nafas cinta kota kaherah
di suatu hari yang sunyi,
sengaja lagu2 dipasang utk didengari.
tiba di satu lagu berjudul "ku harap cinta" cuba utk di hayati..
lirik lagunya bersahaja namun terkandung makna tersendiri..
terfikir.. mungkin lagu ini di tuju khas buat isteri atau suami yang sedang bergaduh dan inginkan damai..
mungkin juga buat seorang insan yang sudah lama ternanti cintanya,
umpama luahan seorang kekasih buat insan yang di dambakan
cinta manusia..
lagi2 cinta manusia..
ianya tidak dapat dinafi kerana apabila sudah meningkat usia dewasa, fitrah itu terlahir sendirinya.
namun apa yang pasti. ia harus dihargai dengan memilih jalan yang sepatutnya ditempuhi.
diri harus bersedia utk menghadapinya kerana ia adalah amanah yang dipikul saat akad dilafaz.
"Ku harap Cinta." nyanyian nasyid -Knowseeheart (ala2 "nasihat")
ku harap kau cuba memahami
luahan hati ini yang ingin dicintai
ku harap kau dapat menghayati
sentuhan jiwa ini yang ingin di sayangi
tiada balasan, yang ada hanyalah alasan
tiada jawapan, yang ada hanyalah persoalan
di manakah kejujuran
di manakah ketulusan
di manakah keikhlasan
di manakah kejujuran
kerana Tuhan hanya mahukan
kejujuran, keikhlasan..cinta..
+ end +
+ end +
No comments:
Post a Comment