Thursday, February 27, 2014

Johor dan Kebaikannya, Satu Kajian

kucing malaya mengiow
Salam,

Johor dan Kebaikan, Satu kajian. huh. nampaknya tajuk ni macam ilmiah sangat, berbau tesis-tesis.. tapi sekadar coretan saje. :-P

masuk bulan februari ini sudah 6 bulan saya bermaustautin di negeri johor. Muar, pagoh adalah daerah yang saya diami sekarang.

berada di tempat orang, adalah satu pengalaman yang menarik. Ada yang bagus-bagus, ada yang biasa-biasa, dan ada yang "what the heck!!?" - tak berapa bagus..

It's normal way of life, no one, nobody or even no place in this world is totally perfect. bukan total effect. 

Good Side:

1) Masih kekal hijau dengan alam flora dan faunanya. perjalanan pergi balik dari rumah sewa ke tempat kerja sentiasa tenang kerana kiri dan kanan terbentang luas ladang kelapa sawit. Jalan lurus je.. tak de banyak simpang-simpang sangat.. Bila naik motor tu, mcm rileks je.

2) Makanan Ok je. Masih boleh adaptasi dengan makanan. (cume..pelik eh pisang goreng, keledek goreng, and etc dicicah dengan sambal kicap.. huhu). Kebanyakkan pagoh ni orang jawa, so makanan is not a big problem for me.

3) Harga rumah masih lagi rendah berbanding di KL.. kire ok la kan.. rumah dua tingkat harga rm270 ribu. rumah tak de tingkat boleh dapat dalam rm140 ribu.. (area pagoh la, area johor lain den tak tahu). rumah sewa sekarang pon bulan-bulan rm450. besar, selesa, fully-furnish. 

4) Budaya Qur'an setiap hari Khamis. Ok, yang ini sememangnye bagus. Satu usaha untuk menyemai kecintaan terhadap ayat-ayat Allah. Kalau kat sekolah, murid-murid baca surah dan zikir harian. sangat bagus setakat ini. Sedari kecil lagi kena lah diserapkan dengan agama, jadi bila dah besar nanti takdelah jadi pengkhianat agama.

-kalau kat kelantan, setiap jumaat ada kuliah tok guru nik aziz, memang best! ramai orang datang.. rasanya kat sini boleh jugak buat juga. 

5) ada 1 ekor kucing dan seekor anak beliau yg jadi penghibur di sini. meow. (ini memang super good)

5) secara umumnya, penduduk ramah. 


Not too good:

1) ini sekadar pandangan je lah, tolong jangan kicik hati dan jantung. dan sememangnya jantung saya memang berdebar, bila sebahagian kereta-kereta kat sini suka dipandu laju ..dan gemar potong-memotong amalan mulia. potong 1 kereta tak ape lagi. tapi ini potong 3-4 kereta di hadapan. Caya la! - ini disebabkan jalan yang lurus memudahkan amalan ini dikekalkan.

2) Lori besar-besar suke bersantai kat tepi jalan. menyukarkan pandangan bila dari simpang nak masuk jalan besar.

3) erm... kat pagoh takde KFC la. kene pegi bukit pasir.. jauh huuu...

4) dah lama tak makan roti john.. kat paso malam sini takde roti john rupenyer..

*perkara 3 dan 4 itu tak pasti betul-betul not too good ker? er... 



Sebenarnya mana-mana tempat pon mungkin hampir sama je, 

yang berbezanya adalah pandangan dan cara kita menerima sesuatu dalam kehidupan.

hujan panas dinegeri orang,
tak semestinya hujan panas dinegeri sendiri,
sebab ramalan cuaca berbeza,
di seluruh negara.

miss selangor. in heart. peace.

Wednesday, February 26, 2014

Seandainya Engkau Perempuan...

"kecantikanmu bukan milik umum.."


saya harap mereka berubah kearah kebaikan:

berhijab,

berhijab,

berhijab,

saya akui..

kecantikan mereka, wajah mereka, tubuh mereka, keanggunan mereka, keayuan tutur kata and what so ever..

saya tahu, bila seseorang tu berubah, dia akan menjadi lebih baik, lebih mulia .. kerana nikmat penghijrahaan yang Allah bagi...

terharunya bila ustaz ebit lew penah berkata dalam rancangan dikir zikir, tv Al-hijrah..

-nabi muhammad, para sahabat..dan orang dahulu bersusah payah nak bawa Islam kepada kita (generasi sekarang), mereka sanggup mati demi agama Islam (agar tersebar di dunia).. tetapi kita (hari ini) senang sekali menghancurkan Islam.-

sedih tau.

sedih.

para wanita, tolongla.. 

tutup auratmu yang cantik dipandang itu. tubuh kamu bukan untuk tontonan umum..

ya Allah.. bagaimana lagi hendak disampaikan..

hanya Allah je yang memegang hati-hati kami.

buka kanlah pintu hati kami agar menerima kebenaranMu.

Sunday, February 23, 2014

Sudah 27 Tahun hidup!


teringinnya nak makan pizza yang lazat nii.. nyummmm..

hari ini genap umurku 27 tahun..

alhamdulillah!

may Allah always bless me...

till the end of my life..

amin :)

what a wonderful world..  my present!

Saturday, February 22, 2014

My Diary.. Naruto Read it?

''i'm your hero''

-Diari Maya Ku-


kadang-kadang..
bila duduk diam-diam depan laptop,
duduk senyap-senyap,
sambil dengar lagu kegemaran,
sambil menyelak-nyelak helaian blog maya ini,

timbul satu 'feeling'
perasaan yang ..'oh.. aku dah besar..'
'oh.. mcm nie eh aku dulu.. haha'
'oh..poyo nye aku tulis ni..'
kerana..
aku sedar..

dah 6 tahun..
6 tahun ...
blog ini bernafas..
sedikit sebanyak memori aku tersimpan disini..

walaupun hanya aku sahaja yang selalu menghayatinya,
(pasai.. mana ada orang review sangat.. hehe)
tapi aku bangga,
dapat mencoretkan sesuatu di kanvas elektronik ini.
aku dapat lihat peralihan zaman,
variasi kenangan,
dan seribu macam perasaan..
bermula dari 2009, tahun ke-2 aku kat UM..
sampai la sekarang.. aku kembali ke sekolah..

*haha..
itula.. dah besar pon kene pegi sekolah~
mengadap budak-budak kecik yang telatahnya tiada berkesudahan,
nasib baik comel-comel..*

selagi nafas belum tamat,
selagi kiamat belum datang,
ini lah blog di sepanjang lembaran maya ini..
akan ku kenang sampai mati.

Bakatku dalam menulis diari telah dikesan sejak aku berumur 9 tahun. wow..
kecik-kecik dah pandai tulis diari.
 Penuh dan sarat  dengan cerita harian dari awal tahun sampai akhir tahun.
tapi bila dah makin tua.. bnyk je yang kosong.. 

that's it.

hmm, tengok sapa yang tengah baca buku diari aku tu?

uzumaki naruto..
dia tengah baca sambil senyuman terukir di mulutnya... kiki..


-sayonara-

Kerana dia Musafir


apa yang jauh?
masa.

apa yang dekat?
mati.

apa yang bertambah?
angka usia.

kini,
dia menjauh dari masa,

kini,
dia mendekati saat mati.

dan kini,
angka usianya mengenap ganjil.

saban tahun,
tarikh itu setia di situ,
seolah tersenyum,
menanti harinya,

ia hanyalah sebuah angka,
yang membuka ruangan,
terhadap sebuah kelahiran,
dari rahim ke dunia.

disitu, 
bermulalah satu kembara,
yang semakin jauh jejak dari masa lalu,
menuju destinasi abadi.

esok..
fasa baru menjengah
era 27! teruskan kembara

kerana
musafir itu
takkan berhenti
sebelum 
tiba nokhtahnya










Tuesday, February 18, 2014

Contoh Laporan Kem Bestari Solat 2013



Kem Bestari Solat. Tak ku sangka teramat la simple sekali laporan Kem Bestari Solat sekolah yang kudiami sekarang ini. Lagi ringkas, lagi mudah. Kalau masa praktikum kat sekolah lama dulu, panjang Laporannya. tapi yang ini ringkas je, contoh yg tahun 2013 punye. format SPSK baru. Enjoy~


PK01/3

LAPORAN PROGRAM KEM BESTARI SOLAT
TAHAP 1 – SIRI 3


  1. Tarikh / Hari                : 26 Oktober 2013 / Sabtu

  1. Masa / Tempat             : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari / Dewan Budiman SKPR

  1. Objektif                       : -Melaksanakan solat fardhu 5 waktu dengan sempurna bermula                                       dengan wudhu’ dan perlakuan solat.
  -Murid dapat membaca dan menghafaz bacaan dalam  solat dengan      betul
                                       
  1. Sasaran                        : Murid Islam tahun 1 - 3

  1. Butiran aktiviti            :

8.00 pagi                     : Murid berkumpul di dataran perhimpunan/pendaftaran
8.15 pagi                     : Murid masuk ke dalam dewan- KBS (latih tubi perlakuan wudhu’,   niat dan perlakuan solat serta bacaan solat.
9.00 pagi                     : KBS Aktiviti berkumpulan ( Amali Wudhu’)
9.30 pagi                     : Rehat
10.00 pagi                   : KBS (Amali Solat)
12.00 t/hari                  : Bersurai

  1. Penilaian Program       :

6.1  Kekuatan Program: - Mendapat kerjasama daripada fasilitator yang dilantik
- Mendapat sokongan ibu bapa, kehadiran murid bertambah baik.                                                                                      

6.2 Kelemahan Program: -Kekurangan fasilitator

6.3 Cadangan Penambahbaikan : Pihak sekolah perlu melantik lebih ramai fasilitator untuk membantu semasa pelaksanaan program dan penilaian prestasi murid.

  1. Dokumentasi Bergambar : Rujuk Lampiran


Disediakan :                                        Disemak :                                            Disahkan :




………………………                        …………………….                           …………………..





selamat ber'KBS'.. eh.. peruntukan belum dapat lagi~ tunggu..

Gambar Pertandingan Mewarna Sekolah Rendah



(klik untuk beso kan..)


14 januari 2014 = Maulidur rasul

30 januari 2014 = Sambutan Maulidur rasul peringkat sekolah.

pada masa yang sama sekolah turut mengadakan Pertandingan sempena MTQ (peringkat sekolah).
terdapat pelbagai acara yang dipertandingan, antaranya pertandingan mewarna.

ok. gambar2 kat atas tu memang bukan hasil tangan sendiri la.. of course la cari kat internet.. hehe.. gambar atas ni memang cantik dan menarik.. sesuai la untuk murid-murid tahun 1-3 mewarna.

selamat mewarna!

opss.. pertandingan dah lama tamat :-p

Cikgu Garang!

"roaaarr!!!"

Rukun Iman ada 6 :

1) beriman kepada ALLAH
2) beriman kepada MALAIKAT
3) beriman kepada KITAB
4) beriman kepada RASUL
5) beriman kepada HARI KIAMAT
6) beriman kepada QODO' DAN QODAR

Kesan beriman kepada rukun Iman:

1) disayangi Allah
2) mendapat pahala
3) jiwa tenang
4) iman kukuh

Akibat tidak beriman kepada rukun Iman:

1) dibenci Allah
2) sesat dalam kehidupan
3) iman lemah
4) murtad

tajuk Ulum: ibadah , tahun 1- minggu ke-8.

fuh.

nampak macam simple kan?
tapi.. mengajar budak2 comel tahun 1, bukanlah sesimple yang disangka..

dengan usia pengalaman mengajar yang baru setahun bayam ini, memang masih banyak yang perlu diperbaiki dan diperhalusi.

murid2 tahun 1 ni, masih lagi 'leka' dengan dunia mereka.. terbawak-bawak sikap masa prasekolah.
manja, suka mengadu, ada yang diam je... pandang kite pon mcm xde perasaan, ada yang nakal, ada yang sikit2 nak pi tandas.

masa mengajar ni, kene pandai tarik perhatian... sekejap je boleh boring.. aih..

nak tak nak, kene jugak jadi garang sekejap.. biar mereka tak main2 dalam kelas.. sesekali buat lawak juge, jadi tak dela kelas tu stress sangat...

ha.. kalau nakal sikit, adalah 'hadiah' nye.. tak besar pon.. kecik jer.. biar ingat sikit. tak mau main2 masa tengah belajar.

nak kata garang, xde la garang sangat.

tapi, guru GPI memaaang garang. garang bertempat la. but then, murid akan dengar cakap.. secara automatik kelas pon terkawal.

any objections?



Thursday, February 6, 2014

Sweet Couple

 sweet couple <3 p="">
i drew it 2 couple years ago.
when will this happen?
:)