Saturday, October 24, 2009

Bahaya BerTUHANkan Bintang- Believing in Stars??



Kalau biasa kita gempar dengan orang yang memilih untuk tidak taat dan patuh pada Tuhan Maha Esa, satu-satunya Tuhan sekelian alam dengan cara keluar daripada Islam. Saya tidak dapat lari daripada kerisauan juga pada satu kerosakkan yang halus dan jarang disedari seorang Muslim. Saya pernah menyelak senaskah majalah golongan remaja yang dibeli adik saya dan masih menemui ruanganya.


Jati diri Muslim yang tidak terbina, ditambah lagi mudaratnya apabila diselitkan pula unsur yang berbahaya. Bahaya melebihi segala bahaya, kemudaratan pada aqidah. Pembaca yang merasakan diri mereka penganut Islam tanpa memahami apakah makna Islam itu sendiri paling mudah terjerumus ke dalam perangkap tersebut. Apakah kita benar Muslim?


Muslim bermaksud seorang yang Islam. Islam pula bererti seorang itu menyerah diri, patuh terhadap segala suruhan Allah Subhana wa Ta’ala dan menghambakan diri kepada-Nya. Seorang yang Islam bukan sahaja tidak menyembah dan menjadi hamba kepada selain daripada Allah Subhana wa Ta’ala. Malah seorang yang Islam tidak akan meletakkan Allah Subhana wa Ta’ala sama taraf dengan makhluknya atau meletakkan makhluk-Nya seiring dengan taraf Allah Subhana wa Ta’ala. Seorang yang Islam juga tidak akan secara langsung atau tidak langsung menyatakan makhluk ciptaan-Nya mampu melakukan tugas-Nya.
Itulah kriteria Islam, dan mereka yang melaksanakan kriteria tersebut disebut Muslim. Namun menyedihkan, ramai Muslim hari ini dalam tidak sedar melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang mengaku dia menghambakan diri, taat dan patuh pada Allah Subhana wa Ta’ala. Ramai terjerumus bertuhankan tukang ramal dan berimankan bintang-bintang.



BERHALA HALIMUNAN
Kalau diletakkan berhala di hadapan seorang yang mengaku Muslim mungkin tidak ada yang akan berani sujud menyembah berhala tersebut. Namun jangan terkejut kalau ada dikalangan yang tidak mahu menyembah berhala secara fizikal tetapi tidak merasa berat hati menyembah tukang ramal dan bintang-bintang secara tidak langsung. Bagaimanakah ini terjadi?
Sekitar kita masih ramai orang Islam yang masih ‘mengabdikan diri’ kepada ramalan-ramalan horoskop dan zodiak. Baik melalui tukang-tukang ramal di kaki-kaki lima atau ramalan-ramalan di dalam majalah, internet dan sebagainya. Barangkali ini ada kena mengena dengan sikap manusia yang takut pada sesuatu yang tidak diketahui seperti mana yang ditekankan E.R.W Fox dalam jurnalnya.1
Masa depan merupakan sesuatu yang tidak diketahui bagaimanakah rupa dan bentuknya. Atas sifat penakut yang tidak dapat diatasi itu maka seorang itu cenderung ingin menilik-nilik apakah yang menantinya pada hari-hari atau minggu-minggu seterusnya. Sehingga sanggup melanggar perintah Allah Subhana wa Ta’ala dan secara tidak langsung meletakkan bahawa ada manusia lain yang mampu mengetahui perkara ghaib selain Allah Subhana wa Ta’ala. Walhal Allah Subhana wa Ta’ala sudah berfirman di dalam al-Quran:

لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ

Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! [an-Naml 27:65]


Penggunaan ‘La’(tiada) diikuti dengan ‘illa’(melainkan) adalah satu cara menegaskan taraf yang istimewa dan ekslusif. Menjelaskan hanya Allah Subhana wa Ta’ala sahaja yang mampu tahu tentang hal ghaib. Maka sesiapa yang mengakui mengetahui hal-hal ghaib atau ada makhluk lain mengetahui hal-hal ghaib maka ia dikira tidak mengimani wahyu dari al-Quran.
Saya percaya, merasakan bintang-bintang mampu memberi kesan kepada kehidupan manusia ada hubung kait dengan kepercayaan purba bahawa bintang-bintang itu merupakan tuhan-tuhan. Kepercayaan bahawa bintang-bintang sebagai tuhan-tuhan dijelaskan Tamsyn Barton dalam bukunya mengenai astrologi purba:


For most school of thinkers, the stars' divine nature was self-evident. Indeed, their motion was difficult to explain if it was otherwise. The Epicureans, who denied that the heavenly bodies were divine, were forced to explain their movements by gusts of wind. In this case, their depiction of a universe of atoms in random motion was hard to substantiate, and regularity of the planets' motions was frequently cited by those who wanted to argue for a divinely ordered cosmos.2

Maka apakah tidak benar perkara ini bagaikan berhala halimunan? Menilik-nilik rezeki, masa depan, cinta dengan bintang. Sekalipun bukanlah perbuatan menyembah bintang-bintang atau tukang ramal tetapi ianya secara tidak langsung melakukan perbuatan menyamatarafkan makhluk dengan Allah Subhana wa Ta’ala dalam mengetahui perkara-perkara ghaib dan mempraktiskan amalan berunsur syirik!

Peminat kepada ramalan horoskop dan zodiak atau berjumpa tukang tilik sebenarnya sedang cuba-cuba memilih jalan mudah kononnya. Jalan mudah dengan harapan bahawa mereka dapat mengintai rahsia takdir, lari darinya atau mengubahnya. Ini ternyata perbuatan sia-sia. Bukankah Allah Subhana wa Ta’ala, Tuhan yang Mengetahui setiap perkara ghaib telah berfirman:

قُل لاَّ أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلاَ ضَرًّا إِلاَّ مَا شَاء اللّهُ
وَلَوْ كُنتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لاَسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا
مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَاْ إِلاَّ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.[al-A’raf 7:188]




MENILIK HOROSKOP DAN ZODIAK
Menggunakan bintang-bintang untuk tilikan dilarang keras di dalam Islam. Selain dalil-dalil yang sudah disebutkan di atas. Terdapat dalil-dalil lain juga dalam menyatakan hal ini. Terutama sekali tentulah perbuatan meramal nasib itu sendiri merupakan kesalahan yang boleh membawa syirik dalam Islam. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

ليس منا من تطير أو تطير له ، أو تكهن أو تكهن له ، أو سحر أو سحر له

Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan.3

Dalam hadis yang lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:



من أتى كاهنا أو عرافا فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على
محمد صلى الله عليه وسلم

Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun lalu dia membenarkan apa-apa yang dikatakan maka sungguh dia telah kafir terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad.4

Bagaimana pula sekiranya sekadar suka-suka. Tidak semestinya percaya pada ramalan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memberikan amaran:

من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة

Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.5

Hikmah larangan menilik suka-suka sekalipun tidak percaya, adalah kerana ianya membuka ruang kepada kita untuk terjerumus mempercayai tilikan. Sekiranya seseorang individu membaca tilikan kononya dia akan berjumpa pasangan hidupnya pada minggu-minggu tertentu, sekiranya Allah Subhana wa Ta’ala mentakdirkan dia bertemu dengan seorang yang memikat hatinya, tentu secara tidak langsung hatinya akan terdetik bahawa benarlah ramalan tersebut.
Dalam hal berkenaan menilik nasib dengan bintang pula, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

من اقتبس علما من النجوم اقتبس شعبة من السحر زاد ما زا

Barangsiapa yang mengambil sebahagian daripada ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah menambil sebahgian daripada sihir. Setiap kali bertambah ilmu bintangnya maka bertambah pula ilmu sihirnya.6




PERBEZAAN RAMALAN CUACA DAN RAMALAN NASIB
Mungkin ada yang tertanya pula, bagaimana pula ramalan cuaca, musim, gerhana dan sewaktu dengannya. Bukankah itu juga merupakan ramalan? Perlu jelas di sini bahawa ramalan yang ditegah Islam adalah ramalan terhadap hal-hal ghaib yang hanya Allah Subhana wa Ta’ala ketahui seperti rezeki, jodoh, musibah, kematian dan yang sewaktu dengannya. Kesemua ini tidak sama sekali dapat dihitung secara fizikal.
Adapun ramalan terhadap cuaca, musim dan yang sewaktu dengannya bukanlah perkara ghaib. Ianya mungkin ‘ghaib’ bagi yang tidak memahami ilmu sains. Sedang ianya tidak lain adalah berdasarkan pengetahuan keatas sunatullah yang sudah tetap hukumnya. Maka atas sebab itu ianya boleh dihitung dan dicongak.
Contohnya, pekerja A mampu membungkus 300 buku roti satu jam. Waktu sekarang adalah 12.30 tengah hari. Maka pada pukul 2.30 petang berapa buku roti akan siap A bungkus? Ianya tentu boleh diramal bahawa pekerja A akan siap membungkus 600 buku roti pukul 2.30 petang nanti. Ramalan sebegini tidaklah termasuk ramalan yang syirik.
Contoh berikutnya, pekerja A lahir pada tahun 1985. Beliau sudah hidup selama 22 tahun. Maka pada ketika umur berapakah beliau akan mati? Tentu tiada kiraan yang boleh dibuat untuk mengetahui tarikh kematiannya kerana kematian termasuk perkara ghaib yang tidak dapat dicongak. Seperti juga jodoh, rezeki dan lain-lain.
Begitulah perbezaan antara ramalan yang bersifat kira-kira dengan ramalan terhadap perkara ghaib. Mungkin akan lebih jelas lagi setelah difahami apakah perbezaan ilmu astrologi dan astronomi.



PERBEZAAN ASTROLOGI DAN ASTRONOMI..



Astrologi bermaksud:


noun the study of the movements and relative positions of celestial bodies and their supposed influence on human affairs.7
Dalam pejelasan maksud diatas jelas menyebut bahawa astrologi adalah kajian terhadap bintang-bintang dan pengaruhnya terhadap kehidupan manusia dan tentu sekali ini melibatkan takdir. S.J Tester menjelaskan bahawa astrologi boleh dibahagikan kepada dua. Astrologi 'keras' dan 'lembut'.
Astrologi keras membolehkan ramalan yang ampuh dilakukan terhadap sesuatu kejadian atau tindakan yang 'tertulis di dalam bintang-bintang'.8 Ternyata astrologi melibatkan ramalan nasib (yang merupakan perkara ghaib) melalui bintang-bintang.


Manakala astronomi pula dihuraikan bermaksud:



noun the science of celestial objects, space, and the physical universe.9
Jika dilihat daripada maksud astronomi pula, boleh kita ketahui bahawa astronomi adalah kajian terhadap sunatullah atau ‘divine law’ angkasa raya. Astronomi adalah sains pemerhatian dimana kita cuba menggabungkan kesemua cebisan-cebisan data yang dapat diperolehi melalui pemerhatian (ke ruang angkasa) dalam rangka melakukan sesuatu yang termampu dengan maklumat yang terhad.10
Anton Pannekoek menjelaskan astronomi merupakan keperihatinan terhadap fenomena di angkasa yang akhirnya menjadi keperluan. Apabila kaum nomad atau nelayan mula menjadi peniaga yang merantau maka mereka memerlukan 'petunjuk arah'. Maka digunakan segala objek di angkasa. Menggunakan matahari di siang hari dan bintang-bintang di waktu malam. Selain itu keperluan untuk mengira masa, mengira tarikh dan musim juga menyebabkan pemerhatian lebih diberikan terhadap fenomena di ruang angkasa.11
Apabila jelas perbezaan dua jenis ilmu tersebut yang kelihatan hampir sama, maka kita boleh faham mengapa Islam mengharamkan astrologi dan meraikan ilmu astronomi.



KEMBALI KEPADA ISLAM
Maka saya mengajak saudara se-Islam saya yang masih gemar membaca ramalan-ramalan horoskop dan zodiak atau yang suka menilik-nilik nasib. Kembali kepada ketaatan, kepatuhan dan kehambaan yang sebenar-benarnya kepada Allah Subhana wa Ta’ala. Syirik bukanlah dosa kecil yang boleh dipandang remeh. Ianya satu pengkhianatan. Pengkhianatan terhadap Tuhan yang memberikan kita rezeki dan meminjamkan kehidupan ini. Yang akan menjadi hakim mengadili kita kemudian hari.





>> sumber ini saya ambil daripada berikut:-


alFaisal
Cyberjaya
31 Disember 2007 / 21 Zulhijjah 1428
3.50 pm
http://demipena.blogspot.com






--------------------------------------------------------------------------
1 Fox ERW: Fear of the Unknown. West J Med 1987; 146:759-760
2 Ancient Astrology, Routledge 1994, ms. 111.
3 Dikeluarkan oleh at-Tabrani di dalam Mu'jam al-Kabir - no: 14770; Silsilah al-Ahadis as-Sahihah - no: 2195
4 Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya dan dinilai Hasan oleh Syu'aib al-Arnouth - no: 9532
5 Sahih Muslim - no: 2230
6 Dikeluarkan Abu Daud - no:3950; Ibn Majah - no: 3726; Silsilah al-Ahadis as-Sahihah - no: 793
7 http://www.askoxford.com/concise_oed/astrology?view=uk
8 A History of Western Astrology, S.J Tester, Boydell & Brewer 1987, ms. 2
9 http://www.askoxford.com/concise_oed/astronomy?view=uk
10 Galactic Astronomy, James Binney dan Michael Merrifield, Princeton University Press 1998, ms. 2
11 A History of Astronomy, Anton Pannekoek, Courier Dover Publications 1989.

Saturday, October 17, 2009

Arabic Test..



hayya bil 'aroobiyyaah.
hayya bil 'aroobiyyaah..
hayya nadrusuhaa ma'aaan..
hayya bil 'aroobiyyahh..

aiwahh.. hehe...

mcm iklan bahasa arab kat radio ikim..

hmm.. alhamdulillahi rabbil 'alamin.. wossolatu wassalamu 'ala sayidina mursalin.. wa ashaabihi ajma'ieen..
alhamdulillahi 'ala ni'matihi wa inayatihi....
insyaallah.. iza lam yujad musyaqqah.. sa azhab ila qataar ( syahrul disembar)  li barnamij lughatul 'arabiyah huna,. insyaallah..
hazihi khibratul ulaa fi hayati.. hmm....( maddah: 'isyriina yaumann)

hm.. ana laisa fasih jayyidan fi hazihi lughah.. cikit2 boleh la, huhu....

wallahu'alam..

Friday, October 16, 2009

Hanya sebuah DOA...



Tuhan...
seandainya Kau telah takdirkan dia milikku,
tercipta buatku,
nekadkanlah hatinya dengan hatiku,
titipkanlah kemesraan antara kami,
agar kebahagiaan itu kekal abadi..
dan Tuhan...
seiringkanlah langkah kami,
mengharungi hidup luas ini,
ke tepian yang sejahtera,


tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih,
seandainya Engkau telah takdirkan..
dia bukan milikku....
bawalah dia jauh dari pandanganku,
luputkanlah dari ingatan dan..
peliharalah aku dari kecewa...
serta Tuhanku yang Maha Pengasih..
berikanlah aku kekuatan melontar
bayangannya ke dada langit..
hilang bersama senja merah dan
gelap pekat malam..
agar aku bisa bahagia tanpa dirinya..


dan Tuhanku yang Maha Mencipta..
gantikanlah yang telah hilang..
tumbuhilah kembali yang telah patah..
meskipun tak sama dengan dirinya,
biar sekuat mana aku mencintainya..
aku pohon agar Tuhanku,
lengkapkanlah perasaan ini..
sekiranya dia ditakdirkan milikku,
ku pohon agar taqdir memperkuatkan..
kasihku padanya..
selagi tak melebihi kasihku
pada-MU....



dari seorang teman...

Wednesday, October 14, 2009

Lagi-lagi gejala kronik..-mayat baby di masjid?-

Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam satu bungkusan yang ditinggalkan dalam sebuah masjid di Taman Keladi di Sungai Petani pagi ini.

Mayat itu ditemui oleh pengerusi kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), Zulkifli Said, 56, ketika beliau memasuki masjid itu untuk memperbaiki bumbung yang bocor.

"Sebaik melangkah masuk ke kawasan masjid pukul 9 pagi tadi, saya terpandang satu bungkusan kain lampin dan tuala di depan pintu masuk dan tidak terus pergi ke arah bungkusan itu sebaliknya saya menghubungi polis," kata beliau kepada pemberita di sini.

Beliau berkata setelah polis membuat pemeriksaan, bungkusan itu mengandungi mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat dan dipercayai baru lahir beberapa jam sebelum ditemui.

Zulkifli berkata ini berdasarkan ada tompokan darah pada kain lampin di bahagian tali pusat bayi itu selain kelihatan seperti sudah dimandikan dan tangannya dikiamkan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Supt Hashim Ali ketika dihubungi berkata mayat bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk dibedah siasat.

"Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya. BERNAMA

sumber berita dr Malaysia kini.


#huh.. masyaallah.. mcm-mcm ler berlaku sekarang ni. buang anak kat masjid, cerodik beno la sapa yang buat tu.. nauzubillah.. di manakah lagi perikemanusiaan seorg insan?? sedangkan ibu kucing pon sayangkan anaknya.. rendahnya insan daripada haiwan sekiranya melakukan dosa.. astghfirullah..
#janganlah kita jadi mcm nie.. jagelah diri tu baik-baik.. jgn dituruti nafsu syaitan.. 
#may Allah always keep us.. amin..

Monday, October 12, 2009

Jihad itu Berjuang...




"sESungguhnya kerja-kerja Islam itu lebih Mulia daripada kepentingan peribadi...."

dushh.. seolah-olah satu tamparan hebat berkocak di wajah ku.. neurotransmitter bergerak laju melalui dendrit ke terminal axon bersama celahan sinaps.. neuron-neuron di serebelum menghantar impuls-impuls dan mulalah bayangan-bayangan terpapar di otak.
ya.. betul kata-kata itu.. sangat betul..
sepertinya kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.. kewajipan itu lebih banyak daripada masa yang kita ade..
hmm..
prinsip utama.. tahu akan mana yang lebih utama. Pendek kata ya'rifu wa yafhamu awlawiyat..
antara kehendak dan keperluan..
antara kewajipan dan hanya sunat..

sukarnya..

antara hati dan perasaan..

"jalan-jalan jihad itu banyak cabang.. ikutlah potensi dan posisi masing-masing..."

andai tidak mampu berperang mengangkat senjata.. peranglah dengan lidah dan lisan berbicara, berani menegakkan yang Haq.. Andai tidak mampu berpetah berkata-kata, berperanglah dengan mata tajam pena, menulis dan menyebarkan Haq serta mensirnakan kebatilan.. andai aku mampu buat begitu.. alhamdulillah!

"hari-hari adalah tarbiah!!"

kata-kata itu masih melekap pada ingatan.. hari-hari adalah tarbiah.. hmmm..
tarbiyah dari siapa?
tentunya dari yang Maha Pencipta.. di ujinya kita dengan pelbagai ujian.. senang-susah-sakit-sihat-kaya-miskin-baik-jahat... masyaAllah.. betapa kerdilnya diri..
andai tak cukup kuat iman........ pasti kan hanyut~... hmmm..

sedetik ketika melangkah keluar dari kepompong kediaman.. lantaran melihat dunia luar berdimensi sekarang.. hati terasa gerun.. inikah dunia yang bakal dilalui hari-hari mendatang..
sana-sini pelbagai ragam, hiasan dunia yang tersergam menyilau, kesibukan yang melalaikan jiwa...
siapa diri di kalangan mereka?
terasa terasing..
malu..

hari-hari adalah dugaan..

tiap saat tiap detik..

" Hidup ini hanya IZINNYA.. MATI Itu satu KEMESTIAN"...
hidup hanya dengan izinNYA.. tetapi mati itu PASTI.. pasti..

tetapi.. seolah-olah ramai yang ingin hidup selamanya.. tidak terfikir apa yang dilakukan sekarang pasti akan ditanya kelak.. ATAU.. kita tidak percaya akan terjadinya HARI ITU (HARI QIAMAT)?? lantaran tidak pernah terfikir pon untuk memikirkannya?

hmmm.. susahnya nak berkata-kata..

mengerti diri tak sehebat sahabat-sahabat lain.. yang semangat mereka berkobar-kobar memperjuangkan Islam..
mengerti hati tidak sebersih sahabat-sahabat lain.. yang selalu kelihatan ikhlas mengerakkan gerak kerja Islam..
mengerti. dan mengerti...
Allahumma baariklana fi hayatina..

Namun.. syukurlah masih ada ruang untuk mengingati, masih ada ruang untuk menilai dan memuhasabah diri, daripada orang-orang yang leka dan mati hati..

kerana.. HIDAYAH dan petunjuk itu hanya MILIK ALLAH.. hanya MILIK ALLAH...


seketika lagi.. aku mengkagumi seorang sahabatku ini..
dia hanya dari kalangan keluarga yang sederhana.. atau pendek kata takdela islamik sangat..
tetapi hatinya berkobar-kobar mengislah diri ke arah hasanah...
kesedarannya mengenai AURAT WANITA semakin terserlah..
dia mula belajar memakai stokin kaki dan stogan (stoking lengan)..
hasil didikan dari seorang sahabat nya juga.. walaupun pada mulanya tiada kefahaman yang jelas... tapi hatinya mula menerima itu sebagai satu amalan hidupnya.. alhamdulillah.. tudung sudah mula labuh berbanding tudung bawal yang pendek bersilang.. alhamdulillah....

" sekali lengan ini nampak, nah.. api neraka membakar kulit ni! bayangkan.. bagaikan kulit yang terdedah itu disiat dengan PISAU.. dan di tarik.. Sssaappp!! pedihnya masyaAllah.."

"keFahaman dan Praktikal lebih bermakna, daripada Ilmu tetapi tidak dipRaktikkan"..

Cabang-cabang Jihad itu banyak.. jihad harta.. jihad dengan nyawa.. jihad dengan masa...
asalkan... di niatkan untuk membangunkan ISLAM.. itulah ad-deen tercinta..

 waallahualam..





May Allah Bless us..
soRry for any mistakes..
-anamusafir 87-

Sunday, October 11, 2009

Say No tO Alcoholism~

Alcoholism is drinking alcoholic beverages at a level that interferes with physical health, mental health, and social, family, or job. Alcoholism is a type of drug addiction. There is both physical and mental dependence on alcohol. Alcoholism is divided into 2 categories: dependence and abuse. People who are dependent on alcohol spend a great deal of time drinking alcohol, and getting it.

Physical dependence involves:
  • A need for increasing amounts of alcohol to get drunk or achieve the desired effect (tolerance)
  • Alcohol-related illnesses
  • Memory lapses (blackouts) after drinking episodes
  • Withdrawal symptoms when alcohol use is stopped
The most severe drinking behavior includes long drinking binges that lead to mental or physical problems. Some people are able to gain control over their dependence in earlier phases before they totally lose control. But no one knows which heavy drinkers will be able to regain control and which will not. Even a few drinks can change behavior, slow motor skills, and decrease the ability to think clearly. Alcohol can impair concentration and judgment. Drinking a lot of alcohol can cause drunkenness (intoxication).
Some of the symptoms of alcoholism include:
  • Abdominal pain
  • Confusion
  • Drinking alone
  • Episodes of violence with drinking
  • Hostility when confronted about drinking
  • Lack of control over drinking -- being unable to stop or reduce alcohol intake
  • Making excuses to drink
  • Nausea and vomiting
  • Need for daily or regular alcohol use to function
  • Neglecting to eat
  • Not caring for physical appearance
  • Numbness and tingling
  • Secretive behavior to hide alcohol use
  • Shaking in the morning
Slide 1
Causes of
alcoholism
lAlcoholism often causes nutritional deficiency.
 Alcohol can disturb body function by causing nutrient deficiencies and by usurping the machinery needed to metabolize nutrients.
vitamins
lalcohol inhibits fat absorption and thereby impairs absorption of the vitamins A, E, and D that are normally absorbed along with dietary fats.
lVitamins A, C, D, E, K, and the B vitamins, also deficient in some alcoholics, are all involved in wound healing and cell maintenance (14). In particular, because vitamin K is necessary for blood clotting, deficiencies of that vitamin can cause delayed clotting and result in excess bleeding
minerals
lDeficiencies of minerals such as calcium, magnesium, iron, and zinc are common in alcoholics, although alcohol itself does not seem to affect the absorption of these minerals.  Mineral deficiencies can cause a variety of medical consequences from calcium-related bone disease to zinc-related night blindness and skin lesions.



vegetables containing vitamin K.

lTreatment
Once the immediate alcohol problem has been addressed, treatment goals include:
l-Controlling symptoms
l-Maximizing ability to function independently
l-Preventing injury ( due to lack of vitamin K)
l-It is important to supplement the diet with vitamins, including thiamine and folic acid.
- other treatment by nutreint, take another kind of beverage such as coffee, or for the new best trial, why not taking KOPI RADIX.. Insyaallah, it is good for treating this addiction. bi iznillah..
also, get well balance-diet, exercise, make relationship better with family and friends. avoid to befriend with the bad people..







Saturday, October 10, 2009

Tanda-tanda dilamun Cinta..



Tanda-tanda dilamun CINTA!

Apakah perasaan anda bila mengetahui cinta anda terbalas?? Terlebih-lebih lagi yang membalas cinta anda adalah Raja kepada sekalian raja di alam ini, Penguasa kepada kerajaan langit dan bumi dan Kekasih yg abadi dan tidak pernah berbohong dalam cintaNya!!! Pastinya cintaNya kepada kekasihNya lebih anggun daripada cintanya Uda dan Dara, Romeo dan Juliet, Beckham dan Victoria dll. Bagaimana nak tahu anda sedang dicintaiNya?.......

1. Suka untuk bertemu yang dikasihi secara terbuka dan terang-terangan di darul salam(Jannah/Syurga). Tidak tergambar oleh kita bagaimana hati mengasihi seseorang melainkan suka untuk melihat dan berjumpa dengan yang dikasihi. Apabila diketahui bahawa untuk bertemu itu tidak mungkin tercapai melainkan dengan meninggalkan dunia dan mati, maka sepatutnya ia suka untuk mati yang pastinya sudah tidak boleh dielakkannya itu. Seorang pengasih tidak merasa penat untuk bermusafir dari tanahairnya menuju kediaman kekasihnya agar dapat menatapi wajah kekasihnya. Mati itu adalah kunci pertemuan dan pintu masuk kepada penyaksian. Rasulullah s.a.w bersabda: ertinya: “Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya”.

2. Antara tandanya juga adalah dia mendahulukan apa yang dikasihi Allah berbanding apa yang dia kasihi secara zahir mahupun batin. Ia beriltizam dengan kesusahan amal, menjauhkan diri dari menuruti kehendak nafsu, meninggalkan sifat malas, terus menerus mentaati Allah dan bertaqarrub kepada Allah dengan amalan-amalan sunat. Sentiasa menuntut kelebihan darjat di sisi Allah sepertimana seseorang menuntut kedekatan hati dengan kekasihnya. Kadangkala Allah menyifatkan mereka yang berkasih sayang ini dengan sifat ithar. Firman Allah, ertinya: “ mereka mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka, di dalam dada mereka tidak ada apa-apa keperluan dari apa yang mereka berikan. Mereka mengutama (yang lain) berbanding dirinya sekalipun merekapun mempunyai keperluan tersendiri”.

3. Tenggelam dalam zikirullah. Lidahnya dan hatinya sentiasa mengingati Allah. Orang yang menyukai sesuatu tentu sekali akan banyak mengingatinya. Oleh kerana itu antara tanda-tanda kasihkan Allah, suka mengingatinya (zikir), sukakan al-Quran kalamullah, sukakan Rasulullah s.a.w serta suka apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah.

4. Kegembiraannya dengan berkhalwat dengan Allah, munajatnya kepada Allah, sentiasa mentilawahkan kitab Allah. Dia juga sentiasa melakukan tahajjud, menggunakan ketenangan dan keheningan malam untuk menghapus segala rintangan yang ada. Darjat cinta terendah adalah merasai kenikmatan berada bersama yang dikasihi dan mampu bermunajat kepada-Nya. Maka sesiapa yang tidur dan berbual-bual itu lebih seronok lebin baik kepadanya berbanding munajat kepada Allah, maka bagaimanakah nasib kasih sayangnya ??

5. Tidak bersedih diatas kehilangan apa-apa selain Allah. Lebih sedih dan pedih hatinya apabila berlalu setiap saat tanpa zikrullah dan tanpa mentaatinya. Selalu menghitung diri di atas kealpaan dengan mohon simpati, hisab diri dan juga taubat.

6. Merasa nikmat dengan melakukan ketaatan dan tidak merasa keberatan atau kepenatan. Kata al-Junaid: “Tanda orang yang mengasihi adalah berterusan dalam amal. Dengan syahwat fizikalnya lemah namun dengan hati dia tidak akan lemah”.

7. Merahmati dan mengasihi seluruh hamba Allah. Tegas terhadap seluruh musuh Allah dan sesiapa yang mengundang kebencian Allah. Firman Allah: ertinya: “Orang-orang tegas terhadap kuffar dan saling merahmati di antara mereka”. Tidak menjejaskan mereka sebarang celaan manusia dan tidak ada sesuatu yang boleh mengalih mereka kepada kemurkaan Allah.

8. Kasihnya itu disertai takut dibawah kehebatan dan kebesaran Allah. Ada yang menyangka takut itu betentangan dengan kasih. Sebenarnya itu tidak betul. Malah memahami kebesaran itu akan melahirkan perasaan hebat sebagaimana menyelami keindahan melahirkan rasa cinta. Khusus bagi orang yang bercinta itu ada beberapa ketakutan pada maqam cinta. Pertamanya: Takutkan beralih cinta. Lebih dahsyat dari itu takut terhijab cinta. Lebih dahsyat dari itu lagi adalah takut menjauh diri. Makna-makna ini digambarkan oleh Allah di dalam surah Hud yang telah disifatkan oleh Rasulullah sebagai telah memutihkan kepala baginda s.a.w ertinya: “Hud telah memutihkan kepalaku” . Ungkapan ini disebut oleh Rasulullah s.a.w ketika mendengar potongan ayat . Ertinya: Alangkah jauhnya kaum Thamud” “Alangkah jauhnya ahli Madyan sebagaimana jauhnya kaun thamud”.

Pemerhatian terbesar pada alamat-alamat dan sebab-sebab ini ialah kebanyakannya itu adalah perbuatan-perbuatan dalam komunikasi kemanusiaan, berkait dengan masyarakat, manusia pada kehidupan dan akhlak mereka.

Saudaraku… adakah anda ingin menggapai cinta Allah ? Beriltizamlah dengan amalan-amalan fardhu dan tambahkanlah dengan bekalan-bekalan sunat. Ikutilah jejak langkah Nabi s.a.w. jadilah orang yang bermanafaat untuk orang lain. Sertai mereka di dalam kehidupan mereka. Ziarahi mereka. Belanjakan untuk mereka. Berikan khidmat untuk mereka. Isikanlah hajat dan keperluan mereka. Masukkanlah kegembiraan dalam hati mereka.

Lakukanlah semua ini, nescaya Allah akan memanggil Jibril untuk memberitahu bahawa Dia mengasihi dirimu.

"Kanvas cinta ini terlukis wajah muslimah, yang kiasan rindunya takkan lemah walau dihunus 1000 mehnah.
Pada hijab rindu, terserlah pada Qalam, dialah Muslimah Acuan Quran"

  -email dr seorang sahabat baik..-

Wednesday, October 7, 2009

FRIEND is KAWAN..



K A W A N

Salah satu doa Nabi Muhammad s.a.w yang sering kita ucapkan ialah agar kita di akhirat kelak berhimpun bersama para Nabi, syuhada dan orang-orang yang soleh. Ini kerana sesungguhnya mereka adalah sebaik-baik kawan dan pendamping.

Kawan, menurut orang tua-tua lebih dikenali sebagai saudara. Alasannya, kebanyakan masalah yang dihadapi seseorang, sering ditolong dan diselesaikan dengan bantuan kawan. Namun, seorang kawan bukan hanya dapat menolong dan bermanfaat bagi seseorang, tetapi sering kali juga kerana kawan, seseorang itu terjerumus ke lembah hina.

Seorang ahli hikmah ada mengatakan: sesiapa yang berkawan dengan 8 jenis manusia ini, maka akan bertambah pula 8 akibatnya….

Pertama :  sesiapa yang berkawan dengan orang yang kaya, maka akan bertambah kecintaannya kepada dunia..

Kedua :  sesiapa yang berkawan dengan orang miskin, maka akan bertambahlah rasa syukur dan redha akan rezeki yang diberikan kepadanya.

Ketiga :  sesiapa yang berkawan dengan para penguasa, maka akan bertambah kebongkakan dan kesombongannya.

Keempat :  sesiapa yang banyak berkawan dengan wanita, maka akan bertambahlah kebodohannya dan nafsu syahwatnya.

Kelima :  sesiapa yang bergaul dengan anak-anak, maka akan bertambahlah sifat suka bermain dan bergurau senda.

Keenam :  sesiapa yang suka bersahabat dengan orang-orang fasik, maka akan bertambahlah keberaniannya untuk berbuat dosa dan melambat-lambatkan taubat.

Ketujuh :  sesiapa yang bergaul dengan orang-orang yang soleh, maka akan bertambahlah keinginannya untuk taat kepada Allah.

Kelapan :  sesiapa yang berkawan dengan ulama’, maka akan bertambahlah ilmu dan sifat berhati-hatinya.

Ramai orang yang menyimpulkan bahawa kawan yang paling baik adalah kawan sejati. Kawan sejati adalah kawan yang berada diwaktu suka mahupun duka. Pada dasarnya, Islam tidak menolak konsep ini, namun suka duka dalam Islam tetap mempunyai 2 sisi: iaitu dunia dan akhirat. Persahabatan yang sejati dalam konsep yang utuh ini, mungkin akan tercipta apabila didasari oleh cinta kerana Allah. Mudah-mudahan kita mempunyai kawan dengan dasar yang mulia ini. Amin..





Gadis itu..



sedingin salju.. 5 april 2005..4.50 pm..
ya.. itulah tarikh lukisan gadis bertudung ini dilakarkan di atas helaian A4..
ianya satu ilham dari benakku yang hingga kini alhamdulillah masih berfungsi.. (he2)..

aku gemar melukis..
dan menulis sajak-sajak pendek..
ia bagaikan lakaran pena luahan rasa..
aku sukakan sesuatu yang seni..
berjiwa sentimental.. itulah aku..
kenangan manis yang pernah dilalui insyaallah sentiasa aku kenangi..
namun..siapalah diri ini..
seperti gadis itu,  ingin dihiasi bunga-bunga disekelilinginya.
ingin hidup bahagia.. tetapi  jiwanya selalu terluka..

Ceewah....! cam puisi la sangat ayat ni. ..
sedih semacam..
hehe.. saje je nak taip..-buhsan..
esok aku test biohormon.. :-( takutnye...
Rabbi Yassir wala tu'assir.. amin...

pesona memori semalam..



 
                                                                                                                              






 

 

pesona memoRi semalam..

semalam hanyalah tinggal sebagai kenangan
dan hari ini kenyataan..
dan esok Allah-lah yang menentukan..
semoga di rahmati Tuhan..

seandainya aku pergi..
usahlah tangisi pemergian ini..
kita pasti kan bertemu lagi..
suatu masa nanti..
hanya pada Allah yang mengetahui..

dan..
bila bertemu kerana Allah..
berpisah hati tidak gelisah..
bila berukhwah kerana Allah..
sesungguhnya itu yang terindah.....

Mengapa benci perpisahan..
yang pasti mengekori sebuah pertemuan..?
bukankah setiap pertemuan kan pasti berakhir..
dengan perpisahan..

-anamusafir87-

Tuesday, October 6, 2009

Jamuan Raya simple-cute



selamat hari raya  kali ke berapa da,..
salam kembali..
penat hari ni.. dari pagi sampai ke petang.. cewah..
ptg, after kelas amali je, dalam jam 1, cecepat nak bereskan pencarian google assignment kumpulan dan mensettlekan kad raya comel ni bagi program majlis raya .. huh..
alhamdulillah siapjuga...
kad raya ala-simple-cute buatan saya. heehe...
hampir 25 org yang hadir.. hanya 30 kad saje yang ade.. alhamdulillah sume dapat la kad saya ni.. (ceh.. bukan bangga, tp gembira la bila hasil kita dikongsi bersama...huhu)..
kepada ahli ISIS, smoga ikatan ukhwah berpanjangan.. maaf la andai saya buat salah silap yer.. huu..