Tuesday, January 4, 2011

Hanya Coretan....

aku masih di sini..
seperti hari-hari semalam..
menjalani layar hidup yang berbaki...
..menumpang bahagia melihat org2 di sana bahagia.. 


25 disember: petang,
semasa zohor, selepas memberi zihan buku2 anatominya, aku bergegas mahu pulang ke rumah. sejenak aku singgah ke kedai runcit, saja mahu mencari-cari si dia yg sudah lama aku perhatikan sejak minggu tersebut.. hurm. tiada! aku bertanyakan kepada tuan punya kedai, kalau2 dia menemukannya.. namun tiada jawapan yg membantu.. aku  terus saja mahu pulang, berjalan ke arah lif..Tiba-tiba mataku tertancap pada susuk tubuh kecil nan hitam berbaring di tepi dinding berdekatan dengan lif. Tubuh kecilnya kebasahan, dan ianya tidur dalam kenyenyakan, tetapi hatiku tidak sampai hati melihatnya begitu.. Lantas aku mengangkatnya, ia terjaga.. dan badannya sedikit mengigil. Sejuk. ya.. ia kesejukan.. tanpa berfikir panjang, aku membawanya pulang ke rumah sewa ku yang berada di tingkat 6. 

dialah.. si kecil, anak kucing yang bewarna hitam, usianya mungkin antara 2-4 minggu..
ia lapar.. lalu aku beri ia sedikit susu dan makanan.. ku letak ia di dalam kotak kasut yang berlapikkan surat khabar dan kain agar mengubati kesejukannya.. lalu aku menelefon ibuku, memberitahu hasrat utk pulang bersama seekor kucing yang kesepian. Oh.. ayahku pulang kerja lewat malam.. jadi, aku harus tunggu saja dirumah.. ayah dan ibu akan menjemputku pulang nanti..

kire2 jam 12.30 malam, mereka sampai.. dan kami pon pulang ke rumah..gembiranya saya kerana dapat membawa pulang seekor kucing.. tak sabar mahu lihat ianya sihat membesar! si comel..aku merinduimu..

30 Disember- pulang ke rumah kerana cuti umum dan hujung minggu.. Alangkah hepinya, kucing ku sudah pandai berlari2 dan bermain.. seronok.. comel.. sudah gemuk. hehe.. bulunya sudah gebu2.. meow2..ia berbunyi.  matanya bulat memandang.. comelnya, membuatkan aku sungguh bahagia,
tetapi.. alahai.. taiknya semakin bau la. hehe.. kerana sudah pandai makan nasi dan ikan...:P semoga cepat membesar dengan comel ya.. aku ingin bermain lagi denganmu tam2.. 

dalam kegembiraan itu.. 
terselit rasa rindu..
andai saja si tatam, kucingku yg tidak pulang2 itu ada..
..i miss u tatam... 
smoga kau akan kembali juge.. 
lihatlah.. aku punya lagi seekor tatam kecil yang baru..
namun aku tetap jua merindui tatam yg dulu.. 

-when the time is come.. we cannot stop it..-

No comments: