"kenapa pakai sweater? tak panas ke"..soalan itu menyinggah ke telingaku.
acapkali aku di ajukan dengan pertanyaan sedemikian.. acapkali..ya, mungkin lebih daripada 4 kali. kalau dahulu, semasa di asasi kelantan, orang mengenaliku kerana aku sering memakai jubah biru ala-ala kain jeans. jubah itu tebal kainnya dan besar. Setelah melangkah kaki ke Kampus induk, aku gemar memakai sweater. Kemana-mana sahaja aku pasti memakainya. Pernah juga sekali dua aku tidak memakainya..terasa asing dan kekok..
barangkali penampilan ku ini mengundang kemusykilan.. Iyalah di negara malaysia yang beriklim panas dan lembab ini, buat apa la nak pakai baju tebal2. Bukannye sejuk sangat pon macam negara bersalji tu.. Panas. Terik. Hujan pun tidakla sesejuk mana. Namun..jawapanku.. "dah biasa.. fesyen/ trend sendiri kot. selesa rasa selamat".Malas nak terang panjang-panjang. Sesuatu yang kita minat dan suka, kadang-kadang tidak memerlukan jawapan atau penjelasan. Hanya kerana kita suka. Tidak menjadi masalah buat diri sendiri, apa yang nak dihairankan. Tak kisahlah kalau orang nak gelarkan aku "girl with sweater of the year".. pasrah je..
Sbb yang paling utama.. aku berusaha memakai pakaian yang menutup aurat. Dalam diam, aku bersyukur aku tidak seperti gadis-gadis cun yang berpinggang ramping, perasaan untuk bergaya over dan pakaian yg menjolok mata aku bisa hindari..InsyaAllah. Ia suatu rahmat.. Alhamdulillah.. biarpun aku begini, Allah masih memberi aku kekuatan..Mudah2an istiqomah.
Mudah-mudahan..
hidup di dunia yang penuh dugaan dan godaan ini..
sangat perlu kuat..
sangat perlu kuat..
aku bukanlah sealim alim ulamak yang menfatwakan hukum hakam
bukan jua seutuh peribadi Rabiatul Adawiyah wanita sufi,
aku hanya seorang insan biasa
yang hidup di dunia yang penuh korupsi ini..
berbalik kepada sweater tadi..
jika ada yang menanyakan soal pemakaian..
pernah kah org bertanya kepada satu golongan yang lain..
begini.."kenapa pakai baju seksi mcm ni?"
"kenapa pakai tudung nampak jambol2 nie?"
"kenapa free hair?"
"kenapa free hair?"
"kenapa pakai skirt je?"
saya yakin tak ramai boleh menanya soalan macam ni..
antara sebab, memang sudah ramai golongan yang sebegini pada abad ni..
justeru benda yang pelik sering dipersoalkan..
apa-apapun... HIDAYAH milik ALLAH............
jika hari ini seksi..
esok lusa tak mustahil dialah hamba Tuhan yang paling tawaduk.
oleh itu, bila hidayah dan petunjuk ALLAH datang..
janganlah kita berpaling dariNYA...
sweater...
No comments:
Post a Comment