Saturday, February 22, 2014

Kerana dia Musafir


apa yang jauh?
masa.

apa yang dekat?
mati.

apa yang bertambah?
angka usia.

kini,
dia menjauh dari masa,

kini,
dia mendekati saat mati.

dan kini,
angka usianya mengenap ganjil.

saban tahun,
tarikh itu setia di situ,
seolah tersenyum,
menanti harinya,

ia hanyalah sebuah angka,
yang membuka ruangan,
terhadap sebuah kelahiran,
dari rahim ke dunia.

disitu, 
bermulalah satu kembara,
yang semakin jauh jejak dari masa lalu,
menuju destinasi abadi.

esok..
fasa baru menjengah
era 27! teruskan kembara

kerana
musafir itu
takkan berhenti
sebelum 
tiba nokhtahnya










No comments: