Wednesday, February 11, 2009

Seimbas dan sEkilas pandangan..


seimbas dan sekilas pandangan..
salam harmoni untuk semua.. sekadar untuk berkongsi pengalaman pada ketika ini. Dalam tak sedar, masa berlalu begitu pantas sehingga tidak terasa di bulan Februaru. Pada 10 hb februari lalu, ialah hari jadi ibuku dan juga hari lahir salah seorang sahabat seperjuangan..:-), SeLamat Hari Lahir di ucapkan (hehe.. ibu baca ke blog anaknye ni.. xpola..:P )
kepada ayah dan ibu, terima kasih banyak2 di atas segala pengorbanan.. dan pada ketika ini, penulis menyedari, ayah dan ibulah yang bisa menerima diri, sama ada baik atau buruk.. berusaha sedaya upaya untuk memberi yang terbaik buat anaknya yang satu ini. Biarpun penulis tahu, banyak cabaran di dalam hidup kami sekeluarga... em.. namun ibu dan ayah tak pernah membenci anaknya ini.. memanglah ada ketikanya, mereka marah dan tegur itu, tapi penulis tahu itu antara tanda kasih sayang mereka.. :-).. baru penulis tahu... walaupun ada rakan-rakan, kadang-kadang rakan-rakan ada juga yang tidak memahami...... terguris.. tetapi ibu dan ayah lain, mereka tetap di hati..walaupun jauh di rumah sana.. :).. tetapi penulis tidak menyalahkan erti persahabatan itu 100% sekiranya ade yang terguris hati..lumrah la tu, dalam hubungan ade pahit manis.. kerana penulis sedar, penulis insan biasa.. yang selalu kalah dengan perasaan dan emosi.... em.. sekiranya ade hati-hati yang terguris, kemaafan dipinta.. @>---- penulis tidak termampu ucapkan dengan kata-kata.. kerana penulis kadang2 tahu, ia berpunca dari kelemahan diri ini sendiri..

er.. mcm luahan hati la pulak.. aiseyy...

Apa yang menariknya, pada bulan februari ini ramai yang akan selalu ingat akan tarikh 14 februari ( sambutan hari kekasih ), n sebagai orang yang dikurniakan nikmat Islam, rasanya kita sudah maklum bahawa kita tidak sepatutnya menyambut dan merayakan Hari Kekasih ini, kerana ia merupkan salah satu perayaan masyarakat kristian. Seterusnya, apa yang penulis maklum dan tahu.. pada 12 februari itu, ialah ulang tahun kewafatan seorang pejuang Islam yang terkenal di seluruh dunia, iaitu as-syahid imam hassan al Banna.. sudah tentu ramai yang telah mengenali beliau. Nama dan perjuangan beliau sering disebut-sebut dan menjadi motivasi dan pemangkin kepada pejuang-pejuang agama Allah pada abad ini. Subhanallah.. Begitulah, penulis sedar, insan yang selalu melakukan amal kebajikan dan selalu berjuang di jalan Allah, akan selalu dikenang dan disebut2 mengenainya.. bukan sahaja menjadi sebutan penghuni bumi, malah menjadi sebutan penghuni langit juga..

baru-baru ini juga, penulis telah mengikuti satu program disuatu tempat. Pada hari terakhir program tersebut, penulis telah dihidangkan dengan sebuah filem, perjalanan seorang pejuang Islam yang sangat popular di Indonesia.. "Sang Murobbi". Sang Murobbi merupakan seorang pendakwah yang sangat unggul peribadinya. Lontaran kata-kata nasihat dan peringatan (tazkirah) daripada beliau telah menarik ramai pemuda pemudi untuk mengikuti pengajian agama beliau. Seorang aktivis dakwah yang berjaya menubuhkan sebuah gerakan Islam di Indonesia. Namun, pada babak terakhir filem itu, menunjukkan saat-saat pemergian seorang tokoh aktivis dakwah yang terkenal itu. Beliau meninggal dunia kerana jatuh sakit. Ramai penyokong2 dan pendokong2 beliau membanjiri jalan-jalan untuk menghantar jenazah ke kubur pada ketika itu. Perasaan sebak tiba-tiba muncul melihat babak berkenaan, ( ia bukan 1 babak lakonan, tetapi situasi sebenar pada waktu itu), .. dalam hati penulis berkata,, cepatnya pendakwah tersebut mendapat panggilan dari Penciptanya..segala pengorbanan dan perjuangan yang ditinggalkan oleh beliau akan tetap disambung oleh generasi2 terkemudian ( seperti rantai-rantai perjuangan). Semoga Allah akan merahmati beliau.. mengenang Syeikh Tarbiyah, Allahyarham Ustz Rahmat Abdullah.. (1953-2005, pengasas PKS)


No comments: