Thursday, February 25, 2010

Salam MauLid Nabi....(^_^)

 
 kau umpama bulan purnama...

 

ya Nabi Salamun 'Alaika..
Muhammad al-Amin..
Nabi dan Rasul akhir Zaman..
Insan Mulia Kekasih Allah..
12 Rabiul Awal, tarikh kelahiranmu..
Rahmatmu menyelinap ke seluruh alam..
Sirahmu, perjuanganmu, peribadimu..
unggul di persada langit dan bumi...
ya Nabi..
kami umatmu, umat akhir zamanmu yang lemah ini..
perjuangan kami tidak sehebat dibandingkan dengan perjuanganmu dan para sahabat..
ya Nabi..
dengan anugerah Allah, Islam tersebar ke pelosok dunia
kami mendapat nikmat dan cahaya iman itu...
risalah Islam ad-din Illahi yang mulia telah sampai kepada kami..
kami muslim.
alhamdulillah....
namun, kami lemah dan sentiasa melakukan dosa...

ya ALLAH.. kami mohon petunjukMu..
agar tidak tercicir daripada peganganMu..
al-Quran Karim dan as-Sunnah Nabi...
Selawat junjungan salam buat Nabi kami..
Muhammad Rasullullah...
Bila-bila jua pun, engkau ya Rasulullah tetap insan yang paling agung...
kami merinduimu...

-anamusafir87-

:- muhasabah kembali apa yang pihak2 anti-Islam lakukan kepada Nabi kita... kartun Nabi, penghinaan dan sebagainya.. Jika mereka tahu, siapa sebenarnya Rasulullah nescaya mereka tidak akan tegar melakukannya..
:- Umat Islam juga seharusnya tidak memperlekeh sunnah Nabi.. sekali-kali tidak!! siapa kita berbanding Nabi.. Baginda insan yang telah banyak berkorban utk kita..


AdaKah ALLAH redhO perCintaan kiTe??

Salam.. artikel kali ini, saya copy daripada sebuah website, ianya menarik dan satu tazkirah apabila di baca..:)

 
“ akhi, jangan lupa pagi esok bangun qiamullail ya” , “ukhti, kalau boleh berilah nasihat-nasihat atau motivasi pada ana” , “ana uhibbuka fillah” , “ana uhibbuki fillah” , “ salam,akhi tak masuk kelas ke hari nih?” , “mudah-mudahan ukhwah kita dipelihara Allah” …bla..bla…..

Biasa dengar tak ayat-ayat ‘Islamic’ diatas? Kalau tak biasa dengar, cuba baca berulang kali sambil pejam mata dan ingat baik-baik dimana, siapa dan kepada siapa ayat-ayat ini diucapkan.
Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu apakan tajuk artikel ini perlu diposting. Tetapi, melihat kepada kondisi yang sedang berlaku khasnya kepada mereka yang berstatus ‘aktivis dakwah’ atau ‘orang persatuan’ , maka saya beranikan diri menulisnya. Dengan bahasa yang santai dan bersahaja, mudah-mudahan artikel ini bisa mengetuk kepala dan hati kita bersama yang ‘degil’ dan tak faham-faham.

Cinta : Antara Fitrah & Nafsu.


Orang yang menolak cinta adalah orang yang sedang sakit. Cinta adalah perasaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada semua manusia. Jika haiwan yang tidak beraqal itu pun dikurniakan perasaan cinta, maka mana mungkin manusia yang diberi aqal, agama, roh dan nafsu ini tidak diberikan nikmat cinta. Isunya sekarang, bagaimana cinta itu dilaksanakan agar bertepatan dengan kehendak Allah ? Kita bukan haiwan yang bisa membuang najisnya sesuka hati tanpa mengira tempat.
Maka, begitulah cinta tidak boleh sesuka hati dicampak atau diguna semahu mungkin tanpa aturan yang sihat.


Sejarah telah menunjukkan betapa agungnya cinta antara Nabi dan para sahabat, antara Ansar dan Muhajirin, antara nabi dan ahli keluarganya dan sebagainya. Semuanya atas keperluan dan ikatan ‘aqidah Islamiyyah.

Inilah orang yang bercinta…


Seorang lelaki sudah tentu mencari perempuan dan perempuan sudah tentu mencari lelaki. Jika selain itu yang dicarinya, sohih orang itu sedang tenat dalam dunia yang terbalik. Namun, dalam pencarian ini, Allah menetapkan kaedah, cara atau system yang sangat baik walaupun mungkin ianya bertentangan dengan nafsu yang sering memberontak dan membangkang.


Apabila perasaan perlu kepada ‘si dia’ itu hadir, maka kita akan melihat seorang yang layu bertukar menjadi gagah, yang penakut menjadi pemberani, yang bakhil akan menjadi pemurah, yang bodoh Nampak semakin pintar, yang gagap berbicara menjadi lincah dan fasih menyusun kata, yang buruk menulis menjadi hebat menulis..itulah situasi orang yang sedang dilanda badai ‘saling memerlukan’…akhirnya, muncullah dorongan perasaan untuk tampil super dihadapan sahabat dan teman..


Saat sudah kemaruk itu, yang buruk nampak baik..yang busuk tercium wangi..yang nista terdengar mulia. Jika ada yang berani menyebut ‘si dia’ itu begitu dan begini, maka kita sanggup menjadi pemidato hebat mempertahankan ‘orang itu’. “anta mana tahu, ana dah lama kenal dia tau! “..


Yang terjadinya begini kan…


Setiap hari jika ke kuliah, tidak bertemu atau bertembung ditengah jalan, rasa sakit habis satu badan. Jiwa tak tenteram, kepala senak, rasa tak sedap duduk…yang pasti mesti perlu jumpa juga ditengah-tengah jalan sekalipun..dapat tengok wajah pun kira baiklah..muncullah ungkapan “inilah cinta abadi antara kita berdua”..ye lah tu…Cinta abadi? Padahal sebabmu hanya kerana kecantikan yang fana’, kekayaan sementara atau perangai sandiwara.. Biasanya jika tidak bertemu, rasanya ada sesuatu yang hilang dan harus segera dicari. Ada kekhawatiran yang berlebihan dan keinginan yang kuat untuk bersua jumpa atau paling kurang tahu kondisi..”sihat ke hari nih?”..emmm


Kalau tidak berhubung mungkin akan putus silaturrahim, putus ukhwah..tu lah ayat-ayat yang biasa dijadikan alasan..


Kita sering kata cinta kerana Allah. Buktinya saling masihat menasihati dalam kesolihan. Tetapi tanpa ikatan apapun, kita memberi perhatian khusus pada sebuah nama. Tidakkah kita terfikir bahawa yang harus dicintai kerana Allah banyak jumlahnya? Tidak hanya dia seorang. Pengkhususan adalah pemfokusan jaring pesona yang berbahaya.


Saling memberi nasihat dan tazkirah satu sama lain, saling memberi hadiah buku penyucian hati, kaset nasyid dan murattal..tetapi ternyata merosak hati..bukan itu yang kita inginkan..


Ketika mula hati terdetik ingin bercinta, maka pandangan pertama seringkali berhulukan kesolihan, kemuliaan akhlak dan kesamaan visi dalam dakwah. Biasa dengar ucapan ni kan…


Biasanya bila sudah berhubung, maka timbullah perasaan keinginan untuk saling memberi perhatian, sekadar memahami atau bahkan berusaha memberikan protect agar si dia sentiasa dalam kesolihan..ehem..


Kadang-kadang sampai ada yang berpesan: “ukhti, tolong tengokkan dia ya, dijaga, diperhatikan dan dinasihati agar tetap istiqmah dijalan dakwah..


Jujurlah! Ini cinta atau nafsu???


Bentuk hubungan yang lepas dari nilai-nilai syar’ie, tidak pernah ada cinta. Yang ada hanya nafsu dan zina dengan segala topeng yang mungkin sulit dikenali kecuali orang yang berhati jernih yang siap menerima kebenaran..


Ketika solat kita kerana dia dan bukan Dia. Ketika tahajud kita kerana takut besok ditanya oleh dia. Ternyata puasa sunat kita pun kerana dia juga. Kita jadi pemberani dan jagoan pun kerana dia dekat dengan kita. Kita jadi rajin belajar kerana dia. Astaghfirullah..kalau semua kerana dia dan untuk si dia, yang kita simpan untuk bekal akhirat apa?

Cinta yang bersih…


Islam memposisikan segala sesuatu dalam posisinya yang pas dan mententeramkan. Kita tidak menemui perintah bahkan terlarang untuk membunuh cinta dan hawa nafsu dengan meRahibkan (ahli ibadah) diri.


Cinta kita tidak keluar dari kerangka cinta suci Ilahiah bahkan menjadi pembangun kebersamaan dalam kesolihan.


Sebuah solusi bagi cinta dan syahwat adalah pernikahan. Iaitu sebuah ikatan yang menghalalkan apa yang sebelumnya haram. Sebuah ikatan yang menjadikan apa yang sebelumnya dosa sebagai pahala.


Jika kemampun memang belum hadir, maka keinginan dan niat suci tetap harus ada. Jika tidak, maka kita mungkin termasuk dalam salah satu golongan yang disebut oleh Imam Ahmad bin Hanbal:


“ Jika ada pemuda yang tidak berkeinginan menikah, maka hanya ada dua kemungkinan: banyak bermaksiat atau diragui kejantanannya ! “


Kata Dr.Ali Akbar “apabila seorang pemuda mengucapkan ‘aku mencintaimu…’, tapi sebenarnya berbunyi ‘aku ingin berzina denganmu..” buktinya..zina tangan..kaki..mata..tangan anda..


Jangan kalian mendekati zina.apa maksudnya? Jangan melakukan zina sahaja atau semua jalan-jalan yang menuju kearah zina???,


Inikah cinta kita??? Merosak niat, konsentrasi ibadah, atau sampai tidak ada bedanya dengan para remaja lelaki dan wanita sekarang, maka ada sesuatu yang harus diluruskan.


Kita pengecut, masih takut-takut untuk menanggung beban hidup berumahtangga. Dan disebaliknya, kita begitu licik bersegera untuk menikmati sisi-sisi indah dalam hubungan dua insan. Benar-benar pengecut!


Kita mencicipi manisnya tebu cinta yang belum sah untuk dirasai dan tak bisa menanamnya kembali untuk masa depan yang terbentang didepan kita.


Kata Ust Anis Matta: “ selama pacaran, mereka berfikir sedang berusaha untuk saling memahami..hakikatnya bukan itu yang terjadi…kenyataannya mereka berusaha untuk tampil lebih baik dari yang sebenarnya. Sehingga setiap kali berbicara, sebenarnya mereka sedang menyebunyikan diri masing-masing. Mereka sedang membuat iklan untuk menggoda pembeli. Kerana takut bila pelanggan tidak puas, akhirnya ia akan ditinggalkan..”


Sayang sekali, yang dibangun bukan perbaikan diri, tetapi ‘proses penopengan’ diri.


Kita beza waktu di dekat dengannya, namun beda pula bila berada sendiri dirumah. Ini lah yang bahaya untuk perkembangan keperibadian kita.


Sering kita mengadu masalah dengan dia, baik kecil atau besar. Tapi mengapa ya, sampai sesetia itu bantuannya walaupun masih tidak ada ikatan? Bersiaplah untuk anda menjadi orang yang tidak mampu selesaikan masalah jika semua perkara, anda gantungkan padanya. Ketergantungan itu merbahaya!


“terimalah aku seadanya…”akhirnya kita melaju berpacaran dengan ‘saling memahami’. Kerana keterbukaan, mengharuskan kita untuk saling menumpahkan keluh kesah, mencurahkan isi hati, dan memberi perhatian. Untuk apa diadu masalah padanya?


Ust Fauzil ‘Adhim: “ cara untuk belajar menjadi isteri yang baik hanyalah dari suami. Cara untuk menjadi suami yang baik hanyalah melalui isteri. Tidak bisa melalui PACARAN ! Pacaran hanya mengajarkan bagaimana menjadi pacaran terbaik, bukan suami atau isteri terbaik..”


Pacaran sudah merasai bumbu (penyedap) yang seharusnya mereka gunakan untuk menyedapkan kehidupan rumahtangga. Saling mencurahkan, berbagi, meredakan kegelisahan, memberi perhatian…semua sudah..pandangan kasih nan sayu, kerapatan fizikal, sandaran, singgungan, sentuhan mesra….semua sudah buat. Apa lagi nikmat yang ada yang perlu disyukuri selepas pernikahan?


Kalau anda menikah dan pernah pacaran, anda akan membandingkan pacaran dengan pernikahan. Dan pasti pacaran itu lebih indah kerana pacaran memang mencari yang indah-indah sahaja. Apa lagi yang ada?


Ketika pacaran, anda hanya melihat kebaikan sahaja pada si dia. Maka bila berkahwin, anda akan membuat perbandingan antara isteri anda dengan pacaran anda dulu sebab anda pernah melihat sifat baiknya sahaja.


Cinta tidak lagi menjadi energy yang mendorong produktivitas amal dunia-akhirat, tapi menjadi beban yang memberati jiwa untuk bebas berbakti.


Mudahnya kita bisa mengatakan bahawa kita mencintai dia kerana Allah semata. Betapa ringan kita menulis “uhibbuki fillah ya ukhti”…ukhti..aku mencintaimu kerana Allah..ukhti…


Bandingkan jika engkau mengucapkan cintamu sekarang (belum masanya), tetapi Allah tidak mengkehendaki dirimu dengannya, bukankah hanya sakit yang kau rasa?


Engkau meyakini sepenuh hati bahawa Allah pasti jodohkan dia dengan engkau, lalu bukannya meminta yang terbaik dalam istikharahmu, tetapi benar-benar ‘menyuruh’ Allah. Pokoknya, mesti dia Ya Allah..pokoknya harus dia..! maka engkau meminta dengan ‘paksa’, lalu Allah bagi juga pada mu. Maka yakinkah kamu Allah memberikan dengan kelembutana atau melemparnya dengan kemarahan kerana niat yang terkotori. Maka siaplah untuk menggigit jari!


Cinta yang sihat mendidikkan kecerdasan, kematangan emosi, ketenangan hati dan kedewasaan berfikir. Ia mengajarkan kesabaran menahan syahwat, atau membingkainya dalam ikatan suci yang diredhoi Allah.insyaAllah.


Cinta yang tidak sihat hanya akan melahirkan insan yang tidak lagi khusyu’ kerana hati mengingati kekasih. Mata yang mencuri pandang atau pun saling menatap.


Sekecil manapun pelanggaran itu, ia tetap menjadi identitas keberdosaan.

Muhasabah


Baik, selesai sudah entah berapa banyak nikmat berpacaran sebelum pernikahan itu kita lalui dan lazimi. Jadi, apa yang tinggal sekarang? Di mana nikmat yang Allah janjikan akan lebih baik, penuh kebahagian, keseronokan tersebut pada saat hubungan haram bertukar menjadi halal dengan nama ‘pernikahan’ itu, jika semua telah dilakukan seenak-enaknya sebelum berlaku pertalian halal tersebut?


Anda telah bermesra-mesraan sekian lama sebelum itu, jadi dimana lagi kemesraan selepas perkahwinan? Anda telah merasai nikmat saling pujuk memujuk sebelum itu , jadi dimana lagi nikmatnya selepas pernikahan? Anda telah merasai suasana saling berkongsi-kongsi cerita bahagia dan derita, maka apa lagi yang anda mahu sampaikan pada teman hidup anda itu selepas perkahwinan? Habis, mana nikmatnya semua itu setelah anda habiskan sehabis mungkin sebelum pertalian halal dengan jalan yang penuh dengan liku-liku dosa? Fikirkanlah….

Solusinya?


Ucaplah terima kasih kepada penulis buku ini, Salim A.Fillah kerana dia telah menyediakan surat free untuk kita yang sedang duduk dalam penyakit ini. Bacalah dan gunakanlah..bisa dicopy sih..gratis aja..


……………………………………………………………………………..
Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.


Ba’da tahmid dan shalawat…


Sykur pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat.


Akhi,rasanya aku telah menemukan Kekasih yang jauh lebih darimu. Yang Tidak Pernah Mengantuk dan Tidak Pernah Tidur. Yang siap teres menerus Memperhatikan dan Mengurusku. Yang selalu bersedia berduaan disepertiga terakhir malam. Yang siap Memberi apa yang kupinta. Ia yang Bertakhta, Berkuasa dan Memiliki Segalanya.


Maaf akhi, tapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding dengan Dia. Kau sangat lemah, kecil dan kerdil dihadapanNya. Ia berbuat apa sahaja sekehendaknya kepadamu..dan akhi, aku khawatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya cemburu. Aku takut hubungan kita selama ini membuatNya murka. Padahal,Ia Maha Kuasa, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya.


Akhi, belum terlambat untuk bertaubat. Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti ditanyakan olehNya. Ia bisa marah, akhi. Marah tentang saling pandang memandang yang pernah kita lakukan, marah kerana setitik sentuhan kulit kita yang belum halal itu, marah kerana satu ketika dengan terpaksa aku harus membonceng motormu, marah kerana pernah ketetapanNya aku adukan padamu atau tentang lamunanku yang selalu membayangkan-bayangkan wajahmu. Ia bisa marah. Tapi sekali lagi, semua belum terlambat. Kalau kita memutuskan hubungan ini sekarang semoga Ia mahu Memaafkan dan Mengampuni.


Akhi, Ia Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Bijaksana.


Akhi, jangan marah ya. Aku sudah memutuskan untuk menyerahkan cintaku hanya padaNya, tidak pada selainNya. Tapi tidak cuma aku, akhi. Kau pun bisa menjadi kekasihNya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan.Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-laranganNya termasuk dalam soal hubungan kita ini. InsyaAllah. Dia punya rencana yang indah untuk masa depan kita masing-masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang wanita solehah. Ya, wanita solehah yang pasti jauh lebih baik dari diriku saat ini, Ia yang akan membantumu menjaga agamamu, agar hidupmu senantiasa dalam kerangka mencari redho Allah dalam ikatan pernikahan yang suci. Inilah doaku untukmu, semoga kaupun mendoakanku, akhi.


Akhi, aku akan segera menghapus namamu dari memori masa lalu yang salah arah ini. Tapi,aku akan tetap menghormatimu sebagai saudara dijalan Allah. Ya, saudara dijalan Allah, akhi. Itulah ikatan terbaik. Tidak hanya antara kita berdua, tapi seluruh orang mukmin didunia. Tidak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah ditelaganya, lalu beliaupun memberi minum kita dengan air yang lebih manis dari madu, lebih lembut dari susu, dan lebih sejuk dari krim beku.


Maaf akhi, Tidak baik rasanya aku berlama-lama menulis surat ini. Aku takut ini merosakkan hati. Goresan pena terakhirku disurat ini adalah doa keselamatan dunia dan akhirat sekaligus tanda akhir dari hubungan haram kita, insyaAllah.


Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Setelah surat ini anda tulis, maka jika si dia masih memohon kesempatan untuk memperbaiki hubungan buat kali kedua, percayalah itu kata-kata syaitan “ beri aku kesempatan untuk sekali lagi menjerumuskan kalian berdua ke lembah nista..please…”


Ok, boleh copy surat ni ya…:) kalau muslimin yang tulis kepada muslimat, tukar je jadi ‘ukhti’.


Catatan: Tulisan ini saya manfaatkan dari buku ‘Nikmatnya Pacaran Setelah Pernikahan’ karangan Salim A.Fillah seorang aktivis muda dalam gerakan dakwah di Indonesia. Tajuknya mungkin agak ‘mengada-ngada’ sedikit, namun isinya sarat dengan motivasi berharga, peringatan Al-Qur’an, Hadith, kata-kata sahabat dan ulama’. Ianya disampaikan bersesuaian dengan reality yang berlaku kepada para anak-anak muda dakwah. Sedikit ayat-ayat dalam artikel ini hasil bikinan saya yang saya selitkan…mohon maaf kerana tidak menyusunnya dengan baik. Ambillah point-point penting didalamnya.


Yakinlah, Islam memberi yang terbaik untuk kita dalam menghadapi ‘fitrah’ ini agar dipenghujungnya ada keberkatan.


dipetik dari:
arruhuljadid86@blogspot.com

p/s: dan saya petik daripada ..ppimi.org :-) persatuan pelajar islam malaysia ireland..

Tuesday, February 23, 2010

Selamat Hari Lahir..(^_^)...buat anamusafir

sanah helwah..

pada detik waktu jam 12.03 pagi, 23 february 2010.. ku menerima satu pesanan ringkas.. SMS..

"Menjadi yang terbaik!,
jika mampu jadilah pohon di bukit yang tinggi,
jika tidak..
cukuplah jadi rumput,
tapi biarlah rumput yang paling hijau di muka bumi,
Abadikan dirimu pada Allah,
Hidupmu pasti sejahtera,
SALAM KELAHIRAN KE-23.SYG syera!(^^,)v"

from seorg shbt.. eda...

time kasih....:'-)

23 februari for 23 years old.. uniknye angka ini...

kini.. aku telah melangkah ke umur yg selanjutnya.. yang entah bila kan berakhir..
:) Allah Penentu Segala..

p/s: best juga kalo wish kat diri sendiri:) hehe.. enjoy myself~

Monday, February 22, 2010

KemBaLi ke KuLiah...~saRangaYo~

 
open your heart.. see the beautiful scenery...
the great day waiting for yah!

salam..cuti seminggu/mid sem sempena tahun baru cina baru-baru ini sangat saya manfaatkan..
manfaatkan dengan apa?? huhu.. dengan bercuti sesungguh-sungguhnya dan sebenar2 cuti.. yakni.. buku langsung tak tersentuh.. haha. eh.. sentuh n baca juga.. tapi tak lama.. kejap je.. pahtu dok main buat benda lain..
 tohoshinki!~

sepupu saya yang amat minat korea pulak balik waktu cuti ni.. habes, saya bantai tgk lagu n cerita korea.. sapa lagi kalo bukan kumpulan TVXQ/DBSK yang kini mula digilai oleh saya.. hehe.. (yeke?)..
selebih tu, buat keje lain... spt, main dgn anak kucing,ziarah kubur si oren,  pi cc ngn ijat, pi tido umah toklang, jalan-jalan beli barang ngn family,.. dan pada cuti ni juga dimeriahkan lagi dgn kehadiran 2 org kawan lama saya, (sekolah sambest), najibah dan syida.. terharu juga mereka dtg dr jauh semata-mata nak jumpe saya! hehe.. bangga2.. (^_^), lama betul tak bertemu dgn mereka semenjak tamat sek. men dulu.. alhamdulillah jumpe juga kan..:)

hitam n putih.. anak kucing ni semakin jinak~ he3

sementara itu, rumah baru toklang juga sudah 70% siap..alhamdulillah, tak lama lagi boleh la toklang dok kat umah baru ni.. hehe.. sebelah ngn umah saya n umah ayade.

dan kini.. saya telah pon tiba di umah sewa.oh.. esok akan bermula kuliah seperti biasa.. rasa mcm sekejap je cuti ni.. hmm.. hee.. tunggu next holiday pulak. buleh balik umah lagi.. insyaallah..

adoii.. barang di ingat.. assignment plak blum siap lagi.. mmg sengaja betul xsiapkan time cuti.. alasannya.. hmm.. malas.. esok ade lagi.. ni la sikap yang mmg xpatut di amalkan kan kawan2?huu.. semasa dalam perjalanan kembali ke umah sewa ni..dgr lagu raihan kat radio.. ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.. ahaha.. memang kene sgtla nasihat tu dgn saya.. -- lapang sebelum sempit--.. kan dah kene.. time kasih...
he2..

hmm..

ingt 5 perkara sebelum 5 perkara..

sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit..

dan.. yang paling penting..

hidup sebelum MATI......

sungguh! dalam tempoh seminggu cuti ni.. saya dpt tahu 3-4 kematian ahli keluarga kawan saya.. alfatihah buat arwah2... takziah buat mereka.. sememangnya kita suma pasti mati... cuma kapan? di mana? wallahu'alam..
 
-kubur arwah tokki...-


Ok.. Selamat meneruskan kehidupan buat semua.. muge hr esok lebih baik dr hari ini ya. amin...

"Hidup itu InsyaAllah.. Mati itu Pasti"..

Friday, February 12, 2010

Berjumpe setelah 10 tahun Berpisah..(^^,)

 
tanjung emas dan ngiur gading bermain-main di ruang mataku..-christina sita dewi..

assalamualaiukm.. dan salam sejahtera..sari berita ini disunting daripada wak kundur.. ( eh.. hehe.. mcm pemberita plak)..

minggu ini merupakan minggu terakhir saya sebelum tibanya musim cuti universiti.. iaitu midsem holiday, 13hb-21hb februari, hehe.. xlama lagi saya bakal pulang ke rumah, insyaallah dgn izinNya.. setelah pening2 menjawab test pada hari isnin dan rabu lalu, kesihatan mula pulih,alhmdulillah, cuma sedikit selsema dan batuk2 kecil masih belum hilang sepenuhnya. Hidung dan mata berair dah xde.alhamdulillah.. tapi, housemate saya, asiyah hasanah kini sedang demam pula, batuk2 dan selsema, cian kat dia.. smoga dia sembuh juga, amin..@>--- kawan saya iftitah pula telah pulang ke rumahnye di terengganu pada malam td, jam 10 malam dengan menaiki bas.. hmm.. mungkin kini dia telah sampai dirumahnya.. mudah2an selamat..amin.. kawan saya lagi seorang, yasmira juga dr terengganu juga akan pulang ke rumahnya pada malam ini.. sementara itu, buku novel yang saya tempah dr dia juga telah ada,insyaallah akan dia beri pada saya pd kelas petang ni..  afifah pula pasti tidak sabar2 utk balik ke tanah airnya di kelantan, he3.. malam tadi juga, roomate saya kak kinah telah pulang ke kedah atas urusan yang penting, dan akan kembali ke sini pada hari isninnya.. apa2pon yang kawan2 saya lakukan n rancang sekarang, mudah2an dipermudahkan Allah ..amin..

semalam khamis, hbs saja kelas genetik asas, hidup mcm terumbang ambing.. hee.sebab dah xde kelas lepastu.. dan dalam waktu kelas genetik asas tu, dr. Nazia memberitahu kami keputusan test genetik asas yg lalu.. alhamdulillah, walaupun xsebaik mana keputusan saya, tetap gak bersyukur.. dan usaha perlu ditingkatkan :-) dan sekalung tahniah kepada ifti, asiyah , juga kak khalilah kerana mereka mendpat antara yg terbaik utk test pada kali itu.:), sesudah habis kelas itu, saya pon pergi ke kantin menemani asiyah utk makan tengah hari, turut serta kak wahid dan husna :-)

dipendekkan cerita, usai solat zohor, kawan2 saya yang lain ada lab histology.. tinggallah saya sorang2.hu3.. subjek histology itu telah pon saya ambil pada semester lepas. then, atas cadangan yasmira, dia suruh saya pi library, hehe.. sbb dah xde menda nak buat.. baik pi library kan.. kui3.. dengan langkah yang malas2. haha.. say pon berangkat ke library.. hari itu, cuaca sangat panas, terik.. seperti akan hujan pada waktu malam.. sesampai di library.. saya tergerak hati ingin membaca sebuah novel yang 10 tahun lalu pernah saya bacanya.. (ketika tingkatan 1 di sambest). rindu sangat dengan novel tu! teramat..... sebab itulah novel pertama yang saya baca.. ianya begitu berkesan di jiwa.. setelah mencari di Pendeta UM.. akhirnya jumpe! kod.. PL5136 Masm.J.. alhamdulillah.. saya pon dok mencari lah di celah2 rak-rak buku.. payah la nak cari.. sebab tak pakai spek mata.. tapi akhirnya jumpe gak. hehe.. 

"jalan Seribu Liku" -tajuk novel ni..
karya Maskiah masrom..terbitan dewan bahasa dan pustaka.. :-)

perghh!! best betul novel ni.. ayat-ayat novelnya jelas.. tidak terlalu berkias, dan tidak terlalu jiwang. saya suka novel ini. Kisahnya sangat mengesan di jiwa.. kisah seorang anak kelahiran daripada 2 penganut agama terbesar dunia, kristian dan hindu.. yang keliru dengan 2 agama yang di anuti sejak kecil, yang kemudiannya menjadi ateis, pergolakan diri dan keluarga.. yang sentiasa mencari-cari dahan utk berpaut.. yang akhirnya menemui sinar ISLAM Setelah menharung seribu jalan berliku!! dialah christina sita dewi..watak utama novel ini.. airmataku mengalir (sikit la. hehe) ketika membaca novel ini.. seperti 10 tahun yang lalu, saya juga pernah menangis membaca novel ini.. huhu... (tapi masa tu kecik lagi..) sekarang ni, apa yang saya baca ..alhamdulillah dapat saya fahami dengan sebenar apa yang penulis novel itu hendak sampaikan.. syukurlah! ternyata novel ini sangat sukar di cari, pernah dahulu saya mencarinya di kedai2 buku, tapi hampa.. tidak jumpe.. atau sebenarnya ada, cume saya saje yang tidak jumper..apa2pon syukurlah dapat kembali membacanyer.. :-) hehehee...hadiah paling berharga buat saya..akhirnya buku novel ini saya jumpai setelah 10 tahun berpisah!!

Wednesday, February 10, 2010

SeLamaT HaRi LaHiR.. (^^,)


musim orang hidung berair, mata merah,fikiran merawang-rawang, otak bergegar pada paksi, batuk-batuk kecil dan besar.. aduhaii...
simptom ini terjadi sebelum berlakunya test mikrobiology dan berlanjutan sehingga test penyakit kronik.. memang ternyata bertambah kronik....huhu...

dan hari ini hari jadi ibu kesayangan.. SeLaMat HaRi LaHir Ibu..:) 10 Februari 1958:)
lucu pulak.. di saat orang menelefon ibu pada tengah hari tadi, orang wish happy birthday.. lepastu ibu terpinga-pinga, beday sapa pulak hari ni.. hehe.. laaa.. rupenyer ibu orang tak ingat hari ini beday ibu.. hehe.. ibu..ibu..n :)
kemudian orang memberitahu pda ibu, yang orang telah mengalami simptom hidung berair dan batuk2 kecil. hehe.. of course la orang kene pesan makan ubat..

Selamat Hari Jadi kepada manusia2 yang beday dia hari ini.
semoga sentiasa dirahmati Allah..aminn..

 
-cute-

Friday, February 5, 2010

Sweet Time with You.. (^^,)

 
donut..hehe..
1)yg donut berduri2 tu-ifti
2) yg donut coklat berbijan tu-syairah
3)yg donut berkacang2 badam tu-afifah
4)yg donut putih2 ada straberi tu-asiyah.hehe

assalamualaikum.
hari yang indah, hari yang ceria..
petang semalam  telah terukir sebuah kenangan yang bagi saya.. sangat comel dan cute, he3..
semalam, setelah melalui saat genting, test Genetik Asas, saya pi berehat2 dulu la di surau, tapi before that,  saya pi teman ifti makan kat kafe fakulti sains,.. dan dikesempatan tu, sy menelefon ibu kat umah.. ibu pon br tgh nak masak makanan tgh hari, he3..
lopas tu.. saya pi la rehat di surau.. tup2. dapat msg dr seorg kawan, hani.. die nak pi umah saya di pantai permai, sbb kt kolej time tu xde ayak.. jadi sy pon balik la umah.. n akcelli.. petang tu juga, saya, ifti n afifah dah rancang nak pi midvalley, jenjalan dan memakan.. (he2, pkataan br).
so.. dipendekkan critanya,. after solat asar, sy pon bergegas la ke stesen U dgn menaiki bas rapid. tapi malangnya, sy tersalah amik bas.. bas tu pi kat stesen Kerinchi, jadinyer, after sampai tu, sy naik Lrt ke stesen U. dan tnggu diorg kt bus stop. n.. kwn2 saya pon dtg, he2. penambahan jumlah telah blaku di mana  sorg lagi kwn saya, iaitu asiyah (merangkap housemate) turut serta dalam aktiviti jenjalan di mid pada petang itu,.. :-D
n..kitorg naikla bas ke midvalley.. singgit jer, mmg murah tahap gaban..(naik dgn gumbire di hati)
sesampai jer.. kitorg jenjalan dulu.. tgk kasut, beg, baju. (ifti pulak beli jam tgh baru.. cntik2 hehe) hehe.. n kitorg bergambor bersama dgn hepi skali, huhu...
seronok la gak. mmg seronok pon. hee.. tmbh2 skrg tgh musim nk tahun baru china,,. berhias sakan la mid dgn warna2 merah.. kitorg pon bgambo lagi kat kat part2 mana yg sesuai n comel.. kemudian, dalam jam 6  ptg, kitorg pi food court, asiyah nak beli makanan,, coz dia posa hari tu:).. pahtu.. kitorg pi big apple., ifti beli donut. he2, kami share, 4donut utk 4 org.. sedap2. comel2 belaka donut2 tersebuh.. gagagaga....(ikut gaya ifti gelak, hehe)..
phtu.. kitorg pi KFC..port utk memakan segala makanan yg dibeli.. saya, ifti n pipah beli KFC. saya just beli bege jer, zinger bege yg digemari,,sodapnyer.. pipah pulak beli snake plate, hot spicy (bukan ular plak yer.. 'snake' hehe), sementara itu, ifti beli wegess, bege n 2 cup coslowww.. sedap 2x..
bila masuk waktu azan maaghrib jer.. asiyah pon mengimamkan bacaan doa buka posa n makan, heee (yg lain xposa..tp meraikan la yg posa.. dpt pahala tu, kan.. he3).. usai doa.. kitorg pon melantakla makanan yg dibeli.. hehe..nyamm3. alhamdulillah kenyang2 sumenyerr..
usai makan,,. kitorg pon cari surau utk solat maghrib, ni lagi satu malang. hehe.. cari2 xjumpe la pulak.. dok pusing2... n last skali. br la jumpe.. kt tingkt bawah je rupenyer.. after solat.. kitorg pi lagi kt tmpt yg jual2 kasut, coz ifti nak beli kasut.. waaa ifti,. jam baru, kasut baru. he3. shopping sakan ni.. he,. sementara asiyah plak beli sekotak limau sempena thn br cina .. (xdela, smpena nk makan limau lerr)..
lalala..~ seronok bjalan n bgamba.. n after tu semua ..kitorg tunggu ler bas rapid.. n Bas pon sampai ..kitorg balik dgn seribu kegembiraan, masing2 balik ke kediaman masing.. afifah pulang ke kolej, sy, asiyah n ifti pulang ke umah sewa..
he2.. tu aje la kisahnyee. comel kan??..(^^,)

moral of the story:
1- lepas hbs test atau exam, di galakkan la utk bjalan2 bg menghilangkan stress (yeke?? huhu)
2- nak jalan2 tu, ajak la kawan2.. jgn pi sorg2, bahaya.. hee.. pi tu dgn yg mahram, jgn plak dok pi jalan dgn pakwe ke.. awek ke.. xleh wt cenggituu huu..
3- surau adalah tmpt yg palig dikehendaki..oleh itu, carila surau2 pada waktu2 solat.. seronok2 juga, tp tanggugjawab yg wajib, solat tu jgn abaikan..
4- amik la gmba bnyk2 buat kenangan, he4..
5- ukhwah tersemai kasih tertuai bsama rakan2.. he..
6-sunat berpuasa pd hr isnin n khamis :-)
ok, sekian je dulu.. :) 

Selamat Meneruskan Kehidupan..~

Wednesday, February 3, 2010

BerTunang...@>----

 Khitbah atau  Bertunang di dalam Islam...
_________________________________________________________________________________________


A. ERTI KHITBAH / TUNANG
 
"Khitbah" (Bahasa Arab) / "bertunang" (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj(Bahasa Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa Melayu). Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan Agama Islam. Apa hikmat, faedah atau kelebihannya???  Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta'arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.
"Khitbah" (bahasa Arab) bererti "bertunang"(bahasa Melayu). "Tafsiran" lafaz atau perkataan "bertunang" ini berbeza mengikut tempat, kawasan, adat dan suasana masyarakat masing-masing. Berbeza di antara negara Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Dan kemungkinan berbeza juga di antara beberapa tempat, adat, suasana serta kawasan-kawasan di dalam negara masing-masing. Contohnya di dalam Indonesia, tafsiran "bertunang" di Medan dan Jakarta berbeza. Di dalam Thailand, tafsiran "bertunang" di Bangkok dan Pattani berbeza. Begitulah seterusnya di tempat-tempat lain.
"Khitbah" di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna 'melamar' wanita untuk dijadikan bakal isteri. "Melamar" ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan 'masa' berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat.
"Khitbah" juga bermakna proses lelaki meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing-masing.(Fiqh Assunnah oleh Syed sabiq).
"Khitbah" juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib(tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar  ( to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang wanita itu.
 
____________________________________________________________________________________________
   
B.  HUKUM KHITBAH / BERTUNANG DI DALAM ISLAM 


Saya bertanya kawan saya tentang hukum "khitbah/bertunang" ini kepada kawan-kawan saya yang faham dan alim. Dan saya juga rujuk buku agama yang ada menceritakan tentang khitbah/ bertunang ini.
Hukum khitbah ini adalah "harus" tetapi Imam As-Syafie(sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab / sunat". Dan Dr. Abd. Karim Zaidan(sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan bahawa hukum "al-istihbab / sunat" ini lebih aula(utama / baik) dari hukum "harus" tadi.
 
____________________________________________________________________________________________
 
C. DALIL ATAU BUKTI DISYARIATKAN (DIPERUNDANGKAN) KHITBAH / TUNANG
 
Dalil atau bukti di"bolehkan" khitbah / tunang ini terlalu banyak. Contohnya ialah...
1) Hadis Rasulallah saw yang mafhumnya: " tidak halal  bagi kamu penjualan di atas penjualan  orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain".
Mengikut hadis ini kita faham bahwa kita tidak dibenarkan oleh syarak untuk meminang seseorang wanita / laki pabila wanita / laki itu sudah dipinang orang. Ini dalil dibolehkan 'khitbah' tetapi, dalil ini tidak 'soreh' / tidak terus (indirect). Ulamak dan orang-orang yang 'faqeh'/ faham hukum-hakam mengambil hukum "boleh" khitbah dalam Islam dari sini. Bagaimana?? Begini, cuba rujuk hadis ini semula. Khitbah dibolehkan dalam Islam, tetapi yang tidak bolehnya ialah meminang seseorang wanita / laki di atas pinangan orang lain. Maka, khitbah boleh. Moga anda semua faham.
2) Hadis. Dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulallah saw bersabda: " Apabila salah seorang dari kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah / kahwin, maka lakukan!!! ". Berkata Jabir (perawi) hadis ini: " aku telah bertunang dengan wanita dari Bani Salamah, aku telah bersembunyi tanpa dilihat oleh wanita itu sehingga aku melihat sebahagian dari 'diri / tubuh badan' wanita itu yang boleh membawa kepada kehendak dan kemahuan aku untuk menikahi atau mengahwininya".
2 dalil di atas dipetik dan diambil dari buku Fiqh Assunnah oleh Syed Sabiq.
____________________________________________________________________________________________
 
D. TEMPOH ATAU MASA YANG DIBENARKAN OLEH SYARAK UNTUK BERKHITBAH / BERTUNANG
 
1. Tempoh / masa khitbah yang dipersetujui oleh jumhur ulamak (ramai Ulamak) ialah tempoh yang tidak panjang atau lama.
2. Jumhur ulamak (ramai Ulamak) berselisih pendapat dalam mentafsirkan / menentukan makna "tempoh panjang / lama" itu. Berapa hari, berapa minggu, berapa bulan, berapa tahun.
3. Maka tempoh ini semua ditentukan oleh 'uruf / adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.
4. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu HARI, maka satu harilah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.
5. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu MINGGU, maka satu minggulah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.
6. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu BULAN, maka satu bulanlah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.
7. Jika di sesuatu tempat mentafsirkan tempoh lama satu TAHUN, maka satu tahunlah yang mesti dipegang oleh sesiapa yang menjalankan khitbah ini.
Ini semua contoh yang saya berikan kepada anda semua. Maka lepas ini boleh anda rujuk sendiri 'tempoh' atau 'masa' ini kepada mereka yang tinggal di kawasan anda. Tanyakan, biasanya di tempat anda ini berapa "tempoh paling lama" khitbah / bertunang ??? Jika 2 hari, 3 minggu, 4 bulan atau 5 tahun (contoh), maka semua ini terpulang kepada 'uruf / adat di sesuatu tempat, adat, kawasan dan suasana. Semoga anda faham.
*** 'uruf = adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.
_________________________________________________________________________________________
 
E. HUKUM BERKHALWAT DENGAN TUNANG... (KHATIB-TUNANG LELAKI, MAKHTUBAH-TUNANG WANITA)
 
HARAM BERKHALWAT / DUDUK DITEMPAT SUNYI(menimbulkan fitnah) BERSAMA DENGAN TUNANG???
Agama Islam mengharamkan "khalwat" ini kerana ianya diharamkan ke atas tunangan ini sehinggalah mereka diakad(ijab dan qabul) dan dinikahkan. Maka lepas akad (ijab dan qabul), maka haruslah bagi pasangan laki dan wanita ini untuk berdua-duaan tanpa menimbulkan fitnah lagi. Dan hikmah, faedah dan kelebihan "haram khalwat" ini ialah untuk mencegah terjadinya maksiat. Sabda Rasulallah saw yang bermaksud: " Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan". (sila rujuk buku Fiqh As-Sunnah oleh Syed Sabiq).
Dr.Yusof Al Qardawi (Fatawa Muasoroh) berkata:
[" selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang laki dan tunang wanita (belum sah nikah / kahwin mereka mengikut 'uruf -adat, syarak dan undang-undang), maka keadaan masih seperti hukum asal. Iaitu:-
1. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk berkhalwat(berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah) dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.
2. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk bermusafir atau melancong  dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.]
*** mahram = mahram-orang yang diharamkan nikah /kahwin dengannya (dengan wanita itu)
***  'uruf =  adat yang masyhur dipegang di sesuatu tempat.

-artikel ini dicopy paste dr  http://muzakarah.tripod.com/tunang.html..