Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam satu bungkusan yang ditinggalkan dalam sebuah masjid di Taman Keladi di Sungai Petani pagi ini.
Mayat itu ditemui oleh pengerusi kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), Zulkifli Said, 56, ketika beliau memasuki masjid itu untuk memperbaiki bumbung yang bocor.
"Sebaik melangkah masuk ke kawasan masjid pukul 9 pagi tadi, saya terpandang satu bungkusan kain lampin dan tuala di depan pintu masuk dan tidak terus pergi ke arah bungkusan itu sebaliknya saya menghubungi polis," kata beliau kepada pemberita di sini.
Beliau berkata setelah polis membuat pemeriksaan, bungkusan itu mengandungi mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat dan dipercayai baru lahir beberapa jam sebelum ditemui.
Zulkifli berkata ini berdasarkan ada tompokan darah pada kain lampin di bahagian tali pusat bayi itu selain kelihatan seperti sudah dimandikan dan tangannya dikiamkan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Supt Hashim Ali ketika dihubungi berkata mayat bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk dibedah siasat.
"Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya. BERNAMA
sumber berita dr Malaysia kini.
#huh.. masyaallah.. mcm-mcm ler berlaku sekarang ni. buang anak kat masjid, cerodik beno la sapa yang buat tu.. nauzubillah.. di manakah lagi perikemanusiaan seorg insan?? sedangkan ibu kucing pon sayangkan anaknya.. rendahnya insan daripada haiwan sekiranya melakukan dosa.. astghfirullah..
#janganlah kita jadi mcm nie.. jagelah diri tu baik-baik.. jgn dituruti nafsu syaitan..
#may Allah always keep us.. amin..
No comments:
Post a Comment