Wednesday, February 25, 2009

KENAPA AKU BUAT BLOG??

aku mulakan dengan lafaz..
Assalamualaikum wbt...
selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw, khaatimul anbiya' serta ahli keluarganya.. seandainya Nabi masih hidup.. alangkah gembiranya bagi orang2 yang rindu untuk bersua dengan manusia terhebat ini..masyaallah... walaupun Nabi telah lama wafat, semangat perjuangannya tidak pernah sekali-kali putus....
kenapa aku buat blog? tujuan? apa niat dan qosod?
banyak aku klik blog-blog kawan dan sahabat2 aku.. masyaallah.. madah-madah perjuangan mereka membara-bara, politik Islam. bisnes Islam, isu-isu semasa dan tidak kurang juga ada yang menulis pengalaman-pengalaman yang mereka lalui sehari-hari..
memang!, memang berlainan sekali content dan isi-isi yang mereka tulis.. namun,.apa yang aku dapat simpulkan, mereka semua menulis kerana SATU..INGIN BERKONGSI DAN MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG..seperti mana hadith Nabi, sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada org lain..
pendek kata kerana DAKWAH la..
Method Dakwah kan pelbagai kan...
sapa2 yang bisa berbicara lancar dan fasih itu, dakwah mereka dengan kata-kata (ceramah, menasihat ),
sapa2 yang mahir menulis tu, dakwah mereka lebih pada bidang penulisan.. dan mcm-mcm lagi la..
namun..
namun..
aku tak tahu kalau apa yang aku rasa ini salah, atau memang itulah perasaan yang di alami oleh orang yang biasa-biasa mcm aku ni ( nak kata thiqah, xde la sgt..nak kata warak pon..jauh nye...)
kadang-kadang aku rasa seseorang tu punyala bersusah payah menghias cantik-cantik blognye agar ada yang sudi membaca.. memberi komen.. memberi semangat agar teruskan menulis.. (bukan nak riak) tapi mmg sifat manusia kan hendakkan perhatian dan dorongan (wallahualam, maaf kalau silap). tapi tiada sambutan....... hambar..........
adakah kerana orang yang menulis itu bukanlah orang YANG HEBAT, orang yang Biasa-biasa.. tidak terkenal.. lalu di pandang sepi.... sepi.. sepi...
astaghfirullah al azim..
mungkin..mungkin..
jiwa ini tidak cukup IKHLAS.. kerana mengharapkan balasan selain DIA YANG KUASA...

WASSALAM....

kepada semua kawan dan sahabat! semoga terus thabat dalam perjuangan yang antum perjuangkan!~ amin...........


No comments: