kasut-kasut manusia pada hari raya pertama..
Assalamualaikum..
sedar tak sedar..kita dah pun berada di bulan syawal 1433 hijrah. 11 hari dah kite berada di bulan syawal ni. Setelah seminggu bercuti di kampung, tibe lah masanya saya memulakan tugas seperti biasa di sekolah.. haih.. mood "home sweet home" belum hilang lagi.. tapi tak pe, hari jumaat ni cuti Merdeka pulak, so...confirm la balik rumah ! :-p.. insyaallah.
Sebulan puasa di bulan ramadhan, rasanya macam sekejap je.. Seolah-olah masa kini amat pantas berlari.. dan sekarang dah masuk bulan ogos.. tak lama lagi berakhirlah tahun 2012 ni kan?..
okla, about raya tahun nie, bagi saya persiapan raya kali ni biasa-biasa. Kuih raya just beli jer, tak de yang home made. Saudara mara pon ramai yang balik to another kampung pada hari raya pertama, so tinggal my family dan family moksu je pada pagi raya hari tu. kitorang beraya kat rumah toklang.. Just nice je la.. meriah la juga.. selain tu, ramai juga saudara mara toklang yang datang menziarah..
Petang tu pulak, saudara mara sebelah ayah datang.. ramai sangat, dekat 5-6 kereta kot.. :-p.. rendang daging, ketupat dan sayur lodeh semuanya licin habes.. haha.. dahsyat2.. apapun seronok la dah habis..nanti tak de la susah nak panas kan jer @ basi... hee..
last but not least..
SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR BATIN la ye.. kepada sape2 yang ada terbaca post ni.. huhu.. (ade ke? :-p)
dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN- NATIONAL DAY-MERDEKA (YeaY!) PADA 31 OGOS 2012 NANTI..
merdeka! merdeka! merdeka!
merdeka itu bukan sekadar bebas dari penjajah,
merdeka itu bukan sekadar pertahan tanah pusaka,
merdekakan lah jiwa dan mindamu dari doktrin-doktrin songsang,
merdekakan lah dirimu dari budaya asing yang meracun,
kerana merdeka itu lebih berharga agar terlahirlah rakyat yang benar-benar faham erti merdeka, bukan hanya pandai melaung lafaz Merdeka. Letakkan Islam dalam laungan merdekamu agar ia kekal aman...
KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIR.. tata~
No comments:
Post a Comment