Thursday, February 27, 2014

Johor dan Kebaikannya, Satu Kajian

kucing malaya mengiow
Salam,

Johor dan Kebaikan, Satu kajian. huh. nampaknya tajuk ni macam ilmiah sangat, berbau tesis-tesis.. tapi sekadar coretan saje. :-P

masuk bulan februari ini sudah 6 bulan saya bermaustautin di negeri johor. Muar, pagoh adalah daerah yang saya diami sekarang.

berada di tempat orang, adalah satu pengalaman yang menarik. Ada yang bagus-bagus, ada yang biasa-biasa, dan ada yang "what the heck!!?" - tak berapa bagus..

It's normal way of life, no one, nobody or even no place in this world is totally perfect. bukan total effect. 

Good Side:

1) Masih kekal hijau dengan alam flora dan faunanya. perjalanan pergi balik dari rumah sewa ke tempat kerja sentiasa tenang kerana kiri dan kanan terbentang luas ladang kelapa sawit. Jalan lurus je.. tak de banyak simpang-simpang sangat.. Bila naik motor tu, mcm rileks je.

2) Makanan Ok je. Masih boleh adaptasi dengan makanan. (cume..pelik eh pisang goreng, keledek goreng, and etc dicicah dengan sambal kicap.. huhu). Kebanyakkan pagoh ni orang jawa, so makanan is not a big problem for me.

3) Harga rumah masih lagi rendah berbanding di KL.. kire ok la kan.. rumah dua tingkat harga rm270 ribu. rumah tak de tingkat boleh dapat dalam rm140 ribu.. (area pagoh la, area johor lain den tak tahu). rumah sewa sekarang pon bulan-bulan rm450. besar, selesa, fully-furnish. 

4) Budaya Qur'an setiap hari Khamis. Ok, yang ini sememangnye bagus. Satu usaha untuk menyemai kecintaan terhadap ayat-ayat Allah. Kalau kat sekolah, murid-murid baca surah dan zikir harian. sangat bagus setakat ini. Sedari kecil lagi kena lah diserapkan dengan agama, jadi bila dah besar nanti takdelah jadi pengkhianat agama.

-kalau kat kelantan, setiap jumaat ada kuliah tok guru nik aziz, memang best! ramai orang datang.. rasanya kat sini boleh jugak buat juga. 

5) ada 1 ekor kucing dan seekor anak beliau yg jadi penghibur di sini. meow. (ini memang super good)

5) secara umumnya, penduduk ramah. 


Not too good:

1) ini sekadar pandangan je lah, tolong jangan kicik hati dan jantung. dan sememangnya jantung saya memang berdebar, bila sebahagian kereta-kereta kat sini suka dipandu laju ..dan gemar potong-memotong amalan mulia. potong 1 kereta tak ape lagi. tapi ini potong 3-4 kereta di hadapan. Caya la! - ini disebabkan jalan yang lurus memudahkan amalan ini dikekalkan.

2) Lori besar-besar suke bersantai kat tepi jalan. menyukarkan pandangan bila dari simpang nak masuk jalan besar.

3) erm... kat pagoh takde KFC la. kene pegi bukit pasir.. jauh huuu...

4) dah lama tak makan roti john.. kat paso malam sini takde roti john rupenyer..

*perkara 3 dan 4 itu tak pasti betul-betul not too good ker? er... 



Sebenarnya mana-mana tempat pon mungkin hampir sama je, 

yang berbezanya adalah pandangan dan cara kita menerima sesuatu dalam kehidupan.

hujan panas dinegeri orang,
tak semestinya hujan panas dinegeri sendiri,
sebab ramalan cuaca berbeza,
di seluruh negara.

miss selangor. in heart. peace.

No comments: