Monday, January 31, 2011

Pelupanya kita...

Pelupanya kita...

siapa yang mencipta kita?? who creates us? 
kita ke yang cipta diri sendiri? do we create ourselves?
adakah kita tahu apa yang benar2 terbaik buat diri kita? do we know what is the best for us?
.. kita akan jawab...

Tuhan yang cipta kita.. takkan kita cipta diri sendiri.. seperti sebuah almari yang cantik, takkan tiada orang yang membuatnya.. tentulah ada yang membuatnya..
manusia? tentulah Tuhan yang cipta..ALLAH..

jadi.. bile Allah yang cipta kite, dah tentulah Dia sangat2 tahu apa yang terbaik buat kita. Dia dah bagi kite semua keperluan yang kita perlukan..
just name them..

udara..
cahaya matahari..
pancaindera,
bumi yang indah utk kita duduki..

tapi.. kita lupe? lupa nak bersyukur kepadanya..
seperti org yang beri kita hadiah masa beday kita, kita x ucap thank you pon.. pasti org kata teruknya kita..sombongnya kita.. Begitu juga kita sebagai hamba Tuhan.. kita x bersyukur ke dgn apa yang Dia dah bagi... 

kite Somboong.. TAK NAK ikut apa yang Allah suruh..
Allah suruh kita tutup aurat.. kita degil..
kita buka aurat..nampak leher, rambut, lengan, betis, peha... dan segalanya.. konon biar nampak cantik!
Allah suruh kita solat.. kite degil.. malas nak solat.. x solat langsung..

dan lain2 lagi.. sebagai manusia yang tak bodoh mesti kita pon tahu mana yg baik mana yang buruk..
 
Pelupanya kita pada Nabi...
tahu tak nabi kita tak pernah lupekan kite.. hatta kat akhirat nanti pon Nabi akan beri syafaat kepada kita..
teruknya kita sampai sanggup perlekeh sunnah Nabi.. Kite lebih sanjung idola lain selain Nabi sendiri..Sedar tak Nabi dah berkorban segalanya demi menyampaikan agama Islam yang suci ini.. Nabi kene baling batu di toif.. nabi kite ejek dgn kaumnya sendiri.. nabi di ugut bunuh dan bermacam-macam lagi...

tapi kite tak hargai.. kite main2 dgn hukum hakam.. kita tak menjadi muslim yang sejati.... kita tak suka orang ajak kite kepada Islam.. Ya Allah teruknya kita ni....

Pelupanya kita...
yang alam kubur, padang mahsyar..titian sirat, syurga dan neraka itu akan menanti di sana.. tak terfikir ke yang kita akan benar2 akan pergi ke sana... alam akhirat yang KEKAL dan kita takkan pernah dapat kembali ke dunia ini. Kita, awak, saya, dan mereka akan menghadapi semua ini.. cukup ke bekalan kite utk di bawa ke sana?

fikirkanlah.. tufakkiru.. 
kita akan ke sana.. sampai bila kite nak berlagak kat dunia sementara ini.. kenapa kita keraskan hati dari menerima kebenaran suci... kenapa kita masih leka-leka berhibur dan berseronok dgn dunia ini tanpa sikit pun ingat kat Tuhan?..

tahu tak..
tahu tak...
syaitan tu selalu ajak manusia ke arah kemusnahan..
syaitan dah berjanji nak sesatkan manusia.. biar masuk neraka sama-sama dengan diorg. 
Perempuan..duit..pangkat kedudukan di dunia ni  jadi bahan eksploitasi mereka untuk menjerat mangsa.... malangnya jika kite ni kaki perempuan... teruknya jika kita ni mata duitan..
bukan itu je.. kita sedar x  musuh org Islam ni ramai.. sedar x ni?

-syaitan+dajjal -the most enemy (mastermind)
-nafsu- inner evil
-org kafir harbi (yg berperang n benci+dengki dgn islam)
-org munafik (nampak luar je islam.. tapi hati die benci gile islam.. dalam senyap2 buruk2an islam di belakang org islam)

banyak musuh ISLAM.. Muslims must aware of them..
kenapa kita malu nak buat baik.. tapi x malu nak buat dosa..

kenapa hati kite keras sangat.......

kenapa..


kenapa saudara2 kita masih leka....
kita melihat indahnya dunia fana ini.. 
kite tenggelam dalam nikmat dunia..
tapi itu sebenarnya perangkap...
perangkap yang akan menyebabkan kita sengsara di akhirat nanti.. 


bukalah mata hati...
bukalah mata hati....
apa gune dua mata kite celik..tetapi tak mampu melihat cahya kebenaran yang terbentang di hadapan kite... 


hanya kerana kita pelupa.. jadi mari kita ingatkan bersama...


sampai bila nak macam ni! 
tak nak berubah kepada yg lebih baik..


sedih pilu hati kecil ini..

Tuesday, January 25, 2011

Aku Dan... SweaTer..

"kenapa pakai sweater? tak panas ke"..soalan itu menyinggah ke telingaku.
acapkali aku di ajukan dengan pertanyaan sedemikian.. acapkali..ya, mungkin lebih daripada 4 kali. kalau dahulu, semasa di asasi kelantan, orang mengenaliku kerana aku sering memakai jubah biru ala-ala kain jeans. jubah itu tebal kainnya dan besar. Setelah melangkah kaki ke Kampus induk, aku gemar memakai sweater. Kemana-mana sahaja aku pasti memakainya. Pernah juga sekali dua aku tidak memakainya..terasa asing  dan kekok..

barangkali penampilan ku ini mengundang kemusykilan.. Iyalah di negara malaysia yang beriklim panas dan lembab ini, buat apa la nak pakai baju tebal2. Bukannye sejuk sangat pon macam negara bersalji tu.. Panas. Terik. Hujan pun tidakla sesejuk mana. Namun..jawapanku.. "dah biasa.. fesyen/ trend sendiri kot. selesa rasa selamat".Malas nak terang panjang-panjang.  Sesuatu yang kita minat dan suka, kadang-kadang tidak memerlukan jawapan atau penjelasan. Hanya kerana kita suka. Tidak menjadi masalah buat diri sendiri, apa yang nak dihairankan. Tak kisahlah kalau orang nak gelarkan aku "girl with sweater of the year".. pasrah je..
Sbb yang paling utama.. aku berusaha memakai pakaian yang menutup aurat. Dalam diam, aku bersyukur aku tidak seperti gadis-gadis cun yang berpinggang ramping, perasaan untuk bergaya over dan pakaian yg menjolok mata aku bisa hindari..InsyaAllah. Ia suatu rahmat.. Alhamdulillah.. biarpun aku begini, Allah masih memberi aku kekuatan..Mudah2an istiqomah.

Mudah-mudahan..
hidup di dunia yang penuh dugaan dan godaan ini..
sangat perlu kuat.. 
sangat perlu kuat..
aku bukanlah sealim alim ulamak yang menfatwakan hukum hakam
bukan jua seutuh peribadi Rabiatul Adawiyah wanita sufi,
aku hanya seorang insan biasa 
yang hidup di dunia yang penuh korupsi ini..

berbalik kepada sweater tadi.. 
jika ada yang menanyakan soal pemakaian..
pernah kah org bertanya kepada satu golongan yang lain..
begini.."kenapa pakai baju seksi mcm ni?"
"kenapa pakai tudung nampak jambol2 nie?"
"kenapa free hair?"
"kenapa pakai skirt je?"

saya yakin tak ramai boleh menanya soalan macam ni..
antara sebab, memang sudah ramai golongan yang sebegini pada abad ni..
justeru benda yang pelik sering dipersoalkan..

apa-apapun... HIDAYAH milik ALLAH............

jika hari ini seksi..
esok lusa tak mustahil dialah hamba Tuhan yang paling tawaduk.
oleh itu, bila hidayah dan petunjuk ALLAH datang..
janganlah kita berpaling dariNYA...

sweater...
kesimpulan: saya memang suke pakai sweater.^^,

Friday, January 21, 2011

Aku Dan...Life..

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh alfarabi23.blogspot.com..
semoga kau sihat2 saje ye.. lama juge la aku tak menaip-naip di lembaran maya ini. Malas. Tak de idea. Nak copy paste artikel orang boleh je, tapi tak terbuat la. nak Share information pon, rasenya ada banyak je lagi saluran2 lain yg orang ramai boleh cari kan..

B.L.O.G--> kitalah reporter, kitelah penulis, kitelah penyunting, kitelah photographer, kitelah yang publish..dan kite juge la yang baca.. hehe.. sendirian berhad. all we doing by our own. baca sendiri pon ok je. macam ala-ala diari elektronik ..

sejak 2-3 hari kebelakangan ni, rasa macam tak best jer. tak tahuler kenapa. boring la..telefon rumah pon jarang-jarang. banyak habiskan masa dengan housemates yang bermacam-macam kerenah dan cerita-cerita. Ada yang sedih,ada yang lucu. Seronok duduk dgn kawan-kawan ni. Boleh sharing together.  minggu lepas aku dan roomate, safa.. bertungkus lumus renovate bilik kitorg. Penat tahap band 4, tak usah nak kata la.. hehe.. pegi shopping beli barang2 utk bilik lagi, penat kaki ni berjalan2 kat kota raya minggu lepas.. Alhamdulillah bilik kitorg dah chantek la than before.. decorate lawa2 cket.  All praise to Him. 

tapi aku rasa bosan.. kenapa ye.. bosan dengan apa yang kite buat skrg.. 
sama jer.. macam mana nak mevariasikan aktiviti.

one more thing.. ah.. impian yang masih belum tercapai.. tak tahula nak tercapai bila.. bila start je..tak sampai 2-3 hari..back to normal.. tak boleh la nak konsisten.. :'(.. ah.. tensyen al stress... rm248.00 dah dibelanjakan tapi result xde.. maafkan aku wahai diri.. mungkin aku selesa begini.. walau payah, walaupun nnti akan diejek dan diperli.. ah..aku peduli apa.. 

sekian.. (>_<)...
emo-emo-emo...

Wednesday, January 12, 2011

Pudarnya Cinta..


sesuci dan selembut kucing ini..


Warna-warna cinta,
Yang terlukis di hatimu,
Sematkanlah senyuman..
Agar mewarnai.. jiwamu yang tulus..
Seperti sang pelangi..selepas gerimis..

@>--- kredit kepada penyanyi nasyid lagu di atas.

Memang cinta itu indah. Memang cinta itu membawa 1001 senyuman. Memang cinta itu mewarnai hati yang kusam.  Ikhlas, Suci dan Murni. Segalanya tampak tersangatlah indah. Ceria.

Setelah sekian lama… Cinta yang di anggap cantik, menawan dan indah bak mutiara itu mulai lusuh warnanya. Pudar. Hilang bau wanginya. Kelam dan Kusam. Hilang cerianya.

Cinta tadi berakhir dengan 1001 ganda dua kelukaan dan keperitan. Cinta tidak lagi menjadi penawar hati pilu dek tercabut lukisan cinta pada hati. Untuk apa bercinta tetapi menyakitkan?

Buanglah cinta itu. Ia palsu. Ia khianat. Ia durjana kerana  cinta yang di bina itu merobohkan benteng agama. Kerana cinta itu terlaknat tanpa sebarang ikatan suci. Kerana cinta itu mengenepikan titah Tuhan dan titah RasulNya.

Nah.. memang tepat sekali andai ianya hancur. Tuhan tidak meredhai. Lantas, apa lagi yang hendak digapai. Renungkan diri, carilah ERTI CINTA SEBENAR. Tatapilah kalam cintaNYA.. 

Serta, Yakinlah cinta itu tidak akan menemui ketenangan andai  di mulai dengan salam berbaur kenistaan.


Tuesday, January 4, 2011

Hanya Coretan....

aku masih di sini..
seperti hari-hari semalam..
menjalani layar hidup yang berbaki...
..menumpang bahagia melihat org2 di sana bahagia.. 


25 disember: petang,
semasa zohor, selepas memberi zihan buku2 anatominya, aku bergegas mahu pulang ke rumah. sejenak aku singgah ke kedai runcit, saja mahu mencari-cari si dia yg sudah lama aku perhatikan sejak minggu tersebut.. hurm. tiada! aku bertanyakan kepada tuan punya kedai, kalau2 dia menemukannya.. namun tiada jawapan yg membantu.. aku  terus saja mahu pulang, berjalan ke arah lif..Tiba-tiba mataku tertancap pada susuk tubuh kecil nan hitam berbaring di tepi dinding berdekatan dengan lif. Tubuh kecilnya kebasahan, dan ianya tidur dalam kenyenyakan, tetapi hatiku tidak sampai hati melihatnya begitu.. Lantas aku mengangkatnya, ia terjaga.. dan badannya sedikit mengigil. Sejuk. ya.. ia kesejukan.. tanpa berfikir panjang, aku membawanya pulang ke rumah sewa ku yang berada di tingkat 6. 

dialah.. si kecil, anak kucing yang bewarna hitam, usianya mungkin antara 2-4 minggu..
ia lapar.. lalu aku beri ia sedikit susu dan makanan.. ku letak ia di dalam kotak kasut yang berlapikkan surat khabar dan kain agar mengubati kesejukannya.. lalu aku menelefon ibuku, memberitahu hasrat utk pulang bersama seekor kucing yang kesepian. Oh.. ayahku pulang kerja lewat malam.. jadi, aku harus tunggu saja dirumah.. ayah dan ibu akan menjemputku pulang nanti..

kire2 jam 12.30 malam, mereka sampai.. dan kami pon pulang ke rumah..gembiranya saya kerana dapat membawa pulang seekor kucing.. tak sabar mahu lihat ianya sihat membesar! si comel..aku merinduimu..

30 Disember- pulang ke rumah kerana cuti umum dan hujung minggu.. Alangkah hepinya, kucing ku sudah pandai berlari2 dan bermain.. seronok.. comel.. sudah gemuk. hehe.. bulunya sudah gebu2.. meow2..ia berbunyi.  matanya bulat memandang.. comelnya, membuatkan aku sungguh bahagia,
tetapi.. alahai.. taiknya semakin bau la. hehe.. kerana sudah pandai makan nasi dan ikan...:P semoga cepat membesar dengan comel ya.. aku ingin bermain lagi denganmu tam2.. 

dalam kegembiraan itu.. 
terselit rasa rindu..
andai saja si tatam, kucingku yg tidak pulang2 itu ada..
..i miss u tatam... 
smoga kau akan kembali juge.. 
lihatlah.. aku punya lagi seekor tatam kecil yang baru..
namun aku tetap jua merindui tatam yg dulu.. 

-when the time is come.. we cannot stop it..-