... search je kat You-tube.. hehe..panjang plak nak bercerita dalam nie. walaubagaimanapun true story nye adalah berasal dari Jepon, cume dalam filem tu, orang putih la yang berlakon..

so, kat sini saya letak lah satu artikel ringkas mengenai kisah benar tersebut..kerana kesetiaan anjing itu menunggu tuannya selama 9 tahun, sebuah tunggu telah di bina di station shibuya, Japan. 

(dari laman web:http://www.shiroshita.dog.sk)

Hachiko

(spesis anjing akita)
 
There is a bronze plastic Akita in front of the Tokio station Shibuya and reminds moving story well known all over Japan. Dog was born on suburb of Ă“data in 1923 and as two month old he was sold to Tokio. His owner professor Ueno was teaching at the University and he has taken fancy of Hatchiko. Hatchiko used to accompany him to the station every morning and he was waiting for him every afternoon. Mr. Ueno has died in 1925 at the University during his lecture. Hatchiko has been waiting for him and no one arrived. Hatchiko used to walk to the station every morning and every afternoon for following 9 years. He died on March 7, 1935 he was found dead at the station.

ni la Hachiko yang sebenar... wa..sedihnye..


ini tugu Hachiko kat Shibuya station..

Prof . Ueno, the master of Hachiko (tuan punya anjing)
(http://hamsternice.blogspot.com/2011/03/mystery-solved-in-death-of-japans)

gambar-gambar Hachiko..
(http://hamsternice.blogspot.com/2011/03/mystery-solved-in-death-of-japans)

filem tahun 2009, Hachi..Hachi..~menyentuh hati~

okeh.. 2 lagi cerita yang saya tengok ialah:

A Tale of Mari and 3 Puppies.. 

Cerita ni pon best dan sedih juga.. Juga berdasarkan kisah benar yang berlaku sekitar tahun 2004 sewaktu gempa bumi di Jepon.. this story is about family story. Anjing diorg selamatkan tuan die. Mari, (nama anjing tu) beri petunjuk kepada askar yang sedang mencari-cari mangsa gempa bumi di Yokohama. er.. apasal semua cerita kisah benar pasal anjing ni?? hehehe.. dah dua-dua dari jepon kan..  Tapi serius, tengok cerita ni memag boleh menangis la.. kita boleh tengok juga pengorbanan dan kasih sayang ibu anjing kepada 3 ekor anak2nyer.. Ending dia sangat sweet dan terharu. Boleh tengok kat You-tube! :-)

er..cerita yang ketiga.. kite postpone hari lain la.. tapi ketiga2 sad story! bagus untuk melatih emosi~ hehe.
^_^
For the conclusion: Kasih Sayang tidak terbatas pada manusia sahaja, haiwan juga mempunyai nilai kasih sayang.. Allahu Akbar..




 

Friday, April 8, 2011

Old & Cute Friend Come Back~

assalamualaikum..

zihan datang rumah!
zihan datang rumah!
zihan datang rumah! 
hehe...

zihan, kawan saya semasa di farmakogenomik dulu =), petang semalam (khamis), dia datang ke rumah.
saya menyambutnya di pintu lif. kami menuju ke tingkat 6, kediaman rumah saya yang sederhana bentuknya.
zihan bermalam di rumah saya, kerana esok (jumaat) dia akan berangkat ke Sabah untuk bercuti. wah! bestnya dapat bercuti ke Sabah, Pulau Manukan =).

          http://loveabletravel.net/wp-content/uploads/2010/05/manukan1.jpg

oh! ni rupenye Pulau manukan, cantiknya! airnya warna hijau kebiru-biruan.. Subhanallah! ^_^, cantik sangat, seperti juga Pulau Tioman or pangkor, mesti cantik.hehe.. hope zihan n her friends happy bercuti di sana! 

Malam tadi (khamis malam jumaat), usai solat maghrib, saya, zihan dan safa (hosmate) pergi enjoy domino kat mid. huhu.. malam jumaat pi mid..aduyaii.. =) kenangan makan bersama sebab bukan selalu kan dapat jumpe zihan :) n happy juga sebab safa dan zihan pon boleh kenal each other! dua-dua pon peramah so tidak kekok bagi diorang untuk berbual2...sweetnye~ kitorang terlepas bas ke mid malam tu, pastu, kitorg decide naik teksi je memandangkan dah jam 8.15 malam.. setibanye di teksi... satu lagi kejutan berlaku!

"Eh? pakcik bas?"..
pakcik bas keje part time driver teksi ker? pakcik bas tu lucu orangnye, dia ramah dengan pelajar=), teringat masa naik bas UM dulu, pernah cerita2 dalam bas.,
pakcik Bakar =) dia keje part time driver, rupenye pakcik bakar dah x jadi driver bas kat UM, dia ditukarkan ke bahagian lain. naik taraf dah, jadi driver VVIP..wah.! he2.
apa-apapun all the best pakcik! khidmat mu masih diperlukan! =) orang kuat kite ni~ :):)


then..sesampainye kitorg di mid..maka berjalanlah kami ke domino pizza. Cari-cari tempat duduk yang sesuai. Buku Menu dihidangkan.. perasaan bercampor baur, (lapar, hepi, seronok, mewah?) hehe.. actually saya dapat kupon pizza, 1 set personal RM25. tapi dalam buku menu tu.RM20 je. lalu berlakulah perselisihan faham antara kami (sbnrnye safa. hehe) dgn pelayan Pizza tersebut. 

"kenapa dalam kupon ni RM25? dalam ni RM20, ape bezanye?"
" sebab kupon ni take away, yg dalam ni makan cni.."?
"jadi..sepatutnye take away la lagi murah, sebab xde service charge, kalau makan cni ade service charge"
pelayan pizza tersebut cakap RM20 tak termasuk service charge..
dia pon mengangguk dan bersetuju bahawa take away mesti lagi murah..
bla bla bla.. hehe.. xpela. settle.. kitorg order RM20 =) + Spaghetti..

Air.. eh kenapa harga air x sama.. 
setelah pelayan pizza (yg lain plak) letak air dan roti, sekali lagi pertanyaan diutarakan..
"kenapa harga air yang tulis dalam ni lain daripada yg ini (sambil menunding jari pada buku menu)?"
"oh..yang ini kalau makan lebih daripada RM 20 dapat harga ini (murah), kalau kurang dapat harga ini (mahal sikit)"..

Oooo... faham2.. hehe,,banyak pulak tanye. mesti lepas ni.. org pizza tu aim kitorg. banyak tnye.. hehe..

yeah..makanan dah sampai. doa di baca..dan..makan! kami makan dengan seronok sekali serta dengan penuh kesyukuran!

aloha chicken.. (gamba dr web lain)


.. erm. so, begitula.. kisah malam tersebut;) , after makan, kitog pi carefour jap, beli aiskrim (eli pesan), pahtu..kitorg pon berangkat pulang... (naik teksi lagi)...

Oh teksi lagi.. teksi ni pon ade ceritenye juga.. haha.. Keluar je dari mid, kitorg menuju ke teksi.

"er..uncle..stesen LRT Universiti!"
"ha??"
"stesen LRT Universiti..."

huhu.. alamak uncle ni tak dengar ke.. Uncle teksi (Chinese) berusia lewat 70-an..tuanye..ksian plak, sebab kitorg fikir dalam usia sebegitu, dia patut duduk rumah di jaga oleh anak2.. 

teksi berjalan dengan tenang.. bile sampai kat simpang 3, safa kata..

"Uncle, belok kiri"..

.....senyap..

"akak..cakap kuat sikit" zihan menambah..
hehe..masa tu saya macam nak tergelak..

safa berkata lagi dengan nada lebih kuat dr tadi.."Uncle..nanti belok kiri!"

" ha..." uncle tu menjawab..huhu

sesampai je di perkarangan blok kami.. (nak bayar duit ni.. ) kat meter tu tertera RM 5.10. saya pun tanya safa, ada 10sen x? phtu..tibe2 uncle tu kata..

"RM 5.50!".. kami tercengang.. owh rm5.50.. erm.. tanpa banyak soal.. saya bagi je spt yg diminta..Bile keluar dari teksi. kitorg semua buat muka tercengang dan terpinga2 dan terbengang sedikit sambil mengerut2 kening.. haha.. macam2 teksi tu.. wat ever la..

Okla.. Then..malam tu..Tdo dengan nyenyak dan bahagia! huhu... 

Nice Memory..;) Hope to meet each other again! THANKS..

sekadar coretan untuk memahat memori di lembaran maya ini.....-end-

Sunday, April 3, 2011

+TIPS berfikiran POSITIF....+

assalamualaikum..

tensen.. tensen.. tensen.. geramnye.. hampa.. dan bermacam2 lagi sangkaan negatif menyinggah di otak nie.. 

then, terbaca la tips ni kat inbox email..  so, baca la apa yg ade ni.. pastu, sila-sila lah bertenang...

1. Jangan Komen, Jangan Komplen, Jangan Ngomel.
Mengomen dan mengomplen pada setiap situasi, benda dan perkara adalah perbuatan buruk kerana Anda menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu. Apabila situasi berlaku di luar jangkaan atau masalah timbul tanpa disangka, jangan komen, jangan komplen, jangan mengomel sampai ke laut. Biarkan ia sead...ianya, biarkan begitu saja. Dah kita tak boleh nak buat apa untuk mengubahnya. Latih diri Anda untuk tidak mempersoalkan. Untuk menjaga fikiran positif, jangan komen,jangan komplen,jangan ngomel.

2. Berhenti Bercakap Seolah-olah Anda Tahu.
Cakap hanya apabila Anda tahu, diam apabila Anda tidak tahu,. Elak banyak bercakap seolah-olah Anda banyak tahu untuk membuat diri Anda menonjol, nampak hebat gitu. Hanya orang dengan harga diri rendah mahu membuat dirinya menonjol sebab mereka kurang ada kredibiliti. Banyak bercakap kelebihan diri sendiri adalah sikap negatif, berpunca dari fikiran negatif, diapikan oleh ego. Hentikan, supaya Anda dapat ‘maintain’ berfikiran positif. Bila bercakap, lebihkan menyokong, elak mengkondem!

3. Berhenti Salahkan Luaran, Salahkanlah Dalaman.
Berhenti salahkan seseorang, salahkan Tuhan, salahkan pemimpin, salahkan kawan, salahkan adik-beradik atau apa saja di luar diri Anda. Berhenti menyalahkan atau menuding jari pada orang lain atas apa yang berlaku. Tips ini berkait dengan tips pertama tadi. Berhenti mengomen, berhenti mengomplen, berhenti menyalahkan. Salahkan dalaman iaitu diri Anda sendiri kerana tidak berinisiatif memfokus kepada penyelesaian. Salahkan diri Anda kerana tidak memainkan peranan.
Sebagai contoh, jika Anda dilanda masalah kewangan, salahkan diri sendiri kerana tidak bekerja kuat dan tidak bekerja dengan lebih bijak.

4. Jangan Hanya Mahu Dihormati Oleh Semua, Tapi hormatilah Semua, Walau Siapapun Dia!.
Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati. Orang berfikiran positif hormat semua orang dan sikap hormat itu tidak dilakonkan, ia lahir dari hati. Setiap orang disekeliling dihormati tanpa mengira jawatan, harta dan darjat, walau orang tu makcik cleaner sahaja. Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati sebab mereka dikuasai ego. Untuk menjaga fikiran positif, belajarlah menghormati sesiapa saja. Anda akan perasan Anda makin bersemangat untuk maju ke depan.

5. Ingat Sikap-sikap Buruk Anda, Tekadlah Mengubahnya.
Jika sikap buruk Anda adalah suka bertangguh, tulis di atas kertas dengan ayat “aku mahu ubah sikap bertangguh”. Baca tulisan tu berpuluh-puluh kali sehari. Lepas tu, buat apa yang Anda tulis.
Tiap kali rasa nak bertangguh, latih diri untuk tidak bertangguh. Seboleh mungkin, elak bertangguh, sebagai langkah Anda komited nak mengubah sikap suka bertangguh.
Untuk membina sikap positif, fikiran Anda kena sama dengan perbuatan dan percakapan Anda. Fikiran kena sentiasa bersangka baik, perbuatan kena dibentuk supaya menjadi baik-baik, perkataan di mulut pun kena baik. Barulah Anda dapat menjaga fikiran positif yang Anda dah bina.


END..

Saturday, April 2, 2011

Saya Rasa Saya Suke Orang Perak~

 p.E.r.A.K, tapi saya SelangOr la..

Assalamualaikum

oh..lama jugak tak update blog.. bile buka blog.. termennung. Tak tahu nak update ape. well, lagipun sape la nak baca blog ni melainkan tuan die gak kan.. 

buat blog.
tulis blog
update blog
baca sendiri
dan begitu la seterusnya.... 
ada gak yang baca kot.. tak pela. amik je la apa2 yang bermanfa'at!

kadang2 terfikir gak, macam mana orang tu boleh tulis blog..sampai berjuta2 orang suke baca, komen dan follow blog diorg..
firstly, selalunye manusia ni suke blog yang sempoi, lucu, lawak2. banyak update hal sendiri dengan gamba2 yang banyk dalam blog...
bila cukup pakej2 tu, kirenye orang suke baca la.. lagi2 kalau blog tu tentang gosip2 artis ke.. atau tentang benda2 pelik.. lagi banyak orang suke bukak dan baca..
banyak la manusia yang macam tu.. 
kenape ek? .... suka yang seronok2.. camtu la kot..(cam kena kat diri sendiri gak..hu2)

if me, saya suke baca blog ustaz hasrizal.. best!.. selalu gak ustaz cerita pasal diri, tetapi semuanya yang berkisar pengalaman yang diselit dengan mutiara hikmah dan buah-buah nasihat. Macamtu okey la.. kita sebagai pembaca pon boleh ambik manfaat kan.. bukan sekadar bersuka-sukaan.. hehe..

 +www.saifulislam.com+
(ustaz hasrizal bijak mengulas secara kritis dan out of the box)

satu lagi.. blog yang saya selalu follow dan baca juge ialah blog Pamie (hikayat si janggut perang.. kenal x? kalo x kenal, memang korang bukan peminat die la.. hehe).. dia ni pon ramai follower dan peminat gak.. blog die sempoi..lawak separuh mati.. ayat die..aduyaii..lucu bebenor. tapi.. ha..ade tapinye.. blog tu lawak2 pon, ade juga la point yang disampaikan.. ehem2.. graduan Al-azhar la katakan..of coz la.. mutiara2 ilmu tu ade.. tapi dalam gaya yang bersahaja.. 

+www.pamiesz.com+
(ni blog pamie, saya suke layout yang dulu, masa die masih single. hehe..skrg dah kawin, layout pon lain)

eh.. ustaz hasrizal pon graduan luar negara gak.. jordan! 
one more.. mereka ni ade persamaan la.. dua-dua Orang PERAK! ha.. ate.. guano nie..?? question mark~
orang Perak ni memang ada aura tersendiri ke?.. aura yang menyebabkan  saya suke bukak blog mereka ni.. hehe..

ha..apakah ini bermaksud saya suka orang Perak??
hehe..tiada kajian saintifik..
tidak la.. saje-saje  je..(gurau semata-mata)-serius! memang gurau jer

hmm.. jadi ape yang saya nak update utk malam ni? ( sbnrnye tgh malam..dah pukul 12.30 ni), ???
belum jumpe point.. tula.. tak pernah ambik kursus penulisan blog.. tak belajo teknik2 menulis blog dengan mahir.. sekadar ikut 'dan' dan ikut hati jua perasaan serta berbekal ilmu yang sedikit ini sahaje. Kalau rajin, saya salin balik dari buku untuk dikongsi bersama (mmg patut dipuji kan? haha), kalau ikut perasaan saya tulis dan luah pengalaman serta rasa yang berbuku di hati untuk direnung2kan.. dan kalau paling rajin saya copy paste je..hee..

so.. so.. and so..
that's all for today.. 
thank you for your attention..
i rest my case! 
hehehe....(malunye..syok sendiri tulis blog ni)

tapi.. 

peduli kan!..tidak kisah la apa-apapun, gunakanlah medium jalur lebar ini untuk menyampaikan kebenaran.
itulah disiplin seorang yang berperwatakan hamba Tuhan yang merdeka.
dalam menyampaikan sesuatu, mestilah perkara yang benar.. hmmm...
selidik dulu sesuatu perkara itu sebelum disebarkan.. 
selidik sesuatu perkara yang tidak tahu akan kesahihannyer..

erm..okla..  saya mengaku tak de point utama nak di tulis kali ini =) so.. semoga yang baik tu dijadikan sandaran..

esok 2 april 2011.. ! hari sabtu.. yeah cuti.. cuti.. cuti keje.. dan boleh balik ke rumah di halaman kampung~

tapi..alangkah baiknye jika seluruh malaysia bercuti hari jumaat kan?
sebab ape??
sebab hari jumaat adalah penghulu segala hari.. hari jumaat sangat patut kite bercuti.. lihat sahajalah kaum adam, mereka wajib mengerjakan solat jumaat pada hari jumaat. (bukannye lama, 2 rakaat je pon+khutbah) Tetapi Jumaat adalah hari bekerja! dan saya melihat ramai orang2 lelaki ni tak solat jumaat ( di tempat dan kawasan yang saya keje&tinggal)..diorang ni tak tahu ke nak solat jumaat? tak tahu ker wajib tu.. hmmm.. 

so..apa nak jadi?? lelaki2 lain ada yang berpusu ke masjid.. masih ada lagi yang dok berniaga, masih ada lagi yang dok bekerja.. (pemandu bas/polis etc.. ).. saya terfikir.. apekah mereka ada rukhsah? hmm.. dah wujud question mark lagi di situ... 

so.. pandai-pandai lah nanti cari jawapannye daripada orang yang berauthority ..=) 

the end.. selamat Malam!

wassalam...

LAMPIRAN....---->

ni blog saya kan?? oh..baru saye tahu kenapa tak ramai yg baca.. sebab korang  geli ngan katak hijau & ikan buntal tu kan?? mengaku je la.. haha...=P