Friday, February 20, 2009

Kebersamaan dalam Perbezaan..(various of religions)



malam itu cukup sunyi, hanya sesekali kedengaran bunyi kenderaan bermotor melampiaskan dentuman enjinnya. vRooom..vRoOoom.. sedikit riuh memecah suasana.. malam itu agak letih sedikit. Perasaan gembira di hati, tidak sia-sia juga aku hadiri ceramah antara agama tadi.. bukan ceramah la sebenarnya, but something to share together with other religion.. seminar perbandingan agama!~ aa. yup that's the exactly the name of the programme. . sangat tidak sedikitlah maklumat2 yang aku dapati tentang agama-agama lain disamping Islam seperti buddha, kristian dan hindu mengenai pemeliharaan alam sekitar/enviroment mengikut sudut pandang agama masing-masing. secara ringkasnya, aku nukilkanlah sedikit mengenai apa yang aku dengar dan faham pada seminar yang berlangsung tadi..but, sebenarnya, telinga ini lebih banyak mendengar daripada tangan yang menulis.. malas pulak nak tulis masa tu.. hee

Hindu:

Alam ini dicipta oleh Tuhan. cinta ialah Tuhan ( love is God). maknanya, agama hindu ini mengajar pengikutnya agar saling kasih mengasihi, sayang menyayangi ( sweet nye..).. serta tidak boleh ade perasaan benci antara satu sama lain. Oleh yang demikian, mereka dilarang sama sekali merosakkan alam dan dilarang membunuh semua makhluk yang bernyawa hatta lipas sekalipun.. Kerana itu jugalah, mereka diharamkan untuk menjamah daging.. pada mereka, semua haiwan itu ade roh, tidak boleh dibunuh sesuka hati.. BERDOSA jika membunuh haiwan.. bagi pengikut hindu yang kuat, mereka hanya makan tumbuh2an je (vegetarian). dan lagi satu, agama hindu ini mempercayai kelahiran semula selepas mati, bermaksud mereka yg telah mati akan diberi peluang semula untuk hidup dalam bentuk binatang mahupun pokok2.
satu lagi mengenai pandangan mereka, lembu sangat2 dipandang tinggi daripada manusia itu sendiri. Lembu tidak boleh dibunuh kerana lembu bnyak membantu manusia dalam pertanian dan juga berbakti dalam menyumbang susu-susu..

Buddha..

bab agama buddha ini, aku tak berapa nak hafal sangat. Mereka ada 5 rukun.. tak ingat apa namanya.. susah nak sebut. Mengenai alam sekitar, yes.. mereka sangat kene hormat alam terutamanya pokok-pokok, kerana pokoklah yang banyak beri manfaat seperti tempat berteduh, bekalkan oksigen dan lain-lain. segala kerosakan alam yang berlaku kini adalah disebabkan semata-mata kerana tangan-tangan manusia itu sendiri ( buat kerosakan). dikatakan bahwa, setiap makluk dan alam ini ade connection antara satu sama lain. Bermaksud, kalu seseorang membuat sesuatu perkara (baik atau buruk), ia akan memberi kesan pada seseorang yang lain... dan banyak lagi la. tak ingat sgt

Kristian:

basically, kita tahu bahawa agama kristian ini hampir-hampir sama dengan Islam, cume terdapat perbezaan yang ketara mengenai konsep tauhid. apa-apapun, dalam seminar tadi, pensyarah yang membentangkan tadi mengatakan bahwa, mereka juga percaya bahawa alam semesta ini dicipta oleh satu Tuhan.. menurut tafsiran dari kitab bible nye.. punca kerosakan dan bencana alam berlaku adalah kerana sumpahan Tuhan ke atas muka bumi ini kerana Adam dan Hawa telah melakukuan kesalahan dengan memakan buah yang dilarang oleh Tuhan... wallahualam. sememangnya hampir sama kisah Adam hawa ini, tetapi dalam versi yang berbeza sedikit. Seterusnya juga di jelaskan juga, bahwa dunia ini akan kiamat satu hari nanti.. dan juga menerangkan bahwa, walaupun akan kiamat /musnahnye bumi ini, suruhan pemeliharaan tumbuhan dan haiwan dituntut dan masih lagi dijalankan dengan selari..

bAGAimana pulak dengan pandangan Islam?? erm.. koma cari dan fikirla sendiri.. kepekatan hitam malam ini membuat mindaku agak letih untuk menulis dengan lebih panjang..
apa-apapun, seminar tadi berjalan dengan professional. Masing-masing menyampaikan hujjah-hujjah dengan keadaan baik dan bersemangat..
dan kesimpulannya, pada masa kini, masing-masing perlu KEMBALI kepada agama untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. dan diakhiri perbincangan tentang td, dapat disimpulkan bahawa, tiada satu pun agama didunia ini yang menyuruh penganutnya membuat kerosakan pada alam..wallualam.. :)

1 comment:

Anonymous said...

sebenarnya,rukun agama Buddha terbahagi kepada dua tahap,iaitu tahap penganut biasa spt saya, dan kepada mereka yang tlh meninggalkan hawa nafsu iaitu golongan sami.Org biasa memegang 5 rukun yg dipanggil panca sila.5 rukun2 ni adalah :
1.Hindari mencederakan @ membunuh kehidupan.
2.hindari mencuri@mengambil apa2 tanpa kebenaran.
3.Hindari berzina
4.Hindari berbohong @ mengucapkan kata2 negatif
5.Hindari dari pelbagai bahan perosak minda [arak, dadah, pornografi etc]

utk golongan sami, mereka mempunyai 227 rukun sesuai dgn cara hidup mereka.rukun2 ini tercatat dlm Patimokha.

nak berhubung sila email saya di sampuna@yahoo.com