salam..
1 bulan 10 hari lagi masa yang tinggal utk saya menjalani latihan industri di UM sini..
selama permulaan 1 minggu, tugas yg diberikan adalah utk mengumpul sampel buccal swab daripada individu2 normal yg tiada epilepsi. pelbagai pengalaman menarik apabila berhadapan dengan pelbagai ragam manusia dari pelbagai bangsa, ada yg terasa lucu dan ada yg rasa mencabar.. tidak dinafikan, pada hari pertama tugasan itu, hati sgt berdebar2.. kekok hendak berkata-kata.. ;)) hee... alhamdulillah semakin hari sudah agak biasa biarpun masih sedikit kekok.. terima kasih kepada zihan, ernchi dan shamsul yg pernah menolong saya dan minoo mengambil sampel.. huhu..
pada minggu kedua pula, kami masih lagi mencari sampel.. namun pada minggu tersebut saya juga belajar cara-cara mengestrak DNA drpd sampel berkenaan. pada mulanya agak sukar, kerana tidak biasa. kerja2 di makmal lebih perlukan perhatian kerana setiap langkah yg dijalankan harus mengikut method yang betul. terima kasih kpd shamsul dan yamuna yg menunjuk ajar cara dna extraction berkenaan.. ;)
hee.. mcm skema plak ayat kt atas ni.. xtahu nak tulis apa.. saje nak mengupdate blog ni... apa2pon smoga hari2 yg akan dtg akan memberi sinar kebahagiaan buat sy ketika melakukan tugasan.. huuu.. wslmzz
No comments:
Post a Comment