Saturday, February 14, 2009
Molekul yang Menawan..
mutia: wah..cantiknya gambar-gambar ni, dari mana awak dapat?
auliaa: saya cari kat internet je, boleh tahan la kan, cantik2..
mutia: ni mcm gambar salji je.. tapi nape mcm-mcm bentuk ade?
mutia: erm, mmg mcm gambar molekul salji yang kita selalu tgk tu kan.. tapi gamba yang saya amik ni bukan gambar salji..
auliaa: habis tu? gamba apa?
mutia: ni gambar molekul air..
auliaa: yeke.. peliknya, saya ingatkan air tu air la..xtahu pon ade bentuk2 gini..
mutia: bukan begitu, ini gamba molekul air apabila dilihat dibawah mikroskop.. tapi saya tak pasti pulak guna mikroskop cahaya or elektrik.. tapi yang penting bukan gamba air yang dilihat dengan mata kasarlah..
auliaa: eh,.. mata pon ada kasar ke.. hehe..gurau je,. jadinya, apa yang istimewanya..
mutia: tentulah istimewa.. cuba bayangkan.. air yang kita selalu lihat mmg mcm biasa je.. tetapi molekul air ni mampu utk berubah menjadi molekul yang cantik ( mcm kat gambar atas) kalo kita tahu cara-caranya..
auliaa: aiseyy.. yeke.. xpernah dengar la pulak..
mutia: ini kerana, setahu saya la kan, melalui pembacaan dan pemahaman saya..
auliaa: wa.. dah berapa banyak buku awak baca.. ?
mutia: eh..tak la. saya just nak kata je.. hee.. gni, menurut kajian seorang doktor dari Jepun dr.emoto kalo xsilap, dalam kajiannya mengatakan, air mampu utk menangkap 'message' yang disampaikan oleh manusia..
auliaa: aik.. mcm tu pulak.. mcm SMS ke..
mutia: bukan gitu.. maksudnya, molekul air ni boleh 'terespon' oleh suara-suara dan ucapan-ucapan yang dikenakan ke atas air-air ni.. bila ia terespon, molekul airnya akan merubah mengikut jenis message tersebut..
auliaa: em.. contohnye?
mutia: ok, saya amik contoh dalam kajian dr.emoto ni, bila ia dikaji.. apabila air di ucapkan ke atasnya perkataan "thank you" or perkataan2 yang baik.. molekul air itu berubah menjadi bentuk-bentuk yang cantik.. tetapi kalo kita sebut " i kill u". "i hate u" pada molekul air tu, ia akan berubah kepada bentuk2 yang x elok atau buruk..
auliaa: oh.. hebatnye.. gtu sekali gamaknye.. maksudnya, air ini akan bertindak balas dengan apa yang manusia ucapkan.. gtu?
mutia: ha'ah gtula yg saya faham.. tapi kan..
auliaa: tapi mengapa?
mutia: saya rasa, sebenarnya dalam ISLAM, dah lama dah kite sepatutnya tahu hal ini kan.. awak tak perasaan ke.. setiap kali kite nak makan or minum kan, kite kene mulakan dengan baca doa..
auliaa: em.. betul juga tu.. haa.. saya dah tahu.. oleh kerana behaviour air yang mampu menangkap ucapan manusia, jika kita baca doa , mestilah ia akan berubah kepada molekul yang cantik kan.. sekaligus akan memberikan ketenangan dan kesihatan kepada kita..
mutia: erm.. betul jugak cakap awak tu, itulah yang saya fikirkan. Dalam Islam, tak kira apa jua pekerjaan, kita hendaklah memulakan dengan nama Allah, di situlah terletaknya keberkatan. dalam kes air tadi tu, cuba bayangkan, kalo dah setakat ucap "thank u", or perkataan2 yang baik-baik pon, air tadi dah berubah jadi cantik, ini kan pulak kalo kita alunkan dengan zikrullah dan nama-nama Allah, sudah tentu bertambah baik kan.. kerana tiada lafaz yang lebih agung, melainkan kalimah2 ALLAH..
auliaa: betulla kata awak tu.. insaf saya.. isk2.. baru saya teringat, kata-kata ust saya masa kat sekolah dulu, ketenangan itu datang sekiranya kita selalu berzikir dan ingat pada Nya kan.. ada dalam ayat quran kan.. saya xingat ayat mana.. dalam firmanNya.. "dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.."..
mutia: ha'ah.. betul tu.. saya pon lupa ayat mana, nanti kite cek dalam quran sama-sama ye. oh ya, dan kerana itu juga, seperti yg kita tahu, badan kita mengandungi 60-70% kandungan air kan, oleh itu memang benarlah ayat tadi dan juga kajian tadi, sekiranya kite selalu zikir dan ingat Allah, dan selalu berkata perkataan yang benar dan tidak berdusta...maka kita akan jadi orang yang baik insyaallah, kerana kandungan2 air dalam badan kite akan selalu mendengar dan menerima kalimah-kalimah yang positif..
auliaa: em, betul, saya sokong kata-kata awak tu.. saya dah faham.
mutia: aa.. masyaallah..subhanaallah.. Maha Suci Allah yang menjadikan setiap sesuatu tu tidak sia-sia..
auliaa: syukran jazilan.. hee..gembiranya hari ni.. daripada gambar molekul ni je.. kita dah dapat hurai dengan agak panjang kan..
mutia: aa.. alhamdulillah.. semoga kita dapat banyak manfaat daripada apa yang kita borak-borak ni, insyaallah..
auliaa: terima kasih ek.. eh, saya nak gambar ni boleh?.. hehe..
mutia: ok.. boleh jah.. :) sila2..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment